Jam 11.30 pagi tadi saya berkunjung ke Makan Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah dan disambut petugas di bawah.
Tujuan ke lokasi, menziarahi makam Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau meninggal dunia pada jam 10.25 malam, 6 Disember 1990.
"Masa Tunku mangkat dulu, saya gali kubur dengan 7 orang lagi. Makam Almarhun lebar 4 kaki, panjang 7 kaki dan dalam dia 9 kaki. Dia kalau kerabat Diraja, tanah kita gali kena masukkan ke dalam guni. Lepas itu kena pasang khemah dan pasang karpet di dekeliling liang," ujar Kharudin.
Kharudin Ariffin, 47 tahun, anak kelahiran Alor Gunung dan bekerja di makan terbabit sejak 27 tahun lalu.
"Berapa banyak kubur dah digali?," soal saya kepada bapa 7 anak itu.
"Dalam 50 adalah. Menggali kubur mengambil masa, kalau kita mula gali selepas Isyak, esok pagi baru siap," balasnya perlahan.
Katanya, sebilangan jenazah dimakamkan di lokasi terbabit seawal pada tahun 1700.
Saya juga berpeluang menziarahi makan ayahanda Tunku, Sultan Abdul Hamid Shah. Gambar Sultan Abdul Hamid sering dilihat digantung di dinding berhampiran kaunter wang restoran di Kedah.
"Ayah saya, adik dan sepupu, semua gali kubur, kira kerja turun-temurun," tambah Kharudin.
Berikut gambar salinan Sijil Kematian Almarhum Tunku, sila klik imej untuk diperbesarkan.
Marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada perintis kemerdekaan negara, meninggalkan kita semua lebih 20 tahun.
al fatihah....
BalasPadamSmti -al Fatihah
BalasPadamalfatihah
BalasPadamAs Salam,
BalasPadamal-fatihah...
smti. al fatihah
BalasPadamalfatihah...jasanya dikenang sbg panduan.
BalasPadamAl-Fatihah..
BalasPadamAl-Fatihah utk pejuang kemerdekaan...jasamu dikenang...
BalasPadamsmti..
BalasPadamal fatihah..
Al Fatihah. Ada yang mendakwa foto Sultan Abdul Hamid diletakkan di premis perniagaan sebagai "pelaris". Wallahualam
BalasPadamsmti...al-fatihah
BalasPadamsmti...Al-Fatihah...
BalasPadamAl fatihah
BalasPadamTuan, nombor i/c Tunku 0000001.. Menarik dan patut. Lagi menarik kalau kita dapat tahu siapakah yg nombor 2 - isterinya? atau diberikan kepada agong atau timbalan PM?
Sekiranya dapat kita ketahui siapakah antara top 10 yg mendapat kerakyatan malaysia.
Rizal
ISB,PAK