Untuk berlaku adil terhadap peniaga lain di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, saya mendedahkan identiti taukeh taiko mengaku menipu pelanggan itu.
Klik di sini.
Tanpa disangka, satu lagi kes lain didedahkan oleh pelanggan dianiaya, klik di sini, dan ternyata dia dan pekerja berasal dari negara sama, tidak asing dengan dakwaan kes penipuan.
[ Iklan di blog ini hanya RM16 sehari, klik di sini ]
Jika pelanggan lain juga tertipu, sila kongsikan pengalaman ditempuh di ruang komen entri ini.
Encik Mazidul,penguatkuasa dok buat aper smpi bangla mcm n pun dibiarkan..
BalasPadamTerima kasih saudara Mazidul, siarkan aduan yang saya buat ke NCCC..saya buat report pada hari terakhir saya ambil telefon & sudah penat ulang alik mengejar masa untuk ke kedai telefon tersebut 4 hari berturut2..keesokkan pagi saya call Mr. Pasha marah kenapa hp saya sampai rosak..lagi jahanam..dia macam teragak2 menjawab & minta saya hantar balik ke kedai dia untuk repair..saya kata saya dah penat..letih..saya kata saya akan buat aduan ke tribunal..dalam masa sama saya terpaksa tunggu dia call untuk sparepart kamera saya yang rosak sepertimana dijanjikan..bila pendedahan ini dibuat saya sangat terkejut & saya dapat makluman yang Mr. Pasha telah diberhentikan serta tak boleh jejakkan kaki ke Plaza Low Yat..jadi inilah nasib saya..hp saya telah rosak & kepada siapa pula saya perlu menuntut? Ini pengajaran buat saya..
BalasPadamUntuk makluman juga semasa hari kedua saya ke kedai tersebut untuk memaklumkan kamera saya rosak, terdapat 2-3 kes sebelum saya..ada pelanggan yang sampai nak bertumbuk dengan technician kedai tersebut..pada hari yg sama juga ada handphone customer yang rosak setelah hantar ke kedai tersebut tp dia bernasib baik belum bayar dan cuma bayar separuh sahaja dan hari yang sama juga ada ipad customer juga rosak..nasib saya, dalam banyak2 kedai repair saya tertarik pergi ke kedai tersebut..mungkin sebab saya agak rimas dengan situasi keadaan Plaza Low Yat yang sesak dengan teriakan memanggil pelanggan..:( harap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu..
BalasPadamsana sini mesti ada orang asing..kekadang terfikir juga, tersalah tempat ke?? penuh gan warga asing
BalasPadamDalam soal ni, saya lebih suka pergi ke "authorized shops" yang memang dibawah jenama tersebut - contohnya, camera Canon, saya pergi ke kedai Canon, hp saya jenama Samsung - saya akan pergi ke kedai Samsung.. biar mahal harga yang kita perlu bayar, asalkan saya puas hati dan saya tau semua alat ganti/servis bagus dan memang ada warranty yang sah.
BalasPadamDi Low Yat Plaza tu saya cuma pergi ke PC Zone, All IT Hypermarket atau Sri Computers saja untuk membeli segala apa yang berkaitan dengan komputer. Memamg rimas tengok ramai peniaga asing kat situ, saya pun hairan sebab dulu tempat tu peniaga bangsa Cina yang paling ramai, sekarang ni dah berubah habis!
Syabas Mr Mazidul kerena mendedahkan masalah yang menjadi tanda tanya rakyat Malaysia iaitu Bagaimana begitu ramai Warga asing boleh berniaga di Malaysia dengan begitu senang dan apa permit/visa ya ng mereka pakai untuk membolehkan mereka berniaga di Malaysia. Adakah mereka ini mempunya permit yang sah untuk tinggal di Malaysia dan berniaga? Jika tidak maka mereka adalah tergolong dalam kategori pendatang tanpa izin kerana melanggar izin tinggal mereka.
BalasPadamHarap Jabatan Imigresen menyiasat Perkara yang di bangkitkan oleh Mr Mazidul dan bukan memberi alasan mereka kekurangan manpower.
Banyak kawasan kita boleh tengok warga asing berniaga dan bekerja tanpa takut atau segan. Apakah perlu terjadi pembunuhan atau masalah yang sangat serius sebelum pihak berkuasa bertindak. Cukup nyawa seorang perempuan yang tidak berdosa di ambil hanya kerana dia bekerja di bank yang di rompak warga asing.
alex choong chee yoong
Sokong, sy pun tak berani nak beli or repair dgn kedai yg bukan authorized dealer, alhamdulillah hp, tablet dr tahun lalu sy elok lagi bbanding dgn rakan yg baru beli tahun ni ttp da rosak, post repair makin rosak. Sy ada member owner kedai repair pc n lappy, dia inform sy kalau hantar ke kedai repair kena hati2 sebab ada technician yg suka ambil part original dlm lappy n cpu kita then diganti dgn part 2nd hand..so tatau la maybe ada kedai repair phone yg macam tu gak, sebab tu lah walaupun yg rosaknya cuma screen tapi habis yg lain dikorek skali
BalasPadamKami mahu pihak berkuasa menyita premis warga asing bangladesh, myanmar dan pakistan, kerana mereka datang ke negara berniaga untuk memperbodokan rakyat kita dan warga asing tidak layak membuka perniagaan mereka di negara kita, kini rakyat dan peniaga tempatan kurang senang dengan kehadiran pendatang asing seolah-olah mereka mahu kuasai seluruh kawasan tertentu seperti lembah klang, kami sarankan supaya jangan pergi kedai warga asing kerana mereka adalah penipu sebenar untuk kaut keuntungan, jika pihak berkuasa enggan mengusir warga asing, pihak berwajib perlu mengasingkan pendatang asing jauhi dan luar dari kawasan bandar kerajaan malaysia perlu contohi kerajaan UAE, UAE sediakan tempat tinggal di luar bandar abu dhabi untuk penempatan warga asing seperti bangladesh, nepal, dan sri lanka
BalasPadamWarga asing berniaga di malaysia tak perlukan lesen ke ya?
BalasPadamPersoalan yang menjadi tanda tanya; mengapa pendatang asing boleh masuk ke Malaysia dan berniaga di sini. Kalau dulu kita hanya lihat mereka buka kedai runcit, kedai roti, kedai karpet (dikenali sebagai kedai mamak, kedai malabar atau kedai bombay). Kini ada berbagai perniagaan yang mereka kuasai. Semuanya rata-rata kita lihat orang indon, aceh, mynmar, bangla, paki, negro, vietnam, thai, filipin dan tidak ketinggalan mamak.
BalasPadamBukankah dasar membenarkan kemasukan pendatang asing hanya untuk menampung BEBERAPA sektor kritikal. Atau adakah dasar tersebut hanya pelindung kepada peluang membenarkan warga asing untuk terus membanjiri negara ini.
Mana perginya penguatkuasa yang sewajibnya bertugas membendung, membenteras, menangkap dan mengawal siatuasi ini? Adakah hanya disebabkan dasar kerjasama antara negara boleh menjadi alasan untuk menutup sebelah mata? Atau adakah kita perlu menunggu sehingga keadaan meruncing dan gawat baru mahu bertindak? Kemana lagi rakyat ingin mengadu jika keadaan sudah nyata di depan mata namun pihak yang berwajib masih berpeluk tubuh.
i'm not racist dan bkn mudah nak benci org...tp kedatangan warga2 asing kt malaysia nih mmng menyusahkan..mmng dorang buat malaysia nih mcm negara dorang sendiri...meludah merata2,bau ketiak busuk tu jgn ckp la...sy sering buat pandangan annoying kalau terserempak dengan dorang...
BalasPadamnever been there...tak nak pegi situ... better pergi ke tempat yang memang2 authorized dealer...
BalasPadamSebenarnya, kalau tengok harga LCD replacement kat dealer (luar negara) tak adalah mahal mana. Dan barang untuk baiki setakat pemutar skrew Torx, ada yang murah. Cara baiki ada di Youtube. Kos saya baiki telefon tak sampai 100 ringgit, tak sampai sejam. Tapi jika pergi kedai, memang tinggi harganya. Tambah pula mereka suka mencilok SD card dan Phone memory dan tengok apa di dalam...
BalasPadam