Dia dilahirkan pada jam 3.37 petang, 1.10.2001 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
"Waaaaaaaaaaaaaaaaaa," kata jururawat serentak.
Bayi terpaksa dilahirkan secara pembedahan akibat terlewat 7 hari daripada tarikh sepatutnya dia dilahirkan ke muka bumi ini.
"Anak you besar, sudah boleh pergi sekolah," gurau doktor bertugas.
Beratnya ketika dilahirkan, 3.8 kilogram.
"Anak ini dilahirkan dalam 'karung'," kata jururawat memandikan bayi itu.
Kini Muhamad Azard Faez, berusia hampir 10 tahun dan dia mendakwa kerap melihat entiti tidak dikenal pasti.
"Dah nampak budak kecil berwarna hijau empat kali. Telinga dia tajam. Azard pernah nampak budak itu berdiri di tepi peti ais dan di luar rumah. Last sekali, Jumaat minggu lalu, rendah dia macam Aqeef ( sepupu berusia 5 tahun bertubuh kecil), bezanya budak itu tak handsome," dakwanya.
"Budak itu buat apa?," soal saya.
"Dia diam sahaja ayah," jawabnya ringkas.
Saya menunjukkan Azard gambar di bawah.
"Tetapi budak Azard nampak itu, tak pakai seluar," komennya.
Petang tadi, dia kelihatan bersemangat.
"Ayah, boleh tolong tukar bateri jam?," pintanya.
Lalu kami ke kedai jam berhampiran rumah.
Sebaik tiba di kedai, dia menyerahkan jam Luminox dipakainya kepada pekerja kedai.
Azard berhasrat untuk memakai jam terbabit sewaktu menyertai tinjauan dan kajian kes paranormal bersama kru 666 malam ini di Putrajaya. Lampu suluh, kamera digital dan sarung tangan sudah disediakannya.
Kurang 2 jam lagi, kami akan ke lokasi. Saya percaya kru 666 mampu menjaga dia, sebaik mungkin.
Sila like Fan Page 666 untuk mengetahui pergerakan dan membaca informasi terkini berhubung tinjauan bakal dijalankan.
Ooooh... macam itu ya.Bestlah abang dia malam ini tak ada siapa yang ganggu....
BalasPadamMacam kenal sahaja jam tangan itu....
BalasPadamlebih mendebarkan bawa anak yg terangkat hijab tgk makhluk halus camni...
BalasPadamsensor pun kalah ... good luck :)
smti
BalasPadamSmti...
BalasPadamSetuju dengan kak Es.. Kalau sensor problem, tak perlu risau adik Azard ada....