Altantuya Shariibuu ketika dibunuh, kira-kira 5 tahun lalu, berusia 28 tahun.
Berikutan kes itu Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri, ketika itu berusia 33 dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37 tahun.
Mereka dilaporkan membunuh mangsa di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Puncak Alam, Selangor, di antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Cebisan daging dan tulang akibat mangsa diletupkan, dilaporkan ditemui di kawasan terbabit.
Saya masih ingat kira-kira seminggu selepas Unit Forensik selesai menjalankan tugas mereka, sekumpulan wartawan meninjau kawasan kejadian.
"Kami tahu kawasan tu sebab ada lagi tali rentang polis bertulis 'dilarang masuk' tetapi dah jatuh di atas tanah, gloves pun ada dan di atas tanah ternampak kesan terbakar, sikitlah," ujar kenalan.
Polis bantuan, Rozali Mansor, 44 tahun, ditemui kru 666 sebelum ini, berkata ...
"Saya cabar kalau ada sesiapa berani membuat tinjauan di kawasan tu"
Tambahnya, tiada kumpulan pengkaji kes paranormal meninjau kawasan terbabit pada waktu malam, setakat ini.
Biarpun saya tidak mengerti mengapa kenyataan berbentuk cabaran itu dilontarkan namun disambut kru 666 dengan hati terbuka.
Tambahnya, tiada kumpulan pengkaji kes paranormal meninjau kawasan terbabit pada waktu malam, setakat ini.
Biarpun saya tidak mengerti mengapa kenyataan berbentuk cabaran itu dilontarkan namun disambut kru 666 dengan hati terbuka.
Malam ini, kru 666 akan ke lokasi, bukan mencari hantu atau jelmaan Altantuya tetapi untuk menyelidik sekalgus merakamkan gambar pegun dan video bagi membuktikan samada entiti paranormal wujud atau tidak di kawasan sama.
Kami bakal menyingkap fakta.
cantik dia.. tapi.. kesiann
BalasPadamsemoga berjaya.
BalasPadamwaahh, tak sabar rasanya nak tunggu rakaman kru 666 ke lokasi pembunuhan itu... mana lah tau tiba2 roh Altantuya buat pengakuan siapa dalang pembunuhannya... ehehehehe
BalasPadam5 tahun berlalu.. bagai baru je berlaku rasanya.
BalasPadammenunggu hasilnya... :D
BalasPadamwahhh.. kru 666 nak pegi tmpt 2... nanti jgn lupa cerita pengalaman dan gmbr2 kat sana..
BalasPadamSMTI... x sabar menanti tampalan seterusnya...
BalasPadamsmti....suka...suka...!! :) x sabar neh....
BalasPadamerk..tak sabau nih
BalasPadamSMTI, saya suka komen Gen2Merah :D
BalasPadamcantik...
BalasPadamsaya akan membaca tampalan seterusnya~
hanya tuhan yang dapat membalas si pembunuhnya. tak kat dunia ni yang pasti diakhirat.
BalasPadamSemoga Allah menghukum si pembunuhnya baik kat dunia ni tapi diakhirat pasti
BalasPadamsalam abang mazidul.
BalasPadamharap abang boleh tukar gambar wanita tu, sebab tu bukan gambar altantuya, tapi seorang artis korea bernama U;NEE yang mati bunuh diri pada tahun 2007.kesian bila gambar2 dia orang anggap sebagai altantuya.tq
waaah...menarik..
BalasPadamhope dalang pada kes pembunuhan altantuya hidup tak tenang selagi dia x ngaku salah ! :P
BalasPadamGood luck bro.
BalasPadam