"Nama dia Almarhum Tunku bagi, lahirpun tarikh sama," ujar Datin Sharifah Maheran.
Sharifah Maheran Syed Kassim, 69 tahun antara anak angkat Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama anak kedua Datin Maheran, Syed Abdul Rahman Putra, 38 tahun, lahir pada 8 Februari, kini menetap bersama ibu dan kakaknya di Desa Warisan, Ampang, Kuala Lumpur.
Pagi semalam, saya dan kru, berkunjung ke rumah mereka.
"Tunku masa tinggal di Residensi, masa di rumah suka pakai baju Melayu warna putih, kolar macam baju you, cekak musang dan kain pelikat. Kalau ada kerja di pejabat, dekat dengan Residensi, dia baru tukar baju," ujar Datin Maheran.
Datin Maheran mula menginap di Residensi ketika berusia 15 tahun.
"Tunku pernah kata, hang pi lah belajar memasak, nanti kalau kahwin tak pandai masak, susah," tambah beliau lagi.
"Itulah, anak dara sekarang tak tahulah, berapa ramai pandai masak sebelum depa kahwin," celah saya.
Masakan Datin Maheran ternyata enak, lihat 2 kru saya ketika menjamah hidangan dengan penuh berselera. Juadah, kari ayam, roti jala, karipap serta mihun goreng dimasak oleh Syed.
Selepas menemubual Datin Maheran, saya sempat melihat beberapa gambar dipamerkan di ruang tamu rumah di kawasan elit itu.
Semua gambar dirakamkan, dipercayai ketika majoriti pembaca masih belum dilahirkan lagi ke dunia ini.
"Saya duduk dengan Tunku dari umur 4 hari, kira dari baby lah fasal masa itu Tunku tak ada anak ramai kan. Masa umur saya empat hari, Mak Engku (Tun Sharifah Rodziah) ambil tetapi tak duduk dengan dia, saya duduk dengan Mak Engku punya mother, we all duduk rumah lain. Jadi Mak Engku punya mother ulang alik lah, sampai umur saya 12 tahun, mother Mak Engku passed away, baru saya duduk dengan Tunku," kongsi Datin Maheran.
Ibu beliau pernah menjadi tukang masak kepada Tunku.
"Tunku kalau dia nak pergi mana, mesti dia nak bawa. Dia tak nak tinggal budak budak di rumah," ujar beliau.
Rakaman temubual dengan responden telah selesai. Satu kesimpulan dapat saya rangkumkan, kesemua mereka pernah berkhidmat dengan Tunku berpendapat sama. Tunku, pemimpin berhati mulia dan tidak membezakan rakyat mengikut status kedudukan dan bangsa.
Temubual bersama Datin Maheran selesai pada jam 11.30 pagi. Sebaik keluar dari lif 5 minit kemudian, lelaki bermisai tebal bagaikan menanti kami di bawah bangunan.
"Sorry, gambar dalam rumah boleh ambil, di luar tak boleh!," arahnya.
"Encik, ada ke arahan itu tertulis, Seksyen apa ke? Akta apa ke?," tanya saya.
"Itu awak kena pergi ke pejabat," katanya.
Untuk rekod, kami dibenarkan memasuki kawasan perumahan terbabit sewaktu melalui pos pengawal di pintu utama. Kami juga secara hormat telah memaklumkan tujuan dan rumah bakal dikunjungi kepada pengawal keselamatan bertugas, lengkap berseragam.
Ketika memakir kenderaan sebaik tiba di lokasi, lelaki sama, menunggang motosikal menghampiri kami.

"Awak nak pergi ke rumah siapa?," tanyanya.
"Encik security guard ke?," balas saya.
Dia barangkali berang berikutan soalan saya ajukan.
"Ya," ujarnya.
"Datang tak memperkenalkan diri, name tag tak ada, uniform tak ada, sebab itu saya kena tanya," balas saya.
Kejadian itu disaksikan kru saya. Memegang walkie talkie, tanpa identiti tidak membuktikan dia petugas di kawasan perumahan itu. Barangkali begitu cara dia diajar apabila bertemu tetamu di kawasan perumahan elit terbabit.
Pekerja penunda kenderaan terbabit dalam kemalangan jalanraya juga menggunakan walkie-talkie.
"Ambil satu shot, saya jalan, masuk ke lif then cukup," arah saya kepada jurukamera.
Arahan itu diikuti, sambil diperhatikan pengawal keselamatan, mungkin berpangkat Ketua Pengawal itu.
Terfikir, cabaran didepani Tunku ketika cuba mengeluarkan Persekutuan Tanah Melayu dari belenggu penjajah lebih getir. Cabaran dihadapi kru untuk menghasilkan dokumentari berhubung Bapa Kemerdekaan itu, hanya sekelumit cuma.
Apapun, terima kasih kepada Datin Maheran sekeluarga kerana melayan kami secara mesra.

SMTI :-)
BalasPadam@)->-- SMTI --<-(@
BalasPadamsmti :) nice
BalasPadamsmti,
BalasPadamsmti
BalasPadamsmti
BalasPadam