Isnin, Julai 04, 2011

Gambar Entiti Paranormal Dirakamkan Di Highland Towers (Mesti Baca) *Tambahan Nota

Seperti pembaca ketahui, saya dan kru pengkaji kes paranormal 666 berkunjung ke Highland Towers pada tengah malam 2 Julai lalu.

Kisahnya di sini.

Tengah hari tadi, saya dihubungi Azree Ja'far, dan memaklumkan saya berita menarik. Apapun sebelum itu mari bersama kita teliti gambar saya rakam menggunakan camera Canon Power Shot G12 di ruang unit di blok kondominium masih tegak berdiri.

Gambar berikut dirakamkan di antara jam 2.32 dan 2.34 pagi.



Melalui pengalaman, ingin saya kongsikan bersama semua pembaca, lazimnya kehadiran orbs dianggap sebagai isyarat jelas kewujudan entiti paranormal lain.

Blogger, Green Apple Ku menghuraikan informasi berhubung 'orbs' dalam tampalannya awal hari ini, klik di sini.

Pada ketika rakaman dilakukan,  saya masih ingat, Rahmat Mokhtar menjerit ...

"Huh! Tengok bacaan IR Thermometer jadi gila!"

Suhu asas, kira-kira 80°F menurun secara mendadak. Perhatikan bacaan pada skrin Infrared, IR Thermometer, dipegang oleh Rahmat.



Untuk rekod, pengkaji paranormal percaya, jika suhu naik atau turun secara mendadak dengan julat plus minus 10°F, itu isyarat jelas kewujudan entiti paranormal di kawasan sekitar.

Mari kita teliti gambar dirakamkan Azree di ruang sama.



Gambar sama saya paparkan dalam bentuk night vision dan heat sensor mode.


Seingat saya, pada ketika rakaman dibuat, tiada kapal terbang melintas di ruang udara di atas blok kami tinjau. 

Lebih ganjil, entiti berwarna putih itu kelihatan 'dibasahi' warna merah di bahagian kelihatan seperti kepala, hujung kanan.

Untuk rekod, antara 48 mangsa terkorban dalam tragedi 11 Disember 1993, bayi berusia 6 bulan dan warga emas, 76 tahun.

Kru 666 tidak berhasrat membuat sebarang spekulasi berhubung identiti entiti terbabit tetapi kami memohon pembaca beragama Islam untuk menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada semua mangsa beragama sama maut dalam kejadian ngeri itu.

Al-Fatihah.

Kemaskini

Maaf, saya tidak akan menyiarkan komen disertakan dengan terlalu banyak links sehingga kelihatan semak untuk dibaca.

Klik di sini.


64 ulasan:

  1. Bro Mazidul,
    Bila U sebutkan tentang Orb dan gambar2 ini baru saya teringat ada kawan saya pernah menunjukkan gambar semasa dia mengerjakan haji. Sewaktu di Arafah mereka bergambar, tetapi bila dicuci gambar2 itu terdapat banyak orb2 berterbangan di dalam gambar dan menjadi kehairanan. Hari ini baru saya faham apakah benda bulat2 itu

    BalasPadam
  2. ni dah macam dalam cte penunggu istana dah ni.. yg ni komfem penunggu Highland Tower ataupun penunggu..bas nih..
    haha..

    BalasPadam
  3. bukan ke orbs tu dikatakan sebagai makhluk2 lain..sepertin jin dsbnya?? nak gak tahu..

    BalasPadam
  4. Entiti ditunjukkan seperti bayi. Mungkin salah seorang mangsa yang mati masa tragedi. Semoga roh-roh mangsa tragedi di Highland Tower tenang dan aman. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap yg mati akan kmbali mnemui penciptanya x kira yg beriman ataupun tdak. Tiada istilah org mati blh terbang sesuka hati. Jgn byk tgok citer hantu... Jika adapun entiti, mungkin hnya syaitan/iblis yg nak kita anggap mereka adalah saudara kita yg tlah mninggal..

      Padam
  5. Sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama islam yang terkorban.

    Mazidul, TQ letak link blog saya.

    BalasPadam
  6. Al-fatihah untuk mangsa yang beragama terkorban di dalam tragedi tersebut..

    alfatihah...

    BalasPadam
  7. smti....alfatihah utk semua mangsa...hanya ALLAH yg Maha Mengetahui...

    BalasPadam
  8. that is a BAT/KELAWAR lah brudder.
    orbs are flying dust. please be a BIT more knowledgeable before making claims.

    salam

    BalasPadam
  9. h3ad, at the age of 44, I know how to differentiate between an orb and a bat.

    What you think is not necessarily true or do you think that you are always rignt?

    Don't be that emotional la bro. Kalau ingin mencuba, ikut kami dan duduk seorang diri, then you judge yang mana satu orbs, mana satu kelawar and yang mana satu ...

    BalasPadam
  10. Fuh..Fuhh..
    moga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman AMIN

    BalasPadam
  11. gambar mana yang ada kelawar?kat blog lain ke?

    BalasPadam
  12. SMTI..alfatihah pd semua mangsa yg beragama islam..moga mereka tenang disana amin..!

    BalasPadam
  13. tgk gambar pun dah seram.. klu ada kat ctu..tak tau nak cakap apa.

    BalasPadam
  14. Penggelap Cahaya, itulah, saya pun tak faham, dalam tampalan ini, ada ke gambar kelawar?

    Tampalan sebelumnya memanga ada.

    BalasPadam
  15. ...salam buat semua, saya keliru sikit, ramai dikalangan anda menaip 'smti' apa maksudnya???

    *hehehe... saya ni betul2 ketinggalan keretapi.

    BalasPadam
  16. Azizi, itu kod rahsia, pembaca setia blog ini.

    BalasPadam
  17. abg mazidul, brape resolution asal gambar ni ye?

    BalasPadam
  18. kalau tak pernah lihat mmg cakap mengarut...tapi dah biasa tengok jadi biasa jer kan....tapi mmg best kalau beramai2 buat keje begini kalau sorang2 seram gak...hehe

    BalasPadam
  19. gempak r bro....siap dapat tgkap gmbr lg....lama tak blogging...jemput singgah bro...

    http://n0n0n-23enigma.blogspot.com/2011/07/ini-blog-ke-sampah.html

    BalasPadam
  20. SubhanAllah!!!
    Terima kasih diucapkan atas perkongsian ini...

    BalasPadam
  21. a bit look like kelawar tp ntah lah...xmo ckp byk huahahaha anyway x paham motip nk kaji paranormal neh

    BalasPadam
  22. Kajian Paranormal adalah satu kegiatan yang sihat dan tidak melakukan sebarang perkara yang tidak senonoh.

    sekurang-kurangnya team paranormal yang ikhlas mengkaji alam2 ghaib ini sedia berkongsi dengan anda yang minat dengan alam ghaib/entiti/makhluk halus.

    gambar tersebut kita hanya berkongsi diruang ini.. itu pendapat masing2.. kelawar (bat)? kami tahu bezakan binatang yang terbang dan sebaliknya... apa2 pun selamat membaca di blog mazidul.

    layari:
    http://3aj-entertainment.blogspot.com/

    BalasPadam
  23. oh orb rupanya benda tu. saya ada pegi melawat tempat2 peninggalan british kat Ooty, India. Dalam gambar mmg banyak ada orb tu. tapi ingat ke habuk kat lens kamera.

    satu lagi yang banyak orb kat suicide point kat tamil nadu.nama lainnya Doddabeta. Sejuk gila kawasan tu. mmg tempat org bunuh diri pon.

    BalasPadam
  24. mcm penanggal je gambo last tu bro mazidul...seram...

    BalasPadam
  25. as salam..
    sy pon loyal follower ni.
    ni 1st time letak SMTI...
    this entry gives me the goosebump..

    BalasPadam
  26. gmbr tu mmg real nampak entiti itu terbang..tringin nak selidik tapi belum berisi..

    BalasPadam
  27. assalam,

    hemmmmm.... gigil.. hik4.. sungguh berani.... thanks for the KSS.. and also to kawan sy, mek nurul.. haha

    BalasPadam
  28. Salam semua pembaca, di bawah ini saya sertakan ulasan yang saya buat di :
    http://www.greenappleku.com/2011/07/orb-dan-paranormal.html


    < F.A.R.A.H. deeb berkata...

    As-salam. Ulama mengatakan bahawa Orbs itu adalah sebenarnya dikaitkan dengan Qarin seseorang manusia yakni tenaga2 baik dan jahat yang digunakan oleh manusia sepanjang hidupnya. Apabila dia meninggal, Qarinnya masih lagi berlegar di dunia dan tidak mengikut roh si mati. Jahat atau baiknya orbs/qarin itu pula bergantung kepada perlakuan manusia itu semasa hayatnya. Dan kalau nak tau orbs mane yg jahat, kalernya merah manakala yang biru/putih/hijau tu normal. Orbs bukan jin dan qarin juge bukan jin. Maaf kalau ade yg terlebih/ terkurang. Wallahualam.>

    Salam semua..
    Mohon maaf buat F.A.R.A.H. deeb kerana pada saya pendapat anda kebanyakkannya tersilap. Saya tidak mahu mengulas lanjut tapi jawapan sebenar akan anda dan teman2 yang lain yg berminat mengetahui akan lebih lanjut tentang masalah penghuraian anda adan anda semua temui disini : kubranewszamany.blogspot.com

    Bila kita ingin mengetahui sesuatu maka cari lah ilmu. Tanpa ilmu kita mungkin boleh tersesat tanpa kita sedari. Apabila telah masuk ke level itu maka akan bertambah mudahlah kita di hanyutkan dengan lebih jauh lagi. Maka berhati2lah dengan tipuan duniawi baik dari hal yg nyata mahupun yg tidak berapa jelas kerana golongan JIN itu terlalu besar dan kerana umur yg panjang maka kebijaksanaan mereka diluar batas pemikiran kita secara puratanya. Segala yg di dunia ghaib selain dari golongan MALAIKAT kesemuanya adalah dari bangsa JIN semata, tidak ada yg lain. Setakat ini sahaja, diharap sesiapa yg berminat untuk memberikan komen yg negatif atas saranan saya ini, tidak perlulah melakukannya kerana masa yg ada lebih bermanfaat untuk anda gunakan dengan pergi ke laman yg telah saya sebutkan tadi dan mengutip sebanyak mana ilmu yg dijelaskan disitu selengkap2nya. Cuma penambahan dari saya, andai punya kelapangan masa, bacalah ia dari muka surat belakang sekali dan juga komen2 yg ada disitu kerana ia akan menambahkan lagi pengetahuan kita. Bacalah dengan hati yg terbuka dan bukannya mencari kesilapan dari perbandingan dengan apa yg telah kita pelajari sebelum dan yang mungkin sedikit bertentangan dengan pendapat kita kerana pada saya apa yang dijelaskan disitu tiada `buyers` kepada mana2 pihak mahupun kefahaman tetapi lebih kepada yg benar semata2 berlandaskan apa yg sebenarnya ISLAM itu bermaksud.


    Maaf sekali lagi kerana menganggu ruangan ini dan salam buat semua pembaca serta bloggers dan terimakasih buat admin.

    p/s : Bagi yang mengaku beragama ISLAM, belajar dan cari ilmu itu semoga anda tidak ditertawakan oleh golongan2 JIN dek kerana ketakutan anda kepada mereka yg mana akan membuatkan mereka semakin `besar kepala`(sememangnya mereka2 ini semuanya sombong2 belaka), dan bakal membuatkan mereka menghantar lebih banyak (balatentera)JIN(syaitan) untuk memimpin anda ke jalan kesesatan yang tidak anda sedikit pun sedari. Maka pergilah ke blog yang saya maksudkan tadi dan kutiplah sebanyak2nya ilmu yang bakal memberi kafahaman penuh kepada anda akan `cerita` dunia tipuan semata2 ini. Salam.

    BalasPadam
  29. jelasnya ia bukanlah roh orang2 yang telah meninggsl dunia kerana apabila nyawa kia keluar dari jasad, kita akan menempuh alam lain iaitu alam barzakh dan tidak akan muncul di alam nyata sekarang ni.

    BalasPadam
  30. smt

    cuba buka blog theothersclan.blogspot.com

    BalasPadam
  31. SMTI..

    At 1st i though it was plastic.. but bila tengok balik yg nite vision and heat sensor mode tu sy tfikir. "Entah2 kes buang bayi kot. taruk dlm plastik then cmpak.. Ehehe.."

    Apa2 pn abg2 sume mmg brani ar.. Cm teringin lak nk join..^^ Boleh?

    BalasPadam
  32. SMTI :D

    and now,sy tahu ape mkne "smti" tu hehe

    BalasPadam
  33. sekadar berkongsi...
    How To Create Orbs (or How Orbs Are Created)
    http://rense.com/general69/orbs.htm

    BLURFOs Are Not UFOs
    http://rense.com/general49/blurfo.htm

    BalasPadam
  34. wow memang menarik..
    al-fatihah untuk mereka

    BalasPadam
  35. benda yg korang panggil orb ni takde apa la. Tu cuma titisan air je. Bila kena cahaya, jadi macam tu la. malam kan ada embun.

    Tapi tahniah bro. Objek ke-2 tu. Akhirnya keluar gak gambar yg betul-betul misteri.
    (misteri sbb aku tak dapat cam apa benda tu. Yg lain senang je).

    BalasPadam
  36. Yg pasti dlam al-Quran ada t'kndung bhawa mkluk2 halus atau ghaib mmg wujud , wallahhualam :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.