Ramai barangkali mengetahui, sebilangan pengendali laman sosial pro-pembangkang dibayar berikutan usaha mereka menyebarkan maklumat samada tulen atau palsu.
Jadi timbul persoalan, perlukah pengendali laman sosial pro-kerajaan dibayar?
Pandangan peribadi saya, perlu. Bukan sahaja dibayar, kebajikan mereka juga harus diberikan perhatian. Contohnya, tatkala menjalankan tugasan luar, tempat tinggal dan pengangkutan perlu disediakan. Elaun makan mereka juga sepatutnya diperuntukkan. Itulah antara kemudahan dinikmati oleh wartawan media utama. Tidak salah jika perubahan dilakukan demi kebaikan bersama. Bukan dibayar untuk bermewah.
Andai imbuhan ditolak, itu hak mereka.
Andai imbuhan ditolak, itu hak mereka.
Hujahnya mudah. Jika mereka berada dalam keadaan selesa, In Sha Allah, setiap tugasan berpeluang dilangsaikan secara lebih sempurna.
Barisan pemimpin tertinggi UMNO mengakui kepentingan media sosial. Oleh itu, semua pengendali blog pro-kerajaan wajar diberikan imbuhan. Menulis blog bukan sekadar melanggan talian jalur lebar seperti didakwa oleh Pengerusi Biro Media Baru, BMB UMNO, Ibdilillah Ishak.
Menulis entri blog menuntut lebih daripada keperluan itu.
Penulis blog harus berfikir secara rational serta kreatif, melakukan penyelidikan dan pengesahan fakta sebelum berita dipaparkan di blog mereka. Berita sahih dikongsikan melalui laman sosial lazimnya memancing perhatian pembaca. Selain daripada itu setiap pengendali blog juga memerlukan kamera digital untuk merakamkan gambar. Justeru mereka tidak perlu menciluk gambar telah dipaparkan oleh media cetak dan elektronik utama di Malaysia. Lebih molek jika pengendali blog dibekalkan alat perakam audio dan komputer riba untuk lebih memudahkan tugasan mereka.
Insentif tambahan juga perlu dihulurkan sekiranya mereka berjaya memaparkan berita terkini, breaking news, dalam bentuk positif buat kerajaan, mendahului media utama.
Saya percaya, ramai pengendali blog pro-kerajaan menulis secara sukarela. Maksudnya selama ini mereka tidak menerima sesen pun daripada kerajaan. Mengapakah mereka perlu membazirkan masa tanpa mendapat imbuhan? Jawabannya, kerana mereka ingin terus berkongsi pandangan peribadi mengenai isu politik negara demi kebaikan kerajaan memerintah.
Jika Ibdilillah ingin mencari pengendali laman sosial pro-kerajaan 100% sukarelawan, itu pilihan dia.
Dia pengerusi BMB UMNO, saya hanya pengendali blog picisan, tidak lebih daripada itu.
Baru aje naik..dah bercakap dengan kepala lutut..sayang sekali.
BalasPadamdia hanya silap cakap jek..bukan silap buat (bunyi macam bekap jek...macam bekap jek..) awalnya aku pun balun si panda tu..tapi bila direnungkan balik ada betulnya point2 dia cuma agak gelojoh dia kata nak kurangkan 50% berpolitik sedangkan hasutan dari belah sana 200% depa tabur dalam media sosial...patutnya dia kata kurangkan 50% berpolitik lebihkan lagi teknik...
BalasPadammoga dipermudahkan.amin
BalasPadam