Sabtu, Julai 23, 2011

Kisah Rempah Murtabak

"Ini rempah murtabak, kita grind sendiri di belakang, kita letak 22 jenis rempah ratus, jintan putih, jintan hitam, bunga cengkih dan banyak lagi. Ini resepi turun temurun ayah saya. Dia berniaga 71 tahun, saya baru 30 tahun lebih. Rempah ini orang campur bila buat murtabak, bau dia wangi," ujar Hj. Mohd Yassim.


Hj. Mohd Yassim SM Naina Mohamed, 54 tahun, pemilik kedai SM Naina Mohamed beralamat di No. 95 Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah.


Saya perhatikan pekerja Yassim sibuk membungkus kemas rempah dijual dengan harga RM17 setiap satu.


"Haji ada berapa orang anak?," soal saya.

"Tiga, seorang doktor di Hospital Besar Alor Setar, seorang lagi tengah belajar untuk menjadi doktor and the youngest one baru tingkatan tiga," jelasnya.

"Macam mana gigi nampak putih?," tanya saya spontan.

"Gosok pakai Gopal Tooth Powder," balasnya.

Dia kemudian berjalan ke arah rak di sebelah kanan kedai dan mencapai sepapan serbuk pencuci gigi terbabit.


"This is on the house, ambil sikit sahaja then letak atas tooth brush dan gosok. Gigi mesti putih punya," jamin Yassim.


Untuk rekod, harga setiap bungkus hanya RM1 sahaja.

"Ini saya bagi satu bungkus rempah murtabak, free. Balik rumah, ambil sikit, campur telur, kacau, lepas itu goreng. This is like an appetizer, pembuka selera," jelasnya.


"Rempah murtabak satu!," pesan pelangganya.

Pantas Yassim menghulurkan sebungkus kepada lelaki terbabit.

"Bila nak mula berniaga?," soal Yassim.

"Minggu depan," balas pelanggan.


"Kalau ada rempah murtabak, orang tak pandai masak pun boleh pandai masak, makanan jadi sedap. Serbuk juga boleh guna bila masak ayam," tambahnya.

Terima kasih Hj. Yassim, sebaik tiba di rumah Selasa nanti, saya akan menggoreng telur dengan rempah  murtabak.

Beliau boleh dihubungi menggunakan talian 04 733 3241, kedai ditutup pada hari Jumaat.

12 ulasan:

  1. semoga berjaya mengoreng telur menggunakan rempah murtabak yer. :)

    BalasPadam
  2. nice....kalo buat umpan tapa perut ayam ni mesti banyak baung naik....hehehe....kat alor star ye?nnt nk g beli ar esok...thanx bro,nice info....

    BalasPadam
  3. kedai ni masih ada lagi?..
    masa kitorang dok sana dlm thn '84 selalu gak ke kedai ni..:)

    BalasPadam
  4. Orang dok KL dah sampai situ, orang dok A/S pun tak tau kedai dia kat mana. Nanti balik kampung nak pi cari lah. Terimakasih Mazidul.

    BalasPadam
  5. Lepas tu makan dgn roti bubuh cili sos... Kalau terlebih mendadar telur to roger2 le kami... heheee..

    BalasPadam
  6. baru tau buat murtabak kena ada rempah..

    tima kasih berkongsi info...

    BalasPadam
  7. naina nie nyer rempah nasi daging pun best....terbaik la..

    BalasPadam
  8. Terima kasih diatas sambutan Dan sokongan and a semua.tempahan di KL dan selatan boleh dibuat melalui 0125009464,Dr Hj Mohamed Ali (anak kepada Hj Mohd Yassim).kami turut menyediakan rempah ratus ubat ubatan seperti rempah selepas bersalin,akar kayu india dan lain lain,100% original.kami juga menyediakan perkhidmatan konsultasi mengenai semua makanan yang melibatkan rempah dan sukatan untuk kenduri.sebarang maklumat Dan tempahan boleh hubungi kami di:

    Pasar Mini Naina S.M Naina Mohamed(kilang pemprosesan rempah)

    Email: pasarmininaina@gmail.com
    No telefon(o): 04-7333241

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.