Rabu, Disember 04, 2013

TIDAK PERLU MENGGELAR KAZIM USTAZ KHINZIR



Siapakah Ummi Syifa' menggelar Ustaz Kazim Elias sebagai 'ustaz khinzir'? Gambarnya dipaparkan di blog ini.

Fakta, Kazim, manusia bukan khinzir.



Terkini, Kazim telah mengumumkan, menolak perlantikan menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO, justeru masihkah gelaran 'ustaz kihinzir' itu dikekalkan oleh Ummi Syifa'?

Saya tidak faham mengapakah dia tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu di laman sosial.  Tidakkah dia tahu, ramai akan membaca catatannya? Tidakkah dia tahu dia bakal menjadi terkenal kerana gelaran diberikan kepada seorang insan bergelar ustaz itu?

Melihatkan penampilan, terpuji. Akhlak dan iman, hanya Allah maha mengetahui.

Kepada penyokong tegar parti politik, luahkanlah pandangan secara berkhemah di laman sosial. Tersilap langkah, boleh menjadi lebih terkenal berbanding Haji Hadi Awang dan Perdana Menteri.

Hua3.



[ T-shirt muslimah, klik di sini ]

Kelibat suaminya pernah dilihat di Jertih, Terengganu. Sumber saya mengatakan, mereka tinggal di Kampung Nyiur 7, rumah berhampiran masjid. 

Di masjid pun ramai ustaz.

Pergi rujuk, apakah hukumnya menggelar seorang ustaz, ustaz khinzir. Tidak kisahlah, dia ahli PAS atau UMNO atau tidak berparti.

Klik di sini untuk mengenali keluarga wanita itu secara lebih dekat.

26 ulasan:

  1. aduh, sedihnya..kenapa la sampai nak gelar menggelar ni. bila ada usaha nak asimilasikan Islam dalam sesebuah jawatankuasa tu kita patut sokong bukan bangkang & hina usaha tersebut. kata nak perubahan, bila ada usaha nak mengubah ramai pula yang melatah..tak faham pemikiran orang-orang macam ni.

    BalasPadam
  2. banyak pahala diorang pegi ke UKE.... Alhamdulillah...

    BalasPadam
  3. ramai lagi manusia jenis begitu...penampilan nampak molek diluar...dari segi pertuturan n penulisan belum tentu sama molek nya...

    BalasPadam
  4. Emak saya selalu berpesan.. fikir dulu sebelum bercakap, nganga mulut besar-besar sebelum mengeluarkan kata-kata..

    Izinkan saya tiru macam mana mak saya cakap..(mak orang Melayu Kampar,gaya cakap ala-ala Minang sikit..)
    " menganga dulu.. baru bercakap.. fikir dulu betul ke tidak.. jangan main cakap ikut sukaaa je.. "

    BalasPadam
  5. memang sedih jika benar seorang ustzah tgamak kata mcm tu.....smoga ustazah ini menginsafi ketelanjurannya bkata sebegini

    BalasPadam
  6. Molek di luar belum tentu molek di dalam
    Luaran tak mencerminkan dalaman

    ustazah.....ustazah

    BalasPadam
  7. Sesedap mulut panggil orang khinzir, nanti kamu yang jadi khinzir. Beringat-ingatlah.

    BalasPadam
  8. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : " Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ". Firman Allah lagi yang bermaksud : " Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "
    Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat ""Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."

    BalasPadam
  9. Penampilannya tidak mencerminkan keperibadiannya... Sedih.

    BalasPadam
  10. malah, penampilan yg islamik tetapi berpekerti sebaliknya, hanya mencemarkan imej islam di khalayak bukan islam

    BalasPadam
  11. Astaghfirullah al'azim.. simpati dengan ustaz kazim... lebih simpati dengan ostazah ini... alahai ostazah... ostajah..

    BalasPadam
  12. Kenapalah seorg ummi boleh berkata begitu..? Tiada salahnya kita menyatukan umat Islam dan bangsa Melayu walaupun berlainan parti..Ustaz Kazim masuk UMNO pun nanti dia boleh memperkukuhkan lagi jentera ukhwah di dalam parti tersebut.. Adakah ummi takut UMNO lebih islamik daripada PAS..??Apakah perjuangan sebenar ummi..?untuk melihat umat islam bersatu ??atau untuk kepentingan diri..?fikirkanlah wahai ummi..

    BalasPadam
  13. memang biasanya yang alim-alim ni lebih lahar mulutnya dari kita yang biasa-biasa ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju 100%.. kadang2 penampilan jer yang nampak alim tapi bab mengutuk/mengeji/memaki orang.. MasyaAllah.. Hanya Allah yang dapat membalas. Apa dosa UKE kat dorg tah la sampai sanggup kata macam2..

      Padam
  14. banyak pahala ustaz kazim..kesian wanita tu(macam taklayak je dipanggil ummi) muflis kat akhirat.mudahmudahan dia berubah menjadi orang yang bercakap benda elok

    BalasPadam
  15. Ntah2 ada orang hack FB dia kut... sekadar berbaik sangka

    BalasPadam
  16. huhu... mintak jauh le dari manusia camni... tu la kan... luaran bukan cerminan yg didalam.... nauzubillah..... bwk2lah bertaubat kak ummi.... dosa ngan Allah insyaAllah selagi mohon ampun Allah akan ampunkan tapi dosa ngan manusia nih?? selagi kita x g mintak maaf sampai ke sana di tuntut kak ummi... syg kalo kat bibir sibuk melaungkan islam tp rohaninya masih tercemar.... nauzubillah....

    BalasPadam
  17. nauzubillah... itu hanya pendirian dia bukannya ustaz kazim tu menyeru sumer g masuk umno... tu la kan... luaran bukan cerminan yang di dalam... sayangnya.... kalo di bibir sibuk melaungkan islam tapi kat dalam tercemar..... nauzubillah.... dosa dgn Allah selagi kita bertaubat dan memohon keampunan insyaAllah akan diampunkan tp kalo dosa ngan manusia ni selagi x minta maaf sampai ke "sana" nanti menanggung kak.... x tau la kalo akak ni mmg confirm masuk syurga tanpa dihisab.... semoga kita sama2 jadikan iktibar....

    BalasPadam
  18. perwatakan macam islamik tapi sayang lidah tak islamik...

    BalasPadam
  19. baik sgt ke manusia2 yg suka2 gelar org dgn mcm2 panggilan nie? takde adab ke apa?

    BalasPadam
  20. Sayang sekali penampilannya tidak mencerminkan akhlak yang sebenar.amat memalukan..

    BalasPadam
  21. Nauzubillahiminzaalik, wahai Ummi Syafiqa, sesungguhnya nama yg engkau miliki amat mulia berbanding dgn mulut n bahasa yg sgt JIJIK DAN BANGSAT..MAY U ROTT IN HELL!!..

    BalasPadam
  22. Sungguh memalukan seorang wanita yang nampak bersopan dan tinggi budi pekerti ...nampaknya macam baik lah sesangat rupa-rupanya mulut betul-betul puaka !!!!!!!!! ........... siapa mak bapak Ummi Syafiqa ini ??? adakah makbapak dia nih dah terlupa untuk mengajar anaknya bagaimana menggunakan perkataan yang betul ???? adakah makbapak dia jugak hidup dalam dunia yang lebih jahil dari anaknya ?????????

    BalasPadam
  23. Ummi syifa' = ibu penawar. nama dah elok dah. dalam gambar dah cantik dah. sejuk mata memandang. tapi semua tu hancur dek tuba bahasa yg ditabur. penawar menjadi racun dan kecantikan yang menyejukkan mata memandang menjadi bara yang menyakitkan. sayang sekali wang beribu-ribu ringgit dihabiskan untuk mendapatkan ilmu dan pelajaran tetapi akal yg Allah bagi secara percuma tu tak reti digunakan. hanya kerana perbezaan aliran politik, akhlak murni dalam agama diketepikan. bukankah presiden pasti islam itu sendiri didalam amanatnya mengatakan KAFIR bagi mereka yg mengamalkan politik suku, agama suku? jadi yg ini bagaimana?

    BalasPadam
  24. Ummi Syifa' = ibu penawar. Nama dah elok dah. dalam gambar tgk cantik dah. sejuk mata memandang. tapi semuanya yang nampka elok tu hancur dek "tuba bahasa' yang ditabur. penawar menjadi racun, kecantikan yang menyejukkan mata memandang menjadi bara yang menyakitkan. sayang sekali beribu ringgit wang dibelanjakan untuk menimba ilmu dan pelajaran tetapi akal yang Allah bagi percuma tak reti digunakan. hanya kerana perbezaan aliran politik, nilai akhlak dalam Islam diketepikan. bukankah presiden parti islam itu sendiri mengatakan dalam amanatnya pada tahun 1981 bahawa KAFIR bagi mereka yang mengamalkan politik suku, agama suku? jadi yang ini bagaimana pula?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.