Sejak mula menyertai kru 666 melakukan tinjauan kes paranormal pada hujung Mei lalu, pelbagai perkara bermain di minda saya.
Hakikatnya, saya memang tidak dianugerahkan keupayaan melihat, jauh sekali berkomunikasi dengan jin atau makhluk halus. Walau bagaimanapun berdasarkan perasaan ingin tahu, saya menyertai kru 666, sekaligus menyertai misi dirancang dan kemudian dilaksanakan.
Tampalan terawal saya berhubung tinjauan kes paranormal ditulis pada 30 Mei 2011, tinjauan pertama itu dilakukan di banglo terletak di Bukit Tunku.
Sehari kemudian, saya dan kru ke jirat Cina di SS1, Petaling Jaya, Selangor, klik di sini untuk membaca kisahnya.
2 Jun, kami ke Hutan Simpan di Seksyen 10, Kota Damansara dan berkongsi kisah tinjauan dijalankan bersama semua pembaca di sini,
Lewat hari sama, dengan bantuan rakan, Sabil, video (unedited version) dimuat naik di blog ini. Kepada pembaca tidak sempat menonton klip terbabit, sila klik di sini.
3 Jun, saya dan Rahmat Mokhtar cuba meninjau kawasan kerap berlaku kemalangan di Kelana Jaya. Waktu itu semua kru lain, sibuk.
Tiada kejadian ganjil kami tempuh, hanya gambar golongan gay melampiaskan nafsu di kawasan gelap, saya rakamkan, di sini.
2 hari kemudian, saya dan kru 666 ke Bangsar, meninjau banglo tinggal, lokasi 3 mangsa bunuh disumbat pengawal keselamatan ke dalam tangki najis.
Kisahnya saya kongsikan di sini.
Menjelang tengah malam 7 Jun, saya, Rahmat, Muhamad Zaki Muhamad dan 3 kenalan lain, berada di banglo tinggal di Bukit Darah, Sungai Buloh, Selangor. Banglo terbabit dikatakan tempat wanita berbangsa Inggeris membunuh diri suatu masa dahulu.
Biarpun berasa seram, berpeluh dan penat, saya tetap bersama kru untuk merakamkan kejadian di lokasi itu. Rahmat berjaya merakamkan entiti tidak dikenal pasti di halaman rumah sama.
Lihat gambar itu di sini
Klip video dirakamkan di banglo sama, saya muatkan di sini.
10 Jun, berikutan maklumat diperolehi berhubung kelibat wanita mengendong anak didakwa pernah dilihat beberapa kaki pancing di Seksyen 5, Kota Damansara, kru saya sertai ke lokasi terbabit.
Sekali lagi paparan kes saya persembahkan kepada pengunjung sudi membaca, klik di sini. Bertujuan memastikan maklumat diperolehi pada hari sebelumnya tepat, saya kemudian kembali ke lokasi sama dan menemubual beberapa pemancing, klik di sini.
Berikutan informasi dikongsikan pekerja pengutip sambah kitar semula, saya dan kru ke kawasan perumahan di Kota Damansara. Dakwanya, dia pernah melihat objek seperti kepala terbang di kawasan perumahan itu.
Namun tinjauan kami mendapati tiada kejadian ganjil berlaku.
Tengah malam 16 Jun lalu, saya dan kru ke jirat Cina, mangsa pembunuhan tragedi 13 Mei 1969 di Sungai Buloh.
Rahmat mendakwa kru Seekers pernah merakamkan visual langsuir terbang di kawasan itu. Agak jauh berjalan, penat dan panas namun saya menyempurnakan tugas merakamkan setiap kejadian berlaku sewaktu tinjauan dilaksanakan.
Fakta hasil tinjauan terbabit, saya paparkan di sini.
Empat hari kemudian, saya berkenalan dengan pengawal keselamatan berasal dari Nepal. Terus terang, saya berasa muak dengan sikap takburnya biarpun dia mesra berkomunikasi dengan kru saya sertai.
Kisahnya, di sini.
Mengejutkan, kurang 24 jam, pada 21 Jun, Damba mengaku tewas dengan gangguan entiti tidak dikenali, didakwa sering mengusiknya sewaktu dia bertugas mengawal kawasan perumanahan elit, belum lagi diduduki. Baca pengakuan Damba, di sini.
Tinjauan kali ke 3 dan ke 4 di lokasi sama, kru terbabit berjaya merakamkan gambar entiti tidak dikenali dan lilin digunakan untuk mencerahkan kawasan sekeliling didapati hilang, lihat dan baca di sini dan di sini.
Misteri pohon ara, sehingga kini masih belum terungkai. Kawasan terbabit didakwa kelompok bijak pandai dijaga 38 jin pelbagai jenis.
Kejadian motion sensor tidak berhenti berbunyi, saya muatkan di tampalan ini dan rakaman klip video berhubung kes itu saya kongsikan bersama pembaca di sini.
29 Jun 2011, pelbagai peristiwa pelik berlaku sewaktu kru menjalankan tinjauan di jirat Cina di Ampang.
Biarpun penat, sebaik sahaja pulang ke rumah, saya terus memuatkan karya berbentuk fakta di sini.
1 Julai, kru membuat tinjauan ke Highland Towers, baca di sini dan pada malamnya, kami dikejutkan dengan kehadiran pihak polis di kawasan berhampiran, klik di sini. Namun, misi tetap diteruskan. Secara tidak sengaja, gambar entiti berjaya dirakamkan oleh ahli Pengembaraan Alam Ghaib, lihat di sini.
5 Julai, kru ke AU3, Keramat dan sebaik hilang rasa penat, saya nukilkan kisah ini.
Terbaru, pada 13 Julai, saya dan 11 kru 666 ke Kuala Lumpur, meninjau bangunan berusia 95 tahun.
Klik di sini untuk membaca kisahnya.
Sekalung penghargaan kepada Ahmad Adam Aliff dan Mohd Farid Hamzah kerana sudi menemankan saya melakukan tinjauan terakhir, malam semalam.
Sekalung penghargaan kepada Ahmad Adam Aliff dan Mohd Farid Hamzah kerana sudi menemankan saya melakukan tinjauan terakhir, malam semalam.
Hakikatnya, dalam tempoh sebulan setengah itu pelbagai peristiwa manis saya lalui bersama semua kru 666 tanpa mengira latar belakang dan usia mereka.
Terima kasih saya ucapkan kepada setiap kru, banyak membantu saya membuat rakaman visual pegun dan video, sekaligus memungkinkan saya menghasilkan lebih 20 tampalan berhubung tinjauan kes paranormal.
Hari ini, saya mengambil keputusan untuk bersara menjalankan kegiatan sentiasa menarik perhatian saya selama ini.
Tinjauan dan kajian memerlukan komitmen, itu pandangan saya. Setakat ini hanya sebilangan kru sahaja mampu memenuhi tuntutan itu. Apapun, saya faham, setiap mereka mempunyai tanggungjawab kepada majikan dan keluarga.
Segelintir kru 666 pula masih menuntut di institusi pengajian tinggi, tidak wajar jika mereka terpaksa membiayai kos pengangkutan dan keperluan lain. Jika kegiatan saya sertai selama lebih sebulan itu menjana hasil kewangan lumayan, pasti banyak pihak berminat untuk menaja sebahagian perbelanjaan terpaksa ditanggung kru selama ini.
Malangnya, sehingga kini tiada pihak berminat bertindak sebagai penaja.
Kepada kru lain, selamat melaksanakan misi diminati di masa akan datang. Sehingga hadir pihak penaja, saya berhenti di sini dahulu.
SMTI :)
BalasPadamsusah zaman skrng ni nak dapat penaja. tapi apa pun korang memang berani la.
sy pmbaca bru kat sini..la nape perlu berhenti abg.. ?
BalasPadam[ Tazkirah ] Jangan Pandang Rendah Pada Orang Cacat ( 5 Gambar )
SMTI,
BalasPadamBiarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
SMTI. :)
BalasPadamSMTI.. sedih nye.. macam mane nk tau cerita2 terbaru projek2 666 lepas ni?
BalasPadamsmti,
BalasPadamdah bersara? rugi la kami lepas ni... :(
smti
BalasPadambagi pandangan saya tiada nilai komersil, yang menyebabkan tiada penaja untuk menaja projek ini, maklumlah syarikat akan melihat sesuatu projek itu boleh menguntungkan kepada tujuan penajaan.
BalasPadamSaya teringat dulu siri Seekers tajaan NTV7. Cuba-cubalah approach penerbit NTV7 kalau-kalau mereka masih berminat untuk menghidupkan kembali siri tersebut menerusi kru 666 pula.
BalasPadamalaaaa..camne ek nak tolong carikan penaja?
BalasPadamhhhmmm...
salam bro mazidul..
BalasPadamsaya rasa bro elok teruskan bongkar jenayah dari isu mistik ni. lebih kebaikan bro leh bg pda msyrakat dari aktiviti mistik yang memg akan tglkan byk tnda soal.
:-) SMTI...
sekadar pndpat.
Salam Bang, napa tidak kami yang membaca ni contribute kepada abang. Saya rasa RM10.00 seorang untuk abang menjalankan aktiviti ini mencukupi. jika ada 100 orang contribute, lepas gak duit makan n minyak. What say u guys?
BalasPadamBro, mengikut pendapatan saya yang cuma 10¢ ini, eloklah cover cerita macam dulu, selainncerita mosteri n. Peluang 'nak tengok' hantu tu cuma 0.0001% jek... Tapi peluang nak tengok kes jenayah, kes kemalangan, kes menentang undang undang di Malaysia ni, Insya Allah, adalah 140%. dan peluang menambah rezeki adalah 90% dengan berniaga ( teruja dengan pencapaian tauke Donat Batu Pahat dengan kereta cap prancing horse nya), pergi tempat macam tu bahaya, takut kakintertusuk benda tajam, lantai runtuh, dinding runtuh , serangan binatang liar, serangan penjenayah dan sebagainya.
BalasPadamSekian pendapat 10¢ saya...koh koh koh
Red Rambutan, biarlah orang lain pula mengendalikan program jenayah.
BalasPadamTanpa saya, program sebegitu masih berjalan lancar sekaligus maklumat berhubung kes jenayah mampu dikongsikan bersama orang ramai.
kenapa orang melayu berfikiran tahyul sangat? percaya dgn benda benda camni. takder ke benda lain berfaedah nak buat. contohnya sprti industri perfileman kita, berlambak cerita hantu, saya rasa ia memberi gambaran yg salah pada generasi muda kita.
BalasPadamJoel, tahyul dan fakta, 2 perkara berbeza.
BalasPadamAlam ghaib itu wujud, dalam erti kata lain, kewujudan alam jin tidak dapat disangkal kecuali jika kita berfikir menggunakan kepala lutut.
Jika kurang berilmu, membesarlah terlebih dahulu (bukan sahaja fizikal malahan mental) sebelum melontarkan pandangan secara semberono.
Kekadang tuduhan melulu itu melambangkan cara pemikiran individu melontarkan tuduhan itu.
Terima kasih.
SMTI
BalasPadambagi saya, apa sahaja jenis kes yang encik MAS terlibat, pastinya dikupas dengan begitu teliti dan telus. tak kiralah berhasil atau tidak, manis atau tidak.
personally saya mmg suka penglibatan encik MAS dengan group 666 tu tapi betul juga, perkara tu perlukan komitmen. risikonya besar walau peluang untuk nampak entiti tu sangat kecil. apatah lagi perbelanjaan untuk pengangkutan dan gajet.
jadi bila encik MAS cakap nak bersara, saya terima saja.
*
cerita-cerita tentang masyarakat yg terpencil pun seronok juga dikupas. contohnya bagaimana cara ahli keluarga mangsa kemalangan meneruskan kehidupan mereka setelah hilang tempat bergantung. atau kisah orang dalam wad gila. atau kisah rumahtangga yang pelik-pelik. who knows, mungkin encik MAS boleh bagi perspective yang berbeza dari orang lain.
selamat maju jaya saya ucapkan.
(dan terima kasih sebab sudi masukkan saya dalam bloglist semula. :D)
smti...ermmm...mungkin abg ada sebab tersendiri yg x boleh di kongsikan dgn pembaca...apa2 pun...goodluck abg..in everything you do... :)
BalasPadamSaya sokong dengan pendapat GadisBunga,
BalasPadamBiar apapun topik bro Mazidul ingin laksanakan.. kita perlu beri ruang untuk beliau menyalurkan dari sudut perspektif profesional beliau. Kita kena tengok dan baca dengan minda yang terbuka biarpun moden dan tinggi tahap langit sekalipun ilmu kita tidak salah untuk kita berkongsi sesuatu yang "out of this world". Lagipun dah terbukti dengan liputan kes-kes jenayah yang pernah dijalankan beliau sebelum ini disampaikan dalam bentuk yang menarik dan hardcore, satu standard realiti tv penyiaran yang tinggi dan ditunggu2 penonton. Saya berani berkata hanya segelintir yang berani mati utk mendapatkan isu2 sebegini hanya untuk tatapan kita, itu tidak dikira ugutan dan sebagainya diterima, boleh menyebabkan sesiapa pun lemah lutut.
saya hanya boleh berkata .. "seseorang perlu melakukan sesuatu! bukan hanya menaip.."
SMTI
BalasPadamTerimakasih atas pegorbanan Sdr Maz,
Tampalan cerita paranormal sikit sebanyak menambah pengetahuan. saya mula ikuti Bolg Sdr Maz sejak tampalan cerita paranormal bermula. Bukan mudah kerana terpaksa bergerak pada waktu malam hingga pukul 4,5 pagi serta berresiko tinggi, dan boleh mengancam nyawa serta fizikal.
Selamat Maju Jaya.
Gaya penulisan MAS menarik, tak kira la topik apa yg menjadi tampalan. jadi, sila terus menulis. saya akan tetap singgah sekurang-kurangnya 2x seminggu. terima kasih daun keladi.
BalasPadam