"Masa bersembang dengan amah tinggal di rumah di depan banglo tu, dia kata pernah terserempak perempuan keluar dari rumah tu, awal pagi, dalam pukul lima," ujar pengawal keselamatan.
Kru 666 bertemu pengawal keselamatan itu sewaktu kami menjalankan tinjauan di Ampang, Kual Lumpur awal malam tadi. Sebelum ini, kami gagal merakamkan gambar entiti paranormal dipercayai kerana bilangan kru terlalu ramai. Itu antara pandangan dilontarkan pembaca.
Justeru, dalam tinjauan terbaru, hanya saya, Ahmad Adam Aliff dan Mohd Farid Hamzah berkunjung ke lokasi. Menurut pengawal terbabit, wanita warga asing dipercayai dibunuh di banglo sama tetapi tidak pula dikhabarkan tarikh kejadian.
Hampir jam 9 malam, Adam mendahului saya dan Farid, melangkah masuk ke banglo 3 tingkat itu. Tinjauan terpaksa dilakukan lebih awal kerana Adam dan Farid akan menduduki peperiksaan kertas terakhir esok pagi.
Seperti lazimnya, rumah tinggal sering menjadi mangsa vandalisme. Perabot di dalam rumah, usang dimamah masa.
"Tengok di luar," ujar saya.
Pantas Adam melangkah keluar melalui pintu di sebelah kiri rumah. Keadaan gelap dan akar pokok panjang berjuraian, menambahkan rasa seram.
Tanah tapak banglo usang ini cuba dijual dengan harga RM150 sekaki persegi namun setakat ini tiada sudi membeli. Barangkali kerana kisah seram didakwa berlaku di rumah terbabit. Melalui pengamatan saya, kawasan perumah elit di sekitar banglo itu berpenghuni.
Kami kemudian melangkah ke ruang tamu rumah di bahagian bawah.
Beberapa barangan permainan anak kecil berbentuk akademik ditemui oleh Adam dan Farid.
"Tengok lorong tu, menyeramkan," Farid bersuara.
Pantas gambar lorong dimaksudkan dirakamkan sekaligus saya teringat lorong banglo di Bukit Darah, Sungai Buloh, Selangor. Lorong menuju ke bilik wanita berbangsa Inggeris didakwa membunuh diri.
Jika benar dakwaan kes wanita dibunuh di banglo ini, di manalah kejadian berlaku? Itu antara soalan terngiang-ngiang di minda saya.
Memerhatikan pergerakan Adam, teringat kata-katanya sewaktu kami minum petang di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, sebelum tinjauan dilakukan.
"I am a lover not a fighter"
To me, he is more a humble person. Biarpun dilahirkan di dalam keluarga berada dan tinggal di kawasan perumahan mewah di Bangsar, Adam beradap dan sentiasa menjaga tutur katanya. Walaupun mendakwa bukan a fighter, dia agak agresif setiap kali kami melaksanakan misi bersama.
Saya berasa selesa setiap kali dia berkata, "saya jaga abang" kerana dia mengkotakan janjinya. Justeru tidak pernah saya berasa bimbang jika berada di lokasi menyeramkan andai dia dan Farid berada di sekitar.
"Ini main bedroom, mungkin kes bunuh itu berlaku di sini," bisik Adam.
Sewaktu merakamkan gambar di bilik tidur utama itu, saya terpandang bilik air berhampiran pintu masuk. Melihat pintu bilik air itu sudah cukup membuatkan bulu roma saya meremang secara tiba-tiba.
Namun jari saya tidak berhenti merakamkan gambar.
"Kalau tiba-tiba ada benda bercakap orang putih, Adam boleh layan"
Saya mengusik Adam sewaktu kami berada di dalam kereta dipandu oleh Farid pada jam 8.51 malam.
Kami kemudian naik ke loteng.
Sewaktu Adam dan Farid meninjau bilik kecil itu, saya terpandang lubang bak tingkap.
Entah mengapa hati kecil saya bagai didesak untuk merakamkan gambar di ruang terbabit. Barangkali kerana pelbagai tanda tanya belum terjawab, bermain di fikiran pada saat itu.
"Engkau tahu Farid, bila aku tengok lubang tu, teringat fasal Ju-on, merangkak kat situ," kata Adam.
Untuk rekod, Ju-on, filem seram terkenal, karya pengarah Jepun, Takashi Shimizu.
Malangnya tiada Ju-on merangkak di situ, hanya kelihatan kayu siling.
"Tengok ini, ada batang buluh dengan colok. Mungkin ada kegiatan pemujaan di sini," dakwa Adam.
Sewaktu melangkah keluar dari banglo terbabit, Farid bersuara ...
"Tengok lukisan ini. mungkin itu sahajalah tinggal di banglo ini selain beberapa pasang kasut lama lelaki dan perempuan"
Sebelum meninggalkan banglo, Farid sempat merakamkan gambar saya dan Adam untuk menakutkan diri sendiri.
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Damansara, saya menerima pesanan ringkas dihantar oleh Razali Harun.
'Bro, toyol kat rumah tu, dah sampai boleh alihkan tilam'
Uh! Pagi esok, saya akan ke Masjid Jamek Alam Shah di Kuala Lumpur, masjid lokasi perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Mei 1957.
Izinkan saya tidur terlebih dahulu, sebelum saya kongsikan kisah itu bersama semua pembaca.
Itupun, jika ada berminat untuk membaca ...
pergh. baca entry ni pkul 4 pagi pun dah seram hahahaha..
BalasPadamtahniah bang..abg menarik minat saya utk mengikuti setiap artikel di blog abg....sy salah seorg ahli seekers dulu...tp sy yg paling takot dlm team..hehehee...cume biler bace artikel2 abagng..mengikat kan saya ketika saya membuat kajian di banglo sec 2 shah alam..banglo yang paling sy takuti bila sy buat kajian di situ...kat situ lah salah seorg ahli kiteorg jatuh dr tingkat atas banglo, koma ketika ghost tour.actly sy xde time tu...n now keadaan beliau tidak seperti kite.yang normal sihat tubuh badan.beliau mengalami kecacatan fizikal seumur hidup....hurmmm......
BalasPadamopss sory bukan sec 2 tp sec 12 x silap..saya pown lupe..
BalasPadamPastinya kakcik terus berminat untuk membaca. :)
BalasPadamakak tak pernah miss baca karya2 mazidul.. :)
BalasPadamSMTI
BalasPadamSentiasa berminat en. mazidul. Kewajipan setiap pagi utk check update dari blod ni sebelum start kerja. nasib baik bos sporting.
misi kali ni tak jumpa hantu. tapi saya rasa seram lah. esspecially masa tgk gambo lorong tu..
BalasPadamSMTI
BalasPadamAdaimanaa, terima kasih sudi membaca.
BalasPadamLiyxa, saya hanya penulis melaporkan kejadian. Apapun terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.
Kak Cik, kirim salam dengan suami.
Anymz, TQ.
Malika, kalau terkantoi dengan bos, send my warmest regards to him.
SMTI
BalasPadamSMTI..En.mazidul..bangun le cepat.. dh kul 9.42pg..hehe..tak sabar nk sambung baca ni..!!
BalasPadamsmti..saya sentiasa mengikuti blog abg mazidul....dan sentiasa tertgu2 citer terbaru... :)
BalasPadamSmti.. He he he
BalasPadamSMTI
BalasPadamBro, kadang benda ni taknak keluar bila kita dtg bawak kamera or dtg beramai2. Geram btol, atau pun benda tau ada org yg berani?
BalasPadamsmti,
BalasPadamsentiasa suka baca tulisan di blog ini..
cik Mazidul.. apakata lepas ni try ke banglo di seksyen 2 shah alam tu..tak silap saya rumah tu menghadap taman tema wet world..kot2 terungkai misteri selama ni..
aduii makin seram plak
BalasPadamteruskan usaha abg..
BalasPadamtetap menunggu kisah seterusnya.. :)
BalasPadammenakutkan.. naik seram pulak
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSMTI
Kenapa kali ini tidak dirakam kan gambar orbs didalam rumah ini ? Atau tiada orbs disini ??
BalasPadamthanxs Mazidul...saya mmg x pernah miss baca setiap entry mazidul sehinggakan anak kecil saya berusia 6 thn pun dah pandai buka blog Mazidul utk di baca setiap hari krn dia suka dan x pernah jemu...teruskan berkongsi cerita2 anda dgn kami..
BalasPadamSejak mula mengikuti blog ni, selalu kelihatan komen SMTI.. apakah maksudnya SMTI?
BalasPadamwah!! tak sangka abg mazidul suka jugak pergi rumah2 mcm nih....saye suke! pleasee write more~
BalasPadamsmti:
BalasPadamsaya membaca tampalan ini :D
btol kn?
syabas.. berminat nk p rumah kat bukit bdarah tu, boleh bg alamat x!! nk try gak rasa seram2 sejuk tu..
BalasPadamSalam.ni rumah kt mne..nk thu sbb kami mule nk bergrk dlm dunia paranormal..set paranormal semua ada cuma lokasi je xthu..nk cuba main dkt area k.l dlu
BalasPadam"Ini main bedroom, mungkin kes bunuh itu berlaku di sini/
BalasPadamsaya zoom gambar 2...
jam arah 12...zoom dekat2..dekat tingkap..
ternampak 1 bende perwaktakan mate ,hidung...cube tegok dari atas sampai ke bawah tingkap 2 tertera pernampakan sekali dgn badan nya...