Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak, satu daripada ikon pelancongan negeri cukup dikenali. Istana berusia hampir 100 tahun ini dikunjungi purata di antara 7 dan 9 ribu pelancong dari dalam dan luar negara setiap bulan. Sebagai anak kelahiran Perak, tentunya saya berbangga apabila negeri terbabit dikenali di mata dunia.
Pemilik istana terbengkalai itu, William Kellie Smith maut pada tahun 1926, akibat paru paru berair ketika berada di Lisbon, Portugal pada usia 56 tahun. Dianggarkan kira-kira 70 buruh binaan dibawa dari Madras, India, terkorban di sini akibat jangkitan selesema Spanish sewaktu membina Kellie's Castle. Tidak hairan, jika kini istana separuh siap itu terus diselubungi pelbagai misteri dan diiktiraf oleh pengkaji kes paranormal dunia sebagai lokasi paling berpuaka di Malaysia.
Perhatikan istana ini, berseni bina indah.
Manara Kellie's Castle setinggi 6 tingkat dengan permukaan mendatar tentunya menarik perhatian pengunjung, golongan dewasa, remaja serta kanak-kanak.
Justeru selain daripada memasuki 14 bilik dan ruang di istana ini, ramai naik ke bahagian bumbung untuk menikmati pemandangan di sekitar dari lokasi tinggi. Tidak kurang juga mengabadikan gambar di tempat sama. Sebilangan pengunjung gembira melompat setinggi mungkin untuk merakamkan gambar kenangan.
Pada awalnya, tatkala berkunjung ke bangunan berusia hampir 1 abad itu, saya hanya berdiri berhampiran Kellas House di bawah, memerhati.
Gayat.
Gayat.
Saya dapati, sebilangan pengunjung tanpa teragak-agak membawa anak kecil ke atas bumbung dan berdiri begitu hampir dengan bahagian tepi bumbung. Ketinggian struktur itu dianggarkan kira-kira 20 meter dari paras tanah. Mengapakah mengambil risiko memperjudikan nyawa sendiri dan insan tersayang?
Sekiranya angin bertiup kencang, mengikut hukum graviti, ayah dan bayi itu berkebarangkalian melayang dan terjatuh. Kita semua tahu, malang tidak berbau. Jika berlaku, nyawa tidak mampu dibeli seperti membeli tiket RM5 untuk meneroka Kellie's Castle.
Melihatkan ramai pelancong berdiri di atas bumbung istana, saya mengatur langkah menaiki tangga untuk meninjau dari dekat kawasan bumbung terbabit.
Adakah Kementerian Pelancongan Malaysia dan kerajaan negeri Perak sedang menunggu insiden meragut nyawa berlaku di Kellie's Castle, terngadah lalu akan membina pagar bagi memastikan keselamatan pelancong?
Nampaknya setakat ini, begitulah. Perangkap maut terbuka itu masih setia menunggu mangsa pertama.
Pandangan saya, silalah melawat Kellie's Castle tetapi elakkan daripada naik ke bumbung kerana nyawa kita terlalu berharga. Jangan terlalu taksub untuk mati katak. Jika katak terjatuh, pada ketinggian sama, belum tentu reptilia itu mampu bebas melompat lagi.
Melihatkan ramai pelancong berdiri di atas bumbung istana, saya mengatur langkah menaiki tangga untuk meninjau dari dekat kawasan bumbung terbabit.
Saya dapati, tiada pagar atau sebarang bentuk hadangan bagi menyekat pengunjung bergerak terlalu hampir ke tepi bumbung sekaligus membahayakan nyawa mereka. Papan tanda amaran juga tidak kelihatan.
Hemat saya, hanya Superman berpeluang menyelamatkan diri seandainya tergelincir dan jatuh pada ketinggian terbabit. Manusia biasa akan maut, bakal berkecai tengkorak kepala atau tulang patah riuk jika ditakdirkan masih bernyawa-nyawa ikan.
Adakah Kementerian Pelancongan Malaysia dan kerajaan negeri Perak sedang menunggu insiden meragut nyawa berlaku di Kellie's Castle, terngadah lalu akan membina pagar bagi memastikan keselamatan pelancong?
Nampaknya setakat ini, begitulah. Perangkap maut terbuka itu masih setia menunggu mangsa pertama.
Pandangan saya, silalah melawat Kellie's Castle tetapi elakkan daripada naik ke bumbung kerana nyawa kita terlalu berharga. Jangan terlalu taksub untuk mati katak. Jika katak terjatuh, pada ketinggian sama, belum tentu reptilia itu mampu bebas melompat lagi.
Wah nice info! Semoga pihak berkomitmen tersebut dpt bina pagar
BalasPadammemang sengaja cari nahas
BalasPadamTerima kasih En. Mazidul kerana berkongsi info ini. Ikut perancangan, esok Isnin 23 Dis saya akan ke sana.
BalasPadamInsyaAllah saya tak panjat sampai ke bumbung...
owh, ngerinyerr.. sy sangat gayat pada ketinggian.. harap pihak berwajib ambil tindakan segera. jangan dah terhantuk baru nak terngadah
BalasPadamMungkin utk kekalkan struktur & asal rupa asal sb tu xdipasang railing kott..
BalasPadamTp ape2 pon mg bahaya, lebih2 lg nampak slap tu mcm nipis je..buatnye berdiri kt bahagian yg reput, pecah naya je kebawah..
Teringin gak nak masuk tapi mcm ngeri la, lagi2 bwk anak kecik...
SMTI
BalasPadamMoge langkah keselamatan diambil secepat mungkin.
Pose gayat tu mcm chomel je hihi..
pesanan yang bagus..tak terfikir psl tu
BalasPadampernah pergi 2x tahun 2011 / 2013...tmpt yg indah...klasik...misteri...n sedikit menyeramkan...apa yg mazidul ckp n laporkan ni memang benar...bahkan lobang utk lift pn xberapa selamat...cuma guna dawai kecil..harap pihak yg bertanggungjwb dgn tmpt ni dpt memberikan perhatian yg lebih tanpa mencacatkan senibina awal tinggalan sejarah ni...
BalasPadamSaya hairan sistem pihak berkuasa dan kerajaan di Malaysia ni, apa hal benda bahaya atau kerosakan selalunya tak boleh diatasi secara sendiri. Pegawai dan kakitangan hanya kepak dipejabat? Semua nak hal perlu bising dulu dalam media, makan korban atau dikomplen oleh orang tertentu yang ada shouting effect, barulah tergopoh gapah nak respon dan ambil tindakan. Penjajah British lagi jauh bersistematik dari sistem kita. Jangan haraplah kalau longkang tersumbat pun PBT nak datang kesan dan baiki dulu melainkan dah banjir dan masuk TV3... jadi sampai bila nak begini sedangkan dunia telah maju!
BalasPadaminfo yang sangat menarik. thanks for sharing ! :)
BalasPadamhttp://umbrella-ocean.blogspot.com/2013/12/phytoscience-double-and-triple-stemcell.html
Syabas !!
BalasPadamPeniaga durian ditepi highway karak ke lpt..adakah dibolehkan menjaja disitu?? Hanya sekadar berkongsi.tq
BalasPadam