Sabtu, Julai 30, 2011

"Dia sandar itu pokok jalan punya tipi, tapi itu olang kepala talak!"

Saya 100% yakin dia bukan menang nombor ekor, kerana anak anggota polis dan pelajar jurusan kejururawatan di bawah tidak pernah mengangkung nombor sepanjang bersama kru 666 membuat pelbagai tinjauan di lokasi berbeza.


Bukan hanyar dia tertawa besar, dua rakan di kiri dan kanannya juga kelihatan gembira.


Mohd Ashraff Zainon, Mohd Farid Hamzah dan Azree Ja'afar, itu nama mereka. Rahmat Mokhtar juga tidak ketinggalan, kelihatan ceria biarpun sepanjang minggu lalu mendakwa dijadiakan 'bola' oleh sebilangan kakitangan Jabatan Imigresen di Pusat Bandar Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Pantas saya membuat scanning, cuba menyelami hati dan perasaan mereka biarpun ditertawakan. 


Rupanya mereka gembira kerana lazimnya sebelum ini kru 666 bertemu di lokasi tinjauan kes paranormal dijalankan tetapi kali ini semua melepak di kedai mamak.

Bukan melepak kosong, jam 10.30 malam semalam, kru 666 mengadakan mesyuarat ringkas kali pertama bertujuan melontar dan berkongsi buah fikiran berhubung perancangan kami seterusnya.

9 daripada 13 kru menghadirkan diri. Mereka Muhamad Zaki Muhammad, Alfee Ja'afar, Ahmad Adam Aliff Ahmad Aznan, Razali Harun dan mereka berwajah gembira di atas.


Dalam mesyuarat itu, diputuskan, lokasi tinjauan kami selepas Putrajaya, tidak lain dan tidak bukan, Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kami semua bersetuju untuk membuka peluang kepada 10 individu terpilih untuk turut serta dengan bayaran RM100 setiap seorang bagi menampung perbelanjaan pengangkutan, makan dan minuman serta servis memastikan keselamatan mereka dalam tempoh 2 hari 1 malam. 

"Lelaki sahaja? Atau perempuan sekali?," soalan diajukan.

"Dua dua ok tetapi siapa berminat kena di interview terlebih dahulu. Paling penting, mereka akan diwajibkan menandatangani surat disclaimer, mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian manis atau pahit bakal dilalui," ujar Rahmat.

Cakap sahaja Ulu Bendul, pasti ramai pernah mendengar, majoriti mereka berpengalaman mendakwa lokasi itu berpuaka.

Entah benar, entah tidak.

Kepada pembaca berminat untuk ke Ulu Bendul dan tinggal di Lembah Klang, sila hantarkan nama penuh, jantina, usia, pekerjaan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi ke emel mazidulakmal@yahoo.com.

Untuk rekod, Ulu Bendul terletak berhampiran Bukit Putus, kini jalan bagai ular dipalu merentasi bukit itu ditutup sejak lebuh raya baru dibina selari dengan jalan itu beroperasi.

Teringat saya, sewaktu menemubual, lelaki warga emas berbangsa Cina, pemandu lori berpengalaman kira-kira 3 tahun lalu berhubung kejadian di bukit sama.

"Saya bawa itu loli, slow  slow sebab itu jalan atak bukit. Dengar itu olang jelit jelit, tolong! tolong! Manyak kuat. Lagi lekat saya jalan, lagi kuat itu olang jelit, tolong! tolong!," jelasnya.

"Apa jadi?," soal saya.

"Bila saya kasi stop itu loli, memang ada olang, dia sandar itu pokok jalan punya tipi, tapi itu olang kepala talak!," ujarnya.

"Kalau dia tak ada kepala, macam mana dia boleh menjerit?," soal saya lagi.

"Tak tau lorrrr," katanya

Tujuan kami kesana untuk bekhemah sambil menikmati keindahan alam masih menghijau. Wakaf terletak di tepi sungai mengorbankan 3 nyawa anak kecil 2 bulan lalu dirancang dijadikan lokasi kami berkumpul. Kajian dan tinjauan akan kami laksanakan pada waktu menjelang tengah malam.

Tarikh tinjauan ke Ulu Bendul, belum ditetapkan lagi dan akan diumumkan secara berperingkat dan informasi akan dimuatkan di Fan Page 666.

Apapun, terima kasih kepada semua kru kerana sudi meluangkan masa untuk berjumpa malam tadi.

7 ulasan:

  1. orang luar pun boleh join kru 666 punya aktiviti?nak join boleh?tapi aku duduk ganu

    BalasPadam
  2. rakan saya pernah kena kacau waktu lalu kat situ masa naik moto.. sepanjang saya lalu ikut situ sejak 10 tahun yang lalu tak pernah kena kacau sebab saya hanya lalu waktu siang. atau pun malam raya jer hehehe

    BalasPadam
  3. Saya ni mengecut tegar, tak mampu nk buat kerja2 cm ni. cuma nak share cerita ..

    Rasanya ulu bendul ada 2tempat..kuala dan pantai..saya dan keluarga pernah ke kuala..

    kami dpt lihat ikan menari2 gembira siap lompat hampir dgn muka tp hampir 3jam, xde sekor pun yang lekat kat pancing. dan kesemua tali pancing berbelit ke akar.

    kami juga melalui pengalaman yg pelik, mula2 sampai kami dok dengar auara anak muka lelaki/perempuan dok ketawa riang kat dlm sampan yg tertutup, saya dan adik dok kutuk2 pbuatan tu.tapi bila abah pergi tgk, xde siapa di sana. dan sampai yang mula2nya bercahaya tiba2 paham.waktu itu bg ipar dan sound "mulut tu jaga!"

    Waktu sedang menunggu pancing mengena, kami terdengar sesuatu dibawah jeti, sepantas kilat adik dan abg ipar menjengok, kemudian abg ipar tgesa2 ajak balik.adik cuma diam..

    balik tu, abah, adik dan abg ipar kena ruam2 byk dibadan.smpi demam2..mujur saya kan kakak selamat

    smggu kemudian, adik cerita dia nmpk org tua bertubah putih, berambut putih kusut masai dok kutip ikan dibawa jeti..dia peluk ikan yg ditangkap didadanya. abah dan abg ipar tak komen apa2 ttg hal ni.

    Siapa dia? wallahualam

    BalasPadam
  4. huhu dulu masa daki gunung angsi kna lalu bukit putus juga... wahh bestnye dhlama tk pegi camping..skrg payanh ada anak2 kecik huhuhu zaman telah berlalu

    BalasPadam
  5. en MAS, masa bulan puasa nanti ada 'operasi' jugakah?

    BalasPadam
  6. Ulu Bendul.. hutan lipur ulu bendul membawa kenangan ngeri kepada saya dan rakan2..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.