Jam 2.46 pagi tadi, sewaktu membuat tinjauan bersama pengawal keselamatan di Alor Setar, Kedah, dia menunjukkan gambar menarik di skrin telefon bimbitnya.
"Di Baling ada seorang bomoh, dia memang berkebolehan mengubat pesakit dan menangkap jin. Ramai remaja datang ke rumah dia pada waktu malam semata-mata untuk merakamkan gambar jin di dalam botol. Saya pun ada ambil gambar sekali," dakwanya.
Berikut gambar dikongsikannya.
Saya tidak berada di lokasi ketika gambar dirakamkan dan tidak mampu mengesahkan berita itu.
Pembaca lihat dan tafsirkan sendiri.
Jam 3.22 pagi, saya dan rakan tiba di tapak kilang padi di sebelah Sugai Kedah. Keadaan sunyi dan di kawasan berhampiran terdapat 2 rumah setinggan.
"Itu jalan ke kubur," ujar Abdul Aziz Hassan.
"Dulu kawasan ini tempat bohsia melepak sampai pukul tiga empat pagi tetapi lepas itu ada cerita orang tua muncul di sini, bagi ceramah agama kepada bohsia semua. Bila habis dia dikatakan hilang. Sekarang semua bohsia takut melepak macam dulu," ujar Aziz lagi.
Hemat saya, keadaan di situ agak menyeramkan.
"Di tepi sungai sebelah sana, lapan sembilan tahun lepas, ada kes remaja perempuan kena bunuh dan mayatnya dicampakkan ke dalam sungai," ujarnya.
Jam 3.30 pagi, kami beredar keluar dari kawasan terbabit. Kurang 500 meter dari jalan utama, saya rakamkan gambar bangunan kedai tinggal dibina pada tahun 1952.
Hampir 15 minit merakamkan gambar bangunan terbabit dan kawasan sekitar, tiada kejadian ganjil berlaku.
Sewaktu kenderaan dipandu keluar ke jalan utama, saya terpandang sesuatu ...
Jam 3.41 pagi. lelaki terbabit didapati tidur lena biarpun suhu di sekitar agak dingin.
Mungkin mimpi ngeri tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.
Jika pembaca berminat mengetahui perkembangan berhubung kes paranormal, sila klik di sini untuk menyatakan sokongan.
Terima kasih.
cool giler abang yang tidur dekat situ...
BalasPadamAbg MAS > tak clear sgt gambar jin dlm botol tu. Kat Bruas Perak ada jgk gadis 14 thn yang blh berkomunikasi dgn dunia ghaib dan tangkap jin seangkatannya. RM50 seekor. http://detaipingconamor.blogspot.com/2011/06/buang-hantu-jin.html
BalasPadamGambar tak berapa clear, tetapi nampaknya seperti ada sesuatu di dalam botol tersebut.
BalasPadammmg itu sifat makhluk halus... kerana tidak berjisim.. tidak boleh di sentuh, tetapi boleh di tangkap... hanya org yang mempelajari ilmu kebatinan sahaja yang memahami hukum tersebut
PadamKMTI. :)
BalasPadamsmti~
BalasPadamnampaknya kawasan bangunan tinggal tu takde entiti yg mahu duduk.
Bro, menurut di Tanjong Karang, selangor ada satu bangunan bekas Kilang Gula, banyak juga cerita pasal kilang gula tu, terutamanya kisah masa Jepun bertapak disitu. Lagi satu, seefood di situ sedap.
BalasPadamsmti
BalasPadamdia tidur dgn jayanya tanpa berasa apa2 pun....hehehehe..
BalasPadamSuspen je...Ingatkan apala tadi
BalasPadam