Barangkali ramai bersetuju dengan tajuk entri di atas.
Apapun, terlebih dahulu terima kasih kepada pembaca kerana sudi berkongsi kandungan entri di laman sosial berhubung kes penipuan didedahkan di sini, di sini dan di sini.
892 share pastinya membawa kesan kepada penyebaran maklumat di negara ini.
Saya percaya, berikutan informasi dikongsikan di laman sosial, pelbagai pihak mula menyedari betapa rakusnya sikap sebilangan peniaga warga Bangladesh di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Sila baca komen berikut.
Jika berita itu benar, sungguh molek. Ertinya pihak pengurusan plaza menyedari dan mengambil tindakan tegas, hasil dari pandangan disuarakan oleh pengguna.
Peniaga selama ini menganiaya pelanggan tidak seharusnya diizinkan beroperasi dan mengaut keuntungan berlebihan.
Namun saya percaya, lebih banyak lagi kes penipuan pelanggan bakal didedahkan oleh orang ramai. Kes taukeh terbabit hanya sekadar tip of the iceberg sahaja.
[ Iklan di blog ini, RM16 sehari, klik di sini ]
Sebagai pengguna, kita wajar menuntut agar semua pekerja warga asing termasuk mereka berasal dari Pakistan, di Plaza Low Yat melayan pelanggan secara lebih berkhemah. Bukan mengikut budaya mereka tetapi budaya kita.
Mari bersama kita terus memohon penguatkuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan dokumen perjalanan dan permit kerja semua warga asing di plaza terkenal itu.
Jika mereka menyeringaikan taring, mengapakah kita perlu menjadi bak ayam berak kapur?
Imigresen kl sgt bz...xdak masa nk buat spot check..kalau depa ni rajin boleh je ronda2 naik komuter/lrt/monorel/ jalan2 kat shopping mall untuk check paspot warga asking...ni semua nk lepak goyang teloq
BalasPadamImigresen kl sgt bz...xdak masa nk buat spot check..kalau depa ni rajin boleh je ronda2 naik komuter/lrt/monorel/ jalan2 kat shopping mall untuk check paspot warga asking...ni semua nk lepak goyang teloq
BalasPadamkalau imigresen x mampu nak kuat kuasa undang2 kerana kesibukan/kurang kaki tangan, beri kuasa tu pada yg mampu melaksanakannya.. Statregi Lautan Biru... atau mungkin tamak kuasa?
BalasPadam