Mencabar keegoan lelaki secara disedari atau tidak oleh wanita lazimnya mengundang bahana tidak kira samada lelaki itu pendek, tinggi, kurus atau gemuk, setiap seorang memiliki keegoan sendiri.
Jika diperhatikan, majoriti wanita sering tersilap langkah sewaktu menegur perlakuan lelaki, mereka FIKIR tidak sepatutnya dilakukan.
Tidak kisah samda lelaki itu sekadar teman lelaki atau suami.
Contohnya, jika wanita terlihat kesan gincu di baju pasangan, reaksi mereka lazimnya spontan, adunan emosi dan sakit hati.
"You jumpa dengan perempuan mana? You had better cakap dengan I! Selama ini I seorang tak cukup ke? Kalau rasa dah nak menggatal sangat, you tinggalkan I!, pergi hidup dengan dia!"
Ayat di atas hanya sekadar antara kenyataan contoh berkebarangkalian dimuntahkan mulut wanita. Kenyataan lain? Sila cipta menggunakan imaginasi sendiri.
Bagaimanapun majoriti lelaki tidak mudah tewas dengan kaedah gertakan seperti itu. Jika benar mereka curang sekalipun, keegoan dimiliki akan mendorong mereka bermati-matian untuk menidakkan tuduhan terbabit.
"Tadi abang pergi ke mall, cadang nak beli baju. Masa berjalan nak nak ke men's department ada perempuan tengah try lipstick dekat bahagian jual barang make up, I lalu kat belakang dia. Berkebetulan dia tiba-tiba berpusing dan lipstick dipegang terkena kat baju I lah tu. Actually I pun dah nampak dari awal kesan tu tetapi sebab I langsung tak bersalah, apa nak takut? Baru melangkah masuk ke rumah, you dah mengamuk. Ingatkan tadi baru nak minta tolong rendamkan dengan Clorox"
Logikkan alasan itu?
Andai baju dengan kesan lipstick itu ditemui pada waktu malam selepas lelaki pulang lewat, mungkin alasan logik lain mampu dikemukakan dek mereka. Lazimnya fikiran lelaki lebih pantas berfikir terutama apabila berada dalam keadaan tertekan.
Bagi wanita pula, setelah menghamburkan 'serangan' bertalu-talu tanpa henti, mereka akan menggunakan ruang perbualan berikutnya untuk terus meleteri pasangan.
Sebilangan lelaki kekadang keberatan melayan serangan itu lalu bertindak mendiamkan diri namun majoriti tidak.
Jika lelaki itu suami, leteran, tengkingan dan 'ceramah' wanita bakal terbawa-bawa sehingga berbaring di atas katil. Samada mereka menampilkan wajah bengis atau tersedu-sedan menangis, sebilangan wanita akan bertindak tidur sambil membontotkan suami bertujuan menunjukkan isyarat jelas berhubung ketidakpuasan hati.
Saya boleh menjangka, pembaca wanita blog ini tidak bertindak sebegitu, saya bercerita berlandaskan pengalaman dikongsikan wanita lain.
Ya, wanita lain.
Saya pernah mendengar lelaki berpengalaman berkata ...
"Kita lelaki, kita membuat kesilapan. Adakalanya kita nakal tetapi sekiranya kita kantoi dengan bini atau girlfriend, jangan sesekali, aku repeat, jangan sesekali mengaku! Kalau kita confess sekali pun, sampai mati, perempuan tak akan percaya"
Barangkali pandangan dilontarkannya itu benar, barangkali tidak. Biar pembaca wanita tampalan ini berkongsi pandangan mereka.
Pembaca lelaki juga diizinkan untuk melontarkan pendapat, tidak salah.
Rumusannya, majoriti lelaki akan cuba mempertahankan kejujuran dan kesetiaan mereka biarpun diserang bertalu-talu oleh wanita.
"Untuk mempertahankan diri, cakap dengan isteri, you tahu tak di negara berdaulat macam Malaysia, kalau seorang itu dituduh melakukan kesalahan mengikut Kanun Kesekasaan, dia berstatus 'saspek', maknanya dia belum lagi bersalah. Saspek harus dihadapkan ke mahkamah terlebih dahulu dan kemudian setelah mendengar dan mempertimbangkan hujah secara adil dan saksama, barulah majestrit akan membuat keputusan samada saspek itu bersalah atau tidak. Kekadang proses itu mengambil masa lama, court tangguh kes berulang kali, Ini you, sebaik nampak kesan lipstick, terus attack I macam menggunakan helikopter Apache. Tembak! Tembak! Tembak! You terus menjadi hakim sekaligus menjatuhkan hukuman. Hairan sungguh!"
Kepada pembaca lelaki, mungkin ayat panjang di atas amat berguna dan boleh dipraktikkan sebagai perisai jika keadaan menuntut :)
Lazimnya, jika lelaki diserang, mereka jarang menyerah kalah kepada wanita. Semangat mereka tinggi, keyakinan sukar digoyahkan dan wajah mereka mampu kelihatan bersahaja.
Tambahan pula jika mereka tidak bersalah.
Saya percaya ramai wanita tidak mengetahui sesungguhnya senjata ampuh mampu menundukkan lelaki telah mereka miliki sejak saat dilahirkan kedunia ini.
Kelembutan dan kesabaran.
Itu senjata bahaya bagi majoriti lelaki bergelar suami atau teman lelaki.
"Bang, tadikan masa masukkan baju ke dalam washing machine, ternampak kesan lipstick di kemeja abang pakai. InsyaAllah boleh dihilangkan kesan tu sebab I dah sapukan Clorox sikit sebelum dimasukkan ke dalam washing machine"
Ayat lembut sekaligus tidak menyakitkan hati seperti itu dipercayai lebih berkesan untuk mengakibatkan jantung lelaki berdegup lebih kencang, dahi mereka berpeluh dan perubahan drastik air muka jika benar mereka curang kepada pasangan.
Bukan itu sahaja, malah tidur malam mereka juga bakal gelisah.
Ringkasnya, tindakan berkesan untuk menyedarkan kesilapan dilakukan lelaki tidak semestinya diterjemahkan dalam bentuk kasar.
Wanita itu seperti air, lelaki pula bak api.
Ingat kata sang pujangga, api usah dilawan dengan api, kelak bahang terhasil lebih panas membakar. Lawanlah api dengan air, air tetapi sejuk dan api akan terpadam.
Untuk membaca perkembangan KRU 666, sila like di sini

NOTA
Untuk membaca perkembangan KRU 666, sila like di sini
nice bro....ego lelaki mmg besar pn tp emosi perempuan ni kadang2 tak terkawal...bukan nk ngata sesiapa tp hakikat....utk lelaki,nk senang hidup xpayah la nk menggatal....tp nk buat mcm mana ye dak?mmg dh sifat laki....btw betul ckp bro mazidul ni...lawan la api dgn air...mmg kne mcm tu...tak ksah la jika laki atau perempuan ke yg api,lawan jgk la dgn air...gunakan kata2 dgn bijak...
BalasPadamBagi kakcik, bila dah tua begini - kakcik pegang pada kata2 kakcik sendiri - 'lantaklah awak nak buat apa pun... saya dah malas nak fikir!' :)
BalasPadamAssalam Mazidul,
BalasPadamSetuju dengan wanita kena bersabar..jangan jadi mesingan...org lelaki ni dorang buat salahpun...masih lagi nak nafikan dan nak menang....so biarkanlah dorang terus menafikan kerana akhirnya kita akan menang...SEBAB? kerana Allah swt bersama dengan mereka yang benar dan teraniya...end of the day...tak payah kita cari...KEBENARAN akan datang mencari kita...masa tu...tentulah suami2 takder tempat nak menyorok muka...kalau boleh nak tutup muka dgn tapak kaki.....
kadangkala perbezaan itu yang membahagiakan~
BalasPadamNak bahagia, jangan cari masalah. :)
BalasPadamsmti...membaca pandangan dan kenyataan yg dilemparkan membuat saya tersenyum dan terpikir sendiri...terima kasih abg mazidul kerana berkongsi info yg bermanfaat... :)
BalasPadamserang lelaki dgn ayat bertalu-talu begitu: saya tak pernah buat walau saya tau lelaki tu ada perempuan lain.
BalasPadamperempuan normal ke saya ni?
salam Mazidul... saya mmg setuju yg kaum hawa nie kena bnyk bersabar...jgn cpt melatah bila rasa ada yg x kena dgn suami kita...bila dia balik jgn terus attack tapi lyn mcm biasa walaupun hati terasa sakit,kita kena tggu masa yg sesuai dan tnya slow2..insyaalllah pasti x berperang.
BalasPadambetul la tu. laki dicipta tahan lasak tapi kalau kena serangan halus, tahan lasak tu dah x guna.
BalasPadamSMTI. Bagaikan bidadari syurga dunia jika si isteri berkata lembut seperti skrip yang Mazidul berikan contoh tadi..saya respek wanita yang berlembut dengan suaminya, tp jngn berlembut sngt ye kak, karang kena pijak kepala sampai pecah kepala, masih nak berlembut lagi ke?
BalasPadamSuatu masa dulu hubby pernah kantoi kuar dinner ngan rakan perempuan sepejabat sdgkan dea kata ada keje kat ofis (sblm nie mmg dea dah kerap berchatting, ym ngan si perempuan). i amik dea kat tempat mkn tu n bwk balik umah. U know what, i x marah or mengamuk tp i senyum n hidangkan makanan seperti biasa, layan seperti biasa walau hati sakit, walau mata berkaca2. Semalaman dea x tido, menangis, meraung dipenjuru bilik smbil minta maaf dan merayu jgn tinggalkan dea. I x kata apa2 pown, malah i pujuk dea tuk tido, i buatkan milo panas, i usap bahu dea. Both of us x tido smpi pg, g sarapan kat McD sama2 sblm pergi kerja.. Seminggu hubby mcm tu, kerap menangis, buat mcm2 tuk dengar i kata i da maafkan dea.. Alhamdulillah, 2 tahun berlalu dan hubby masih malu atas apa yg berlaku dan hbgn kami bertambah baik..sy perbaiki diri begitu juga hubby.. Bg sy, sy x inginkan cinta yg dipaksa, biarlah dea ikhlas. x guna nk mengamuk2.. Apa guna dpt badan tp hati dan perasaan dea bukan tuk kita lg?
BalasPadam""Tadi abang pergi ke mall, cadang nak beli baju. Masa berjalan nak nak ke men's department ada perempuan tengah try lipstick dekat bahagian jual barang make up, I lalu kat belakang dia. Berkebetulan dia tiba-tiba berpusing dan lipstick dipegang terkena kat baju I lah tu. Actually I pun dah nampak dari awal kesan tu tetapi sebab I langsung tak bersalah, apa nak takut? Baru melangkah masuk ke rumah, you dah mengamuk. Ingatkan tadi baru nak minta tolong rendamkan dengan Clorox"
BalasPadamSETAHU KJEE, MEN'S DEPARTMENT DENGAN LADIES DEPARTMENT JAUH DARI SATU SAMA LAIN. CAMNER BOLEH TERKENA LIPSSTICK. KALAU SUAMI NK KLENTONG PUN, KENA GUNA AYAT BIJAK. HEHEHEHE. BUT I LIKE YOUR ENTRY. KJEE DAH LINK TO MINE.
SMTI..hehe..satu tips utk saya lebih kenal sikap lelaki..
BalasPadamSMTI - sbb tu la kuasa cerai terletak kat lelaki (^.^,)
BalasPadamYa!ALLAH..lindungi suami dari godaan seperti di atas..saya bukan wanita sekebal yg berkongsi kebahagiaan...nasib org korea ini tak leh 2 isteri..
BalasPadamAssalam, pada saya jika keadaan begini terjadi, boleh juga kita laku kan solat sunat hajat untuk mohon moga Allah lembut kan hati suami dan kembali kan kasih sayang nye untuk isteri. Dan saya bersyukur kerana selama 20 tahun melayari bahtera perkahwinan belum lagi mengalaminye.
BalasPadamsmti....
BalasPadambila berkahwin,
kita bukan saja berkongsi kasih...
tapi berkongsi hidup....
susah senang bersama...
ibarat 1 nyawa...
kalau sorang kehulu,sorang kehilir..
camno pulak...
jangan suka time 'sedap' jer...
Bukan perempuan namanya kalau tiada emosi - yang penting jangan terEmosional.
BalasPadamAda tak dialog begini :-
Isteri :"Hi Darling maling, sikit sangat gincu kat baju tu... meh Ayang kepayang calit lagi, barulah nampak gincu sape yg paling merah..." "Eh, air panas baru mendidih kat dapur tu, penuh secerek...!"
Lps tu si Suami yg dah naik longlai kepala lutut jawab "Ala, Ayang kepayang, gincu pink ni Makcik cleaner tu terlanggar bahu Darling maling masa nak ambil bakul sampah bawah meja tadi... Jenuh dia minta maaf, tp Darling maling kata x pe Auntie, nanti malam isteri saya rendam dgn clorox. Ala x de bendalah... Darling maling nak shower dulu, nanti sebelum tido darling maling picit kaki, pusing helikopter kedua-dua kaki ngan garu belakang Ayang kepayang ye..." "Er..., buatkan secawan Kopi Radix Yang, sedap beno rasanya..." sambil mengenyit mata.
Tak pun tanya kat suami,
BalasPadam"Eh..lipstick brand apa ni yer? nice colour laa bang.. belikan lipstick camni bleh?"
hehe...nak madukan isteri pun ada caranya dan ada orang yang layak..bukan sebarang org boleh jadi org ketiga yg direstui isteri pertama..jd lelaki harus beringat ler bila nak curang tu..adakah berbaloi utk melukai hati isteri yg setia utk wanita itu..
ingatan pada diri sendiri juga..
peace ^_^
SMTI :-)
BalasPadamsuka baca entri 'panas' ni..
kalau dulu mmg selalu dgr cite yg curang lelaki & td ada petikan kata jgn sesekali mengaku sbb perempuan takkan percaya sampai bila2. tp zmn skrg the other way round pun ade. Mcm mana lak dgn reaksi lelaki. sbb dah kuar isu ni kan.. cuma curious je
BalasPadamlembut atau tegas perlu kena pada tempatnya. kadang-kadang pendekatan psikologi lebih menguntungkan kedua belah pihak. cuma nasihat saya, isteri perlu bekerjaya, punya sumber pendapatan sendiri, ada wang simpanan & aset atas nama sendiri. barulah terjamin masa depan. soal suami curang/menduakan/menceraikan tu dah jatuh #2. isteri akan survive walaupun bergelar Miss J.
BalasPadamkesan lipstik? ok jer.. wat pe nak pening2 fikir, kasih dan sayang bukannya boleh dipaksa.. kalau dah hilang rasa sayang antara pasangan.. boleh blah je lah.. huhuhuhu easier said than done
BalasPadam