Sabtu, Julai 23, 2011

Memegang Kemaluan Lelaki (18SX)

Saya tertarik membaca berita dipaparkan akhbar Harian Metro hari ini, klik Belaian bidan gebu.

Remaja Melayu bertugas sebagai tukang urut bukan berita ganjil. Lazimnya mereka berkerja di bawah kelolaan taukeh Cina.

Majoriti mereka juga terbabit menawarkan 'urutan batin', terma kelihatan bersih namun hakikatnya berbeza. Hanya dengan bayaran serendah RM50, lazimnya mereka sanggup mengurut kemaluan lelaki pelbagai bangsa. Tujuan utama bukan untuk memulihkan tenaga batin kepada lelaki mati pucuk tetapi untuk memuaskan nafsu pelanggan.

Pelanggan tergoda dengan urutan kemudian ditawarkan hubungan seks dengan caj purata RM200.

"Kalau keluarga tahu, matilah saya," ujar seorang daripada tukang urut pernah saya temui.

Dia gadis Melayu berusia 21 tahun, tidak berpendidikan tinggi dan berasal dari kampung di Kedah.

Jika premis berlesen, pihak berkuasa tidak berhak memberhentikan kegiatan tersorok dan berselindung di sebalik papan tanda terpampang tulisan 'reflexology'.

Untuk rekod, lesen pusat urut dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, bukan polis.

Mengapa gadis Melayu bekerja sebegitu? Antara faktor pendorong, tugasan mudah dan pendapatan agak lumayan.  Jika nafsu 3 pelanggan dilayan dan berlaku hubungan seks, tukang urut, saya anggarkan mampu meraih pendapatan sekurang-kurangnya lebih RM300 sehari.

Mengangkang sambil memuaskan nafsu sendiri dan pelanggan barangkali bukan kerja  sukar untuk disempurnakan.

Kekadang saya berasa sedih melihat kerja mereka lakukan tetapi bagi mereka, alah bisa tegal biasa. Sebahagian wang diperolehi, dihantar kepada keluarga di kampung. Ibu dan ayah pula tertipu dengan kerja dilakukan anak perempuan mereka di bandar atau sengaja tidak pernah ambil pusing berhubung bidang kerjaya diceburi anak.

Asalkan wang bulanan dihantar, sudah mencukupi.

"Saya cuba juga untuk berhenti tetapi tunggulah, belum tiba waktunya," ujar majoriti mereka.

Seorang daripada tukang urut, 'Lia', pernah diperiksa polis di pusat urut terletak di Pelangi Damansara, Petaling jaya, Selangor, kira-kira 5 tahun lalu, kini bertugas sebagai pelayan pelanggan, GRO di daerah sama.

"Apakah perasaan awak bila terpaksa memegang kemaluan lelaki pelbagai bangsa sewaktu bekerja sebagai tukang urut dulu?," soal saya.

Lia hanya membisu dan menguntumkan tersenyum sambil melayan pelanggannya secara mesra.

Saya difahamkan, khidmat seks di pusat karaoke mewah ditawarkan pada harga berlipat ganda, bukan lagi RM200 tetapi RM500 atau lebih mahal. Jika pelanggan berharta dan bersifat pemurah, Lia mungkin berpeluang meraih pendapatan harian lebih lumayan. Pada masa sama, dia tidak perlu bimbang premis dia bekerja diserbu pihak berkuasa. Maklumlah, pusat hiburan elit, jarang diperiksa oleh polis jauh sekali penguatkuasa Jabatan Agama.

Terfikir, sebelum ini, Lia mengurut pelanggannya, kini dia membelai mereka. Menjaja tubuh? Itu sudah menjadi darah dagingnya.

Saya difahamkan, sebilangan pelajar institusi pengajian tinggi juga terbabit dalam kerjaya sama, tukang urut dan GRO.

Justeru, sebagai ibu bapa, kita harus memantau kegiatan anak. Biarpun jiwa mereka diisi dengan ilmu agama, pengaruh rakan dan wang ringgit kekadang mampu mengubah tindakan mereka.

7 ulasan:

  1. semua ni sebab duit Bang Mazidul..bagi mereka duit adalah segalanya.Ada duit baru rasa dapat keluar dari belenggu kemiskinan,bagi mereka kalau kerja kilang pun manakan dapat duit sebanyak itu.

    Sedih...mohon keluarga kita semua dijauhkan daripada perbuatan yang mungkar macam ni.

    BalasPadam
  2. lebih2 anak dara...kena selidik. tiada istilah open minded atau privacy anak mcm mat saleh tu.

    BalasPadam
  3. Nauzubillah.. minta dijauhkan kita semua dr kerjaya ini..sedih..sbb anak Melayu juga penyumbang kpd aktiviti ini..:((

    BalasPadam
  4. apabila kerja melibatkan seks dianggap mudah dan menguntungkan, kerja2 lain yang meletihkan walaupun halal takkan dibuatnya,...semua nak senang...dosa pun dah tak nampak. nampak duitttttt je.

    BalasPadam
  5. sedih tengok makin lama makin ramai yg terjebak dlm aktiviti2 seperti ini...bukannya tidak tahu halal haram...tapi semuanya kerana ingin dapatkan wang dengan mudah dan hidup mewah tanpa perlu penat bekerja....minta dilindungi orang2 terdekat kita dr perkara2 seperti ini...Amin...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.