Jumaat, Disember 13, 2013

AKIBAT MENAGIH CINTA NEGRO

Lelaki warga asing masih terus memperdaya ramai wanita Malaysia menggunakan kaedah penipuan melalui internet atau lebih dikenali sebagai parcel scam.

Kerugian membabitkan berbilion ringgit setiap tahun.

Bagaimanakah parcel scam dilaksanakan?

1. Majoriti penjenayah terbabit dalam kes parcel scam adalah warga Afrika, khususnya mereka berasal dari Nigeria.



2. Mangsa (kebanyakkannya wanita bekerjaya tetapi kesunyian) berkenalan dengan penjenayah melalui laman sosial seperti facebook. Penjenayah lazimnya menggunakan ikon lelaki berkulit putih, berusia sekitar 50 an, mendakwa peniaga berjaya samada di negara barat. Paling kerap, mereka mendakwa kononnya menetap di London. Walhal individu sebenar di sebalik ikon itu, lelaki negro, mungkin tinggal di Puchong, Selangor, lubuk dihuni ramai warga Afrika.

3. Penjenayah ini pakar menggunakan 'ayat manis' untuk memikat hati mangsa. Mereka berkomunikasi melalui kemudahan chatting di laman sosial. Pujuk rayu mereka mudah menambat hati wanita Malaysia sekaligus menjadikan mangsa berasa disayangi dan dicintai. Tambahan pula apabila melihat gambar ikon lelaki kacak terpapar di skrin komputer hampir setiap hari.

4. Penjenayah bermastautin di Malaysia lazimnya memburu wanita tempatan untuk dijadikan teman wanita istimewa. Wanita terbabit diumpan dengan pelbagai kemewahan tetapi pada masa sama akaun bank mangsa turut disalahgunakan. Wang hasil penipuan didepositkan ke dalam akaun bank wanita terbabit tetapi diakses serta dikawal sepenuhnya oleh penjenayah. Manakala identiti dan status teman wanita sebagai warganegara Malaysia kemudian digunakan oleh penjenayah sama untuk memudahkan mereka melanggan perkhidmatan jalur lebar berharga lebih murah di negara kita. Jika ditangkap oleh polis, kegiatan penipuan melalui internet mereka sukar disabitkan di mahkamah kerana akaun jalur lebar itu dibuka menggunakan nama individu lain. 

Lebih malang lagi, sebilangan teman wanita diperdayakan sanggup menyerahkan tubuh mereka kepada penjenayah, klik di sini.

5. Lelaki hanya dikenali di dunia maya itu kemudian menjanjikan kononnya akan menghantar pelbagai jenis hadiah berharga kepada mangsa melalui syarikat penghantar bungkusan, parcel. Terdapat jugs kes berlaku kononnya, penjenayah terbabit akan berkunjung ke Malaysia, membawa bersama hadiah untuk diberikan kepada mangsa.

Klik di sini dan di sini untuk melihat antara contoh ayat power digunakan oleh penjenayah.

6. Tidak lama selepas itu, mangsa akan dihubungi oleh individu menyamar sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia melalui panggilan telefon. Lazimnya, dia warga tempatan bersekongkol dengan penjenayah warga asing. 'Pegawai Kastam' itu akan meminta mangsa menjelaskan bayaran tunai untuk mangsa menebus bungkusan kononnya mengandungi barangan bernilai tinggi seperti wang dalam jutaan Pound Sterling. Jika tidak 'teman lelaki' mereka akan diberkas oleh pihak berkuasa.

Tanpa usul periksa, mangsa akan mula mendepositkan wang dipinta ke akaun peribadi milik teman wanita sebenar penjenayah terbabit. Dalam tempoh masa tertentu, jumlah dituntut semakin banyak sehingga mangsa menyedari, dia ditipu. Pernah wanita tempatan berasal dari Pulau Pinang diperdayakan sebanyak RM1 juta ringgit. 

Klik di sini untuk membaca laporan kerugian ditanggung oleh rakyat Malaysia.

7. Selain menerima panggilan 'pegawai kastam', sebilangan penjenayah juga acapkali menggunakan modus operandi berbeza. Individu menyamar sebagai kakitangan syarikat penghantar bungkusan meminta mangsa mendepositkan sejumlah wang ke akaun bank peribadi kononnya untuk bayaran pemprosesan penghantaran barang terbabit dari luar negara.

Klik di sini untuk mendengar perbualan saya bersama individu terbabit. Dari loghat bahasanya, kita dapat menjangkan dia lelaki negro.

Berikut alamat IP, 'Laila Faisal' seperti didedahkan oleh blogger, Muhammad Farid Abd. Ghani, klik di sini.



Ciri ciri tulisan negro mudah dikenal pasti. Contohnya jika dalam bahasa Inggeris, kita menulis 'I am alone', mereka menulis 'Am alone' sahaja, ayat tanpa 'I' sebagai ganti nama. Itu petanda jelas, penulis ayat, negro.

Penjenayah mengeksploitasi sikap tamak haloba dan taksub menagih cinta di kalangan wanita tempatan tanpa menyedari mereka menjadi mangsa. Wang keuntungan hasil penipuan lazimnya dihantar ke negara asal melalui Western Union.

6 ulasan:

  1. Sindiket ni memang dah lama dah. cuma makin bertambah maju plak taktik dorang. Rasanya saya pernah kena ayat ngan orang2 mcm ni cuma tak layan sebab dah tau.

    BalasPadam
  2. Tahniah atas usaha membongkar. Kita ramai-ramai bongkarkan mereka.

    BalasPadam
  3. i pun dapat jugak... tapi malas nak layan ..ada tu pulak menyamar jadi pompuan..hahaahha ko gila nak bercinta dgn aku ke mek? hahahah...puchong memang ramai bangsa ni..cemana nak hapuskan mereka tu??

    BalasPadam
  4. Assalamulaikum Tuan Mazidul. Tolong ungkapkan menganei empunya FB Abu Nawas II yang saya lihat beliau ini seperti sudah terpesong. Hal ini doleh dilihat daripada tulisan yang beliau catatkan di dalam entri FB beliau. Harap Tuan Mazidul akan dapat mengungkap kisah beliau yang saya lihat akan dapat mempengaruhi orang ramai. Terima kasih

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum abg mazidul,
    saya mmg setuju sgt lubuk awang hitam kt puchong. mntk abg tolong kerjasama dgn pihak2 berwajib terlibat utk memantau dan menyemak status awang2 hitam yg terlampau banyak di area putra perdana puchong khususnya. kalau bertemu mata dgn awang2 hitam ni siaplah..diorg akan mula projek mengayat n memikat tak kira isteri org pun..sbb tu never make eye contact with them...abg mazidul tlg ye..rimas la kami penduduk kt sini diorg ni ramai sangaaaaatttt...

    BalasPadam
  6. Pernah dengar web cam ke..skg ni semua laptop ada built in cam, gunalah cam. Tahun 2009 sy pun gila chatting juga tapi alhamdullilah tak pena jumpa negro sebab sy slalu pastikan trman chat cam to cam dgn sy, best gak chatting dgn org canada, uk, ausie, lebanon, turkey & romania..tapi tak lah serius. Sy ingat lagi tahun 2009 tu ada sorang mamat hensem tanya pada saya kalau sy ada akaun facebook, sy blur time tu hah apa? Facebook? Tak ada, tak pernah dengar, habis sy diketawakan oleh dia huhu. Facebook lambat masuk ke negara kita kan. Tapi skrg da kahwin, sorrylah tak layan chatting da. Bdosa you chatting dgn lelaki lain kalau saja nak isi masa. Baik layan hubby. Huhu

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.