Jumaat, Disember 06, 2013

WUJUDKAH KELAS TAHFIZ DI PUSAT TAHFIZ AMAL DI KEDAH? (JAWABAN DAN GAMBAR DIDEDAHKAN DI SINI)

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mengumumkan di media, Pusat Tahfiz Amal, PTA, selama ini memperhambakan pelajar mengutip derma secara tidak sah diarah memberhentikan kegiatan itu dalam tempoh sebulan.

Gambar PTA dari luar telah saya dedahkan, klik di sini.

Minggu lalu saya dihubungi oleh individu amat prihatin. Beliau merakamkan gambar PTA dari dalam. Seperti diketahui pihak pengurusan PTA telah memperkudakan pelajar selama lebih 10 tahun menjual pelbagai produk keluaran syarikat bekas ketua ajaran sesat, SM Amin di seluruh pelusuk negara. Pastinya kita menjangka, wang itu digunakan sebaiknya untuk memberikan keselesaan kepada kanak-kanak dan remaja kononnya mendalami ilmu pengajian Al-Quran sehingga mereka semua bergelar al-hafiz.

Namun gambar dikirimkan kepada saya, menunjukkan FAKTA sebaliknya. Surau dibina tanpa dinding. 


Kantin.



Dewan.


Paling mengejutkan, keadaan di kelas tahfiz. 


Menurut perakam gambar, tiada kelas tahfiz dijalankan di PTA, premis di atas dibiarkan kosong dan kotor.

Inikah ciri pusat pengajian TAHFIZ?

Sebilangan pembaca tentunya berpengalaman terserempak pelajar PTA di lokasi seperti stesyen minyak atau kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya dan mengajukan soalan berikut kepada mereka.

"Kalau asyik menjual barang dan tidak berada di Kedah, bilakah anak ini menghafal Al-Quran?"


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Jawaban kepada soalan itu, jelas. Tiada kelas menghafal ayat kitab suci Al-Quran tetapi tempat ini digelar Pusat TAHFIZ Amal. Jadi tidak hairan jika sebilangan pelajar PTA hanya mampu membaca beberapa ayat lazim sahaja. Lebih mengejutkan, segelintir daripada mereka tidak lancar membaca Al-Fatihah. 

Seperkara lagi, kemanakah perginya wang hasil derma orang ramai dan keuntungan jualan oleh pelajar selama ini?

Pelajar, majoriti masih kanak-kanak dan tidak bersalah, mereka hanya mengikut arahan pihak pengurusan.

9 ulasan:

  1. Budak-budak ni ada sya jumpa menjual produk S.M Amin d Petronas Tg Malim & Petronas Serdang

    BalasPadam
  2. budak2 ni merata2 saya jumpa.. pandai buat muka kesian.. kata diarahkan tutup.. tapi kenapa mereka masih berlegar2.. yang ustaz dorang ni btol2 ustaz ke atau manusia yg bertopengkan sy**an? tak patut mereka mengperhambakan budak2 yg masih bwh umur ni.. kasihan...

    BalasPadam
  3. sapa ibubapa yang hantar anak2 kesini?
    itu yg saya pelik

    BalasPadam
  4. baru-baru ni jumpa lagi seorang budak jual kismis PTA di Shell Highway PLUS Hentian Sebelah Behrang menghala ke utara.

    BalasPadam
  5. Tapi sekarang ada pulak sendikit yang mengutip derma daripada orang awam yang tengah makan di medan selera. Modus operandi seorang main gitar, sorang lagi bawak kad dari pertubuhan kebajikan kanak-kanak. Rasanya macam warga asing je. Maaf kalau post salah tempat.

    BalasPadam
  6. Salam Tuan Mazidul, sebentar tadi ketika mengisi minyak di Shell Peramu Pekan Pahang saya didatangi oleh seorang budak perempuan yg membuat jualan amal bagi pihak Sekolah Amal Tahfiz dari Yan Kedah apabila saya katakan bahawa Sekolah Tahfiz dah di arahkan tutup oleh MB Kedah dia terus bergerak meninggalkan saya. Saya juaga ada merakamkan beberapa gambar beliau .....harap Tuan dapat bantu menyalurkan maklumat ini kepada pihak yg berkaitan. Tqvm

    BalasPadam
  7. sas-salam..saya sering terserempak dengan kanak-kanak yang menjual atau mengutip derma untuk sekolah-sekolah tahfiz..yang selalu menjadi persoalan bagi saya..siapa mereka..dari mana mereka..asal usul mereka.siapa ibu bapa mereka..sekiranya mereka diarahkan untuk mengutip derma di stesyen-stesyen minyak dan kawasan rehat pasti ada seseorang yang mengambil dan menghantar mereka...mungkin sindiket ini boleh dibendung sekiranya kita dapat menahan mereka yang memantau aktiviti anak-anak ini dari jauh..

    BalasPadam
  8. Stesen minyak & luar bank Islam/maybank Manjung pun kerap ada thn lps 2013. Kesian tngok air muka budak-budak yg di 'perkudakan' itu~ Naif je wajah mrk.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.