Sebaik membaca berita berhubung tarif elektrik akan dinaikkan bermula Januari 2014, pantas saya merujuk MANIFESTO Barisan Nasional, BN, seperti dihebahkan sebelum Pilihan Raya Umum, PRU 13 berlangsung.
Pembaca, sila klik di sini.
Manifesto pertama dicatatkan, janji BN diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, MENANGANI KOS SARA HIDUP.
Setelah mandat diamanahkan oleh rakyat kepada BN untuk memerintah 5 tahun lagi, segala AKU JANJI diwar-warkan kepada rakyat, hanya tinggal SUKU JANJI.
Bagaimanakah kaedah kerajaan menangani kos sara hidup rakyat?
Pertama, kurangkan subsidi minyak petrol, kedua kurangkan subsidi gula dan kemudian mengizinkan Tenaga Nasional Berhad, TNB, menaikkan tarif elektrik bermula Januari 2014.
Ingin saya tegaskan, menegur tindakan kerajaan bukan kerana saya tidak suka kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib dan jemaah menteri. Saya menegur agar Datuk Seri Najib dan BN kelak tidak dibenci oleh rakyat sendiri.
Berikut antara gambar disebarkan di laman sosial berhubung Perdana Menteri dan aku janji BN.
Andai kata, dakwaan itu tidak benar, buktikan kepada rakyat secara logik.
Tahun lalu TNB meraih keuntungan RM684.9 juta sepanjang suku tahun ketiga. Tahun ini, keuntungan diperolehi berlipat ganda, RM1.7 billion dalam tempoh sama.
Saya DIFAHAMKAN, kakitangan TNB bakal menerima bayaran bonus kira-kira 5 bulan atau lebih pada 18 Disember ini. Itu rezeki mereka berlandaskan prestasi diukur menggunakan KPI.
Sebagai Perdana Menteri, saya percaya Datuk Seri Najib mempunyai hak untuk bersuara agar keperluan rakyat didahulukan bukan membebankan pengguna di Malaysia ini. Bekalan elektrik, keperluan asas kerana rakyat Malaysia tidak bermastautin di dalam hutan belantara. Gajah, harimau dan tenuk tidak memerlukan bekalan elektrik. Haiwan terbabit juga bukan pengusaha kilang menggunakan bekalan elektrik mengikut kadar industri.
Jika tarif elektrik restoran dinaikkan, kebarangkalian harga makanan akan naik itu wujud. It is a chain reaction.
Sebelum PRU 13, Perdana Menteri dilihat melaung-laungkan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN di media cetak dan elektronik. Benar, pencapaian TNB amat mengagumkan semua tetapi malangnya rintihan rakyat ternyata DIKEMUDIANKAN. Tidak salah TNB meraih keuntungan besar tetapi janganlah menindas rakyat Malaysia.
Saya akui pihak pengurusan TNB memang hebat. Ketirisan berlaku lebih lapan tahun, klik di sini, namun masih mampu mengaut keuntungan sebegitu lumayan.
Selain daripada tarif elektrik dinaikkan, berita telah tersebar, kadar tol juga bakal meningkat. Berita dicatatkan di sini barangkali akan meredakan sedikit keresahan hati rakyat. Namun dikatakan kadar kenaikan tambang Monorel dan LRT, sedang dikaji. Semua itu kemudahan asas harian, kemudahan pengangkutan digunakan oleh rakyat. Dalam erti kata lain, jika tambang dinaikkan maka rakyat bakal memikul bebanan sara hidup berganda selepas PRU 13.
Setiap janji harus ditepati bukan dicapati. Nasib baik capati diuli menggunakan tangan, jika menggunakan mesin dipacu dek elektrik, harga makanan itu juga pasti akan naik.
Apabila saya bersuara, baca reaksi keyboard warrior di bawah.
Fidah Nizam, berhujahlah secara intelek. Ruangan komen disediakan di bawah entri ini. Senyuman awak suami isteri amat manis, 'semanis' kenyataan dicatatkan. Hemat saya, pihak pengurusan TNB mahupun Datuk Seri Najib sendiri tidak tergamak mengeluarkan kenyataan terbuka seperti itu.
Alang-alang meluahkan cercaan dan carutan, biarlah dikenali identiti penulis, barulah adil. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hasil nukilan dicatatkan di entri ini. Bukan melontarkan batu, sembunyikan tangan.
Kepada pasangan terbabit, jaga 3 anak itu semolek mungkin. Tanamkan sikap agar mereka bijak menghormati orang lebih berusia. Sanggah hujah dengan hujah, didik juga mereka supaya tidak memaki-hamun orang lain jika berlaku perbezaan pendapat. Orang tua kita tidak mendidik anak menjadi kurang ajar.
Apabila saya bersuara, baca reaksi keyboard warrior di bawah.
Fidah Nizam, berhujahlah secara intelek. Ruangan komen disediakan di bawah entri ini. Senyuman awak suami isteri amat manis, 'semanis' kenyataan dicatatkan. Hemat saya, pihak pengurusan TNB mahupun Datuk Seri Najib sendiri tidak tergamak mengeluarkan kenyataan terbuka seperti itu.
[ Klik di sini jika ingin melancong dan membeli-belah di Ho Chi Minh, VIETNAM ]
Alang-alang meluahkan cercaan dan carutan, biarlah dikenali identiti penulis, barulah adil. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hasil nukilan dicatatkan di entri ini. Bukan melontarkan batu, sembunyikan tangan.
Kepada pasangan terbabit, jaga 3 anak itu semolek mungkin. Tanamkan sikap agar mereka bijak menghormati orang lebih berusia. Sanggah hujah dengan hujah, didik juga mereka supaya tidak memaki-hamun orang lain jika berlaku perbezaan pendapat. Orang tua kita tidak mendidik anak menjadi kurang ajar.
Apapun, kepada kakitangan TNB, Shaharul Nizam, terima kasih.
Hairan, setelah mengeluarkan kenyataan kecaman melampau di atas, pasangan suami isteri itu telah menutup akaun facebook mereka.
Mengapa?
Fuhhh..mulut. Apa faedah yang dia dapat dengan memaki hamun orang. Habis keluar bab kemaluan. Buat malu muka suami je kak oiii. Biar buruk muka asalkan jangan buruk akhlak.
BalasPadamIni peluang awal untuk menaikkan segala harga yang 'dikawal kerajaan' - yang tak dikawal memang ikut suka hati perut masing2 lah nak naikkan tinggi mana pun! Sementara mandat masih baru, pilihanraya yang seterusnya masih jauh segala harga lah bakal naik. Tapi nak komplen tak boleh, nanti disuruh boikot pula supaya diturunkan harga. Nak boikot elektrik macamana ya? Selepas ini rakyat seperti saya ada dua tiga tahun untuk marah dan hentam macam-macam di merata media (tapi di media arus perdana tak akan disiarkan lah...). Sedih dizalimi terang terangan... Tapi sekali lagi, nak komplen pun tak boleh - nanti disuruh keluar dari Malaysia pula!
BalasPadamSalam Saudara Mazidul... Ulasan terbaik... Saya juga menyokong penuh pendapat saudara. Belajarlah pada kepimpinan di zaman TDM... Moga Allah jauhkan dari zaman pak lah.. hancus... Ni macam dah nak mula dah ni...
BalasPadamSalam untuk semua.
BalasPadamJika Azam 2014 mereka menaikan harga barang dan cas perkhidmatan. Kita sebagai rakyat perlu berazam menaikan harga diri dengan berjimat cermat. Sudah ramai yang terluka kerana janji di ingkari. Janji mereka nampaknya lebih sesuai dengan slogan "Janji Dicapati"
PENIPUAN TNB yg telah dikesan sekian lama dan dihalalkan oleh Pemerintahan PEMADU!! Wahai Bloggers, jika kita tak bertindak skrg halang kegilaan menaikkan segala2nya..tunggulah kemungkinan kesabaran rakyat akan mula hilang. PR mmg xboleh perintah sbb mereka sewel dan penuh kotoran..tak perjuangkan isu yang rasional tp masa yang sama Najib pula segaja paksa rakyat utk pilih yg buruk.. Pak Lah di paksa turun sbb isu yg sama.. WAJIB kita cepat bertindak sblm semuanya terlambat.. sblm diwartakan segala kenaikan GILA ini..
BalasPadamISU#1
TNB dikatakan tipu pengguna dengan melambatkan bacaan meter atau 2 bulan sekali supaya mereka boleh caj menggunakan kadar tarif tertinggi! konsep accumulation usage.. supaya mreka boleh caj kan pengguna pada kadar lebih tinggi hasil dari 'pengumpulan' kilowattjam unit. Jika mereka baca meter spt dulu-25 hinggo 30 hari, jumlah KWh terkumpul adalah lbh rendah jadi hanya caj tarif pertama dan kedua shj yg akan didarabkan dgn jumlah KWH.. tp bila TNB sengaja lambatkan bacaan meter, pengguna diperas dgn meletakkan tarif ke 3 atau lebih tinggi dlm kiraan, sedangkan sptutnya bacaan tarif perlu di reset semula selepas 30 hari, supaya pendaraban hanya bermula pd tarif pertama (yg paling murah).
Dengan keuntungan melalui tipu helah ini dan sudah mencecah berbillion RM, TNB tnpa rasa bersalah minta naik tarif?? GILA kah mereka atau BODOH sgt kita sbg rakyat?? TNB buat berlipat ganda untung atas keperluan asas kehidupan manusia.. itu suatu kebanggaan CEO TNB? Manakah dia Kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat??
ISU#-DEposit Mahal TNB tp tiada pulangan hasil
Sekian lama TNB memeras ugut pengguna. Bg rumah bertingkat, point banyak deposit mencecah RM500-RM1000 bg satu bil. Ssedangkan TNB pakai deposit ini dan berada dlm akaun mereka utk dirolling sbg modal. Mereka untung berbillion tp pendeposit2 TNB tidak pernah dapat apa2 keuntungan! Sekal lagi TNB kencing hanyir hancing atas kepala kita dgn dihalalkan oleh PEMANDU-Najib!! Sampai bila? Kita tidak skong Pakatan Haram tp kenapa Najib bodohkan kita yg undi BN???
TUN M pernah ingtkan Najib..jgn gula2kn rakyat dgn wang cash sebaliknya beri peluang kerja pada rakyat..wujudkan peluang kerja yg banyak.. berikan rakyat kerja baru beri wang.. tetapi inilah akibat menang sorak kampung tergadai. Semasa sebelum PRU begitu MEWAH Najib hidangkan macam-macam pada rakyat.. seolah2 langit dan bulan itupun milik kita.. tapi nah tak sampai setahun.. perbelajaan boros pemerintah akhirnya rakyat jadi mangsa... apalah sangat BRIM jika semuanya naik. Macam mana pula rakyat yang tak terima BRIM? Makan pasir?
Assalamualaikum...saya seorang staff TNB...kepada en.mazidul dan kepada yang memberi komen2....en mazidul sebelum bagi comment dalam facebook,kita kena kaji dahulu,siapa kata TNB tiada saingan,sekarang saingan kami Adalah IPP, IPP pemegang2 saham dia siapa.....tengok senang2 ka TNB nak naik tarif elektrik kalau kerajaan tidak luluskan,rakyat tahu ka?,pemegang saham TNB paling tinggi adalah kerajaan,rakyat tahu ka? Walau pun TNB diswastakan ....rakyat tahu TNB kena bayar setiap tahun pada IPP dengan jumlah amat tinggi rakyat tidak tahu!kimi semua staff TNB ibarat sebuah kapal besar semua perkerja TNB ini adalah anak kapal sahaja,kerajaan 2 adalah kepten kapal kami semua ikut arahan sahaja.....Pada en mazidul kenapa apabila minyak naik rakyat x marah petrona? Staff petronas dpt bonus berbulan2 saham berlot2........kami semua staff TNB bersekang mata untuk memberi perhikmatan yang terbaik pada rakyat malaysia,jangan maki ,cemuh kami ,kerana kami hanya mencari rezeki sahaja...kami walaupun staff bil elektrik tetap kami kena bayar,kat malaysia mana ada benda free.....Kepada En.mazidul kami harap mengkaji dahulu sebelum membuat kenyataan dalam facebook....kami staff TNB ada perasaaan dan maruah.....Fikir-fikirkan Assalamualaikum.....
Padam....
Asalamualaikum, Saya bukan staff TNB atau Petronas. Saya hanya rakyat biasa. pepatah mengatakan pukul anak sindir menantu..... harap kita memahami pepatah tersebut. Pada saya TNB banyak dah mengaut untung. Yg saya dengar recently....Voltan dikurangkan dari 240V turun 10 mata. Amp masih kekal...Meter ditukar digital..........Setting dah dibuat awalan usage tinggi.....bill tinggi.....adakah itu menipu namanye......menyusahkan pengguna. Setiap tahun mendapat keuntungan tinggi........kenapa tarif tetap dinaikan........jika benar TNB sebagai GLC......kerajaan sudah mendapat untung besar.......begitu juga TNB. Petronas membayar Berbillion pada kerajaan setiap tahun......itu adalah fakta........TNB bagaimana..........ini bukan cemuhan...hanya rintihan rakyat biasa......terlalu banyak yang kita nampak dan tahu........ini zamn siber.....semua kita bole tahu........
Padambtul kata mrawie blue...
Padamartikel yg menarik dan bernas dari saudara mazidul... sebagai pemuda dan jati diri negara yg kuat tertanam di dada.. sy sendiri amat bingung dgn janji yang ditepati seperti dilaung2kan semasa PRU13... serta rakyat didahulukan..maaf sekiranya disini sebagai rakyat,sy merasakan bahawa sedikit demi sedikit kerajaan pimpinan Barisan Nasional sekarang hanya menawarkan manifesto tetapi bukan melindungi rakyat. sedikit sebanyak sy merasakan Pakatan Rakyat boleh menawan Malaysia ini di PRU14... walaupun sy masih menyokong kerajaan kini atas kemajuan kt kecapi,tetapi kini bkn isu moral individu yang dipedulikan rakyat. Tetapi survival di bumi bertuah bernama Tanah Melayu oleh bangsa Melayu sendiri. Bangsa Melayu kini bukan malas seperti dahulu.. dan bukan seperti katak dibawah tempurung... fikir2kan wahai Kerajaan Barisan Nasional sebelum rakyat menguburkan kamu...kerana terbukti,tiada dlm sejarah dunia sesebuah kerajaan akan abadi selamanya... jika terkubur biarlah dikenang sebagai pelindung,bukan sebagai menjajah kembali rakyat sendiri...terima kasih...
BalasPadamSalam tuan Mazidul....sy tertarik dan berterima kasih dengan entry yg tuan buat....pada siapa lagi yang kami nak adukan, nak jumpa ADUN pun susah...macam minta sedekah, sedangkan kami rakyat malaysia...bila pilihan raya, baru nampak muka menaburkan janji palsu..kami berpendapatan rendah, kos sara hidup makin meninggi...bila tarif elektrik naik pasti semua naik...pada siapa lagi kami nak bersuara...yang pasti selepas ini sy takkan percaya lagi dengan janji2 mereka
BalasPadamSaya sangat setuju dan menyokong sepenuhnya pendapat Mazidul. Elok juga Mazidul paparkan komen pemilik FB dan profilenya tu. Sekurang-kurangnya dapat mendidik dia menjadi lebih berhemah dalam berhujah...
BalasPadamSalam,
BalasPadamHarap dapat dibongkarkan siapa di belakang TNB iaitu IPP
http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-caj-elektrik-2014-naik
Moga pembaca blog ini dapat info mengenai taikun-taikun yang memerah TNB.
Salam,
BalasPadamHarap sdr mazidul dpt mengupas lebih mendalam sejarah TNB dan IPP.
http://www.beritasemasa.com.my/kenaikan-caj-elektrik-2014-naik
Moga lebih ramai pembaca blog ini dapat mengetahui siapa yang dapar untung dari kenaikan ini
Mahu anak yang baik, maka jadilah anak yang baik kepada kedua orang tua kita. Bagaimana kelakuan kita sekarang terhadap orang tua kita, maka itulah kelakuan anak terhadap kita nanti, kedua orang tuanya
BalasPadamsaya pun pening..bajet bulanan saya dah potong dan kurangkan mana yang tak perlu.duduk di JB dengan keadaan suami belajar sepenuh masa tak bekerja ..harap Allah cukupkanlah keperluan kami.Sekarang saya cuba jimat elektrik sebaik mungkin.jangan sewa rumah naik sudahlah
BalasPadamCakap salah xcakap salah..mmg semua yg berlaku..rakyat yg didahulukan...apa kata kita hapuskan subsidix dan elaunx yg diberi utk bapakx menteri..minyak naik pun diaorg xterasa sbb pergerakan mereka menggunakan kenderaan rasmi..sudah tentu la minyak pun free.
BalasPadamYa benar Mazidul.. saya pun baru tersedar dari fantasi. Selama ini saya selalu 'back-up' pihak kerajaan apabila berdebat dengan rakan saya yang menyokong pembankang (walaupun saya bukan ahli UMNO tapi demi mempertahankan keutuhan Islam). Saya sentiasa bersangka baik.
BalasPadamTapi kenaikan tarif elektrik ini satu bukti nyata bahawa slogan "janji di CAPATI" itu benar2 berlaku.
Isu ini bukan kerana tarif elektrik naik tetapi yang menyakitkan hati seluruh rakyat malaysia ialah dalam keadaan memberi alasan perlu naik tarif, mereka (TNB) bersenang lenang dengan bonus yang berlipat ganda. Saya pun ada seorang kenalan dalam TNB dan memang betul TNB memang mewah dengan bonus berlipatganda!!
pendapat saya, kalau TNB dah mampu bagi bonus berlipat ganda, mengapa perlu naikkan tarif elektrik?
Datok Najib, tolonglah perbetulkan keadaan ini. Ingat! kerajaan sekarang ini hanya bergantung di dahan yang rapuh. kemenangan dalam PRU baru2 ini banyak bergantung kepada MELAYU LUAR BANDAR! mereka juga guna elektrik dan tol.
saya benar2 percaya, sekiranya masalah ini tidak diperbetulkan, pembangkang pasti berjaya mempengaruhi sokongan Melayu Luar bandar.
Bila tengok suaminya bekerja di TNB, rasanya dia tengah dok kira2 bonus suami dia kut. Marahlah dia bila org dok komplen pasal kenaikan tarif TNB
BalasPadamPaling munggerunkan adalah meningkatnya kadar jenayah. Area rumah kami, budak sekolah pun kena ragut...menambah stress jer kat anak2 sebab nak keluar dari rumah pun terbatas sgt...
tahniah saudara mazidul sebab berani suarakan masalah ini. Rakyat biasa macam saya ni memang takkan dipedulikan...diharap tindakan saudara mazidul ini diambil kisah oleh pihak berwajib....sampai bila rakyat nak menanggung beban...
BalasPadamkecewa dengan pemerintahan Perdana Menteri....kalaulah Tun Mahathir masih sihat dan tidak meletak jawatan...mungkin rakyat takkan merana macam sekarang....
saya sokong dengan artikel abg mazidul ni, sebab rakyat biasa macam saya ni memang takkan dipedulikan...buatlah aduan banyak mana pun tetap takde tindakan...kos sara hidup makin tinggi...lepas ni mungkin tambang pengangkutan awam dinaikkan...makin terhimpit rakyat...
BalasPadamsemoga perdana menteri ubah corak pemerintahan agar rakyat tak merana lebih teruk lagi...kalau masih tak endahkan masalah rakyat...lagi 5 tahun memang aku terpaksa undi pembangkang walau tak rela...T__T
Salam bro..saya faham dengan nukilan tuan utk entri kali ini..ia ada kaitan dgn isu kolam pancing yg tuan post sebelum ini..kelihatan tuan seperti masuh menyalahkan tnb dalam isu kolam tersebut..bukankah isu kolam itu telah dijawab ianya kuasa mutlak MBPJ utk robohkan struktur tersebut.TNB hanya boleh keluar notis henti tugas shj...kenapa masih berdendam dgn TNB? Kenapa tidak follow up isu itu dgn MBPJ dan Kerjaan Sgor??
BalasPadamSampai kan isu itu menampakkan tuan terus berdendam dengan TNB dan entri terbaru isu kenaikan tarif dan isu bonus yg dimainkan tuan di FB semalam..Bacalah dulu kenapa tarif ini dinaikkan??apa sebab dan faktor kenaikan tarif ini?? Jika tuan mls membaca tanyalah kepada rakan2 Business Desk TV3 yg lebih tahu kenapa tarif dinaikkan..Harga Gas ditentukan Petronas..kenapa tak salahkan petronas kerna naikkan harga gas sedangkan petronas untuk RM70b..Bonus kakitangan Petronas setiap tahun dapat 8 bulan gaji..kenapa tak persoalkan itu dan hentam petronas?? Disini sy postkan rasional kenaikan tarif sebanyak 4.99 sen kw/j dimana hanya sebanyak 0.9 sen shj yg tnb dapat utk tampung perbelanjaan operasi..selebihnya 4.9 sen diambil petronas utk bayar gas bg jana elektrik..bacalah dengan hati terbuka penerangan di bawah ni:
Sekian lama, kolam ikan terbabit menggunakan sumber elektrik disalurkan dari rumah (kadar domestik) bukan industri. Kalau saudara malas membaca, tidak perlu membuat tanggapan. Saya menulis tanpa kepentingan. Saya menulis beberapa entri, bukan satu.
PadamLebih 8 tahun kegiatan menciluk bekalan elektrik tidak disedari oleh TNB sehingga dimaklumkan kepada pihak terbabit.
Hairan.
Sila baca penerangan bawh ni tuan:
BalasPadamTNB Belanja RM6 Bilion Untuk Infrastruktur Baharu, Pelenggaraan, Capex Tahunan
Tenaga Nasional Bhd (TNB) membelanjakan sekurang-kurangnya RM6 bilion untuk infrastruktur baharu, penyelenggaraan dan perbelanjaan modal (capex) setiap tahun bagi memastikan bekalan tenaga elektrik yang berkekalan.
Kewajaran patut dibuat memandangkan jumlah tersebut jelas lebih tinggi berbanding keuntungan syarikat utiliti itu sebanyak RM4.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2013.
Daripada RM6 bilion, TNB melabur kira-kira RM3.5 bilion hingga RM4 bilion setiap tahun untuk bekalan baahru dan peningkatan sistem bagi rangkaian pengedaran dan pelbagai saluran penyambungannya.
TNB juga melabur antara RM2 bilion dan RM2.5 bilion setiap tahun untuk meningkatkan rangkaian penghantaran dan pembangunan.
Sebagai syarikat yang memiliki aset RM99 bilion, keuntungan itu boleh dianggap minimum memandangkan TNB hanya membuat keuntungan sebanyak RM4.6 bilion, berbanding konglomerat lain, yang untung sekurang-kurangnya separuh daripada nilai aset mereka
Kajian semula tarif elektrik penting kepada TNB untuk memenuhi peningkatan kos bekalan, pelaburan semula dalam peralatan bekalan yang lama serta membuat penambahbaikan dalam menyediakan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan berkualiti.
Berkuat kuasa 1 Jan, 2014 tarif purata elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj, atau 14.89 peratus, daripada 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWh.
Pelarasan itu adalah berdasarkan empat komponen, termasuk semakan semula tarif asas TNB sebanyak 2.69 peratus atau 0.90 sen/kWj, daripada purata tarif semasa tarif.
Tarif 0.90 sen/kWj itu hanya menyumbang kira-kira 18 peratus daripada jumlah peningkatan tarif dan ia bagi memenuhi kos operasi TNB selain untuk pelaburan infrastruktur yang diperlukan untuk bekalan elektrik.
Tiga komponen lain yang menyumbang baki 82 peratus, disebabkan kos bahan api yang meningkat yang membabitkan gas berpaip, gas asli cecair (LNG) selain harga arang batu TNB akan membayar RM15.20 mmBTU (Juta Metrik unit Termal British) untuk gas berpaip berbanding RM13.70 mmBTU pada masa ini.
Pada Mac 2009, kerajaan memutuskan bahawa harga gas akan dikaji semula setiap enam bulan, namun pelaksanaannya ditangguhkan berikutan krisis kewangan global.
Semakan harga gas sebelum ini ialah pada Jun 2011, daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU yang sekali gus menyelaraskan tarif elektrik.
Selain itu, bagi LNG, TNB akan membayar harga pasaran sebanyak RM41.68/mmBTU manakala harga arang batu yang dilindung nilai pada US$87.50/tan metrik, lebih tinggi berbanding US$85/tan metrik sebelum ini.
Dalam melaksanakan struktur baharu tarif elektrik, kerajaan memastikan golongan berpendapatan rendah, tidak terjejas.
Semakan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 70.7 peratus atau 4.6 juta pelanggan domestik, iaitu pelanggan dengan bil bulanan sebanyak RM77 dan ke bawah, tidak mengalami sebarang kenaikan tarif.
Rebat daripada kerajaan untuk pelanggan domestik menggunakan elektrik sehingga RM20 sebulan masih dikekalkan, yang melibatkan kira-kira satu juta pelanggan domestik dalam kategori ini.
TNB sentiasa prihatin terhadap nasib kumpulan berpendapatan rendah dan akan memastikan mereka tidak dibebankan hasil semakan tarif itu.
Bagaimanapun, kadar TNB masih berdaya saing di rantau ini.
Pada 38.53 sen/kWj, ia jauh lebih rendah berbanding Singapura (63.63 sen/kWj) dan Filipina (57.24 sen/kWj) namun tinggi berbanding Indonesia (24.40 sen/kWj) dan Thailand (36.88 sen/kWj).
Nampak gaya TNB ni memang nak berniaga dengan rakyat. Tahniah. Dah la monopoli industri elektrik.
PadamCkp sng la en ayeen iman.. Ada x pk rumah anak yatim,rumah org2 tua,fakir miskin,oku,org yg x mmpu di kg&pedalaman,org yg cuma dpt bantuan bulanan jkm sbb x mmpu bekerja,pnjual buah potong tepi jln,pnjual grg pisang,peniaga psr mlm,pnjual ikan n ramai lg yg tggung keluarga dgn gaji bwh RM 1000 pn byk tau dak....
PadamKlu rkyt msia ni sng lenang PM xbuat la bantuan br1m tu... Pk la psl depa sama.. Klu awak rs byk duit awak la bantu bayar bil elektrik kt smua org susah.. Awak pn nyanyi ja lagu kalau aku kaya.. Bknnya kaya sgt pn kn.. Tp stkt bil elektrik celah gigi awak ja kn..
Sng ja cara awak bckp billion billion tu.. Dr kecik smpi besar x penah kot masuk umah yg xdk aircond.. Mst nk aircond ja kn.. Org len pn nk pakai aircond tp x mmpu tau x sbb bil tggi..Abih kulit smua jd ruam sbb cuaca panas.. Berangan jela nk pakai aircond..
Jgn pandang yg atas ja.. Tgk org bwh sama.. Kami ni telan subsidi kerajaan x byk mana pn.. Hari2 catu duit mkn.. Sblum kluaq umah tutup smua suis siap cabut plug.. Nk bli baju pn catu.. Sapa sbnrnya yg byk guna subsidi..
Tu x kira lg bila sakit sggup tggu lama kt klinik n hosp kjaan sbb x mampu p klinik swasta..
Igt org yg x bduit tu smua malas ka sbb tu x kaya.. Msg2 ada alasan sbb apa x mampu nk cari duit lbh.. Bkn smua org mampu utk hidup dlm kesenangan kt msia yg makmur ni..
Puas ati ang nk bela sgt org len banding dgn rkyt bawahan ni..
tahniah dan terima kasih saudara Mazidul. saya sokong penuh pendapat dan penulisan anda. kebanyakan suara kami tidak diendahkan.terima kasih yang amat.
BalasPadamKenapa hendak dinaikkan? Tak kesian kepada rakyat jelata...diharapkan dapatlah dengar keluhan & jangan bagi alasan tidak munasabah umpamanya jangan makan ayam kalau harganya naik...
BalasPadamSeterusnya lepas ni tol. Seterusnya lagi tambang bas sekolah. Tidak lama lagi pengangkutan awam bas dan teksi akan tuntut kenaikan kadar lagi. Mintak naikkan 40%, tapi kerajaan kata 20% cukuplah...sebenarnya kenaikan sasaran 10% je...percuma dapat extra lagi 10%. Dengan nada dan lagu yang sama, "kerajaan menanggung beban membayar kepada syarikat konsesi lebuhraya...maka kenaikan tidak dapat dielakkan. Begitu juga kos sara hidup meningkat bagi pengusaha bas sekolah, awam dan teksi...maka kerajaan luluskan kenaikan minima..." Huh! MINIMA lah sangat. Apa lagi yang belum naik harga ya...siap sedia ajelah kawan2... 'Kalau tak suka sila keluar dari negara ni' - begitulah penutup mudah mereka. Orang luar senang2 masuk ada permit takde permit ada senapang ada pistol...silap haribulan, tuntut diserahkan sebuah negeri pulak lagi! Tapi penduduk tempatan senang2 pula nak disuruh keluar. Astaghfirullah... .
BalasPadamSy dh penat menyokong umno dan bn. Masa banjir baru ni , wpun kami tk teruk mana, yg sampai dulu pemuda umno. .. itu pun sbb ada org kuat then unit amal pas. Pas 3 hari SOP bru JKM sampai. Umno bahagian? Sampai sudah tk ada pun. Bernanah telinga kena sindir. Pahit mulut nk menjawab. Habis banjir nk menjawab pasal tarif elektrik pula. Speechless saya dibuatnya.
BalasPadambiasa la tu...bila dah menang memang lupa daratan sat...kena tunggu 5 tahun lagi baru semua ahli politik akan bekerja...xkira la parti mana pun...depa ni ada perjuangan peribadi yang perlu didahului.
Padamsalam abg Dol,
BalasPadamTahniah atas entry yg bernas....
BERSIH yg sebelum ni mmg sampah.. tapi kalau sesiapa nak anjurkan lagi demo besar besaran membantah kenaikan segala kos petrol/elektrik/tol.. saya pasti join demo tersebut..
To : Ayeen Iman,
ko bole berhujah dgn segala mcm ko punya calculation yg maha hebat tu dgn kau punya CEO-CEO... kami yg berpendapatan setakat 2-4 ribu seisi rumah.. taknak tau... kerajaan dah lantik orang bijak pandai untuk mentadbir... bukannya takde akal mcm haiwan..semua kenaikan kos yg gomen umumkan adalah chain reaction pada end user...
Ini saya sokong sangat-sangat
Padamaku oun sokong sangat sailorman..
PadamSaya pun sokong.Agaknya Ayeen Iman tu penulis/pengulas majalah TNB kot.
Padamsaya pon sokong sailorman
PadamWell done mazidul!!
BalasPadamTerima kasih tak terhingga kerana bersuara bagi pihak kami rakyat malaysia yang ingin pemimpin betul2 mendengar keluhan hati mereka. kami bukan tergolong dalam kumpulan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pun..tapi diambang membina kehidupan baru. Apabila dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos begini...amat terasa sekali
Saya suka entry En Mazidul... Tahniah.. Teruskan bersuara bagi pihak rakyat!!!
BalasPadamTerima kasih kerana berSUARA bagi pihak rakyat seperti saya yg amat TERASA dgn kenaikan HARGA....
BalasPadamehhhhh fidah jangang kurang ajarrrrr....... org kaya boleh lah x berkira.. kami ni setiap rm dikeluar amat bermakna... kami sokong abg midul.. ketirisan perlu dibendung bukannya terus menerus tekan rakyat...
BalasPadamTahniah kepada saudara Mazidul. Akhir saya dapat membaca entri yang paling bagus dari saudara.sebenarnya bukan ramai yg sokong pembangkang sebab suka kepada pembangkang tp sebab bencikan ketirisan dan pengainayaan kerajaan keatas rakyatnya sendiri.Malah Pakatan mungkin menjadi pilihan dimasa hadapan jika prestari Selangor kini dijadikan penanda aras. Harap BN berubahlah sebelum rebah akibat rakyat nak ubah selera dan demi kepenting rakyat.Harap saudara mazidul dapat buat dokumentari mengenai kenaikan ko sara hidup dan kesan keatas rakyat melalui majalah 3 atau apa medium yang saudara ada.terima kasih
BalasPadamkena buang kerja kang abg Dol kita...hua hua hua..
PadamHarap-harap selepas artikel ni keluar, saudara Mazidul tak di tendang keluar daripada TV3...
BalasPadamkurang ajar dak fidah nih... mcm staff tnb je... tak semua rakyat cukup dengan gaji yang diterima.. sekarang mcm2 yang nak dibayar... mcm2 tax yang nak dibayar.....
BalasPadamKalau pihak pembangkang sanggup mempertahankan kedaulatan agama Islam, kedaulatan Raja-Raja dan tidak mengubah perlembagaan, mungkin akan dipertimbangkan untuk mengundi pembangkang dalam pilihanraya yang akan datang, malangnya belum lagi dapat memerintah negara pembangkang telah melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perlembagaan sehingga sanggup hendak menukar bendera negara dan menyentuh tentang kontrak sosial, jadi kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi belum lagi menjadi sebab untuk saya menukar kerajaan. Ini pendapat saya, pilihan di tangan masing-masing.
BalasPadamShaharul Nizam, Tahniah kerana menunjukkan tahap KEBANGANGAN yang maksima. sampah pun kena pikiaq dulu sebelum buang...inikan pulak kata-kata...alamak caner ni aku dah tersound majidul ni...panik...panik...panik...solution yang paling bangang = disable/delete akaun FB....Tahniah Shaharul Nizam
BalasPadamsedang kita berbahas dan mengeluh tentang kenaikan kos sara hidup yang meningkat boleh pulak ada iklan jom melancong dan membeli belah di Vietnam.... apa sebenarnya realiti hidup rakyat Malaysia. Mengeluh pada keperluan hidup demi memenuhi kehendak hati.
BalasPadamMazidol, citer la psl ipp n ppa.. apa salahanya tnb buat bisnes n dpt keuntungan? Subsidi rasionalisasi bkn tnb yg cadangkan. Tlg kupas isu ni dgn lebih telus. Saya taw sedara mmg pandai berkata2 tp bykkan membaca jugak. Jgn ckp ikut apa yg anda rasa dan dengar2. Penting unt sedara baca dan sampaikan fakta yg betul. Jgn nanti mengundang fitnah. Sbb sy nampak nukilan ini sedara mmg blame tnb 100%. Pdhal hal yg berlaku sebenar bukan begitu. Tlg sedara ye mazidol. Sy tunggu nukilan sedara psl ipp, ppa dan rasionalisasi subsidi. Lps tu..barulah sedara layak untuk komen psl tnb. Sedara ada sedara mara ke adik bradik nk keje tnb tak? Boleh la apply kalo mahu. Tp yela kan, tnb ni company yg hanya pentingkan keuntungan je bak kata sedara.
BalasPadamsorang lg...kehkehkeh....
PadamCik atau Puan Alia, saya memang ada adik beradik atau sedara yang NAK KERJA Tnb . Tapi off course lah bukan untuk jawatan pemeriksa meter. memandangkan isu ini berkaitan pentadbiran dalaman, maka adakah jawatan kosoong untuk bahagian pentadbiran atau yang sewaktunya dengannya?
PadamSila beritahu adakah Puan Alia boleh luluskan sekiranya kami minta
Org dalam..knp klau nak keje
PadamKene ada org dlm?? Apakah nasib org yg tak ada org dlm? Megemis dengan meletakkan ijazah di depan mata?
Tutup akaun terus?....Baru dia tahu penangan blogger..
BalasPadamKita hidup di Malaysia sekarang ini di kelilingi isu kenaikan yang semakin mencengkam dada rakyat yg bukan segelintir darinya malah seluruhnya. Bagi saya tekanan datang bertubi tubi dari pelbagai sudut keperluan saya dan keluarga..terutama kos sara hidup meningkat oleh sbb kenaikan kadar tol..petrol..GST..bhn mntah..yg memberi kesan yg mendalam utk kita manusia yg tak kaya utk meneruskan kelangsungan hidup..
BalasPadamni x lma lg anak2 nak sekolah..tambang bas dah naik 40%!!! Sbgai warganegara yg tertekan mcm kalian semua..kita tak sepatutnya menuding jari atau menghukum seseorang kerana klebihan yg mereka dpt..cuba tuan lihat sekeliling tuan2 dan teka apalg yg dah lama naik selain elektrik? Nak buat pinjaman kt bank pun dah mcm minta sedekah..astro da naik..bil telefon bimbit dah dikenakan caj servis tax 6%. Nak beli rumah baru mimpi jelah..semua aktiviti kita bergantung kpd penggunaan elektrik..petrol..air dan sumber makanan..kalau semua naik..bagaimna nak hidup? Mungkin kita sedang tidur berdengkur sambil berjalan di siang hari..ya memang benar..kita ditidurkan dan didodoikan oleh lagu2 sumbang sehingga tak perasan semua kepeluan asasi sendiri di lambung ke siling.
Hanya serpih kecil yg jatuh ke muka buat kita mengigau sambil mata terpejam. Berjuanglah utk hidup dan jgn kerana nila setitik..rosak kita semua sebelanga!
Terima kasih saudara mazidul..semoga terus telus dalam berbicara
BalasPadamKesan jangka pendek, perbelanjaan seisi keluarga bertambah... kesan jangka panjang... penurunan jumlah pengundi dan rakyat yang pro kerajaan.
BalasPadamSepatutnya kerajaan fikirkan setiap langkah yang diambil dgn teliti dan kaji kesannya sebelum membuat sebarang tindakan
Silap langkah, salah pencaturan, tiada peluang kedua dari rakyat..
"Negara kita masih aman.." perlukah kerajaan mengambil kesempatan di atas kepercayaan rakyat? Jangan sampai tahap kesabaran rakyat sudah hilang... Allahurabbi...
BalasPadamTerima kasih Mazidul kerana memberi penjelasan yang terperinci..
boleh juga baca article ini. dan kita pastinya boleh menilai.....
BalasPadamhttp://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/08/22/bn-not-tnb-to-blame-for-power-tariff-hike/
tahniah. lepas ni harap tuan dapat kecohkan IPP..depa ni duk makan untung lebih........
Penting untuk difahami.....kita bukan anti staff tnb, kita hanya perjuangkan nasib rakyat supaya tidak terus terhimpit dengan desakan hidup. Samada TNB yang naikkan atau IPP atau sesiapapun juga yang bertanggungjawab, jangan letakkan kos itu kepada rakyat. Bijakpandai dalam GLC yang berniaga ni, wajib mengambilkira sumbangan sosial (CSR) kepada masyarakat.
BalasPadamKepada Sdr Mazidul, anda penyampai denyut nadi rakyat. Teruskan niat suci anda.
Sebagai pengguna, saya juga tidak menyokong kenaikan tarif letrik. Penulis juga perlu bertanggungjawab dengan isu yg dihighlight....Syabas n tahniah
BalasPadamsalam.sy sebagai staff tnb dah check akaun tetapi xder pun masuk bonus seperti yg diperkatakan oleh abg mazidul.yg masuk cume gaji kami sahaja yg tidak smpi pun rm 1300.jd bagai mana sumber abg mazidul boleh mengatakan yg staff tnb akan mendapat bonus pada hari ini
BalasPadamKita tunggu sampai hujung bulan.
PadamAda tempat kami biarkan ia bgelap walaupun kami mampu meneranginya.
PadamKUASA PM SEMAKIN MALAP....DAH TAK LAMA DAH. TUNGGULAH MASANYA PIMPINAN YG ADA JATUH TERGOLEK. SEDIH SANGAT APA YG DIHARAPKAN...TAK DITUNAIKAN OKEH PIMPINAN YG ADA. SEDAR WAHAI PAK NAJIB....JGN IKUT NAFSU DAN NAMPAK HARTA JE KAT DEPAN MATA. KASIHANILAH RAKYAT YG MDERITA INI.
BalasPadam