"Selvi, berapakah harga kentang ini?," tanya lelaki berusia 68 tahun itu.
"Dua ringgit lapan puluh sen pak cik," jawab peniaga itu.
Lelaki terbabit pelanggan tetap kedai runcit Ramu di pekan kecil, Slim Village, Perak.
"Dua ringgit tujuh puluh sen, tidak boleh ke? Kurang sepuluh sen sahaja," rayu lelaki itu lagi.
Saya perhatikan tubuh kecilnya, kurus tetapi masih bertenaga walaupun dia sekian lama membanting tulang untuk menyara ahli keluarganya.
"Alah pak cik, bukan mahal pun," balas R. Selvi sambil merenung wajah warga emas itu.
"Kurang sepuluh sen sahaja, bukannya banyak. Setiap hari saya datang ke sini membeli pelbagai barang keperluan," lelaki sama berhujah.
Selvi terdiam buat seketika.
"Pak cik punya fasal, bolehlah," ujar Selvi sambil tersenyum.
"Abah, duit adalah. Kita bayar sahaja," celah saya.
Dia tersenyum.
Begitulah feel arwah ayah saya tatkala masih hidup. Bukan dia tidak mempunyai wang tetapi gemar tawar-menawar, biarpun harga barang dibeli dikurangkan oleh peniaga sepuluh sen sekalipun, dia tetap berpuas hati.
Ayah meninggal dunia pada usia 70 tahun pada 7 Ogos 2010, klik di sini.
10 sen amat bernilai kepada arwah.
Tidak dapat saya gambarkan, jika ayah masih hidup, sebagai penduduk kampung, dia pasti terasa akan impak kenaikan harga barang keperluan harian seperti gula. Ayah gemar minum teh 'O' panas tetapi bukan meninggal akibat kencing manis.
Bagi golongan berpendapatan tinggi, tinggal di banglo dan memiliki kenderaan mewah, 10 sen barangkali tiada maknanya buat mereka. Pengurangan subsidi petrol dan tol juga tidak menjadi kudis.
Saya perhatikan, kebelakangan ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sering mengeluarkan kenyataan, jika harga tol dan tarif elektrik tidak dinaikkan, ekonomi Malaysia bakal tergugat. Manakala Makmal Rasionalisasi Subsidi menyebarkan informasi, negara ini bakal bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi, klik di sini.
Dakwaan itu tentunya menakutkan masyarakat Malaysia.
Dakwaan itu tentunya menakutkan masyarakat Malaysia.
Jika benar, kerajaan secara berterusan harus berkongsi maklumat terperinci bersama rakyat marhaen.
Fitrah manusia, mereka jarang membantah andai sesuatu isu itu difahami.
Salam,
BalasPadamBukan nak bermegah tapi pada saya kenaikan serta pengurangan subsidi ada hikmahnya.
Ini megajar orang melayu agar tidak sentiasa disuap lihat sahaja pesta banjir yang baru berakhir.
Mereka tanpa segan silu meminta itu dan inimsedangkan mereka mampu.
Jika saya fikirkan balik mereka bukannya mangsa banjir tapi kerajaa negeri sebenarnya adalah mangsa.
Tak kena banjir kat tempat awak, sedaplah cakap. Cuba kena kat batang hidung sendiri...baru tahu..
Padamada jugak manusia dungu macam lembu yang boleh pikir macam ni..ingat dorang yang kena banjir suka-suka ke tadah air hujan sampai banjir tiap-tiap tahun, siap boleh pesta...apparraa....deyyy.....duduk kondo KL kalu boleh cakap lah...pegi duduk kuantan sana tengok...
PadamSalam...sekadar nak berkongsi maklumat ttg ekonomi dan rasional setiap tindakan yang dibuat... tkasih... https://www.youtube.com/watch?v=XSj4tpu0kYU
BalasPadambetul...naik lak bukan satu dua barang tapi banyak tu.
BalasPadamsaudara mazidul,
BalasPadamnegara banyak bazirkan duit kearah yang tidak menentu.
setiap kenaikan pastinya ada rasionalisasi; bukan naik mendadak tak tentu hala.
saya sebagai rakyat dan penjawat awam juga terasa dengan kenaikan pelbagai harga yang kini tiada titik noktahnya.
pada mulanya rasionalisasi harga petrol hendak disamakan dengan US iaitu RM3 segelen (1 gelen = 3.78 liter); jadi jika naik harga pun, 1 gelen apa sangat berbanding 1 liter? tapi ianya mungkin backfire kerana kalau naik RM1 seliter pun sama juga harganya.
rasionalisasi kenaikan harga barangan keperluan (beras, tepung, gula, garam, minyak, dll.); subsidi perlu ditarik balik disebabkan "alasan kesihatan" dan "kurang produksi"; beras adalah benda ruji masyarakat Malaysia, tepung, gula, garam dan minyak pun sama; kita bukan US atau EU yang makan roti diperbuat dari gandum; rata-rata makan nasi, nasi lemak, roti canai dll.; jadi kenaikan barangan keperluan amat tidak logik dan realistik.
teman bukan nak ngata yob... cuma bila "cerdik pandai" yang menasihat kerajaan tu bukan bijak bistari pun... tarik sana, sapu masuk sini... same jer yob...
tu belum lagi memperkasakan Bumiputra... apa sebenornye yang TERAJU buat? main wau bulan ke (teraju tiga...)?
rakyat masih belum nampak manfaat dalam rasionalisasi penarikan subsidi pelbagai itu... kerajaan prihatin ke atau kerajaan suruh rakyat makan ikan masin?
dalam perkara ini, semua pihak perlu menjawab keluhan rakyat... bagi duit welfare jer tak gune yob... selaraskan peringkat cukai (golongan pendapatan rendah, sederhana dan kaya raya - lagi kurang gaji lagi tak payah bayar cukai); buka peluang penjawat awam untuk buat kerja pelbagai (mengajor ke, bukak bengkel ke, meniage ke - kata kearah negara berpendapatan tinggi?); hapuskan meritokrasi dalam kerajaan (kurang ampu banyak keja boleh buat - lagipun ramai sekarang penjawat awam di "berenang" kan atas sebab-sebab yang amat kurang jelas hukumannya).
ini baru sikit yob... yang lain Allah Ta'ala jer yang tau...
-teman yang memang Perak piyor-
as-salam abg mazidul,
BalasPadamsaya golongan muda yang baru mendirikan rumah tangga terasa susah untuk mendapatkan rumah..namun alhamdullilah rezki kami akhirnya di dalam proses.
cuma saya melihat perkara ini pada golongan yang kurang kemampuan untuk memiliki rumah.
apakah kerajaan terlampau leka dengan perkara ini? bayangkan tanah di mana hak milik kerajaan boleh dimajukan untuk penggunaan swasta (sekadar beberapa contoh). saya percaya tanah milik kerajaan masih luas terutamanya di jln ampang hilir, jalan bangsar,cohcrane..dan lain2.mengapa kerajaan tidak membangunkan rumah mampu milik di atas tanah2 kerajaan yang terbiar..dirikan kuarters sewa dan beli. kerajaan hanya cari pemaju yang layak, adakan perbincangan..selama tempoh 15 tahun ini harga rumah semacam pelik.
itu belum lagi isu barangan harian..sedih lihat nasib golongan yang kurang mampu..
tidak perlu makmal bagai..cukuplah pemerintah turun sendiri melihat nasib rakyat. cuba lah satu hari PM kita naik motorsikal rasa kesusahan rakyat.pagi tadi hujan,ramai penunggang berteduh..kalau ditanya punca utama kenapa naik motorsikal ialah sebab jimat..saya sendiri naik motorsikal.
bab pengurangan subsidi ni musykil..adakah kerana ingin mencapai negara maju, harga barangan harus ditarik subsidi..rakyat terus ditekan. saya adalah pengundi BN bagi P118 dan juga ahli UMNO..
Aik? Takkan nk bangkrap pulak dalam 9 tahun?Duit BR1M boleh pulak bagi. Kakitangan kerajaan asyik minta naik gaji dan diluluskan. Tiap2 tahun asyik dengar minta naik gaji...bonus..gaji...bonus.
BalasPadamTapi kerja kat pejabat asyik bersembang ja lebih...(ini pengalaman dulu,hari ni taktahu la kalau dah berubah)
kerajaan sekarang banyak boros. tak pandai berjimat cermat..tapi ada hati nak suruh rakyat marhaen berjimat..contoh paling mudah, kita tengok jabatan kerajaan.. kalau buat kursus 80% buat kat hotel n pulau..padahal kalau nak berjimat boleh sangat buat kat dewan, bilik seminar dewan jubli, atau bilik mesyuarat.. yang penting isi kandungan kursus itu sampai ke otak dan hati peserta.
BalasPadammakan pulak time kursus ada 6x makan.perut tak jumpa lapar lagi da sampai time makan.
kesian kat ibu ibu muda yang ada anak masih kecik yang kena tinggalkan keluarga sebab dapat arahan kena kursus kat pulau.
time bulan puasa pulak, sibuk dengan majlis berbuka..hotel sana sini semua jabatan kerajaan kan konker utk mjlis berbuka..
raya pulak dengan open house..tak berhenti henti selama sebulan.
tu semua pakai duit cukai rakyat.. pening arr kalau nak pikir keborosan kerajaan..
pastu suruh rakyat berjimat..dia yang kat atas berbelanja sakan utk benda bukan2..
nanti abg mazidul kupas bab lokasi mesyuarat dan bab majlis berbuka n open house..memang membazir aku tengok..
Setuju..harap benda d kupas habisan2 bg menyedarkn pihak berkenaan jgn boros sedangkn byk cara blh jimat
PadamSaudara Mazidul
BalasPadamSebagai rakyat Malaysia amat wajarlah rakyat membantah terhadap kenaikan demi kenaikan barang dan perkhidmatan asasi seperti elektrik dan air, pengangkutan dan sebagainya. Ini kerana puncanya cukup mudah kerana selama ini Kerajaan menutup mata dan buat pekak badak terhadap kadar upah golongan pekerja di Malaysia malah Kerajaan sendiri turut ekploitasi tenaga buruh yang murah sehingga menjejaskan keselamatan negara. Kalau Saudara Mazidul tak percaya pergi ronda ronda kat Putrajaya siapa yang jadi pengawal dan cleaner di bangunan kerajaan kalau tidak warga asing. Kenaikan kos sara hidup bukanlah isu melayu malas atau meminta. Taufan Katrina di New Orleans menyebabkan manusia yg berada di negara maju merusuh seperti barbarian. Sepatutnya Kerajaan BN tepatilah janji dalam menifesto bukan mencapatikan janji. Rakyat seperti saya boleh berkongsi kesusahan demi negara tetapi di sisi lain pembaziran oleh syaitan syaitan Napoleon kecil segelintir kecil pemimpin dan isteri menyebabkan rakyat rasa diperah jadi hampas. Pengajarannya kalau kita tak boleh menyenangkan rakyat tape tapi janganlah pula menyusahlan rakyat. Masa setiap hari berjalan sehingga PRU14.......
Terima kasih mencatatkan komen secara profesional, amat saya hargai.
Padam