Khamis, Disember 26, 2013

PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO IBDILILLAH ISHAK TIDAK MEMBENARKAN SEBARANGAN INDIVIDU MEMBACA BLOGNYA

Di manakah Pengerusi Biro Media Baru UMNO, BMB, Ibdilillah Ishak?

Sebaik dipilih sebagai pengerusi BMB, katanya akan mengundang ramai pengendali blog untuk bertemu dan berbincang, mencaturkan perancangan di masa akan datang.

Berapa kali pertemuankah telah disusun atur oleh Ibdilillah setakat ini? Maksud saya pertemuan bersama pengendali blog SUKARELA pro-kerajaan. 


Sebelum ini, saya mendedahkan, blog PENGERUSI BMB ini tidak dikemaskini sejak Jun 21, 2012.

Barangkali terganggu akibat pendedahan itu, Ibdilillah kemudian menukar status blognya. Kini blog PENGERUSI BMB itu hanya berpeluang dijenguk oleh pembaca jemputan sahaja.

Klik di sini.


Sikap pilih kasih paling nyata atau gentar berhadapan dengan kenyataan? 

Kepalanya barangkali kekurangan ide untuk menulis di blog. Instagram, LEBIH mudah, Snap! Snap! Catatkan satu ayat ringkas, mudah.

Life style, katanya.

Sebelum ini, beberapa pengendali blog GAY mengambil tindakan sama seperti dilakukan oleh Ibdilillah, sila klik link Ita Lembut (dicetak berwarna merah) di  entri ini

Hasilnya ...


Lelaki gay itu tidak membenarkan sebarangan pembaca meneliti kandungan blognya, hanya JANTAN terpilih sahaja dibenarkan.

Hahahahahahahaha!

Sebagai PENGERUSI BMB, tentunya ramai rakyat Malaysia, antara mereka, ahli UMNO biasa, seperti saya, ingin membaca buah fikiran individu hebat, bercakap menggunakan bahasa rojak itu di blognya.

Nampaknya Ibdilillah TIDAK sudi berkongsi pandangannya sebagai Exco Pemuda UMNO bersama kita semua. Apapun, kita seharusnya menerima tindakan itu dengan hati terbuka kerana http://cocodilly.blogspot itu, blog dia.

Namun Ibdilillah harus sedar, dia PENGERUSI BMB, blog ditakrifkan satu daripada 'media baru' di Malaysia.

Jadi, sekarang saya melihat Ibdilillah sebagai PENGERUSI BMB UMNO -1.

Saya ingin menjawab soalan dikemukakan oleh pengendali blog APA, klik di sini, mengapakah saya, bukan penulis blog politik menukilkan 4 entri mengenai Ibdilillah?

YB Khairy Jamaluddin ternyata sudah tersilap pilih orang. Selaku ahli UMNO, saya harus menegur.

Di ruang ini, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada PAS Kelantan kerana tidak akan menghantar penyokong menyertai perhimpunan dirancang pada 31 Disember ini.




7 ulasan:

  1. Blog PENGERUSI BMB akan mula beroperasi sebulan sebelum PRU14 nanti. Dah nak berak baru kalut nak cari cangkul. Apa salahnya kalau buat tandas duduk yang lebih selesa sekarang ni. Atau mungkin dia dah kena pecat...kih3

    BalasPadam
  2. Salam bro mazidul.. sapa dia dan dari mana..? Saya pn tak kenal dia walaupn ahli umno yg duduk di kl.. inikan org di kampung dan di pendalaman.. hanya megah sebagai jawatan tapi tak sehebat bro mazidul..sy cadangan kn kepada KJ untuk lantik bro mazidul sbgi BMB yg baru.. pegi mana2 semua tahu siapa bro mazidul..salam..

    BalasPadam
  3. Baru je Blog.... orang tertentu saja boleh masuk.Apa lgi kalau orang ramai nak berjumpa atau berurusan dgn dia.Orang yang dikenali saja dilayan...yang tak kenal bolayan la...Jawatan yang diberi tidak kena dengan orangnya. Tidak AKTIF.

    BalasPadam
  4. Assalam bro Mazidul. Dari pandangan jauh saya, pemilihan pengerusi BMB oleh menteri belia dan sukan aka ketua pemuda umno ini tidak melalui tapisan kebolehan, kemampuan dan kelayakan jawatan. Mungkin benar telahan sesetengah pemerhati, pelantikan pengerusi BMB adalah atas dasar hubungan baik dgn menteri terbabit. Adalah aneh jika pengerusi BMB tidak 'open' blognya kepada sesiapa sahaja. Kenapa begitu kedekut berkongsi maklumat? Atau memang beliau jenis sembang lebih tetapi takut menghadapi realiti dikritik? Memang benar dan saya amat bersetuju dengan bro Mazidul bahawa YB Khairy Jamaluddin tersalah pilih orang untuk memimpin BMB. Nampak gaya, menjelang PRU14 nanti, terkincit, tercirit dan terberaklah UMNO menepis asakan dan belasahan dari blog2 dan media pakatan rakyat.

    BalasPadam
  5. Tun faisal seribu kali lebih baik daripada Ibdil Bedil ni

    BalasPadam
  6. Assalam Bro Mazidul.
    Terima kasih kerana turut mengetengahkan kepincangan dalam memilih KEPALA kepada Jentera Maya Pemuda Umno.Kita tegur bukan kerana kita benci tapi kerana kita nak lihat Umno itu jadi perkasa bukan PERKASAM.

    BalasPadam
  7. PAS "Kelantan" yg kata takkan hantar org ke perhimpunan haram menjelang detik 12 tghmlm 31 Dis 2013, tetapi PAS Kota Bahru dan kawasan-kawasan lain tetap akan turun ke sana untuk 'memeriah'kan majlis sambutan tahun baru nanti, Mana ada wujud PAS "Kelantan" sebab PAS sendiri pun berpuak-puak

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.