Hujung minggu ini, Sabtu, 9 Julai, tarikh perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, BERSIH dijangka bakal berlangsung. JIka sebelum ini, perhimpunan dijadualkan di jalanan kini berubah lokasi ke stadium.
Setakat ini belum lagi dipastikan stadium mana bakal dipilih. Dilaporkan, jawatankuasa BERSIH memilih Stadium Merdeka, mampu memuatkan kurang 50,000 penyokong.
Ya, kurang 50,000 tetapi bukankah BERSIH merancang mengumpulkan 500,000 penyokong?
Pelik, itu jelas melebihi kapasiti Stadium Merdeka.
Pelik, itu jelas melebihi kapasiti Stadium Merdeka.
Stadium sama, lokasi Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan 'merdeka!' 7 kali disaksikan oleh lebih 20,000 rakyat Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Tiga pegawai Tentera Laut, Awang Mohd Salleh, Sarif Kalam dan Oliver Samuels kemudian menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu melambangkan negara telah merdeka.
Lihat, betapa gembiranya wajah Tunku meraikan kemerdekaan negara pada waktu itu sebaik bendera Union Jack diturunkan dan 101 das tembakan dilepaskan ke udara.
Jika Tunku masih hidup, usia beliau, 108 tahun kini.
Sewaktu berkunjung ke Memorial Tunku semalam, saya terlihat gambar kartun berikut disiarkan akhbar The Malay Mail pada tahun 24 Jun 1961, 4 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan.
Kartun, lukisan Mann bertajuk 'enemy' atau 'musuh' dan pada malamnya dipentaskan teater Julius Caeser, karya Shakespeare di Kuala Lumpur tetapi tidak dinyatakan lokasi tepat pementasan itu.
Saya juga sempat merakamkan gambar Tunku bersama ayahanda beliau, Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan ibunda, Cik Menjalara.
Gambar di bawah diabadikan ketika Bapa Kemerdekaan itu dirawat di Pusat Perubatan Gleneagle pada 8 Februari 1990.
10 bulan kemudian, pada hari Khamis, jam 10.25 malam, 6 Disember, Tunku menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur, kini dikenali sebagai Hospital Kuala Lumpur.
Jenazah Tunku diterbangkan ke Kedah pada 7 Disember dan disemadikan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star berikutan wasiat ditulis beliau pada 5 November tahun sama.
Wasiat itu ditulis sebulan sebelum Perdana Menteri Malaysia pertama itu meninggal dunia. Saya yakin ramai tidak berpeluang membaca wasiat terbabit lalu saya kongsikan bersama semua pembaca setia blog ini.
Sila klik untuk membesarkan imej di bawah.
Saya percaya ramai antara kita sering membawa keluarga ke pelbagai lokasi untuk bersiar-siar atau membeli-belah di hujung minggu.
Jika pembaca tinggal di Lembah Klang dan membuat keputusan tidak menyertai perhimpunan BERSIH, berkunjunglah ke Memorial Tunku Abdul Rahman di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur di belakang bangunan Bank Negara Malaysia. Masuk percuma dan dibuka di antara jam 9 dan 5 petang kecuali hari Isnin.
Hayati pedih jerih pejuang kemerdekaan negara agar kita tidak buta sejarah.

ohh baru tahu pasal wasiat pemakaman tu. nice info abg mazidul.
BalasPadamsayu hati baca surat wasiat tu
BalasPadamgud info..:)
BalasPadamSaya bangga menjadi anak seorang tentera kerana arwah abah saya turut sama melaungkan kalimah MERDEKA ini..
BalasPadamArwah selalu bercerita tentang pemerintahan Jepun dan kesengsaraan yang dialami di zaman itu..
Kini, tinggal mak saya yang terus bercerita kisah itu walaupun dah beribu kali dia ceritakan kepada kami. Tujuannya adalah untuk menyedarkan kami betapa susah dan sukarnya kehidupan di bawah pemerintahan penjajah..
Terima kasih atas perkongsian ini..
SMTI.Terima kasih atas perkongsian ini.Dan patut dibaca dan dihayati oleh semua rakyat M'sia.Hargailah kemerdekaan yg kita kecapi skrg ini.
BalasPadamSMTI..
BalasPadamSaya kadang-kadang terfikir,
apa yang mereka tuntut, apa yang mereka laung-laung kan dari kerajaan, seolah-oleh kerajaan Dato' Sri ni teruk sangat, macam mereka ni tiap-tiap hari makan pasir berlauk kan rumput.
Kalau betul pilihanraya tu tak bersih, kalau betul BN jahat, dah lama mereka guna kuasa penuh sebab mereka kerajaan.
Tapi saya lihat kerajaan berusaha sedaya upaya mengimbangi setiap keperluan. Menjaga segala perkara sensitif. Walaupun tak semua ahli BN tu baik macam malaikat, maksum macam nabi S.A.W, mcm tu juga ahli-ahli BA.
Mampu ke mereka yang menuntut-nuntut ni buat seperti yang kerajaan buat?
Mungkin lepas ni boleh buat kempen "Mampu" pulak. :)
SMTI
BalasPadamTerima kasih atas info ini.
Harap negara kita terus merdeka, aman, makmur dan sejahtera.
Assalamualaikum,
BalasPadamSenang-senang layarilah coretan saya tentang mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia tercinta ini. Terima kasih.
smti...sayu hati bila baca ayat almarhum "lagipun saya sedar saya sudah tiada tempat dlm politik yg baru ini" tapi sesungguhnya almarhum sentiasa ada tempat dlm hati rakyat malaysia...dulu..kini..selamanya....
BalasPadamalfatihah utk almarhum Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan Negara....
SMTI..terima kasih di atas perkongsiaan yang amat bermakna ini..
BalasPadamSMTI...
BalasPadamGenerasi kita lebih suka untuk memilih untuk menghirau dan melatah daripada melihat dan mencakna pengorbanan dahulu betul-betul...
Terima kasih untuk info ini...sekurang-kurangnya kita x terlupa pada sejarah perjuangan negara.
BalasPadamsalam tuan MS: al-Fatehah buat roh almarhum Tunku Abdul Rahman semoga Allah mencucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama-sama hamba-hamba yang soleh. Amien.
BalasPadamSMTI
BalasPadamsy mintak izin share cerita ni dekat blog sy ye..biar jadi tauladan generasi muda
Assalamualaikum Saudara Mazidul,
BalasPadamMaaf kerana mungkin terlalu lambat untuk membetulkannya, berkenaan nama salah seorang pegawai Tentera Laut yang telah menaikkan bendera, yang sebenarnya ialah Sarif Kalam dan bukannya Sariff Kalim.
Terima kasih juga atas infoblog Saudara.
Salam
Azmi
Memorial tunku abdul rahman berhantu!!!!! Saya dh pergi ikut lawatan sekolah.tahun sebelum ni ada jugak pelajar lain pergi pastu dia tangkap gmbr tunku dalam rumahnya .lepas dia check gmbr tunku mnjadi marah seperti ada sesuatu.pada mulanya gmbr tunku tersenyum seperti gmbr dalam rumahnya ttapi terus bertukar mnjadi marah.sungguh menyeramkn.ada juga bbrapa pelajar yg lemah semangat seperti dirasuk seketika mujurlah ada seorg ustz.kali ini saya pon pergi ke sana.banyak prkara pelik brlaku ketika di sana.pertama,gmbr cik menjalara yg seperti memerhatikn sy dn kwn2 lain.saya menangkap gmbr di dalam rumah tunku lalu selepas mengetahui cerita tntang pelajar tahun sebelum ni yg gmbr nya bertukar saya segera memadam gmbr2 tersebut.saya &seorang lagi kwn saya rasa seperti diikuti oleh sesuatu.kwn kami yg lain pula menangkap gmbr dalam rumah Tunku.selepas dia check gmbr tu ada 1 lembaga yg berada di dalam rumah tunku.ini amat pelik dn menakutkn.ustaz kami juga menyatakan bahawa semasa lawatan dia ada ternampak satu lembaga didalam rumah tunku.ustaz pon kata tmpat tu keras.saya yakin org yg alim seperti ustaz pasti melihat perkara itu.saya,kwn2,guru2 semua ada yg merasa lain apabila memasuki rumah tunku.sehingga skrg saya &seorg kwn masih dalam ketakutan dan terbayang akn cik menjalara.kami berdua juga rasa diikuti sesuatu dari memorial itu.bolehkah anda menjawab segala persoalan ini?????
BalasPadam