Tiba-tiba terlintas di kepala.
Selain daripada petrol, gula, tarif elektrik dan tol, harga ROKOK juga dinaikkan. Rokok dihisap oleh penyokong Barisan Nasional, BN dan Pakatan Rakyat, PR di semua negeri. Perokok tegar tahu, harga rokok naik mencanak dan kini harga sebilangan jenama rokok mencecah RM12 sekotak untuk 20 batang. Kenaikan harga tertinggi, RM1.50 sen.
Ramaikah perokok di Malaysia?
Statistik menunjukkan, kira-kira 4.7 juta orang. Rokok dihisap oleh kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan tua. Sebilangan anak penyokong BN dan PR juga menghisap rokok samada disedari oleh ibu ayah mereka atau sebaliknya.
Biarpun harga rokok ternyata mencekik darah, bilangan perokok di Malaysia tidak pernah dilaporkan berkurangan. Maksudnya hampir 5 juta perokok tetap meneruskan tabiat mereka.
Jika Gerakan Turun Kos Sara Hidup diteruskan pada malam ambang tahun 2014 ini, perhatikan berapa ramai antara peserta menghisap rokok. Mereka bakal membantah kenaikan harga petrol, gula, elektrik dan tol tetapi membisu mengenai kenaikan harga rokok.
Walhal rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM15 juta sehari untuk membeli rokok.
Walhal rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM15 juta sehari untuk membeli rokok.
Mungkin sebilangan pembaca kelak menempelak, mengatakan rokok bukan keperluan asas rakyat.
Benar.
Begitu juga tol, bukan keperluan asas SEMUA rakyat.
Masih ramai lagi rakyat menggunakan motosikal dan kenderaan awam setiap hari tanpa perlu membayar tol. Jika difikirkan, kenaikan tol, petrol dan gula TIDAK membunuh rakyat Malaysia seperti rokok.
Justeru mengapakah tidak kedengaran gerakan membantah keras kenaikan harga rokok di Malaysia? Berhimpunlah di Dataran Merdeka, pakai baju seragam, bawa sepanduk besar dan kecil, kemudian laungkan berulang kali ...
"Turun! Turun! Turun harga rokok!"
Semakin mahal harga, bilangan penghisap rokok semakin bertambah.
Saya masih percaya, bantahan kenaikan kos sara hidup berpeluang masih boleh dilakukan tanpa orang ramai perlu diheret ke jalanraya. Kecuali pihak berkepentingan ingin mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini dengan cara huru-hara.
sebab ramai rakyat malaysia suka isap-menghisap ni, bro.
BalasPadamaku pun!
kalau rokok takda, nak isap apa?
Hisap ... betul juga!
Padambro mazidul, saya melihat bro mazidul seperti takutkan bayang2 kejahatan yang tidak kelihatan sedangkan bayang2 kejahatan yang bermaharajalela didepan mata saudara dibiarkan sahaja? jika pembangkang mahu mengambil tampuk pemerintahan, sudah lama mereka membuat rampasan secara sulit dan terancang tanpa perlu turun padang kerana untuk merampas kuasa pemerintahan di malaysia hanya perlu membuat rampasan secara senyap dan gerila seperti disabah atau di thailand. pembangkang mahu turun padang kerana rakyat perlu disedarkan dari mimpi indah kekayaan malaysia yang semakin hari semakin tiris dihabiskan pemimpin2 BN dan gula2 pendiam seperti BRIM, KRIM dan sebagainya yang kelak hanya menambah kos dan beban ke atas rakyat. Ini supaya rakyat semarak dan sedar akan keadaan negara yang semakin meruncing tanpa ada perubahan yang serius, saya melihat ubat untuk menyedarkan pemimpin2 BN yang semakin angkuh menindas rakyat hanyalah dengan membuat huru hara dijalanan, menyedarkan mereka rakyat marah dengan tindakan cuai dan rasuah yang diamalkan mereka dalam pemerintahan.
BalasPadamKalau takut, saya tidak menulis dan ini bukan satu satunya entri saya nukilkan.
PadamAwak menyokong huru hara di jalanraya, saya tidak. Itu bezanya kita. Terimalah.
Padamhuru hara lagi menyusahkan rakyat.Harga barang lagi naik mendadak.sapa yang susah?
PadamJawa kangar!! Balik kangar kalau nak buat huru hara.. aku asal kl, keje di kl.. dh bosan dengan pembangkang yg buat demo jalanan kat kl!! G lah buat kat kangar!! Sbb ape? Xdapat perhatian xdapat sokongan.. kalau di kl ramai pelancong jadi bolehlah heboh 1 dunia kata kerajaan kita tengah goyah.. mcm tu ke? Kalau nak ubah kerajaan tunggulah 5 thn lagi ok..
BalasPadamJgn dtg kl nak buat hal kat kl.. kalau org msk rumah kau pastu sepahkan barang2 kau.. kau suka ke?
You have said it all, thanks.
PadamSama-sama..saya seorang pemandu teksi, pendapatan saya bergantung di atas jalan, sekiranya demo dilakukan oleh pembangkang apalah nasib saya dan kawan pemandu lain..sekiranya kerajaan bertukar adakah saya akan mendapat rm3000 sbln? Adakah kamu di beri elaun setiap bulan kerana menjatuhkan kerajaan adakah kamu di angap wira oleh pemimpin pembangkang adakah jaminan hidup kami aman? Yang banyak duit boleh lari ke sana sini..kami disini? Beritahu kami perlu buat apa? Saya bersyukur dengan apa yang ada asalkan negaraku aman..mungkin ada sesetengah orang yg menyokong demo ni tak pernah ke luar negara, tak tahu negara luar lagi susah dan daif..
PadamItulah kesannya demokrasi (SUARA RAKYAT) atau boleh dinukilkan SUARA DAJJAL secara kasarnya..jika direnungkan demokrasi itu indah, tetapi adakah datangnya sistem demokrasi dari pemerintahan Islam..kita mencedok demokrasi yang dicanangkan BARAT sedangkan US sendiri tidak mengamalkan demokrasi jika kita lihat pada pemerintahan tinggi mereka,bezanya golongan mereka didominasi oleh mereka yang cerdik (yahudi) tapi kita didominasi orang kurang cerdik..adakah adil untuk kita sebagai rakyat khususnya mereka yang berpelajaran tinggi (Degree,Master Degree serta PhD) diberi bilangan satu undi yang sama dengan Mat Rempit Jalanan? bukan memandang rendah pemikiran Mat Rempit tapi itulah hakikatnya demokrasi..teori Islam dalam pemerintahan mengamalkan musyawarah dikalangan orang-orang berilmu diantara mereka serta kepimpinan berasaskan Khilafah (Keturunan) atau kesultanan, jika diteliti kepimpinan tersebut lebih ke arah kediktatoran tetapi itulah cara untuk mengawal suara rakyat..jika dirujuk sejarah, Imam Hanbal juga tidak sependapat dengan pemimpin ketika itu serta dipenjara tetapi tidak pernah memimpin rakyat untuk merusuh. Kita hanya mencari keadilan di dunia, tetapi hakikatnya tiada kesempurnaan keadilan di dunia ( ada yang berlaku adil, ada yang tidak). Keadilan mutlak hanya di tangan pencipta Kita dan itulah hakikatnya..jika Allah menentukan Najib sebagai pemimpin, siapa kita untuk mencegahnya? dan jika beliau (Najib) berlaku zalim pada rakyatnya, maka zalimlah Najib pada dirinya di hadapan Tuhan kelak..Kita hidup hanya sementara, dunia hanyalah hukuman untuk Nabi Adam A.S serta keturunannya, bukan sebagai SYURGA untuk kita menyayanginya..saya bukan Pro BN mahupun PR, kerana merasakan diri tidak cukup ilmu di dada dalam bidang politik dan pemerintahan untuk mengundi..SEKIAN
BalasPadamSetiap yang zalim itu pasti ada balasannya, tidak didunia di akhirat kelak..jika tidak diazab didunia (pemimpin zalim), jawablah nanti di hadapan Tuhan kelak..itulah besarnya tanggungjawab seorang pemimpin, jika di kala pemerintahan Islam terdahulu, jika dilantik sebagai pemimpin, kebanyakannya menunduk kepala mengenangkan besarnya tanggungjawab yang bakal dipikul..sungguh ketara perbezaan di masa kini (UMNO maupun PAS) yang kebanyakannya bersorak diumumkan dirinya ketua ..itulah petanda akhir zaman..
BalasPadamrokok seludup banyak,jadi tak kisah pun harga rokok naik..
BalasPadamsalam tuan, kenaikan harga tol akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan seterusnya menyebabkan kenaikan harga barang. Kerajaan sepatutnya berkeras dengan pemegang konsessi tol kerana mereka mendapat banyak keuntungan daripada hasil kutipan terutamanya tol di kawasan bandar. Kita sepatutnya membuat demonstrasi untuk kenaikan harga rokok kerana ianya merosakkan rakyat.
BalasPadamSMTI..harap saudara Mazidul lebih rasional membandingkan antara keperluan dan kehendak. Secara sekali pandang tol, minyak dan gula seakan-akan dalam kategori kehendak tetapi kenyataannya ia adalah keperluan semasa. Tapi sedarkah kesan kenaikan setiap barang keperluan adalah kesan berantai, contohnya tol, ramai yang kata tiada kesan kepada orang yang tidak menggunakkan tol,tapi ralitinya kebanyakan barangan diangkut melalui tol dan pastinya menggunakan minyak sebelum sampai ke kedai runcit@ pengguna. Setiap kos melibatkan minyak dan tol akan dicampur dalam kos dan diserahkan kembali kepda pengguna. Tidak seperti rokok yang mungkin dihisap pemandu@ tuan punya kedai ang tidak meberikan kesan harga kepada barangan lain.wallahu a'lam..
BalasPadam+1
Padamkalau huru hara di jalanan dikatakan menyusahkan rakyat,bagaimana pula dgn kenaikan harga barang yg melampau?..susahkan siapa pula..??..walaupun semua media dikawal oleh kerajaan sekarg,tapi tidak sikitpun menakutkan kami utk berjuang menegakan keadilan...tutun tetap turun.
BalasPadam