Jumaat, Ogos 07, 2009

Di Antara Arak Dan Judi

Sebelum ini ada pihak bertanya, mengapa kegiatan perjudian sekian lama wujud di negara ini?

Tikam ekor dan judi di kasino, antaranya.

Ada pihak menjawab, selain Melayu berugama Islam, Malaysia mempunyai rakyat pelbagai bangsa, mengamalkan budaya dan menganuti kepercayaan ugama berbeza. Sekaligus pelbagai tuntutan perlu dipenuhi.

Ada pihak kemudian mencelah mengatakan kerajaan ‘menghalalkan’ kegiatan terbabit. Jika tidak masakan tikam ekor dan judi di kasino diamalkan secara terbuka sesetengah kelompok berminat.

Bagi saya, itu logik biarpun saya akur bukan cendikiawan dalam perihal politik.

Kemudian, isu penjualan arak secara terbuka di Selangor menarik perhatian saya. Kini Selangor bukan lagi di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu, fakta semua orang tahu. Justeru, mengapa penjualan arak masih tidak diharamkan? Mengapa terus diperdebatkan?

Adakah kerana alasan sama?

Selain Melayu berugama Islam, Malaysia mempunyai rakyat pelbagai bangsa, mengamalkan budaya dan menganuti kepercayaan ugama berbeza. Sekaligus pelbagai tuntutan perlu dipenuhi’

Mungkin pembaca mempunyai pandangan tersendiri ingin dikongsi.

Apapun, usah terlalu emosi.

* Hanya terjumpa gambar kecil sahaja :)

* Hari ini, 7 Ogos 2009, Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besarnya membuat keputusan meneruskan penjualan arak secara terbuka.

38 ulasan:

  1. huhu..
    betul2~
    skrg pun, tgk ramai je melayu yg beragama Islam, slumber min0m arak..
    nmpak cam mende tuh x salah pun..
    =p

    BalasPadam
  2. belum dpt mmg senang cakap... kenapa kerajaan tak hapuskan arak.. tak hapuskan judi... bila sendiri perintah baru tahu... itu baru nak hapuskan dlm negeri... belum nak kena hapuskan satu negara punya kegiatan... sendiri mau ingat!

    BalasPadam
  3. if you are condemning the selangor's government for not stopping any trades that have to do with alcohol, just for the reason that selangor is ruled by the opposition, you have to think twice that malaysia in general is an islamic country, so it should actually start for the malaysian government in particular.

    religion should not be politicized.

    BalasPadam
  4. Bro Mazidul,

    Saya tak setuju alasan menghalalkan arak dan judi untuk bukan Islam, seolah-olah mereka sudah jadikan ia budaya.

    Mana ada budaya sebegitu. Saya anggap ahli politik yang mempertahankan arak dan judi mesti sudah disuap.

    DAP, khususnya Ronnie Liu harus berhati-hati, sebab caranya menyebabkan orang makin menyampah dengan PR.

    BalasPadam
  5. nak tgu ape kata pengundi selangor yg memilih pemimpin mereka skrg.. :D

    'jgn yg dikejar tak dpt yg dikendong berciciran..' :p

    BalasPadam
  6. apa dah jadi dengan PR, dulu kata BN tapi sekarang sama aje. Inilah bahananya berjuang kerana kuasa, rakyat tak dipedulikan.
    PAS dalam PR buat apa, next election tunggulah jawapannya

    BalasPadam
  7. Penguatkuasa Islam perlu kurangkan Masyarakat Islam terlibat benda itu, walaupun tidak boleh zero..

    masih belum terdaya.

    Tiada orang Islam menjadi Pengerusi.


    kurangkan tanggapan masyarakat luar tentang kenapa orang islam boleh minum??,

    boleh berjudi,

    baru boleh berfikir atau menyekat warga /agama lain...

    bolehkah??

    Orang sendiri belum tentu dapat dikawal..

    .inikan pula nak kawal /kekang bangsa lain..

    BalasPadam
  8. Allah's Believer, it is a fact, everyone knows that arak is haram therefore, don't you think that PAS has to be firmed in making their decision.

    Is Malaysia an Islamic country? Really?

    BalasPadam
  9. elok juga

    sesiapa yang menjadi PBT, membuat suatu lokasi kedai' MInum N tidur'
    berserta lokasi berpagar.

    bukannya 'minum N drive'

    jika didapati berlaku kemalangan akibat Alkohol denda sebat tanpa mengira bangsa.

    jika terkena kepada warga Islam hukuman bekerja di kilang/stor ARAK, boleh minum puas-puas.,

    BalasPadam
  10. Yg keje kat tempat jual arak ramai org melayu. Patutnye hal mcmni kena pantau, ada undang2 mengatakan, adalah salah org islam bekerja ditempat yg menjual arak. Undang2 mengatakan adalah menjadi satu kesalahan meminum arak, tetapi agama islam mengatakan adalah salah menjual, meminum dan semuanye yg berkaitan dgn arak. Saya tak faham dengan hukuman yg dikenakan pd model yg kena sebat tu padahla ramai lagi rakyat Msia beragama Islam yg minum arak secara berleluasa. Ada yg sanggup meletakkn gambar secara terang2 di laman2 sosial tetapi hal ni mcm tkde mksd pe2 pada Jabatan Agama Islam di Malaysia.

    BalasPadam
  11. n salah satu pemegang saham syarikat arak diMsia adalah org Islam...EN Mazidul leh cite?

    BalasPadam
  12. Bagi yg selalu ke Shah Alam dari Kuala Lumpur, biasanya akan terlihat kilang-kilang arak ditepi jalan...

    Selalu terfikir, bilalah kilang arak pelbagai jenama ni nak ditutup oleh kerajaan Selangor???

    Tengok anak-anak Melayu yang meminum 'air kencing syaitan' secara terbuka..memang memalukan..

    BalasPadam
  13. Heheheheh saya cuma nak gelak aje.. sebab sapa juga penah komen dulu, belum dapat belum tau, dah dapat dah rasa baru tau. ;)

    Patutnya apa yang baik itu dikekalkan, yang apa yang kurang atau tidak baik itu diperbetulkan, barulah kita nampak bezanya BN dan PR. Saya tak nampak beza pun sebenarnya, lagi teruk ada!

    Sebenarnya hanya di Shah Alam bukan di seluruh Selangor sebelum ini dilarang penjualan arak di mana-mana premis sekalipun. Tidak ada langsung pub atau kelab hiburan di Shah Alam. Panggung wayang pun takde di Shah Alam. Selama ini pun semua menerima keadaan ini kerana Klang, Subang Jaya, dan Petaling Jaya bersepah-sepah premis yang menjual arak atau pub dan kelab hiburan. Mereka boleh ke sana.

    BalasPadam
  14. Versz, awak catatkan,'salah satu pemegang saham syarikat arak diMsia adalah org Islam'

    Itu dakwaan awak buat, jadi awak ceritalah, tidak salahkan?

    BalasPadam
  15. selingan'''

    tiada pulak bukan MUKMIN (fuussh ini bukan HAdis taww).. berdemo ke Pejabat SUK selangor..?

    BalasPadam
  16. kah kah kah zeq>>>>>

    tak hbis2 ngn hadis ko tue

    BalasPadam
  17. alahai..isu lapuk la nie...

    mana kuasa kite nk ckp bnde ni kan??

    seLagi undang2 tidak mngaplikasikan hukum yg bnar, selagi tu lah masalah ni takkan selesai ok...

    nak tutup pe ke hai nya?

    mmg rkyt kte brbilang kaum pun..
    kte tk de hak nk larang org bukan islam minum bnda nie..

    yg saLahnya, knapa nak salahkan pmbngkng yg mngmbil alih??

    mmg dr dulu lg kan dah tau bnda ni tkkn jd???

    blh ke snang2 nk ckp trus kilang arak , kasino, seme k kna tutup...

    parlimen tk luluskan mcm ne??

    skongn 2/3 tk dpt pun kan..???

    apa plak nk tutp nya kalo kabinet kte trdiri drpd mnteri2 yg muslim secular, chinese, indian, n Muslim sejati??

    d brapa kerat je muslim sjati yg ada dlm kabinet???

    n isu arak bukan trtakluk bwh bdang kuasa negeri..

    ia bwh bdang kuasa negara ok..masuk bwh federal list! bkn masuk dlm state list!

    so, salahkan pmimpin utama knapa mreka enggan mnjatuhkan hukuman sebat pd org ,malay yg minum arak>>>

    tertarik dgn knyataan seorg mnteri...>>>ZALIM tu sebat pmpuan minum arak..

    ???

    tak tahu jnis mnteri apa mcm ni...
    confius

    BalasPadam
  18. 1. Apa dah jadi?

    2. Di dalam kita orang Melayu yang beragama Islam diasak untuk memahami budaya dan agama orang lain, nampaknya orang lain masih terkeliru, atau buat buat tidak tahu tentang budaya orang Melayu dan agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini?

    3. Apa dah jadi?

    BalasPadam
  19. Tutup sume kedai arak n tempat2 perjudian tu tak mungkin.....

    cuma

    cubala org2 yg berkenaan tu pantau (takut depa skli duduk sama)

    tak kn satu Msia ni kita nak kasi contoh satu model yg kena sebat tu, depa tak takut de...

    Tempat maksiat banyak sgt kat Msia ni tapi yg depa pi buat "lawatan" yg tempat kecik2 je.(mmg saya sungguh merasa hampeh dgn jabatan yg berkenaan (takleh tulis...sensitif)

    Depa lebih suke dok meneropong artis2 padahal masalah sosail dah sgt teruk terutama kat Msia ni.

    BalasPadam
  20. RQ..emosi??

    adakah anda serius?

    kalau boleh taip biar lengkap ini bukan SMS..atau trengkas..bahasa pasar..

    susah mengeja..

    BalasPadam
  21. pasal arak pula.. terpulang pada individu itu sendri. i pernah tegur rakan i berbangsa melayu muslim sewaktu menuntut dahulu.

    "i cakap u tak boleh minum . u minum coke je. . coke apa barang . gi club kena high lah."

    em.. lepas tu i malaih nak tegur2 org melayu kalau minum2 arak. sendiri mau fikirlah . xkena2 i plak kena sound penyibuk agama lain.

    Nak suruh budak2 kerja 7eleven cakap . u Melayu jgn beli Beer? ada berani? hah kena maki adalah .

    i minum Tuak tu pun setahun sekali waktu Hari Gawai .

    Terfikir pula , kalau Tuak dikomersilkan ke Negara lain boleh jana Ekonomi . Mat salleh suka datang sarawak Minum "Rice Wine" @ Tuak.

    BalasPadam
  22. areque: bab kena rotan pasai minum arak tu bukan takat menteri tu jer tegur... ini wakil rakyat perempuan Parti Islam pun tegur juga... dah sama jer level nampak dua org tokoh wanita nih.. mengkritik hukuman yg dah dikenakan kpd peminum arak tersebut...

    kalau betul2 PBT nak banteras kegiatan minum arak.. masuk jer kat kelab2 tu... bersepah anak muda melayu minum arak mcm minum air masak jer.. kalau ada penguatkuasaan yg ketat.. saya percaya mereka yg nak minum arak pun akan berfikir berkali2 sebelum nak minum..

    BalasPadam
  23. Salam,

    Perkara seperti inilah yang menjadi masalah kepada perpaduan yang sedia wujud. Mungkin saudara/saudari di sini merasakan kurang relavan tetapi harus diingat, benda atau budaya (meminum arak) tersebut tidak haram di sisi kaum lain (atau mungkin majoriti kaum lain - korek me if I'm wrong). Apakah salah kepada kaum lain (yang bukan Islam) minum atau membeli arak? Atau segelintir orang melayu malu kerana yang memenuhkan pub/disco (banyak arak kat dalam tu!) dan mat rempit yang kaki mabok (bukan rempit lagi banyak kot), majoritinya adalah dari kalangan orang melayu? Kesudahannya masyarakat lain yang "halal" untuk perkara/budaya tersebut yang akan merasa kurang selesa. Bukan ada jentik sapa-sapa pun, tapi kenapa orang lain pulak yang sibuk. Sedikit sebanyak akan menimbulkan rasa tidak puas hati orang/bangsa lain, munkin perkara kecik, tapi kalau campur ngan kes itu, kes ini, hak sana, hak sini... orang kata macam api disimbah minyak.

    Memang arak ni tak elok, tapi itu pada fahaman dan kepercayaan orang Islam, bagaimana pula kefahaman dan kepercayaan bangsa lain, mungkin bagi mereka elok. Apa pula respon kamu kalau orang lain kata kepercayaan atau fahaman kamu itu salah, tentu marah kan? Kalau bab kemalangan itu memang ada dalam statistik disebabkan oleh minuman keras, tapi pecahkan la pulak statistik tersebut kepada golongan mana yang terlibat. Mungkin kalau di kira betul2 boleh 50-50 gak kot compare ngan bangsa yang "halal" arak ni.

    Come on guys, aku percaya korang ni semua dah besar, agama Islam korang tu pun dah kata yang benda ni haram, so... sendiri mau faham la. Aku cuma tak puas hati tengok banyak komen kat atas yang main redah je, macam kat Malaysia ni cuma ada muslimin dan muslimat jer. Bangsa lain pun ada gak kat sini la. Jual la arak tu kat mana-mana pun, kalau iman korang cukup, nescaya takda effect punya. Semua (mungkin) orang khatam Quran, tapi tak tentu Iman dia kuat, tu yang jadi hampagas akhirnya.

    Kalau bab kerja kat tempat jual arak in aku tak tahu la hukumnya apa sebab aku ni dari jenis "halal arak". Cuma mungkin elok la dari jadi peragut (pandangan aku), dan lagi afdal kalau dielakkan dari tempat yang macam itu. Kalau bab kerja ni nak kira halal haram memang payah, kerja insuran dan bank pun belum tentu duit gaji tu betul-betul halal, sebab duit tu banyak dilaburkan entah kemana-mana, riba/interest yang melampau (kat situ dah melanggar ajaran Islam). Kalau kerja kat gomen pun, duit gaji yang kita dapat tu adalah hasil (peratusan kecik tapi tetap ada) daripada cukai arak. Aku pernah dengar orang kata kalau tak tahu tak apa, kira halal, tapi kalau dah tahu camana? Nak ke tukar kerja? Susah nak justifikasikan halal dan haram pekerjaan dan pendapatan ni, cuba la respek mereka yang kerja keluar titik peluh nak tampung keluarga. Bukan semua orang diberikan peluang sebaik orang lain.

    Mungkin ada yang kata "kat Kelantan tu elok je, takda apa hal pun." Betul dan kurang tepat. Tengok la golongan apa yang banyak kat sana, kebanyakkannya golongan berumur yang dah kire sampai season nak taubat, kalau bangsa "halal arak" pun tak seramai kat Lembah Kelang ni. So kalau kerajaan PAS kuatkuasakan peraturan itu pun senang. Kurang 'renyeh'.

    Bab parti politik pulak aku malas nak komen. Mana-mana pun sama je, "sudu je lain, kuah sama".

    Maaf la kalau post ni banyak tak rasional, sebab aku tau komen kat atas sana pun ada gak yang tak rasional. So, same le kite...!

    BalasPadam
  24. zeq>>>>>
    rq tak emo k...

    just ckp facts..

    i dun like to talk if i know nothing bout this..

    kalo nk faham jelas..pndpt rq sama ngn ged tu..

    BalasPadam
  25. nmpk nye zeq tk pham mksud rq ke???

    kih kih kih

    BalasPadam
  26. korang2..g check FC kite sblum brkata-kata..jgn mnuduh sbarangan..

    BalasPadam
  27. satu lg

    rq mls nk taip ayt berbunga2 n ikut struktur..

    ckp mcm ni mksud lbh sampai..

    sory if ada yg tk le trima

    ingt ni nk buat karangan bm kew???

    huahuahua

    BalasPadam
  28. Salam Mazidul dan pelawat-pelawat tegar blog ini...

    Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
    (al Maidah: 90).

    Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

    “Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
    (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.”
    (Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

    Janganlah terlalu mengharapkan kerajaan PR di Selangor untuk membasmi gejala arak dan judi di kalangan umat Islam dalam jangka waktu yang singkat.Kita perlu memberi masa kerana mereka baru sahaja mengambil-alih daripada kerajaan BN terdahulu.Sedangkan BN pun sudah lebih 50 tahun memerintah pun,gagal membasminya.Malah gejala ini dipercayai mula membiak sewaktu BN memerintah.Sepatutnya pada masa mula membiaklah (peringkat awal pembiakan)senang untuk dibasmi.

    Inisiatif untuk membebaskan umat Islam dari arak di Selangor sedang diusahakan.

    Diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

    Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

    Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

    BalasPadam
  29. Bila berbincang berhubung bahasa, saya memilih untuk menggunakan bahasa standard jika menulis.

    Saya tidak pernah berminat menggunakan bahasa ringkas ala 'bahasa SMS' jika menulis di blog. Mengapa? Kerana saya begitu menghormati Bahasa Melayu dan sedaya mungkin tidak berhasrat mencemar bahasa ibunda itu.

    Satu lagi, barangkali kerana saya dilatih lebih 14 tahun untuk menulis menggunakan bahasa seperti diajar di sekolah dan dikolej.

    'Bahasa SMS' hanya saya guna pakai semasa menghantar SMS sahaja.

    Molek jika pembaca TIDAK menggunakan bahasa SMS agar mudah difahami.

    p/s Saya biasa nampak orang menulis 'ke', 'ker', tapi tidak 'kew', pelik sungguh bunyinya.

    BalasPadam
  30. betul apa yang Sdr Mazidul taip..(bagi saya)

    Beri peluang, masing masing sudah diberi peluang..

    tanpa TAKSUB mana-mana Partai..

    pandangan mata, di Shah Alam, terasa perubahan positif ke arah Islamik,(harap bukan menyinggung/merampas bangsa lain)

    salah satu contoh kecil.

    apabila ada expo di PKNS, disediakan surau bergerak,(sebelum ini ada ker?) maknanya siapa yang berikan idea dan menjalankan idea.
    Perubahan/sokongan positif dari Ahi Majlis daerah atau PBT.

    terima kasih juga Dasar PBT terdahulu, tiada Panggung wayang tiada diskokelabmalam, kedai game kuda, kedai ekor.

    beri peluang berbanding 50tahun.

    sebagai mana, beri peluang PM, memikirkan soal ISA, logiknya sejak memerintah, tiada lagi yang masuk ISA.

    Terlampau mencari negatif.

    Di Kelantan semangat kejiranan bangsa lain, masih semangat setiakawan, contoh bila kita singgah di persisiran Sg Kelantan, penanam durian dan duku, bukan melayu, bersama-sama bersipuh menghisap rokok daun dengan kaum melayu.
    * merujuk komen Di Kelantan terdiri gologan berumur.

    BalasPadam
  31. Barangkali Sdr Mazidul boleh mengupas mengenai isu bahasa ibunda pula selepas ini....

    Bincangkan mengapa orang Melayu sendiri tidak menghormati dan menyanjung bahasanya seperti yang sepatutnya :)

    BalasPadam
  32. kah kah kah abg mazidul:)

    tabik spring la buat entry tu...

    hauhauahuahau

    kew???

    kah kah kah..

    best

    BalasPadam
  33. Biasanya budak-budak baru naik iaitu bawah 16 tahun yang menggunakan bahasa seperti 'kew' ini.

    BalasPadam
  34. saya bersetuju dengan komen yang dinyatakan oleh zeqzeq.

    secara umum, ada kelebihan dan kekurangan bagi pemerintahan baru ini..

    walaupun sudah berkuasa, pasti ada kekangan yang dihadapi oleh mereka.

    BalasPadam
  35. "Ayah... Afiz serba salah jika kerja lewat malam!"

    "Mengapa pula Afiz?"

    "Terpaksa jual arak dengan orang kita Melayu, perempuan dah separuh umur pula tu!"

    "Kalau Afiz rasa itu berat di hati, agama kita pun telah mengatakan memang salah@haram kita bersubahat dengan jual beli arak, berhenti sahaja kerja di situ. Habis Afiz nak kerja di mana?... Giant, TESCO, sama sahaja! masih jual arak, babi lagi"

    "Susahlah ayah!.."

    "Memang susah Afiz kalau kita tegur kenapa orang kita terlibat jual beli benda haram ini, dicop sebagai pembangkang, ramai kawan ayah org Sudan selalu sebut bab ini dengan ayah, tergagap-gagap ayah nak jawab!" Majoriti perkerja di pusat beli belah yang taraf mega ini memang orang kita Melayu ... Islam.

    Akhirnya Afiz berhenti kerja di 7eleven kembali ke KFC sebagai kerjayanya semasa dia bercuti dalam pembelajarannya. KFC memang berat amat kerjanya. Namun rasanya tak ada benda haram terjual di KFC tapi siapa pula empunya?. Pening.

    Sdr Mazidul 7eleven tempat anak sy berkerja itu memang pengurusnya orang kita. Siap bertudung lagi. Sesekali singgahlah waktu awal pagi. Tenguklah botol minuman keras bersepahan di 7eleven. Saya perasan sebab sy selalu jemput Afiz tu awal-awal pagi.

    BalasPadam
  36. perkara ini telah lama menjadi isu di Malaysia..namun tiada tindakan keras diambil terhadap mereka yang mengambil arak (yang beragama islam)..jika kita hanya pandang dan diam..kita turut berdosa..wahai kawan - kawan..marila kita selesaikan masalah ini bersama - sama..cari punca..cari penyelesai..implimentasikan..

    BalasPadam
  37. salam semua.

    pendapat saya diblog ini.
    (copy & paste)

    http://kangnasir.blogspot.com/2009/09/mymetro.html

    BalasPadam
  38. setahu saya dari pengalaman berkawan dengan masyarakat pelbagai bangsa dan agama di malaysia:

    Islam:
    arak = haram
    judi = haram

    katolik:
    arak = x pasti
    judi = haram

    buddha:
    arak = mmg salah sbab arak blh meracuni diri
    judi = x pasti

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.