Tiada kisah paranormal hari ini kerana saya agak sibuk melangsaikan tugasan berhubung paparan bakal disiarkan pada 30 Ogos akan datang.
Bagaimanapun setelah meninjau kandungan beberapa blog, saya terpanggil untuk menulis mengenai usul menutup pusat hiburan di sepanjang bulan Ramadhan.
Jika diteliti, tindakan itu pernah dilaksanakan di Perlis pada tahun lalu. Pusat karaoke contohnya, tidak dibenarkan beroperasi di bulan mulia bagi umat Islam itu. Susulan tindakan itu pelbagai reaksi dapat kita baca.
Saya teringat, Hotel Putra Palace di Kangar memiliki ruang karaoke, berhampiran kaunter pendaftaran pelanggan. Hampir setiap kali tinggal di hotel itu, saya menjenguk keadaan di dalam ruang itu. Lazimnya, hanya beberapa pelanggan sahaja kelihatan berhibur sambil menyanyi. Sistem audio bukan automatik seperti kelengkapan dimiliki majoriti pusat hiburan di Lembah Klang. Pekerja lelaki akan memutarkan lagu menggunakan CD mengikut lagu pilihan pelanggan.
Dilaporkan, kini beberapa pusat karaoke keluarga mula beroperasi di Perlis namun saya percaya bilangan premis masih terhad.
Maka tindakan Majlis Perbandaran Perlis mengarahkan pusat hiburan ditutup di bulan Ramadhan tidak mencetuskan masalah. Bilangan pemilik pusat hiburan, kecil seperti negeri itu. Justeru suara mereka tidak kedengaran.
"Kalau bawa kereta dari Kangar ke Padang Besar, 60 km/jam, 25 minit sampai ke sempadan tetapi kalau ke Bukit Kayu Hitam jauh sikitlah. Melalui maklumat kawan-kawan, pusat hiburan macam karaoke dan rumah urut lebih banyak bilangannya di Bukit Kayu Hitam berbanding Padang Besar," ujar kenalan pernah berkhidmat di Perlis.
Maksudnya, jika penduduk Perlis ingin juga berhibur di bulan puasa, mereka boleh berkunjung ke 2 bandar di sempadan Malaysia-Thailand itu.
Senario itu barangkali berbeza jika tindakan sama dilaksanakan di Lembah Klang. Pusat hiburan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Pusat karaoke mewah dan keluarga, rumah urut dan panggung wayang berlambak dan majoriti dimiliki bukan Melayu.
Mereka membuat pelaburan mencecah jutaan ringgit untuk membina dan memastikan pusat hiburan itu beroperasi.
"Satu bulan kalau polis hentam saya punya tempat 4 kali, saya mati, busines tak boleh jalan, banyak rugi," keluh pemilik pusat hiburan saya kenali.
"Selagi you simpan itu amoi Cina dari China, saya ingat polis mesti hentam juga," balas saya.
Itu realitinya.
Bayangkan jika pusat hiburan diarahkan ditutup sebulan. Pasti ramai pemilik akan merintih dan mengeluh.
Persoalannya, adakah mereka perlu memberhentikan operasi pusat hiburan sedangkan mereka bukan penganut agama Islam?
Saya buka jawaban itu kepada pembaca dihormati.
Di satu sudut lagi, penutupan pusat hiburan tidak akan membawa kesan kepada premis beroperasi tanpa lesen. Selama ini, biarpun digempur pihak berkuasa, disaman dan penjaga dibawa ke muka pengadilan, operasi tetap dijalankan.
Jadi, mahukan mereka menurut arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan? Sedangkan arahan menutup pusat sama di bulan biasa tidak pernah diendahkan.
Umat Islam gila berhibur biarpun di bulan Ramadhan masih boleh berkunjung ke pusat hiburan terbabit, tambahan pula bentuk hiburan disajikan barangkali lebih menarik. Pengunjung boleh meneguk arak dan dibelai pelayan pelanggan warga asing seksi tanpa sebarang halangan.
Maka bertambah lebar senyuman taukeh pusat hiburan haram kerana bilangan pengunjung akan bertambah di bulan Ramadhan.
Barangkali kesan itu tidak diambil kira oleh pihak berkuasa sebelum membuat keputusan.
Kerajaan negeri Kedah dilaporkan mahu menutup bar, disko dan pusat karaoke pada bulan Ramadhan akan datang.
Saya pernah menyertai polis menyerbu bar korek di Sungai Petani. Premis gelap, di dalamnya ruang dipisahkan penghadang papan plywood. GRO tempatan berusia sibuk melayan pelanggan, lelaki Islam.
Adakah pusat hiburan haram sebegitu juga akan ditutup?
Bagaimana pula premis perjudian online, kini dilaporkan semakin bertambah bilangannya di negeri itu? Pusat perjudian terbabit, selama ini dijadikan 'sarang', majoriti orang Melayu berjudi.
Untuk rekod, berjudi, satu daripada dosa besar di dalam Islam.
Kegiatan di premis beroperasi tanpa lesen itu terbukti bukan sahaja melalaikan umat Islam sebagai pelanggan majoriti malah mengakibatkan mereka kerugian mencecah ribuan ringgit dalam tempoh sehari.
Berikutan itu, institusi kekeluargaan juga goyah.
Like fan page 666 di sini.
Sokong..drpd pergi pusat hiburan.lebih baik solat terawih..:)
BalasPadamIFRAME - Fungsi , Cara Penggunaannya & Kesan Buruk
Penuntut Uitm Maut - Tercampak Ke Dalam Sungai
saya tengok berita pagi tadi tak silap katanya kat Kedah tak jadi nak tutup pusat hiburan waktu Ramadhan,tapi tak benarkan orang Islam masuk dalam pusat2 hiburan tu.
BalasPadamApa relevannya..
tak dapat nak selesaikan masalah jugak.
Untuk tempat lain contohnya Lembah Klang dan JB,saya rasa kalau pihak berkuasa bertindak tegas untuk tutup,memang tak ada masalah untuk bangsa lain.Biarlah mereka belajar cara nak menghormati bulan Ramdhan.Sebagaimana penduduk Bt Caves menghormati perarakan semasa Thaipusam.Ada 11 bulan mereka boleh berseronok-seronok.
Saya pernah duduk sebelah orang Cina (dalam bas),dia terhenti nak suap roti sebab dia tersedar yang masa tu belum masuk waktu berbuka.Lepas dia tengok saya makan,baru dia sambung makan roti tadi.
X blh buat smua, jgn tinggal smua. Skurang2nya ada daya dr pihak bkuasa utk mhalang maksiat berleluasa, walaupun x nmpak besar kesannya.
BalasPadamsmti :)
BalasPadamTindakan penutupan pusat hiburan tak memberi apa-apa kesan kepada kaki maksiat. Kalau nak buat dosa, dia boleh cari 1001 cara dan jalan untuk melakukannya.
BalasPadamApa yang penting adalah bekalan di dada individu bergelar Muslim.
Tindakan kerajaan Kedah itu saya sokong, tapi hanya mendedahkan kepada masyarakat betapa PAS 'sangat bertoleransi' khususnya dengan DAP.
rupanya BN dah buat pun tindakan menutup pusat hiburan pada hari jumaat dan bulan ramadhan... baca di sini
BalasPadamhttp://sanusijunid.blogspot.com/2011/07/dari-matlamat-mewujudkan-negara-islam.html
Bro Dol, rasanya elok kalau ditutup semua pusat hiburan selama-lamanya. Di Brunei tak ada problem apa pun semua tu tak ada, malah panggung wayang pun tak ada. Pusat hiburan yang ada cuma Jerudong Park.
BalasPadamTiada pusat hiburan banyak masalah akan hilang. Tiada pelacuran, tiada persundalan, tiada rasuah, tidak perjudian tiada kes pendatang haram dari tanah besar china dan macam macam lagi. Negara kita punya, kita ada undang undang dan perlembagaan. Kan ke Negara Islam.
Bagi orang bukan Islam, rasanya bukan semua suka ke pub, disco atau kelab malam.
Sekian pendapat 3¢ saya.
SMTI
BalasPadamBuka ke tutup ke sama jer kalau yg jenis nak berhibur ni.Tapi yg beragama Islam tu,dah tau bulan yg mulia tak yah ler pergi pusat2 hiburan tu.Biarlah kaum lain yg pergi.Kalau disuruh tutup semua,mungkin peniaga terpaksa menanggung kerugian,terpaksa bayar sewa.tapi bisness tak dibuka.Selamat berpuasa utk umat2 Islam!
bro mazidul ....
BalasPadamapa apa agama, kalau tak silap memang mengharamkan zina .. aku pk .. pusat hiburan merupakan satu akses ke arah zina ...
tp bila membaca tajuk ini .. teringat pula kisah puak pauk komunis ini ... kalau DAP menentang sah laa depa ini komunis ... mana caya wujudnya tuhan atau apa .. tul takk ??
bro Shahrul..MCA juga lg awal menentang jd lebih sahlah mereka ni lg Komunis???jgn terlalu prejudis..isu ini berkaitan agama dan bukan politik semata..mungkin usaha itu radikal namun hasil perbincangan dihadkan dan diberikan amaran keras jika benarkan org Islam masuk..atleast ada amal makruf nahi munkar disitu dari tidak berbuat apa2..benar mmg kite takbleh halang tp berusaha utk menghalang lebih baik dari melihat sahaja tanpa sebarang perasaan bersalah..ingtlah biler kite dihisab nnt apakah soalan yg timbul???mungkin anda tahu dan tidak perlulah saya hurai disini..wasalam
BalasPadamBersetuju dengan pandangan 5c1d,untuk menghapuskan 100% agak sukar.Namun,perlu ada usaha dan iktikad kearah itu.Amar makruf nahi munkar perlu jd pgangan semua.Terang2 kita tahu zina/maksiat adlh pencetus kpd pintu2 dosa yang lain...sokongan drpd kita(rakyat biasa) ada percent juga di akhirat.."kelak kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa jua yg kamu lakukan"..mata yang melihat,telinga yg mndengar,hati yang meredhai..tanpa rasa bersalah dan yg lebih berat kerelaan kamu mengangkat ketua-ketua kamu dari kalangan orang2 yg menghalalkan kemaksiatan. Wallahua'alam..
BalasPadam5c1d
BalasPadamko nih maybe radikal agama aaa broo ... cool aa .. samaada mca atau dap ... aku pk sama jee depa nihh ....aku tak minat bab politik .. spt mana kata mufti perak ustaz harussani .. politik ini menjijikan ....
kalau nak ruang yang luas dan nyata ... percayalah ... kalau pbt buat sekatan, hatta perbincangan sekalipun .... org yang ngaku islamnya kuat boleh juga terjebak (baca paper maybe boleh dpt info ...):)... cuba pk diluar kotak pemikiran ... , setakat kluar/basuh org dengan fakta berbeza dengan perbuatan .....Sejujurnya aku sendiri pernah "parang" rumah org disyaki berkhalwat setelah berkali-kali panggilan ke Pihak Agama dilayan tetapi tiada tindakan, ini tidak termasuk menghantar aduan ke exco agama, pengarah agama dan juga YB...Aku dah buktikan "keras" aku pd mereka .. dan mereka dah "cabut" ... itu tdk termasuk kereta/motor aku rosakkan ...setelah aku tak mampu menghalang dengan perbuatan, aku cela depa dengan hati, tetapi apabila diberi kekuatan, aku mampu melakukannya ...
jika nak dikatakan pusat hiburan itu melalaikan ... memang benarpun ia melalaikan ... bagaimana dengan media, aku pk .. internet yang selalu digunakan pun "mengkhayalkan" ... blog, facebook smua ... bknkah ia juga akses kepada "zina" @ sosial ...,
benda yg ko komen tuh .. aku pk skrip lama ... bkn menidakkan kebijaksanaan yg ada, memang benar perbincangan itu pasti ada "keputusannya" .... tetapi keadaan sekarang ini ... pengundi "diatas pagar" cuba ngelak "dipergunakan" atau "digunakan" ... aku sebagai pengundi atas pagar lebih suka memerhatikan keadaan sekeliling
tetapi seperti kata nabi (maaf jika aku silap) ... umat islam pada akhir zaman ramai, tetapi pemikiran/gaya hidup lebih kepada kepentingan ...ramai berdebat, tetapi mungkin ada/tiada tindakan ... aku pk .. komen selepas ini sure akan ada "hadis" atau "ceramah" .... apa boleh aku buat pun, pada masa aku "rush" rumah org dulu pun ... ustaz tuh ada bgtau aku ... dia tada kuasa, jabatan tak bg kuasa lagi .. dll, sama seperti komen ko pasal amar makruf nahi mungkar ... tetapi masalahnya ... faktanya ilmunya betul, tetapi tindakannya ?? aku pk ... "tergantung" .. atau "tak kisah laaa ... asalkan tak kacau hidup aku ...". Ringkasnya .... kita ini berani berkata, tp takut/risau melakukannya ...,
maaf bro ... sekali lagie .. aku memang tak minat politik,
bro mazidul .. maaf kerana "terdebat" didalam nih ... :)
Shahrul, saya peringatkan awak, JAGA PENGGUNAAN perkataan.
BalasPadamJANGAN BERMAIN DENGAN API.
Blog ini dibaca pelbagai bangsa, tolong jaga kesopanan bila berbahasa.
Terima kasih.
bro mazidul ....
BalasPadamroger .... :)
peliknya malaysia ni..ade tempat jual arak yg halal dan ade jugak tempat jual arak yg haram..
BalasPadammcm kerajaan pulak yg tentukan halal haram yer..konpius2
Begini sahajalah ... PERTAMA, Tetapkan hari Jumaat (walaupun selepas bulan Ramadan), semua premis yang memberikan khidmat hiburan dan penzinaan wajib ditutup untuk seluruh negeri dalam Malaysia (ganti dengan hari Ahad). KEDUA, bulan puasa menjelma, pusat hiburan mesti menghadkan waktu operasinya misalnya tidak lebih dari 5 jam atau sebagainya yang bersesuaian. KETIGA, paling penting adalah, Islam dilarang Masuk.
BalasPadamNOTA : Selain dari pusat hiburan, majlis agama Islam juga mestilah menguatkuasakan terhadap perjudian online. Memang kita sedia maklum ia tidak dapat membendung 100% tatapi sekurang-kurangnya, kita sudah ikhtiar cara untuk kita melindungi umat Islam dari kearah kelalaian yang bakal merugikan diri sendiri. Setidaknya, mereka berasa sulit hendak berbuat demikian kerana sekatan banyak dilakukan kecualilah mereka melakukan secara sulit.