Isnin, Disember 02, 2013

PANDANGAN PENGANALISIS JENAYAH KAMAL AFFANDI HASHIM (KES BUNUH 3 BERADIK)

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata polis sedang mencari teman lelaki Noor Syafikah Abdullah, 14 tahun, kini dipercayai berada di Arau, Perlis. Lelaki itu dikehendaki untuk membantu siasatan kes pembunuhan Syafikah dan 2 adiknya, Nur Izzati Husna Rusdi, 12 dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3 tahun.

Klik di sini.

Saya menghubungi penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affandi Hashim pada jam 1 tengahari tadi.


"Siasatan kes ini baru sahaja bermula maka orang ramai harus memberhentikan pelbagai spekulasi, izinkan pihak polis melaksanakan tugas hakiki mereka. Seperkara lagi, kita jangan hanya bersedih buat seketika sahaja. Kita harus meraih pengajaran daripada kejadian berlaku. Jaga keselamatan anak-anak terutama pada musim cuti sekolah ini. Awasi pergerakan mereka. Jika sesiapa mempunyai maklumat tepat berhubung kes bunuh di Kedah itu, salurkan kepada pihak polis," ujar beliau.

Baca kisah Kamal di sini.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

3 ulasan:

  1. Jenayah makin menjadi... apa punca? cara nak atasi?...sedih sangat anak sekecil itu di bunuh kejam...

    BalasPadam
  2. 3 kes dalam seminggu; 1 kes rogol kanak-kanak 6 thn di Alor Gajah, 1 kes rogol dan bunuh kanak-kanak iban 12 tahun, dan 1 kes melibatkan 3 kematian (disyaki rogol dan bunuh) di Kedah. Jenayah ini seakan-akan bermusim, kejam dan tidak berperikemanusian. Sudah sampai masanya sikap jaga tepi kain orang itu perlu diterapkan kembali dalam budaya masyarakat Malaysia.

    BalasPadam
  3. pendek kata baik jalankan hukum Islam terus mcm Brunei.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.