Skrip filem Raja Bersiong ditulis Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan ditayangkan di pawagam pada tahun 1968. Pada waktu itu saya berusia setahun.
Petang semalam saya berpeluang melawat Istana Raja Bersiong di Taman Tabung Haji, Alor Setar, Kedah. Itupun dengan bantuan rakan baik, Wan Mohamad Nor Arif Wan Yusof, 44 tahun, sudi membawa saya ke lokasi.
Kisah Raja Bersiong di ceritakan di sini.
Melalui pengamatan saya, istana itu kelihatan kehilangan siongnya. Sebahagian besar binaan runtuh dan dipenuhi semak samun.
"Sebelum ini kawan saya berpangkat Sarjan Mejar terjumpa ular Sawa besar melintas jalan waktu malam. Dia berhentikan kereta, padamkan lampu dan terpaksa menunggu lebih setengah jam dalam gelap untuk ular itu melintas. Dia kata tak, tahu mana satu kepala, mana satu ekor dan ular itu punyalah besar," ujar anggota polis saya temui.
Saya juga mendengar cerita sama ketika menemubual 2 wanita tempatan, enggan nama dan usia mereka dipaparkan.
"Dia ada 3 beradik, berjalan di kawasan ini waktu malam," ujar wanita di sebelah kanan.
"Tiga beradik, kecil ke besar?," soal saya spontan.
"Itu kami tak pasti," balasnya.
"Dulu masa kecil, aku dengan kawan-kawan biasa masuk ke dalam hutan di atas bukit," celah Wan.
Saya juga tidak pasti seperti mereka. Tidak pasti berhubung status istana terbabit. Adakah kerajaan negeri telah menyerahkan struktur itu kepada Arikib Negara Malaysia untuk dipulihara atau tiada sebarang perancangan untuk menjadikan bekas istana itu sebagai khazanah sejarah negara?
Pada awalnya saya cuba untuk meredah semak-samun di kawasan itu tetapi cuak jika diserang ular atau serangga berbiasa.
Langkah saya terhenti sambil mata memerhatikan kawasan sekitar dijadikan tempat pelupusan sampah.
Jika keadaan berterusan begitu, pasti sejarah terpahat akan lenyap ditelan arus masa.
Sygnya,.. tinggalan sejarah yang ditinggalkan!
BalasPadamkerajaan should do something about this historical building...
BalasPadamrasa mcm nak tahu lebih lanjut je pasal istana lama ni...
SMTI..
BalasPadamSalam En.Mazidul..Samada kita menyedari atau tidak sejarah realiti tidak harus dipinggirkan begitu sahaja jadi kepada pihak berwajib peliharalah tinggalan warisan dahulu supaya generasi akan datang tidak buta sejarah... Woha!!!!
BalasPadamsaya belum berpeluang menjelajah habis negeri saya sendiri.
BalasPadamharap2 pihak jerajaan negeri amik tindakan utk pulihara tinggalan sejarah negeri kedah~
*nampaknya kita berada di tempat yg sama semalam.
smti
BalasPadamRumah tok wan saya berdekatan dengan istana tu yang dikatakan sebagai Istana Raja Bersiong tapi tiada kesahihan yang pasti yang menyatakan itu adalah istana Raja Bersiong.
BalasPadamDan memang ada juga orang mengatakan terdapat ular yang besar selalu melintas jalan dari istana menuju ke kolam berdekatan diseberang jalan tu.
Saudara Radzi Sapiee ada membuat sedikit kajian kat Istana tu dan dapat dibaca di http://artmelayu.blogspot.com/2011/02/istana-palace-of-raja-bersiong.html dan http://merahsilu.blogspot.com/2011/02/mencari-jejak-merong-sekitar-bukit.html..
Sekadar berkongsi maklumat..
Bro, Inilah pertama kali melihat Istana Raja Bersiong. Raja Bersiong suka makan kari, khabarnya Keturunan Tukang masak DiRaja Melarikan diri ke Pulau Pinang dan menjadi peniaga masak kari yang hebat dan masyur. Nasi Kandar di Pulau Pinang.
BalasPadamSMTI
BalasPadamkesian bila tinggalan sejarah itu menjadi sedemikian rupa
BalasPadamsejarah yg terbiar..sayangnya.
BalasPadamAdakah ini sejarah / Lagenda / Dongeng.. sebab seingat saya dalam kisah raja bersiung, baginda suka makan sayur bayam.. bukan kari..
BalasPadamIni adalah sejarah dan bukan dogengan kerana saya merupakan keturunan Raja Bersiong. Saya dapat tahu ketika saya mendalami ilmu kerohanian dan raja bersiong menghadirkan diri dalam alam rohani sempat memberitahu dia memeluk islam dan mangkat di Pattani, Thailand. InsyaAllah, jika ada rezeki saya akan rungkaikan kebenarannya.
BalasPadamsy pun dikatakn berketurunan raja bersiong jgk p xdpt dpastikan lg,sy pun nk thu jgk kbnaran.
BalasPadamRaja Bersiong memang wujud...
BalasPadamBeliau beragama Islam dan nama sebenarnya Tengku Sulaiman ibni Nai Hisbu Muadzam Shah...
Beliau adik kepada Hang Tuah (Melaka) @ Narai (Ayuthia) @ Sultan Iskandar Mahkota Alam Acheh @ Tun Saaban ibni Nai Hisbu Muadzam Shah, Sultan Beruas pertama...
Kisahnya...
Sultan Muhiyuddin Mansor Shah ibni Sultan Mahmud Shah Melaka, Maharaja Benua Siam Kedah jatuhkan hukuman BUNUH pada Tengku Sulaiman kerana membunuh, memasak dan memakan Tentera Manchu Islam yang bina Brahman Indera @ Balai Besar Alor Setar...Tengku Sulaiman melarikan diri ke Ayuthia...Lalu Sultan Iskandar Mahkota Alam Acheh berjaya tangkap Tengku Sulaiman dan bunuh di Ayuthia...
Istana ini memang milik Tengku Sulaiman
Salam. Saya anak Taman Tabung Haji. Taman ini dibina pada tahun 1984 dan saya berusia 4 tahun ketika itu. Keluarga saya merupakan antara keluarga terawal yang pindah masuk. Rumah saya betul betul di blok depan. Jadi boleh bayangkan tak berumah di hadapan bukit, dibelakang sungai besar berbuaya, pintu masuk ada kubur dan pintu keluar hutan? Hahaha.
BalasPadamKami anak2 tabung haji tak sikit pun gentar membesar disitu. wpun tahun awal agak berkondrontasi dengan haiwan liar. Monyet, kera, anjing bukit, harimau akar dan ular dari selar ke senduk ke sawa.
Walaupun ada ramai yang mengatakan ini istana raja bersiong tapi yang saya percaya ini adalah istana hinggap tengku kudin (keturunan raja kedah) dan kalau nak tahu di kampung sekitar masih ada keturunan Ku yang masih hidup. Tapi saya juga tak pasti. Boleh buat lebih kajian.
Pada awal tahun mula didiami ada penduduk taman yang bergotong royong membersihkan istana tersebut. Saya pernah masuk kedalam. Istana tu dipahat sampai ke dalam bukit. Dan ada satu bekas telaga di tengah2. Tapi sebenarnya bukan kami tak mahu bersihkan. Kami cuma tak mahu tempat sebegini dijadikan tempat pemujaan. Biar semak dari menanggung dosa khurafat. Atau port budak dadah. Lagipun istana tu tak pernah mengganggu sesiapa. Perihal sampah tu adalah kerana perangai sebahagian penduduk yg tak bertanggungjawab. Sekarang ada taman baru so paham2lah.
Berkenaan ular tu pun mungkin betul. dalam hutan, kan? Dulu pun pernah ada kes tedung selar sepanjg 2 meter patuk tingkap jiran belakang panggil pegawai rela kut tembak dan ular sawa 2 meter lebih telan kambing jiran bela (org rumah taman bela kambing boleh bayangkan tak) panggil bomba tangkap.
Makcik kat atas tu namanya puan jalilah. Hehe.
Anyways saya sayang Taman Tabung Haji. Udara bersih, jiran2 yang baik. Percaya tak di taman kami tak boleh berlaku perkara jahat? Seolah2 taman kami dilindungi dari org luar yg datang nak buat jahat or jenayah.
Dululah. Sejak2 taman baru naik ni hilang dah semua tu. Hehe.
Salam.