Khamis, Julai 28, 2011

"Melayu punya girls talak kira sangat ..."

"Bang, saya hendak kahwin bulan Oktober ini, nanti saya bagi abang kad jemputan," ujarnya.

Saya cuba mengingati namanya tetapi gagal lagi pun selama ini dia menggunakan nama samaran, bukan nama seperti tercatat di MyKad.

"Masih bekerja di karaoke ke?," soal saya.

Dia mengangguk sekaligus terlintas di fikiran, bagaimanakah bakal suaminya sanggup membiarkan dia bekerja sebagai pelayan pelanggan, GRO, 3 bulan sebelum gadis terbabit dinikahinya?

Dayus barangkali.

Terbaharu, akhbar melaporkan, bermula tahun hadapan, wanita Islam dilarang bekerja sebagai GRO di Kuantan, Pahang, klik di sini untuk membaca laporan lengkap.

Menurut akhbar sama, kajian mendapati 85% daripada GRO bertugas di pusat hiburan di ibu negeri Pahang itu berbangsa Melayu.

Saya pernah menulis buku berjodol Virus Kehidupan, kini masih berada di pasaran. Tiga perempat kandungan buku sulung saya itu menyentuh isu GRO. Justeru, membaca kenyataan di atas membuatkan saya tersenyum. 


Saya yakin sejak 10 tahun lalu, pihak berkuasa mengetahui fakta, majoriti GRO bertugas di seluruh negara sebangsa dengan saya. Majoriti mereka berusia awal 20 an, kurang berpendidikan dan meraih pendapatan secara mudah.

Sebilangan GRO dilaporkan mampu meraih pendapatan lebih RM20,000 sebulan jika mereka bersetuju memperdagangkan diri. Lebih eksklusif pusat hiburan mereka bertugas, lebih mahal harga 'servis' ditawarkan.

Purata pelanggan membayar di antara RM40 dan RM60 sejam untuk dilayan oleh GRO. Namun itu bukan masalah bagi pelanggan berpoket kembung termasuk mereka bergelar Tan Sri dan Datuk. GRO sering kali dianggap pemanis dan kehadiran mereka memeriahkan suasan di pusat hiburan.

Logiknya, jika GRO Melayu tidak dibenarkan bertugas di Kuantan, mengapa larangan sama tidak dilaksanakan di seluruh negara?


Apakah perbezaan antara Kuantan, Kuala Lumpur dan Johor Bahru? Pusat hiburan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru juga menawarkan khidmat GRO berbangsa Melayu.

Melalui pengamatan saya, polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian jarang memberkas GRO Melayu. Operasi mereka laksanakan lebih tertumpu kepada menahan GRO warga asing kerana mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Jabatan Agama? Jarang benar kedengaran usaha kakitangan jabatan terbabit menyerbu dan memeriksa pusat hiburan eksklusif. Jika ada sekalipun, once in a blue moon bak kata pepatah Inggeris. Barangkali mereka khuatir pakaian suci bersih terkena arak.

Dengan bilangan pusat hiburan semakin bercambah di seluruh negara, usaha penguatkuasaan dilihat semakin sukar kerana bilangan pegawai dan anggota pihak berkuasa dikatakan terhad.

Fakta, GRO di pusat hiburan berfungsi untuk melayan pelanggan pelbagai bangsa. Majoriti mereka boleh disentuh, digomol dan dengan bayaran tertentu sebilangan GRO Melayu mampu diratah.

"Melayu punya girls, talak kira sangat. Sikit pegang, sikit cium, sikit peluk, tak ada hal punya. Customers Melayu talak suka girls China sebab language, bila duduk, cakap serupa ayam sama itik, susah," ujar wanita penjaga GRO atau lebih dikenali sebagai 'mummy', Diamond, 51 tahun.

Pada masa sama dia mengakui, lambakan GRO asing sedikit sebanyak mengurangkan pendapatan diraih GRO Melayu.

"Customers Cina selalunya mahu itu China girls tetapi dia orang tak sporting sangat, tak serupa girls Melayu. China girls, pegang sahaja mahu wang, peluk sikit mahu wang," tambah Diamond lagi.

Kerajaan Malaysia harus melarang GRO Melayu bertugas di semua pusat hiburan di negara ini samada di pusat karaoke mahupun di bar atau pub. Cukuplah, sudah terlalu ramai gadis tempatan hanyut di lembah maksiat. 

Biarkan tugas mereka diambil alih oleh GRO warga asing dari Vietnam, China dan Thailand. Tambahan pula biarpun operasi menahan mereka dibuat berulang kali oleh pihak berkuasa, GRO asing masih terus bekerja sekaligus mejadikan usaha pihak berkuasa kelihatan tidak ubah bak mencurah air ke daun keladi, sia-sia.

13 ulasan:

  1. SMTI..

    p/s: lawak pula tngk gmbr last sekali... hehehe..

    BalasPadam
  2. Gambar last sekali sepesen je sialng kaki...ha ha ha

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum wrt. wbt.

    Walau di mana saje wanita muslim yg bekerja sebagai gro diharapkan berusaha mengubah fikiran - duit yg banyak bukan matlamat kehidupan...apa yang kita semua cari adalah keredhaan Allah SWT.

    Janganlah difikirkan keseronokan dunia, ia tidak membawa erti pada kehidupan kita yang abadi di akhirat nanti. Pilihan ada di tangan kita sendiri,tiada 2 tiada 3 hanya satu..pilih syurga yang mengasyikkan atau neraka yang memeritkan.

    Di penghujung bulan Syaaban ini dan akan terbit ramadhan al-mubarak tak beberapa hari lagi, niatkanlah dihati untuk mengubah gaya kehidupan yg syarie bagi mendapat keberkatan Ilahi.

    Percayalah bahawa Allah SWT tidak pernah mungkir janji setiap apa yang kita perbuat akan diganjari. Buatlah amal kebaikkan insyaAllah pahala ganjaran kita. Terdorong berbuat maksiat tercatat dosa namun Allah bekalkan kenikmatan TAUBAT untuk membersihkan cela dan noda dosa. Justeru itu syukurilah atas segala nikmat yang diberi.


    Semoga kita semua sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah SWT.

    BalasPadam
  4. SMTI-

    melalui entri ini saya kira en MAS telah melaksanakan ibadah fardu kifayah.

    BalasPadam
  5. Nauzubillah, smg dihindarkan dari sume ni..:)

    BalasPadam
  6. China girls tu ada bisnes minded.. tulah pasal...sikit2 duit..barulah betul tu...malay girl lebih kepada layu...agaknya lah kot...ntahlah eh, nak cakap camner pun dah tak reti dah...makin dicegah makin berleluasa, makin ramai ustaz dan ustazah makin ramai orang Islam yang hidup tak tentuhala...kempen ugama tak berkesan gamaknya?

    Mmg pelik ngan org2 Jab Agama...tp pakaian mereka mmg nampak lebih bersihlah...usahkan ke tempat2 maksiat camtu, nak cari org2 agama melawat org2 skait kat hospital cara sukarela pun PAYAH... walhal rasanya tu termasuk dlm keindahan beragama...melainkan mereka akan melawat kaum keluarga mereka sahaja yg sakit kalau ada...nak kata banyak kerja kat pejabat... maksiat tak jugak berkurangan dan makanan tak halal dan syubhah yg melambak dipasaran tak terbela juga...bolos manjang...

    mungkin saya salah? taktaulah...

    BalasPadam
  7. orang bukan Melayu makin giat merosakkan Melayu, tapi Melayu biar saja Melayu dirosakkan.

    BalasPadam
  8. Yang kerja tidak bekerja,
    Yang bekerja dikerjakan.

    Selagi belum tutup mata, kerja... kerja...kerja..., dikerjakan.

    Sampai bila?

    BalasPadam
  9. queenie berkata~
    nak cari org2 agama melawat org2 skait kat hospital cara sukarela pun PAYAH... walhal rasanya tu termasuk dlm keindahan beragama...melainkan mereka akan melawat kaum keluarga mereka sahaja yg sakit kalau ada"

    orang2 agama tu bukan hanya pada orang2 yang memakai kopiah atau serban, muka beriman atau berjubah putih sentiasa..tetapi pada setiap jiwa yang mengaku Allah sebagai tuhan itulah orang2 agama sebenarnya..

    orang biasa2 yang melawat ahli keluarga.nurse yang bertugas,,MA yang menolong pesakit..tukang kebun, jaga,,(jika muslim lah).yang bukan lulusan darul quran atau UIAM,,atau mana2 institusi agama jika menunjukkan perilaku, tatacara yang menyenangkan..elok dan memberi manfaat,,memudahkan usuran orang lain..berlapang dada..macam2 lagila perilaku positif dikira pahala..dan kita pun suka tengok macam tu

    ..itu yang kita mahukan..bkn sekadar di hospital,,ttp dimana2 saja..

    tak perlu sampai semua staff hospital. atau rakyat yang sakit itu masuk tabligh atau imam muda untuk mencerminkan perilaku baik dan melawat di hospital..

    ..cukuplah dengan apa yang baik yang boleh kita lakukan dan tunjukkan pada yang lain..jika mahu juga ke medan tabligh atau dakwah silalah..asalkan manfaat dari kebaikan yang dipelajari itu dikongsi bersama..


    sekadar renungan bersama kita

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.