Jumaat, Disember 20, 2013

BUKTIKAN PEMIMPIN KERAJAAN BUKAN YES MEN

Isu kenaikan tarif elektrik dan tol hangat dibincangkan di media sosial dan media utama di Malaysia sejak kebelakangan 

Di Termerloh, Pahang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan, kerajaan akan mencari mekanisme terbaik untuk mengimbangi kesan kenaikan perkhidmatan terbabit. Tambah beliau, sekiranya kenaikan tidak dilaksanakan, ekonomi negara bakal terjejas.

Klik di sini.

Bukan sahaja rakyat marhaen membantah malah ahli politik turut bersuara. Begitulah sebaiknya agar masyrakat tidak memandang pemimpin Barisan Nasional, BN, sekadar 'yes men'.

Ya! Ya! Ya! Sambil angguk-anggukkan kepala.



Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Nana Merican berkata, secara spesifik manifesto BN, di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar dicatatkan untuk mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

Baca di sini.


Justeru tidak hairan andai ketika ini, majoriti rakyat enggan mendengar penjelasan pihak kerajaan berhubung kenaikan harga barang dan perkhidmatan berikutan secara jelas, aku janji tidak ditunaikan. 

Sebelum Pilihan Raya, PRU 13 kerajaan bersungguh-sungguh berjanji untuk menangani kos sara hidup rakyat. Pengurangan subsidi petrol dan gula, peningkatan tarif elektrik dan perancangan menaikkan kadar tol tidak selari dengan janji itu. Pemimpin dan penyokong parti pembangkang pasti bertepuk tangan kerana bakal terbukti janji kerajaan dicapati bukan ditepati.



[ DISKAUN 40% kepada pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Seperti saya catatkan sebelum ini, bantahan rakyat harus di ambil kira. Jika tidak, sokongan orang ramai terhadap kerajaan bakal terjejas sewaktu PRU 14 kelak. Mengikut logik akal, apakah faedahnya menyokong kerajaan tidak mengambil pusing kepentingan rakyat dengan pelbagai kenaikan barangan dan perkhidmatan? Perdana Menteri dan jemaah kabinet dipilih untuk membantu rakyat, bukan menyusahkan mereka.

Baca artikel 'Tarif elektrik dan bonus lima bulan kakitangan TNB', klik di sini.

'JELAPANG DIMAKLUMKAN, TENAGA NASIONAL MEMBERI BONUS ANTARA 5 HINGGA 6 BULAN KEPADA KAKITANGANNYA TERMASUK PENGURUSAN ATASAN.

LEBIH MENARIK LAGI, TENAGA NASIONAL MEMINTA KAKITANGANNYA MERAHSIAKAN PEMBERIAN BONUS INI DARIPADA PENGETAHUAN UMUM.

KALAU PERKARA INI TIDAK BENAR, KITA MINTA KERAJAAN DAN TENAGA NASIONAL TAMPIL MENAFIKAN PEMBERIAN BONUS LUMAYAN ITU'

Jika mempunyai masa terluang, semak kandungan lengkap entri blog Jelapang, klik di sini.


[ 4 hari 3 malam Ho Chi Minh, Vietnam, RM1650 all in, klik di sini ]

8 ulasan:

  1. Bro sekarang ni cuma ada dua kemungkinan. Kemungkinan pertama : Kita semua yang pening dan "tak faham" terhadap usaha "transformasi" DS Najib dan Kemungkinan kedua " DS Najib yang dah pening dan terkeliru diantara manifesto BN "janji ditepati dan janji di capati"

    BalasPadam
  2. aku rasa Najib yg nak hancurkan Malaysia sebenarnya.. bukan Anwar....
    dah lagi teruk dari Anwar pulak aku tgk Najib ni dari sehari ke sehari..

    BalasPadam
  3. tak kalau nak memperkasakan ekonomi dengan pelbagai cara tapi masalahnya rakyat malaysian ni berbilang pendapatan.Ramai lagi yang miskin dan ramai yang terasa bebanan atas kenaikan apa-apa harga barang , cukai ataupun ta'rif elektrik.Yang berduit pun mengeluh, inikan pula yang kais pagi makan pagi.

    lagi satu, tidak adil bagi sesetengah yang bermewah dengan gaji tinggi padahal ramai yang mengangur dan tak cukup makan.

    BalasPadam
  4. jika lihat keadaan sekarang, najib seperti presiden ke-10 filipina iaitu ferdinand marcos dan rosmah seperti imelda marcos-isteri sang presiden yang suka bermewah2 dan membazir wang rakyat. bil elektik sehari untuk rumah PM najib saja dah RM9000 sehari, takkah membazir wang rakyat namanya? apa salahnya berjimat cermat macam yang PM sarankan pada rakyat selama ini? tepuk dada tanya selera, jika kata pemimpin diktator Timur Tengah dan Afrika teruk, pemimpin Malaysia pun sama saja, tak lebih tak kurang ;)

    BalasPadam
  5. Saya berpendapat bahawa kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk menurunkan harga barangan mahupun minyak. Kami yang susah ini terpaksa menyeksakan diri kami untuk membeli barangan keperluan harian. Kami juga manusia yang memerlukan kenderaan untuk bergerak kesana dan kesini. Tetapi kalau dah minyak pun turut naik secara mendadak begini, maka kami terpaksa lupakan hasrat kami untuk memeliki sebarang kenderaan. Adakah kerajaan tertawa lebar apabila melihat kami semakin lama semakin bertambah miskin? Kemungkinan mereka yang berpendapatan tinggi mampu untuk membeli apa saja walaupun harganya naik. Tapi pernahkah kerajaan terfikir akan nasib kami? Ulasan hanya sekadar renungan dan bukannya untuk dibahas.

    BalasPadam
  6. Saudara Mazidul. Izinkan saya share ini supaya saya boleh meminta pendapat dari sahabat2 saya.

    BalasPadam
  7. tengok sahaja pembangunan yang mendatang.. mana mungkin akan dikurangkan semua itu..
    apa guna negara maju jika rakyat sendiri sengsara.. keperluan asas untuk rakyat pun tak terbela.. macam mana nak uruskan negara.. jika ingin memperkasakan negara sekalipun pastikan rakyat terbela.. bukan dengan membebankan rakyat.. orang kalo biasa hidup senang mana mungkin paham akan kesusahan orang lain.. sebab tu kajian banyak kelaut.. dengan jawapan yang agak kelaut..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.