Isnin, Disember 23, 2013

KEMENTERIAN PELANCONGAN BERJANJI AKAN MENGAMBIL TINDAKAN MEMASTIKAN KESELAMATAN PENGUNJUNG KE KELLIE'S CASTLE TERJAMIN

Semalam saya menulis mengenai isu keselamatan pengunjung ke Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak.


Klik di sini.

Selesai menulis entri terbabit, saya menghantar salinan entri kepada facebook Kementerian Pelancongan Malaysia.

Di bawah, respon saya terima daripada pihak terbabit.


Yup, I personally hope that Kementerian Pelancongan Malaysia would look INTO this matter, not ONTO.

Saya menulis dalam bahasa Melayu, mereka membalas menggunakan bahasa Inggeris.

Teman orang Perak yob!

Apapun terima kasih dan saya akan memantau samada tindakan dilaksanakan atau sebaliknya. Ingat, nyawa manusia tiada galang gantinya. Kalau ada nyawa terkorban, kisah seram William dan anaknya Helen tidak akan diperkatakan lagi.

"Ya, di sinilah pelancong itu jatuh. Kepala dia berkecai, luka parah dan mati di tempat kejadian"

Barangkali itu pula cerita bakal tersebar. Tentunya kita semua tidak mahu insiden itu berlaku.

1 ulasan:

  1. Saya anak perak. orang parit. kalau nak balik KL, lalu Batu Gajah masuk kut Gopeng. last week balik kg...nampak byk keter kat kelly castle ni. x tau ape yang dorang buat...dalam hati , "org jauh datang melancong kut".

    mmg agak terkejut, sebab ape yang mazidul ckp ni...mmg betul² happend depan mata saya. mereka² (pelangcong) naik sampai atas bumbung tanpa ade mementingkan keselamatan. dengan yang pegang anak...siap bergambar bagi. kalau la tertolak aku tergelincir...fuh, mau berkecai kepala jatuh.

    ape pun...bagus saudara highlight perkara ni...safety first. jgn terhantuk baru ternadah. Wassalam..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.