Jumaat, Julai 01, 2011

Highland Towers Selepas 18 Tahun Tragedi

Jam 1.35 petang, 11 Disember 1993, Blok 1, kondominium Highland Towers 12 tingkat di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor runtuh menyembah bumi.

Blok terbabit tumbang berikutan berlaku gelungsuran tanah akibat aliran air pada bukit curam di belakang ketiga-tiga blok kondominium, disebabkan reka bentuk tembok penahan tanah tidak baik. 

Pihak polis mengesahkan 48 terkorban, termasuk bayi berusia 6 bulan dan warga emas, 76 tahun.Turut terbunuh, 12 warga Britain, Korea, Jepun, India, Filipina dan Indonesia.

18 tahun berlalu. Barangkali ingatan majoriti kita sudah hampir luput berhubung kejadian menggemparkan negara itu.

Antara kejadian menarik dilalporkan, 9 hari selepas tragedi, pasukan mencari dan menyelamat menemui 25 mayat termasuk mangsa memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat wanita bersari sedang memeluk kanak-kanak dipercayai anaknya. 

Sebelum operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 22 Disember, 37 mayat, sempurna, 9 bahagian badan dan 10 cebisan anggota, tangan, kaki, kepala serta paha ditemui di bawah runtuhan blok.

Pada tahun 1995, wujud perancangan membaik pulih 2 lagi blok  (blok 2 dan 3) untuk dihuni semula namun penyelidik mendapati struktur bangunan tidak selamat diduduki. Justeru, blok terbabit harus dirobohkan. 

9 tahun kemudian, bekas penduduk dan juga mangsa tragedi dimaklumkan hartanah terbabit akan dipindah milik kepada bank tempatan.

Kira-kira 7 tahun lalu saya pernah berkunjung ke Highland Towers, ketika membuat liputan berhubung dakwaan lokasi itu digunakan penagih dadah sebagai sarang melepaskan gian. Masih segar di ingatan, sewaktu berdiri di kawasan mula dipenuhi semak-samun, saya terlihat anak mata air mengalir memenuhi parit kecil terjadi secara semulajadi di bahagian hadapan blok masih berdiri.

Apakah terjadi kepada Highland Towers kini?

... selain kisah seram sering kali tersebar di kalangan masyarakat.

InsyaAllah, saya akan mengemaskini tampalan ini beserta gambar lokasi.

26 ulasan:

  1. Dilihat dari luar, dua blok bangunan HT itu masih gagah berdiri.

    BalasPadam
  2. Bro, kenalan saya antara yang terkorban dalam kejadian. Seorang kenalan dari blok lain pernah datang untuk mengambil barang yang masih tingga di unitnya, dari bloknya, dia ternampak ada budak sedang bermain di blok sebelah, tapi bila di cari tiada kesan kehadiran manusia di situ.

    BalasPadam
  3. wow..saya tak sabar menunggu sambungan cerita nih. bab seram tu yg paling best.

    BalasPadam
  4. saya ada pegi melawat HT tu bulan lepas.. http://anaadydani.blogspot.com/2011/05/tragedi-highland-towers.html

    suasana kat situ mmg suram dan menyeramkan. hening je.. hanya kedengaran suara kicau burung.. rumah2 yang kat depan HT tu pun banyak yang to let n to rent.. ada satu buah rumah je berpenghuni..rumah yang paling dekat dengan HT tu

    BalasPadam
  5. smti..x sabar nak tgu citer selanjutnya... :)

    BalasPadam
  6. 11 Disember bersamaan birthday saya..Banyak betul tragedi bulan Disember termasuklah Tsunami

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. salam bro,

    aku berada di new delhi ketika kejadian dan hanya mengikutinya melalui siaran CNN.

    aku kehilangan seorang makcik, kakak saudara dan empat anak buah dalam tragedi itu.

    banyak pengajaran dapat diperolehi daripada kejadian ini - kewarasan kita dalam meluluskan projek seperti ini, kelalaian di segi kejuruteraan senibinanya serta lemahnya sistem pengawasan terhadap pembangunan tebing bukit.

    apa pun, highland towers yang kini tinggal kenangan perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak, terutama dalam menjamin keselamatan pembeli dan penghuni.

    memang banyak kisah luar biasa menyusul selepas bertahun-tahun ia berlaku. fenomena ini tidak dapat dielakkan. mungkin ada benar dan tidaknya.

    selamat bertugas

    BalasPadam
  10. SAYA MENANTI CATATAN TERSEBUT.. INGIN JUGA KETAHUI BERITA TERBARU MENGENAI HIGHLAND TOWER

    BalasPadam
  11. ada dokumentari khas di national geographic kan...mmg sedih!

    BalasPadam
  12. Macam-macam perkara aneh orang cerita yang dah 18 tahun. Uuiiii...dah lama dah rupanya. Ermmm...nak tahu gak apa cerita terkini.

    BalasPadam
  13. Salam Mazidul,

    Saya terbaca berkenaan perbuatan biadap pekerja KFC di sini.

    http://azwandengkil.blogspot.com/2011/07/pekerja-kfc-yang-kurang-ajar.html

    BalasPadam
  14. loh...ingat ade kisah seram dah tadi bro...may be dtg baca kisah tu kalau ada pasni...

    BalasPadam
  15. Salam Bro...

    Saya juga tertanya2 apa kesudahan Highland Tower terbabit... Ingin mengetahui dgn lebih lanjut... thks in advance...

    BalasPadam
  16. SMTI..teringat dulu setiap pagi akan tengok Buletin Pagi TV3 siar pasal peristiwa ni..kecoh betul..terasa sayu bila terbayang wajah-wajah orang yg menanti ahli keluarga mereka yang tertimbus tu.. apapun AlFatihah untuk yg dah terkorban..

    en.mazidul..mohon jasa baik untuk tumpang siarkan kisah anak sepupu saya yg sedang kritikal di ICU HKL http://ameliashafer.blogspot.com/2011/06/sedih-kawan2-please-doakan-baby-dyna.html

    terima kasih ye..

    BalasPadam
  17. Semlm lbih krang jam11, sy dn suami pergi ke tapak ht,,,sunyi, seram, sayu, misteri,,,mcm2 perasaan ada,,,balik rumah,,ingatan sy tk lepas dari terus trbyng tpt tu,,,hati sy kuat kata nk pergi lg waktu siang,,,dn ptg td sy ulang pergi kesitu,,hmmm,,,sepi tpt tu,,,sy tenung lama2 2 bangunan yg tinggal,,,sy snap 2 bangunan sepi tu,,,sy nk kongsi kat wall fb sy,,,

    BalasPadam
  18. kalaw bayi berusia 6bulan tu hidup lagi . da sebaya saye da ,,
    20tahun .

    BalasPadam
  19. kalaw bayi berusia 6bulan tu hidup lagi , da sebaya saye daa . 20thn

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.