Rabu, Julai 13, 2011

"Perempuan berambut panjang, keluarlah! Aku datang ke sini semata-mata sebab nak jumpa engkau"

"Ada tiga, seroang lelaki muda, rupa dia macam pahlawan dulu dulu, bertanjak, lelaki tua, nampak alim, senyap dan paling garang, perempuan berambut panjang. Perempuan tu memang garang, kalau orang penakut, dia boleh tampar. Saya dah bercakap dengan ketiga-tiga mereka," ujar sumber.

Sumber itu tidak dapat saya dedahkan identitinya, cukup sekadar saya catatkan maklumat dikongsinya.

Sekitar jam 7 malam semalam, Rahmat Mokhtar, Muhamad Zaki Muhamad dan ahli Pengembaraan Alam Ghaib, Azree Ja'afar ke lokasi dimaksudkan untuk melakukan tinjauan awal.

KIra-kira jam 7.30 malam, saya menghubungi mereka melalui telefon bimbit.

"Bang, saya cuba membuka mangga kunci Solex tadi, tiba-tiba gate berat tu terbuka sendiri, saya pun tertolak sekali, lepas itu saya cabut," ujar Rahmat, cemas.


"Cuba bagi salam dulu. Mungkin penghuni dah lama tinggal di bangunan itu. Macam kita juga, kalau tiba-tiba ada orang membuka kunci pagar rumah kita, kita mesti marah. Pergi bediri di depan pagar, cakap baik-baik, minta izin nak masuk sebab nak ambil gambar. Kalau betul ada, minta dia buka gate tu sekali lagi. Awak jangan off handphone, saya nak dengar awak bercakap," ujar saya.

Kedengaran Rahmat melaksanakan permintaan itu.

"Bang! Azree dah cabut! Dia ternampak perempuan bermuka hodoh menjenguk di tingkap bawah bangunan ni," kata Rahmat.


Jam 10.30 malam tadi, saya dan Razali Harun tiba di lokasi sama. Turut berada di lokasi Sabaruddin Mohd Waras, 'Budin' dan rakannya, Mohamad Firdaus Rosli, 26 tahun. Ahli kumpulan 666 lain, Ahmad Adam Aliff, VJ, Shahrul Ashraf Sallehuddin, 'Boy' dan kenalannya, Che Mohammad Annis Che Husin, 'Along', juga bersama kami. 

Infrared, IR Thermometer menunjukan suhu asas di sekitar bangunan berusia 95 tahun itu, normal.


Teringat saya kepada pesanan ringkas dihantar sumber sewaktu dalam perjalanan ke lokasi.

'Di kawasan tangga bawah selalu ada lembaga besar, hitam'

Mujur tiada kejadian tidak diingini berlaku sewaktu kru 666 menaiki tangga dimaksudkan. Berikutan usia bangunan hampir seabad, saya dapati beberapa anak tangga tidak begitu kukuh, lalu kami melangkah perlahan dan berhati-hati.


"Bilik air di tingkat satu, tempat dia orang tinggal," kata sumber pada tengah hari semalam.

Hampir jam 10.45 malam, kami menjalankan tinjauan sekaligus merakamkan gambar bilik air itu. Mengikut kata orang bijak pandai, jin lebih gemar tinggal di kawasan kotor seperti di bilik air dan tempat pembuangan sampah.


Adam, antara kru 666 melakukan tinjauan awal ke bilik air.


"Tak ada apa pun," ujar pelajar kolej itu.

Adam saya kenali, bersifat agak pemalu jika bersemuka dengan perempuan tetapi tidak pernah goyah sewaktu mendepani entiti paranormal biarpun menyeramkan bagi majoriti kita. 

Rahmat pula dlaporkan, baru sahaja bertemu cinta baharu, saya doakan pengkaji kes paranormal berpengalaman itu berbahagia dengan hubungan dijalinkan dengan anak perempuan artis lelaki tersohor di tanah air kita.


Dalam tinjauan sama, kami mendapati bahagian lantai dan siling bangunan terbabit, uzur.


Sebaik semua lampu dipadamkan, saya berasa sedikit seram. Barangkali kerana saya antara kru 666 paling banyak mengetahui maklumat berhubung sejarah kegiatan paranormal didakwa berlaku di bangunan itu. 



Malangnya, hanya beberapa gambar orbs cerah sahaja berjaya dirakamkan.


Saya melihat wajah kecewa kru 666, setelah hampir sejam melakukan tinjauan, tiada sebarang kejadian ganjil menunjukkan kehadiran entiti paranormal dikesan di dalam bangunan dikatakan berpuaka itu.


Hampir jam 12 malam, 2 kamera video (infrared) dipasang di tingkat satu berhampiran bilik air.


"Siapa nak volunteer duduk seorang di sini?," soal Adam.

Saya akur, kru 666 berani, pelbagai tinjauan telah dijalankan bersama mereka sebelum ini. Cuma saya tidak begitu gemar duduk di lantai lembab seorang diri, hanya diterangi lampu malap kamera.

Ha! Ha! Ha! Ha!

Mesti Adam, Rahmat, Zaki, Razali dan semua kru tersenyum sinis sebaik membaca kenyataan berbentuk alasan di atas. Apapun, saya lebih tua berbanding usia mereka, kekadang berguna juga untuk membuat keputusan barangkali lebih tepat pada saat diperlukan.

Setelah berbincang secara ringkas, remaja berusia 22 tahun berasal dari Tumpat, Kelantan menawarkan diri.


Kamera kedua diletakkan oleh Boy di bahagian belakang Along supaya semua pergerakan mampu dirakamkan. Mekanik terbabit dilengkapkan dengan telefon bimbit, IR Thermometer dan lampu suluh.

"Kalau anything happens menjerit atau lambai ke kamera, kami semua akan naik," pesan kru.

Berikut reaksi Along, saya rakamkan.


"Masa ada pihak nak renovate building itu dahulu, ada wakil 'penghuni', datang berjumpa saya dan berkata, kami dah tinggal lama di bangunan itu, dah beranak-pinak. Kalau bangunan diruntuhkan, di mana kami semua akan tinggal?. Saya kata, tinggalah di bilik air di tingkat satu," ujar sumber sewaktu saya temui.

Tambahnya, dia dijemput ke bangunan sama dan mendakwa melihat semua 'penghuni' terbabit pada jam 12 tengah hari.

"Perempuan berambut panjang itu ada sekali, dia memang nampak garang, lain baik, ok. Kalau setakat nak ambil gambar dia orang, tak salah. Bagi tahu tujuan sebenar secara baik," tegasnya.

Menggunakan wayar panjang, kami memantau Along secara live dari kawasan di hadapan pintu masuk ke bangunan.


Sejam berlalu, tiada sebarang perkembangan menarik dirakamkan. Majoriti kru kepenatan kerana kami sudah berada di lokasi sama kira-kira dua setengah jam. Mujur saya sempat membasahkan tekak sebelum Razali mengeluarkan tikar dari kereta. Saya tidur lena berlapikkan tikar dihampar tetapi sesekali terdengar bunyi kamera, kru lain merakamkan gambar saya sewaktu tidur.

Ya, saya akui. Kekadang saya  dianugerahkan kelebihan berupaya mendengar orang di sekeliling berbual biarpun saya kelihatan tidur nyenyak pada pandangan mata mereka.

Di bawah, gambar teakhir saya rakamkan sebelum terlena.


"Bang, tadi masa abang tengah tidur, kami ambil gambar, nampak konon kononnya abang tengah kena rasuk, kita orang pulihkan," usik Rahmat.

Mereka tidak tahu, saya mendengar lebih daripada itu.

Sebelum tidur, barangkali akibat kebosanan, saya terdengar Along berkata melalui pembesar suara telefon bimbit  ...

"Perempuan berambut panjang, keluarlah! Aku datang ke sini, semata-mata nak jumpa engkau"

Berulang kali dia melaungkan ayat sama tetapi tiada juga sebarang respon.

Sebaik dibangunkan dari tidur, saya cuba membakar semangat semua kru.

"Tak apalah, belum ada rezeki lagi nak merakamkan gambar menarik di sini. Banyak lagi lokasi lain, InsyaAllah kita akan pergi bersama"

Jam 1.41 pagi, kami beredar dari kawasan terbabit.

Terima kasih kepada semua kru 666!


18 ulasan:

  1. ramai2 pergi, dia segan kot bang nak kuar. hehe. cuba pegi 2 orang je.

    tapi apa2 pun. respect la. berani kot crew 666 ni.

    BalasPadam
  2. bilik air macam tu mmg menakutkan. kalau saya, saya takkan masuk!

    BalasPadam
  3. Rasa saya..tak boleh buat obvious way kot.. eg dah pasang kamera.. siap berwayar lagi, pastu diharapkan 'benda' tu tak nampak. Benda tu pun boleh berfikir..

    BalasPadam
  4. adoila.. soram den!

    http://pelangichanteque.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. besar ruang bangunan gitu, sayang di tinggalkan dah jadi "milik" penghuni lain.

    BalasPadam
  6. bestr jugak tengok kisah paranormal ni kan..

    BalasPadam
  7. dia malu nak keluar, ramai sangat lelaki tampan yg datang mencarinya


    eeeeeee.. tak seram ke??

    BalasPadam
  8. Baiklah korang pergi kat lorong belakang mati tolong pelacur-pelacur tu kembali ke pangkal jalan dari membuang masa cari hantu nie, aper yang sebenarnya yang kao orang nak buktikan.

    Kalau nak cari hantu cari kat Rumah Hantu di Funfare atau kat Genting.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum,
    Ramai tersangat jejaka hensem tu...segan depa nak keluar

    BalasPadam
  10. Bro, hantu cuma berani kalau cuma seorang atau dua orang sahaja yang datang. Saya cadangkan, next time, yang lain nyorok dulu, cuma 1 atau 2 je yang pergi melawat lokasi. Depa pun macam kita jugak, kalau dah ramai yang serbu, terkedu jugak tu.

    Just my 20¢ opinion

    BalasPadam
  11. kita mencari dia,memang lah dia tak nak kluor...takut agaknya...ramai sangat...cuba kalau kita tak nak jumpa dia...pasti tetiba tercongok je kat depan kita...mau tak lari lintang pukang

    BalasPadam
  12. smti..hehe...hantu tuh malu2 la sbb org suma carik dia.... :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.