Sabtu, Disember 14, 2013

DATUK SERI ZAHID HAMIDI WAJAR MENINJAU JALAN LEBUH PUDU PADA HUJUNG MINGGU

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, terdapat kira-kira 2.1 juta pekerja warga asing di Malaysia. 

Bilangan pendatang haram tidak dapat dipastikan tetapi pastinya mencecah statistik jutaan.

Baru baru ini Singapura menjadi kecoh apabila warga India merusuh di Little India berikutan satu kemalangan berlaku di negara terbabit. Ambulan dan kenderaan polis dibakar di jalanraya. 

"Sewaktu saya tiba di lokasi, semua kesan rusuhan dibersihkan. Cuma kelihatan sedikit kesan kebakaran di jalanraya," ujar sahabat saya, blogger, Zulhazri Abu Bakar.

Di Malaysia, warga Myanmar acapkali didapati bergaduh terutama apabila mereka berada di bawah pengaruh alkohol. Sebilangan daripada warga asing itu sanggup berbunuhan sesama sendiri. 

Begitu juga warga berasal dari Indonesia. Contohnya, suku kaum Flores tidak sebulu dengan suku kaum Madura. Dendam kesumat itu diimpot ke Malaysia dan mereka juga sanggup bertempur sekaligus mengakibatkan kematian. 

Penduduk Singapura selama ini menganggap negara mereka lebih selamat berbanding Malaysia. Itu antara berita disebarkan di media sebelum ini. Pemerintah Singapura pula mungkin tidak langsung pernah menjangka, warga India berkerja di negara itu berkebarangkalian untuk merusuh, merosakkan harta benda serta mencederakan beberapa anggota polis namun insiden itu berlaku.

Singapura, negara berkeluasan sekangkang kera sebab itu sebilangan pemilik kenderaan mewah mereka terpaksa berlumba di lebuh raya Malaysia. Mujur terbakar, cerita terbongkar.

Bagaimanakah pula jika jutaan warga asing di Malaysia merusuh? Kebarangkalian insiden itu berlaku tidak boleh dipandang remeh. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah mengarahkan penguatkuasa Jabatan Imigresen dan polis memantau lokasi warga asing berkumpul agar mereka tidak menjadi ancaman kepada keamanan negara.

Lihat sahaja, apa telah berlaku di Jalan Lebuh Pudu, Kuala Lumpur. Ribuan warga Myanmar dan Bangladesh telah membina koloni di lokasi itu. Pada hujung minggu, rakyat tempatan berasa gerun untuk ke kawasan terbabit. Disedari atau tidak, lambakan warga asing ternyata menjadi ancaman nyata.


Sebilangan mereka berniaga secara HARAM sekaligus terbukti memandang remah peraturan serta undang-undang di Malaysia.

Apabila peniaga HARAM didekati oleh penguat kuasa, dalam sekelip mata ramai warga asing lain berkumpul di sekitar. Sewaktu saya ke lokasi pada 12 November lalu, mujur tiada antara mereka bertindak di luar batasan. Namun persoalannya, perlukah kita menunggu kejadian tidak diingini berlaku dan barulah pihak berkuasa terhegeh-hegeh mengambil tindakan?

Klik di sini.

Melalui pengamatan saya sebagai wartawan, selama ini pihak Kementerian Dalam Negeri, KDN tidak begitu mengambil pusing mengenai kebanjiran pengawal keselamatan HARAM di Malaysia. Warga Indonesia, Filipina, Myanmar dan Bangladesh digajikan oleh syarikat kawalan keselamatan bebas bertugas. Namun sebaik berlaku insiden pengawal keselamatan HARAM menembak mati pegawai operasi bank di Subang Jaya, isu pengawal keselamatan HARAM menjadi hangat secara mendadak. Pelbagai tindakan kemudian dilaksanakan oleh KDN, antaranya memantau rapi status syarikat kawalan keselamatan dan pekerja. 

Mengapakah pihak berkuasa kita seringkali bersikap sudah terantuk baru terngadah? Perlukan keselamatan warga Malaysia terlebih dahulu dipertaruhkan sebelum tindakan dilaksanakan?

Justeru saya sebagai rakyat marhaen menyarankan Datuk Zahid meninjau Jalan Lebuh Pudu pada waktu hujung minggu. Lihat sendiri dengan mata kepala, koloni dibina oleh warga asing di situ. Sebagai menteri, tentunya beliau lebih arif, mencegah lebih baik daripada mengubati. Andai kata warga asing di lokasi itu merusuh, saya percaya Kuala Lumpur bakal lumpuh.

26 ulasan:

  1. Setuju sgt2....Tolonglah pihak berwajib... Buka mata, buka hati anda...Menteri pun sama... Kawasan tu dah tak seperti di Malaysia...kedai2 dgn signboard bahasa asing...mereka bebas berniaga.. Jgn dah terhantuk baru nak sedar... Oh Malaysiaku

    BalasPadam
  2. haa...isu yang sangat cantekkkk...awat PEMBANGKANG xmau mainkan isu ni??? Atau pembangkang pun sama ja dengan yang memerintah...budaya TAK PA LAH ataupun dok tidoq lena

    BalasPadam
  3. Di Central Market (pasar Seni) pun sewaktu dengan Jln Pudu...sabtu dan ahad dah jadi mcm negara mereka...menakutkan.

    BalasPadam
  4. Kebanjiran mereka menyebabkan saya rasa takut hendak berjalan2 di negara sendiri.TOLONGLAH sedar wahai pihak berwajib...nak tunggu sampai bila baru tindakan di ambil?semua macam pahat dan penukul.Hendak tunggu orang awam yang bertindak ke?mereka sudah melampau. Angka 2 juta itu belum yang termasuk masuk secara haram,jalan tikus banyak di seluruh Malaysia.Tolonglah,tolonglah bertindak sebelum negara kita jadi negara dia orang...

    BalasPadam
  5. Mohon Datuk Zahid Hamidi jangan hanya sibuk memantau kes syiah sahaja. Lihatlah isu pendatang asing ke negara ini dengan lebih serius lagi. Sekarang ini kalau ke mana-mana sekalipun dah rasa tidak selamat kerana terlalu ramai muka-muka 'alien' di sekekeliling kita. Cuma guna perkhidmatan bas Rapid atau komuter, LRT, monorel dan sebagainya. Pejamkan mata sebentar, suara yang kita bakal dengar bercakap-cakap bukan lagi suara orang Malaysia. Kita akan dengar berbagai bahasa yang entah dari negara mana....sebelum di Malaysia lahir lebih banyak 'little India', 'little Bangladesh', little Myanmar', 'little Nigeria' dan sebagainya, cepat-cepatlah ambil tindakan yang lebih bersungguh-sungguh. Pak Menteri turunlah ke padang dan lihat sendiri keadaannya. Begitu juga dengan pegawai-pegawai badan penguatkuasa. Jangan duduk di ofis dan cuba memantau dari jauh...jika tidak, habislah kita kali ini!!!!!

    BalasPadam
  6. Salam saudar Mazidul
    Berbuih mulut dah rakyat buat aduan, rungutan dan bantahan tapi KDN ibarat pekak badak masiha berdegar degar. Bila rakyat macam Mazidul kritik dianggap musuh.
    Sana sini dan hujung pangkal semua pendatang asing, ingat bila balik kampung di Muar Johor takde pendatang asing. Rupanya bersepah- sepah merata pelosok. Yang bangsatnya mereka kacau anak bini kita. Saya melihat isu pendatang asing dan haram ibarat bom jangka kepada Kerajaan Malaysia dari tukang cuci di luar bangunan hingga tukan cuci peribadi di bilik hotel semua dikuasai mereka. Kalau Saudar Mazidul melawat Agensi Kerajan di Putrajaya dan lain lain tempat penuh dengan Indon, Bangla dan Pakistan. Saya percaya kalau negara luar nak lancar perang pada Malaysia tak payah hantar tentra . Memadai mereka arah rakyat mereka letak bom aje di bangunan Malaysia.
    Kajian saya punca kepada perkara ini semua adalah disebabkan sistem kapitalis yang membelengu roh dan jiwa kerajaan sedia ada. Semuanya nak jimat akhirnya rakyat merana. Mungkin sekarang kita melaung dan berteriak takde yang sudi mendengar. Tapi percayalah satu hari nanti ada insiden macam kes tembak pengawal ambank barulah nak terhegeh hegeh. Kepada KDN rayuan saya jangan jadi tunggul dan mandul cubalah laksanakan tanggungjawab yang diberi. Jangan nanti rakyat jadi penguatkuasa dan hakim sendiri.

    BalasPadam
  7. ...meka semua da buta mata..da menang naib diam lah..if not popular lepas dari Boss payah jugak,...politik faham aja lah..

    BalasPadam
  8. dia or nie serupalah dng 'cancer'..
    stage(level) 1..2.. tak rasa mende(cam sekarang laa nie..cume gatal skit2 jer)
    pas nie stndby to next stage(levl) 3..ada gatal banyak (dah start mengenyam cam kene miang rebung or getah keladi babiey)..
    final stage 4..kita semua akan HAVOCx2 ah..ah..(joe lizzoe)
    wakaka..

    BalasPadam
  9. Kita yg mengimport mereka. Pastu kita bising. Rasakan. Saya percaya, mereka yg brkumpul tanpa rasa takut itu adalah mereka yg masuk secara sah. Melainkan ia dpt dibuktikan. Klau ia tak dpt dibuktikan, bermakna kita takut pd byg2 sendiri

    BalasPadam
  10. Salam en mazidul. Saya sangat bersetuju dengan apa yang dipaparkan. Pihak berkuasa sepatutnya mengambil berat mengenai isu ini. Bukan hanya memandang sebelah mata. Saya sebagai rakyat Malaysia sendiri berasa takut dan gerun untuk berjalan di sekitar kawasan tersebut begitu juga jika berada di bandar Klang. Mereka rakyat asing bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki dan tidak menghiraukan keadaan sekitar walaupun hakikatnya mereka sebenarnya berada di negara asing. Saya pula yang berasa seperti warga asing di negara sendiri. Saya mohon en mazidul panjangkan perkara ini ke pihak KDN. Jangan sampai sudah terhantuk baru tergadah. Saya memang geram bila tidak ada penguatkuasaan samada dari pihak kementerian mahupun pihak berkuasa tempatan. Tolonglah lakukan sesuatu sebelum kejadian buruk berlaku. Jangan hanya sibuk mencari kesalahan untuk isu-isu yang tak penting. Sila jalankan tanggungjawab yang diamanahkan terhadap masalah yang terang lagi bersuluh di depan mata!!!

    BalasPadam
  11. Tmbhn lg, Jalan Silang yg kt depan mydin kota raya tu, cubalah kdn atau imigresen datang hari ahad..penuh smpi tahap sardin di kaki lima sehingga jalan raya dgn warga nepal..kedai2 area situ byk dh bertukar jd kedai mereka..kdai mkn, runcit, dvd..siap signboard bahasa nepal lg..bau bgan kotor xyh kire lah, penuh ngan kesan ludah sireh warna merah yg diorg kunyah..kdn ngan imigresen x terlintas ke nk buat operasi?

    BalasPadam
  12. memang stail pihak-pihak ' berkuasa' di Malaysia ... bila berlaku sesuatu insiden barulah tindakan keras dan drastic di ambil. Tak berapa lama kemudian .. senyap semula .

    BalasPadam
  13. Nak bawa anak-anak berjalan di klcc dah rasa tak selesa..macam bukan berpijak dibumi malaysia.
    Perkara didepan hidung selalu buat tak nampak..bila dah tak terkawal..akan keluar kenyataan..sedang mengkaji langkah kawalan..

    BalasPadam
  14. Saya yakin dasar membawa masuk warga asing dalam sektor tertentu bersekala besar..upama memcorak kembali sejarah dahulu..bilamana kurang nya oernantauan.

    BalasPadam
  15. Sewajarnya, semua kementerian terbabit bertindak secara proaktif. Maknanya bertindak awal sebelum berlaku sesuatu.

    BalasPadam
  16. menteri2 kita kalau nak melawat sesuatu kawasan suka buat hebahan dulu..buat majlis sambutan segala...maka apabila mereka tiba segalanya 'terhidang' dgn indah & teratur.

    BalasPadam
  17. Pemimpin kita sebenarnya kebanyakan terdiri daripada golongan atasan yang tidak pernah merasai kehidupan rakyat golongan sederhana dan bawah. Mereka terlepas pandang keadaan seperti ini. Mungkin pemantauan kerap perlu dilakukan sebelum Riot di Singapura merebak pula di Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju.. menteri2 ni depa shopping di pavillion, mid valley, atau luar negara.. tempat2 ni mmg mereka xnampak warga asing yg seperti diceruk2 kota seperti di pudu, central market, chowkit, dan kawasan2 warga asing ni berkumpul.. sangat menakutkan dan tidak selamat rasa.

      Padam
  18. SYABAS dan TAHNIAH saya ucapkan kepada abg mazidul kerana mendedahkan kebanjiran PATI dinegara kita..Saya amat berharap kepada abg mazidul dan pasukan wartawan membuat liputan tentang kebanjiran warga asing di lebuh pudu dan lembah klang yang semakin membimbangkan rakyat Malaysia..Saya juga berharap agar Abg Mazidul dapat berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri agar dapat membuat serbuan dan penguatkuasaan undang-undang terhadap warga asing ini..dan saya juga berharap Abg Mazidul dapat mengupas lagi tentang warga Afrika yang kebanyakkan melakukan jenayah Scam/Black Money dapat dibendung dan diperketat kemasukkan mereka ke negara kita..Kami berharap Abg dapat majukan permasalah ini kepada YAB Menteri dan Ketua Pengarah Imigresen..Terima Kasih Abg Mazidul dengan maklumat pendedahan ini..

    BalasPadam
  19. saya setuju.. smalam saya baru lalu area jalan blakang dataran merdeka sbb dataran tutup.. jadi terpaksa melalui kawasan lot2 kedai di central market.. MasyaAllah menakutkan.. semua kedai2 runcit, kedai handphone, dan kedai2 disitu dimonopoli oleh warga asing ( bangla, pakistan ). Indonesia pula adalah pelancongnya (pembeli belah).. saya rasa kurang selamat walaupon berada di dalam kereta.. boleh dikatakan 1:50 org malaysia (cina, melayu india) yang saya jumpa di kawasan itu.. tolong lah Malaysia ni dah mcm negara apa entah.. Rasanya mat salleh yg melancong di KL ni pon xtahu Malaysia ni bangsa apa sebenarnya dah bercampur2..

    BalasPadam
  20. kalau pergi ke chowkit time weekend (tak tau lah camna kalau weekdays yerr) memang penuh dgn warga asing, dok melepak tepi2 jalan.... para peniaga pun mcm dimonopoli oleh diorg, termasuk lah gerai makan.. banyak makanan indon jugak area tuh

    BalasPadam
  21. Kalau orang melayu buat salah, nenek yang jual air ketum dalam hutan pun dapat kesan.. apa2 yang melibatkan orang melayu semua tak ada masalah untuk diambil tindakan. tapi macam kes ni dan juga kes tauke cetak rompak yang untung berpuluh2 ribu kenapa tak ada sebarang tindakan. malah boleh dijual secara terbuka lagi.. harap saudara dapat panjangkan hal ni.

    BalasPadam
  22. They are there for the taking. Go and round them up.

    BalasPadam
  23. awang itam pon dah ramai...Oh Malaysiaku TERCINTA..Tanah Tumpah DARAHKU!!!!!!!!!
    norafiza-Othman@blogsport.com

    BalasPadam
  24. Bro,

    1.Saya dah lama tak masuk chowkit sbb penuh dengan indon,saya rasa tak selamat bila saya berada disana.Saya rakyat Malaysia,kenapa saya perlu rasa tidak selamat sedangkan mereka adalah pendatang dinegara saya?

    2.Saya dah berzaman tak masuk petaling street sebab saya kurang selesa dengan layan samseng-samseng yang berniaga malah semakin menyampah dengan lagak Mat Bangla yang bekerja dibawah samseng-samseng tersebut.

    3.Saya tak rasa selamat jika berjalan di kawasan Pudu kerana ramainya warga asing berkeliaran lebih-lebih lagi setiap hujung minggu.Sikap mereka yang kurang ajar dan besar kepala terserlah bila mereka berkumpul beramai-ramai disitu.

    4.Itu baru dikawasan KL,belum lagi dikawasan luar seperti Rawang dan lain-lain daerah.

    5. Sedikit demi sedikit mereka menguji kesabaran kita,jangan esok bila ada berlaku rusuhan atau sebagainya baru nak bertindak. Baru sebuk nak keluarkan akta itu dan ini. Cegahlah sebelum negara kita kucar kacir disebabkan mereka.

    6.Pihak Menteri,KDN,POLIS,IMIGRESEN dan lain lain ditubuhkan atas sebab tertentu,kami sebagai rakyat tak perlu MEMBERITAHU kamu apa tindakan yang patut kamu buat kerana itu adalah tugas kamu. Kami dah melaporkan,sekarang kami menunggu tindakan kamu. Jangan jadi pahat dan tukul,sekali ketuk sekali tulah bergerak. Buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh kerana itu adalah AMANAH yang diberikan rakyat kepada kamu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.