Jumaat, Julai 22, 2011

Tinjauan Kru 666 Ke Lokasi Altantuya Shariibuu Diletupkan

Jam 11.30 malam tadi, kru 666 tiba di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor. Perhatikan jalan masuk ke lokasi wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu diletupkan.


Mujur pemilik Supremo Dounts & Coffee sudi menaja kenderaan pacuan 4 roda untuk menyempurnakan tinjauan malam tadi. Kenderaan dipandu Shagul Harmani Khairuddin, 'Agus', 39 tahun berasal dari Taiping, Perak.


Perjalanan ke lokasi mengambil masa kurang 10 minit namun keadaan jalan membuatkan perut berulang kali terasa senak akibat tubuh terhentak setiap kali kenderaan menempuh jalan tanah merah berlekuk di kelilingi hutan rimba.

Lihat sahaja, reaksi Ahmad Adam Aliff Ahmad Aznan, Mohd Zaki Mohd dan Zulkarnain Azman ketika duduk di bahagian belakang kenderaan dipandu mengalahkan kelajuan kereta lumba F1.


Saya juga menanggung seksa kerana duduk bersama mereka, berikut buktinya saya berada di situ.


Pemandu arah, menaiki motosikal, Rozali Mansor dan Daud Maksud. Perhatikan keadaan jalan dan keadaan di kiri dan kanan jalan kami lalui.


Berikut antara gambar terawal kru 666, saya rakamkan sebaik tiba di lokasi.


Farid bertindak sebagai jururawat sekiranya berlaku kecederaan bersesuaian dengan bidang dipelajarinya kini, nursing di Kolej Segi, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


"Saya bawa dua beg first aid kits, just incase," katanya kepada saya sebelum bertolak.

Setiap kru 666 memiliki keistimewaan tersendiri, mereka terdiri daripada pelajar kolej swasta, kakitangan kerajaan dan swasta.

"Lokasi mangsa kena letupkan, kawan cakap di bawah pokok besar, ada kawasan lapang," Rozali bersuara.

Pantas setiap lampu suluh dihala ke arah lokasi dimaksudkan.


Dilaporkan ruang lapang di bawah pokok terbabit, lokasi cebisan dan daging Altantuya ditemui Unit Forensik Pasukan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2006.


Saya difahamkan, jalan berhampiran tapak terbabit dijadikan laluan utama oleh pemancing tegar. Bagaimanapun, saya yakin, kru 666, kumpulan pengkaji paranormal pertama melakukan tinjauan di kawasan itu setelah kira-kira 5 tahun kes pembunuhan kejam terbabit berlaku.

"Jom kita masuk ke dalam hutan ni," cadang Adam.

Hampir semua kru mengekori Adam dan Rahmat Mokhtar dari belakang. Khuatir diganggu binatang buas, mereka dilengkapi parang dan pisau, hadiah diberikan bekas Ketua Polis Daerah Lahat Datu, Sabah, lama dahulu.


"Baik baik Adam, Rahmat, pokok bertam tu berduri," ujar Razali Harun, 40 tahun.

Semangat anak muda, tinggi tetapi pada masa sama, peringatan orang lebih berusia harus juga diambil kira terutama apabila berada di lokasi asing bagi semua.


Meredah hutan tepat pada jam 12 malam kekadang mencetuskan ketenangan jiwa. Bunyi unggas malam, halwa kepada telinga di samping berpeluang menghirup udara segar.

"Ok, siapa nak tinggal di sini? Dua orang," tanya Adam.

Tenaga pengajar Bahasa Inggeris, Zulkarnain, 22 tahun dan Rahmat Mokhtar menawarkan diri untuk melaksanakan tugasan itu. 


Jam 12.15 malam, kru 666 selebihnya bergerak menuju ke kawasan lapang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kes Altantuya dibunuh.  Mereka berdua dibekalkan dengan alat perakam suara, memudahkan proses menganalisa maklumat sekiranya wujud petanda kehadiran entiti paranormal.


"Wow! Cantiknya pokok tu, macam kena trim," ujar saya.

"Jom kita tengok pangkal pokok," ajak Adam.


"Cantik sungguh pangkal pokok ni, lurus," komen Adam sambil diperhatikan kru lain.

Lihat reaksi Azhari, barangkali biasanya usahwan itu bergebang malam bersama rakan di tempat selesa. Waktu gambar berikut dirakamkan, dia berdiri di dalam hutan renek berhampiran pokok terbabit.


Jam 12.28 malam, Adam meluru ke lokasi Zulkarnain dan Rahmat ditinggalkan.

"Jom! Jom! Dia orang kena serang!," jerit pelajar jurusan Psikologi itu.

Sambil merakamkan gambar, saya mengekori kru 666 dari belakang. Tubuh dibasahi peluh, akibat penat berjalan, barangkali kerana tubuh mula dimamah usia.

Adam lenyap dalam kegelapan malam, berlari pantas bersama Zaki.

Bersambung ....

Sebentar lagi, saya akan bertolak ke Pulau Pinang dan esok InsyaAllah akan berada di Alor Setar, Kedah.

Jika pembaca peminat kes paranormal, sila pantau pergerakan dan maklumat berhubung kru 666 di Fan Page 666.

21 ulasan:

  1. alamak tergantungle plak...copekkk sambung kang tak keruan ni hahahahahaha

    BalasPadam
  2. Salam bang..

    Hanya cadangan dari saya..
    buat la kajian paranormal ni seperti rancangan "GHOST ADVENTURE" seperti yang sekarang ni di siarkan di NTV7 setiap hari rabu jam 8.30 mlm tu..

    kalu boleh la.. mesti lagi best!

    tq.

    BalasPadam
  3. adoiii.... terhenti la pulak... ape2 pun saya setia menanti sambungannya...

    BalasPadam
  4. Azmeir, rancangan terbabit disiarkan di televisyen justeru mempunyai bajet untuk membeli pelbagai peralatan digunakan kru.

    666 setakat ini, hanya menjalankan tinjauan sebagai hobi.

    Apapun, kami sedang berusaha untuk bekerja lebih keras untuk berkongsi maklumat bersama orang ramai.

    Terima kasih kerana sudi membaca.

    BalasPadam
  5. dah syokk.. baca ni... bersambung lak... x sabar nk tgu next episod... hehehe

    BalasPadam
  6. alamak...ada sambungan ker? excited neh...hehe...

    BalasPadam
  7. aduh.. bersambung pulak... macam cerita Upin Ipin.. tengah syok2 baca.. kena tunggu sambungan pulak..


    harap cik Mazidul cepat la update entry ni... saspen je rasa...

    BalasPadam
  8. Salam Bang, aduss.... bersambung lak nih. Suspense suspense.. Kami menunggu episode seterusnya..

    BalasPadam
  9. ala... ade sambungan lak... x sabar nak tau ape yg berlaku seterusnya...

    BalasPadam
  10. aduhhhh tengah suspen baca...tergantung pulak....senak perut rasa baca....captlah teruskan sambungan....tahniah

    BalasPadam
  11. hahaha.. tngh syok2 baca, jap lagi bersambung lak. haha

    BalasPadam
  12. Laaa... rasa mmcm ada slot iklan.

    Entah-entah kedua-dua jejaka tu kena serang dek nyamuk aje tak?

    Cer habiskan kisah ni sampai klimaks - jangan tunggu esok ya.

    BalasPadam
  13. Salam En. Mazidul...

    Rasanya ini bukan lokasi Atlantuya dibunuh... ini ialah lokasi dimana mayat Atlantuya diletupkan dengan peledak jenis C4...

    Kena tanya balik PDRM dimana lokasi Atlantuya dibunuh...

    Mana ada orang bunuh mayat daaa...

    Huhuhu

    BalasPadam
  14. tak payahlah iklan mcm kat tv3 tu... citer tengah best tetiba iklan pulak.... aiseyman....

    BalasPadam
  15. Topeng Perak, maaf, saya yakin awak tidak pasti dengan komen dilontarkan.

    BalasPadam
  16. rasanya abang mazidul kene pergi tinjau2 lokasi lokasi misteri kat taiping....lagi banyak~

    BalasPadam
  17. ha'a setuju..better abang mazidul try kat tepeng lak..especially rumah banglo JKR94 kat jln temenggong tu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.