"Jom kita ke Bangi," ujar saya.
Ketika itu waktu menunjukkan jam 1 pagi. Tanpa berlengah Razali Harun dan saya memandu ke destinasi tujuan.
"Exit Bangi, first round about dan second round about terus, nanti nampak Petronas di sebelah kanan. Masuk area belakang Petronas dan kedai aku berhadapan dengan kawasan perumahan," kata Wak.
Wak, 38 tahun, nama sebenarnya, Azhari Jemaon, anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Kami pernah menuntut di institusi sama lebih 17 tahun lalu.
"Aku baru balik dari Jamaica, setahun lepas," ujarnya.
"No woman no cry," respon saya ringkas.
Untuk rekod, penyanyi regae terkenal, Bob Marley berasal dari Jamaica dan 'No woman no cry', antara lagu legenda beliau.
"Aku sebelum ini bekerja di Jamaica, 8 tahun tetapi bila anak mula sekolah, kena balik ke Malaysia," ujarnya.
Wak, 38 tahun, mengusahakan restoran Supremo Donuts & Coffee di No 46A, Jalan 3/70, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
"Donut ni francise ke?," soal saya.
"Bukan! Donuts resepi Batu Pahat," usik pekerjanya.
Kami bertemu pada jam 2.30 pagi tadi.
"Majoriti pelanggan, famili dan students universiti," jelas Wak.
Restoran terbabit dibuka di antara jam 9 pagi dan 12 tengah malam.
Saya berkongsi sedikit maklumat berhubung usaha kru 666 menjalankan tinjauan dan kajian berhubung kes paranormal.
"Sesekali hantarlah donut ke lokasi, kalau rugi aku bayarlah," usik saya.
Dia dan kenalan lain tertawa.
"Lepas itu kalau, kalau ada masa, nak join sekalipun tak salah, bawa kereta, bawa donut sekali," ujar saya.
"Masalah, enjin kereta aku bising," balasnya.
Bekas pelajar jurusan kejuruteraan itu mungkin berasa cuak untuk menyertai misi kami, maklumlah, sekian lama menetap di kepulauan indah dengan pantai terhampar putih, barangkali kehidupan tenangnya kini enggan diganggu.
"Alah! Kami pergi pun bukan ke lokasi tempat orang ramai, rumah kosong selalunya," jelas saya.
"Cuba tengok dalam kereta dia, ada 'benda' tak?," usik pekerjanya lagi.
Saya rakamkan gambar berikut.
"Ha! Ha! Ha! Tak ada apalah, kecuali pemandu kereta ni jadi hantu," balas saya.
Dalam perbincangan bersama Wak, saya mencadangkan koleksi gambar kes paranormal kami rakamkan di pelbagai lokasi dijadikan hiasan dinding restorannya, untuk dikongsi bersama pelanggan, selain gambar beberapa artis terkenal tanah air.
Barangkali, tindakan itu akan menjadikan restoran terbabit lebih unik berbanding premis menjual makanan lain.
Maaf bertanya, Ferrari kah itu?
BalasPadamEnjin bising tu, kerana turbo kah?
kereta tauke donat tu ke?
BalasPadamoh, blog saya dah tak best. saya dah takde dalam bloglist MAS jugak... :(
BalasPadamSMTI.
BalasPadamYes tu Ferrari, and engine die memang garang bunyinye,lagi2 ditekan pedal minyak, kerete sport katekan. :D
Bro Dol
BalasPadamMak aiiii kereta Ferrari 430 ke tu? Nak resignlah, nak buka kedai donut jugak. Nak beli Red Ferrari... Koh koh koh
http://wanwidget.com
BalasPadameh donut resepi, selalu saya balik batu pahat, nak cari la kedai nih
AA n GB...tu kita kita ya...huhuhu
BalasPadamnak beli kereta tu tak mampu..nak beli plat number dia jer la.. (ntah2 itu pun tak lepas.)
BalasPadamsmti...fuhhh...ferrari tuh... :)
BalasPadamSMTI
BalasPadambangga,ada juga org melayu yg buka restoran dpt pakai ferrari & tidak sombong.respek sama lu bro!
smti...
BalasPadamkuda merah tu.....
mana citer 666 nyer boss? tak besh aar tak der citer seram2... :)
BalasPadamsedap ke donut tu,boleh try ni..macam big apple ke atau unik?
BalasPadamPembetulan Alamat Kedai:
BalasPadamSupremo Donuts & Coffee
No 46A Jalan 3/70,
Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor
Donuts, bakery & Latin grill. Jemputlah datang beramai2 ya....
Wak
SMTI
BalasPadamFerrari 360 Modena ni. Ferrari tak pakai turbo. :)
BalasPadam