Khamis, Disember 26, 2013

TNB BAYAR BONUS (KEUNTUNGAN TAHUN KEWANGAN 2013 RM4.61 BILLION)

Minggu ini ramai rakan saya bertugas dengan Tenaga Nasional Berhad, TNB, bermurah hati untuk membelanja saya minum teh.


Di gerai, restoran mamak dan hotel lima bintang.

"TNB bayar bonus 23 Disember lalu. Saya dapat empat bulan dan bonus dibayar mengikut KPI," kata kenalan saya, ceria.

Saya turut berasa gembira.


Kepada kakitangan TNB, Qaerool Adhan Mohamaed Sazali, tidak perlu lagi melabelkan saya sebagai anjing Rosmah, klik di sini. Bergembiralah dan hargai pemberian bonus oleh majikan. Gunakan wang itu dengan sebaiknya. Ramai lagi pekerja syarikat swasta dan kakitangan kerajaan masih belum mendapat bonus.

Mungkin Qaerool boleh menghubungi dan mengundang saya minum teh bersama. Saya belanja, tiada masalah.

Tabung ayam masih belum dipecahkan lagi.


"Minima dan maksima berapa bulan?," soal saya kepada rakan sama.

"Minima lebih kurang empat bulan, mengikut jangkaan saya, bayaran maksima sekitar tujuh atau lapan bulan, tidak begitu pasti sebab saya hanya dapat empat bulan," jawabnya.

Jika dakwaan itu kurang tepat, pihak pengurusan TNB tentunya mampu berkongsi penjelasan. Nyatakan sekali jumlah keseluruhan bayaran bonus itu. Boleh juga masyarakat Malaysia menumpang gembira.

TNB telah mengumumkan, KENTUNGAN BERSIH tahun kewangan 2013, RM4.61 BILLION, klik di sini.

Apapun, Alhamdulillah. Padanlah sebilangan rakan TNB ingin membelanja saya minum teh di hotel lima bintang.

Sebelum ini, sebilangan kakitangan TNB terusik apabila saya mencatatkan di entri ini, TNB membayar bonus pada 18 Disember. Sumber saya, kakitangan TNB. Maaf, kerana bonus itu dibayar sedikit terlewat.



Ucapan untuk aboyz prosboc, bila lagi hendak membelanja teh? RM1.20.

Berikutan pembayaran bonus itu, kini terbukti dakwaan dicatatkan di blog Jelapang, klik di sini dan di sini ternyata benar. 

Barangkali dalam beberapa hari lagi pihak pengurusan TNB dengan bangga akan mengumumkan di media berhubung pembayaran bonus lumayan itu. Kita tunggu. Seronok hendak melihat di kaca televisyen, siapakah bakal membuat pengumuman.

Terus terang, saya tidak cemburu, malah berasa amat gembira dengan insentif berganda dibayar oleh TNB kepada kakitangannya selama ini berkerja gigih. KEUNTUNGAN diraih oleh syarikat gergasi dikongsikan bersama pekerja berdedikasi.

Kami rakyat Malaysia berikrar akan tetap membayar tarif elektrik lebih tinggi pada tahun hadapan, kerana khuatir TNB bakal menanggung kerugian biarpun bonus bakal kami terima mungkin sekadar sebulan dua gaji. 

Itupun jika ada.

Bimbang juga, jika bil tidak dijelaskan, sayur pucuk ubi menjadi layu di dalam peti sejuk, anak-anak terpaksa membeliakkan biji mata, mentelaah pelajaran di dalam gelap dan ikan emas di dalam akuarium mati, andai bekalan elektrik ke rumah dipotong.

Kami juga akan terus, tanpa jemu membayar tol, SEKIRANYA dinaikkan pada tahun 2014. Jika kenaikan itu dilaksanakan oleh kerajaan, manifesto Barisan Nasional mengatakan akan berusaha mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat terbukti hanya omong kosong. Jadi, harapannya kerajaan tidak akan tergamak menaikkan kadar bayaran tol itu.

Pesanan saya, kepada mereka ingin mencatatkan komen tidak membina, just keep it to yourself.


25 ulasan:

  1. Tarif yang kekal naik, pendapatan yang kekal malar, Malaysia masih aman.. Semakin lama semakin semak dengan pemainan politik yang diambil oleh kerajaan yang seakan-akan tidak mengambil peduli perihal rakyat marhaen. Kami bukan orang berada yang duduk di kerusi emas, bersengkang mata hanya untuk mencari nafkah sebulan yang belum tentu ada simpanan. Bukan tidak bersyukur atas apa yang ada, tapi kenaikan harga seakan menambah beban yang dipikul, bukan mahu senang tapi mahu lapang..

    BalasPadam
  2. Tetap bersyukur akan tetapi mahu sedikit pertimbangan untuk pelaksanaan yang tidak terlalu mendadak. Moga Malaysia semakin maju dan makmur.

    BalasPadam
  3. kakitangan penjawat awam..yang dah nak berpencen pun bonus 1/2 bulan gaji bersamaan rm8++. sahaja tidak mencecah 1k pun

    BalasPadam
  4. Bonus dibayar untuk KPI tahun kewangan 2013 yang mana TIDAK melibatkan sebarang kenaikkan tarif. Oleh itu, adalah tidak adil mengaitkan bonus dengan kenaikkan tarif walaupun TNB telah mencatatkan keuntungan. Sebenarnya, kenaikan tariff adalah kesan pengaruh kerajaan ke atas syarikat-syarikat GLC yang mana dipercayai untuk menjaga kepentingan individu-individu TERTENTU. Untuk pengetahuan anda, anak syarikat TNB iaitu SESB, penyalur utama tenaga elektrik di Sabah (BUKAN PEMBEKAL UTAMA), hanya dapat ciput sahaja atas alasan selalu mencatatkan kerugian! Kerugian sebenarnya disebabkan pembelian tenaga dari IPP yang mahal dan hasilpenjualan tenaga oleh SESB tidak mampu menampung kerugian syarikat tersebut. Siapa yang mendominasi IPP dan PPA yang berat sebelah tersebut? Kerajaan pasti ada jawapan yang terbauk!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka akan pengakuan pembayaran bonus, bukan penafian.

      Padam
  5. TNB saban tahun menceritakan tentang peningkatan kos operasi terutamanya bahan api yang mereka "konon"nya kerugian. Soal nak menipu untung rugi business ni boleh minta mana mana chartered accountant yang bertauliah untuk "mereka cipta" angka angka atas kertas supaya samada hendak menampakkan keuntungan atau pun kerugian. Yang bergelar "Chartered Accountant" tu tolong tak payah nak menafikan sebab benda ni sememangnya berlaku cuma ada kalanya nasib tak baik tertangkap.
    Berbalik kepada TNB yang selalu cerita rugi pasal kos operasi yang tinggi tapi bila ujung tahun cerita pulak untung berbilion ringgit (apa TNB sangka rakyat Malaysia ni semuanya dari spesis lembu ka ? ) Siapa yang tak bengang bila mana kos sara hidup yang semakin meningkat dan salah satu penyebabnya kerana kenaikan tarif eletrik TNB yang akan berlaku pada Jan 2014 ni (tarif naik kerana TNB tidak dapat menampong kos bahanapi yang tinggi) tiba tiba dapat pulak bonus (MINIMA) 4 bulan - betul betul PENYANGAK

    BalasPadam
  6. Saya hairan kenapa sdr mazidul amat mencanangkan perihal bonus tnb...kenapa bonus glc lain terutama tm dan petronas tidak dimainkan sebegini rupa?. Saudara mengaitkan bonus tnb dengan kenaikan tarif elektrik tetapi tahukah sdr pihak mana yang sebenarnya mendapat benefits paling besar ekoran kenaikan tarif elektrik? Kenaikan tarif sebanyak RM0.0499 (4.99 sen)...82% atau RM0.409 ( 4.09 sen) pergi ke kantung petronas untuk cover harga bahanapi (gas) selepas kerajaan kurangkan sabsidi gas.....hanya 18% bersamaan RM0.009 (9 sen) sahaja masuk kantung tnb. Sembilan (9) sen itu sahajalah yang akan digunakan oleh tnb untuk cover capex untuk perbelanjaan penyelenggaraan dan pembinaan insfrastruktur baru utk kesejahteraan rakyat termasuk sdr mazidul sendiri. Saya tertanya-tanya apakah motif sebenar sdr memainkan isu bonus dan kenaikan tarif elektrik......sdr perlu juga melihat dari sudut penganalisis ekonomi untuk melihat kewajaran kenaikan tarif ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika mengikut kenyataan saudara, 18% itu KEUNTUNGAN, bukan kerugian.

      Saudara dapat bonus berapa bulan?

      Haus pula tekak secara tiba-tiba.

      Padam
    2. Itu bukan kenyataan sy. Itu kenyataan tnb spt dlm akhbar media utama. Tahukah saudara berapa capex tnb untuk penyelengaraan dan pembinaan infrastruktur baru? Akhbar melaporkan sepertimana kenyataan tnb sebanyak RM6 billion...cuba sdr buat kira2 dimana kedudukan tnb.... pasal bonus....alhamdulillah sy dapat sebanyak yang kerajaan umumkan. Tapi saya tak bising spt sdr kerana jika tnb bagi bonus...itu rezeki kakitangan tnb dan saya bersyukur dgn apa yg saya dapat

      Padam
    3. Kalau mcm tu xpayah sebut keuntung kan? Sbb nak buat infrastruktur baru...sebut je rugi sebab penyelengaraan dan infrastruktur baru.. ye x? Nape xnak sebut tahun kerugian berakhir? Takut?

      Padam
    4. Ini satu lagi spesis lembu belaan TNB - Kami yang komen ni semua bodoh belaka dan tak pernah belajar matematik. Nak tanya sikit RM0.009 sen tu didharab dengan berapa ya ? dan bersamaan dengan berapa ya ? Sorry bro memang marah saya bila cuba nak diperbodohkan oleh puak puak penyokong TNB ni walaupun makan gaji dengan TNB (tu aku belum lagi nak komen tentang etika kerja majoriti budak budak TNB ni)

      Padam
    5. Komen sikit bro..nak potong elektrik cpt..nk suruh sambung lembab mcm siput sedut.
      Sllluurrppp..

      Padam
    6. Slogan TNB 2014
      "Dah untung nak untung lagi"

      Padam
  7. Bro Mazidul,

    Jom minum kat mahbub, saya belanja.

    Peace

    BalasPadam
  8. bukan main marah lagi pakcik mazidul dengan GLC yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan efisien, cekap dan telus sehingga mampu menerbitkan keuntungan RM4 billion. tapi pakcik mazidul tak marah pun dengan GLC yang melingkup dan penuh skandal macam sime darby, proton, MAS. tiap tiap tahun rugi je memanjang. TNB tak naik tarif pun dah boleh untung, itu tandanya TNB ni syarikat bertaraf global dan mampu bertahan tanpa bantuan kerajaan. tarif naik tahun depan ni sebab kerajaan memutuskan tak mahu bagi subsidi bahan api dan memaksa TNB beli gas pada harga pasaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bantu saya sedikit, boleh?

      Tolong copy paste, kenyataan mengatakan saya marah seperti awak dakwa.

      Nanti saya belanja awak teh 'O'.

      Padam
    2. Betul betul bangang - apa yang hang baca dan faham dari artikel ni aku pun rasa hang memang bodoh dan bangang

      Padam
  9. Mmg la untung sbb bil elektrik hanya buat bayaran pada tnb saja.. proton? Kereta mcm2 kat malaysia ni, honda, perodua, toyota, nissan dan byk lagi, mas? Air asia ada malindo ada mcm2 ada.. so phm2 la nape TNB untung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Proton tak reti buat kereta. Dah dekat 30 tahun pun masih mampu ciplak accord je. Mas tu berpuluh tahun berniaga. Tapi air asia masuk sekejap je terus untung berlipat kali ganda. Nampak sangat la kuat sangat mas songlap duit. Alamak kawan jangan la banding glc untung dengan glc korup yang selalu rugi huhue.

      Padam
  10. Mana kamu thu diaorg korup? Kalau org2 mas dan proton baca? Kamu ada bukti? So kalau dh tahu korup.. tjkkn bukti hantar pada sprm.. boleh? Org2 mcm kamulah buat mereka rugi..pki kereta taknak mengalah..hutang ptptn taknak byr..itupn kalau msk U..

    BalasPadam
  11. Bagus juga org mas dan proton baca. Asyik kena bail out je syarikat tu. Tak reti manage langsung. Nasib baik proton dah jual kat drb hicom. Bila agaknya gomen nak lepaskan mas tu. Tak payah la tanggun company rugi ni buat semak kepala je. Satu lagi nasihat la kat menteri2 tu jimat2 la sikit. Kalau la menteri lembu tu tak songlap rm250 juta rasa2nya takde la tarif naik kot? Bagus betul tnb asyik untung. Tak payah harap kt gomen langsung. Tnb untung cukai dikenakan pun banyak hasilnya datang pada gomen 90% masuk poket menteri....10% baru pegi pada rakyat marhaen.....jangan persoal! Ketentuan Allah....

    BalasPadam
  12. Minta budak budak yang bekerja dengan TNB yang selalu bercerita tentang KONON nya "kos pembinaan infra struktur" yang perlu ditanggung TNB tu cerita sikit tentang apa pulak jadahnya dengan charge "Kehendak Maksima" atau "Maximum Demand" yang TNB letak dalam bil eletrik bulanan untuk kebanyak kan LPC (Large Purchase Consumer) selama ini ? Bukan kah salah satu tujuan charge ini untuk menampong kos pepasangan pihak pembekal (TNB) ? TNB mana pernah ada kerugian sebenar (negatif) atau perbelanjaan melebihi pendapatan ? Dalam adat berniaga wajib percaya pada Untung dan Rugi (rugi satu tempat (RM0.005 sen) tapi sembelih dan buat duit disatu tempat yang lain (RM0.50 sen) Boleh jalan lah TNB

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.