Isnin, Disember 02, 2013

REMAJA KENALAN NOOR SYAFIKAH NADIA ABDULLAH DIREMAN

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzman Md Jan, pelajar berusia 16 tahun ditahan polis pada jam 11.30 malam tadi di Perlis dan direman 4 hari untuk membantu siasatan kes pembunuhan 3 beradik di Langgar, Kedah.

Sebelum ini media melaporkan remaja di bawah umur diburu itu, teman lelaki Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14 tahun. 

Apapun status remaja itu masih lagi sebagai suspek bukan pesalah kerana mahkamah belum menjatuhkan hukuman. Dia perlu disiasat secara teliti dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat keputusan samada suspek perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya.



Polis juga telah mengesahkan, punca kematian, dua adik Syafikah, Nur Izzati Husna Rusdi dan Puteri Nurul Akma Rusdi, lemas setelah proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.

3 ulasan:

  1. Saya juga ada anak perempuan kerisauan melampau melanda bila terjadi kes2 sebegini.

    BalasPadam
  2. Aslim...Taslam....ikutlah Islam (totally) pasti anda selamat..Allah Maha menepati janjiNya

    BalasPadam
  3. Penjenayah bukan Manusia dah...lebih teruk dari binatang, binatang pun reti syang anak2 kecik..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.