Pembaca setia blog ini tentunya maklum, saya beberapa kali merayu kepada Menteri Besar, MB Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak pengurusan sekolah agama, Pusat Tahfiz Amal, PTA sekian lama terbukti memperhambakan pelajar untuk mengutip derma secara menjual pelbagai barangan keluaran syarikat SM Amin.
Baca di sini untuk mengetahui identiti sebenar SM Amin pernah saya dedahkan. Kekebalan bekas ketua ajaran sesat menjadi dalang di sebalik kegiatan memperkudakan ratusan pelajar PTA sebelum ini di seluruh Malaysia masih menjadi tanda tanya kepada banyak pihak.
Klik di sini dan di sini untuk membaca antara rayuan terbuka, saya kemukakan kepada Mukhriz Oktober lalu.
[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]
Saya kemudian mendapati kerajaan negeri Kedah, kini diterajui oleh Barisan Nasional masih tidak bertindak untuk membanteras kes perhambaan kanak-kanak dan remaja terbesar di negara kita, klik di sini. Lebih mengecewakan, Jabatan Agama Islam Kedah mendakwa tidak memiliki kuasa sah untuk memberhentikan operasi PTA kerana pusat terbabit tidak berdaftar dengan jabatan itu, klik di sini.
Bagaimanapun berita dipaparkan oleh akhbar Berita Harian hari ini memancarkan sinar harapan kepada pelajar PTA. Kerajaan negeri Kedah dilapor mengarahkan PTA memberhentikan kegiatan itu dalam tempoh sebulan.
"Tindakan tegas wajar diambil kerana sudah banyak laporan mengenai aktiviti mengeksploitasi kanak-kanak berkenaan diterima. Mereka ini asalnya datang ke maahad tahfiz untuk menuntut ilmu namun disuruh mengutip derma. Jadi kita akan ambil tindakan perlu," ujar Mukhriz.
Klik di sini untuk membaca laporan Utusan Malaysia.
Klik di sini untuk membaca laporan Utusan Malaysia.
Tambah beliau, jika arahan itu tidak dipatuhi, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak menutup PTA. Apakah kaedah dan peruntukan undang-undnag bakal digunakan? Tidak lagi diketahui.
Klik di sini.
Terlintas di fikiran, mengapakan diberikan tempoh sebulan? Sedangkan PTA telah mengeksploitasi pelajar dalam tempoh lebih 10 tahun.
Kegiatan memperhambakan remaja di bawah umur itu disedari ramai penduduk Malaysia, cuma mereka tidak berkuasa untuk mengambil tindakan. Namun tidak bermakna masyarakat tidak bersuara. Klik di sini untuk membaca antara luahan serta maklumat dikongsikan orang ramai bersama saya.
Hentikan semua ini. Untk kesihatan anak2 ini... penculik boleh megabit kesempatan terhadap anak2 ini.
BalasPadamTuan Mazidul.saya sokong usaha yg berterusan dari tuan mengetengahkan isu ini secara konsisten di dalam blog tuan..tahniah dan terima kasih,, kerana saya tak mampu lakukan seperti tuan lakukan untuk menghalang aktiviti mengutip derma ini..Saya amat simpati dengan anak2 remaja ini..dan selalu memikirkan akan kesudahan nasib mereka..Pasti kalau anak saya sendiri saya tidak mahu ini berlaku pada mereka...saya selalu terfikir apa perasaan mak bapak budak2 ini..?/
BalasPadamteruskan usaha, bongkar segala kebatilan yg dilakukan oleh manusia2 durjana...moga dirahmati Allah
BalasPadamanak anak remaja ini bukan di ajar utk berbahasa semasa berjual beli, kebanyakan mereka kurang berbudi bahasa, menyindir bila kita tak membeli.
BalasPadamsaya pun sokong penghambaan ini dihentikan!
BalasPadamS. M amin siap ada wisma yang gah di shah alam.
BalasPadamSyabas Tn.. Mmg sy sebagai rakyat Malaysia pun meminta agar perkara ini ditamatkan serta merta.. Amat memalukan.. Rata2nya anak Melayu beragama Islam.. Sy tidak pernah melihat anak bangsa lain diperhambakan sebegini rupa.. Sungguh keji binatang yg memperhambakan kanak2 ini sedemikian rupa..
BalasPadammemang kojaq bebudak yang menjuai ni...jom kita stop membeli/derma kat depa.
BalasPadamKurang kutipan derma di Lembah Kelang barangkali, sampai ke pendalaman pula kanak2 ini dihantar mengutip derma
BalasPadamBudak yg mntak.derma atau jual ni x.de.budi bahasa...bila x beli..die blah.
BalasPadamDie.tunjuk.buto...mmg.kurang hajar..aku dah ambil.gmbr.die.
Kat johor
sampai sarawak,tah2 kat sabah pun ada
BalasPadambudak-budak ni memang kurang ajar .. xmembeli memerli..budak perempuan plak tu.. tak kisahlah di Kedah dah buat larangan dorang akan hantar bebudak ni kat tempat len..sampai sabah sarawak pon..harap pihak tertinggi dapat pantau habis habisan .. kite kesian tgok die jadi mangsa die pulak kuang ajo ngan kite.. eeee geram betol ngn bebudak ni..dalang die tangkap kasi masuk penjara..lagu pun ntah pape syok sendiri.. minah dalam videoklip dah macam minah indon,,
BalasPadamSyabas saudara Mazidul atas usaha anda yang berterusan. Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen dan maklumat kerana saya berasa hairan bagaimana kanak-kanak daripada kumpulan yang sama boleh berada di Stesen Petronas Nusa Perintis, gelang Patah Johor Bahru, Johor pada 17-23 Nov 2013. Ketika ingin mengisi minyak, saya telah didatangi oleh seorang remaja perempuan membawa resit dan Balm yang sama (SM Amin). setelah disoal, mereka mendakwa daripada Sekolah Tahfiz di Utara. Persoalannya mengapa tiada pihak tampil untuk membela nasib remaja dan kanak-kanak yang digunakan untuk memungut duit untuk kepentingan pihak tertentu atas alasan 'Derma Sekolah'? Jika benar sekolah tahfiz tersebut memerlukan duit, mengapa tiada pihak memberi bantuan secara terus dan langsung menghentikan aktiviti kerahan tenaga kanak-kanak tersebut?
BalasPadamSy dri Seri Iskandar Perak. Baru saja mengisi minyak di stesen minyak d seri iskandar. Sy didatangi 2 anak gadis yang memperkenalkan diri dari PTA.. jam 9.40 mlm .
BalasPadamSaya mampu mencadangkan apa kata buat piket dpn wisma tersebut secara aman?.. kalau kita boleh berpiket sampai huru hara kan negara.. kenapa yang ini tidak? ini juga membela org2 yg lemah?
BalasPadam