Rabu, November 18, 2009

Terup Semut Merah

Dahulu, anak kecil main daun terup kecil bergambar super hero, Semut Merah dan Ultraman di halaman rumah. Bosan main tepuk, mereka main baling selipar. Daun terup diletak di atas tin di dalam lakaran bulatan di tanah, dibaling menggunakan selipar, terup terkeluar, milik si pembaling. Anak menang gembira, anak tewas berduka seketika. Esok mereka main lagi.

Ibu bapa memerhati, senang hati.

Sekarang, anak kecil melepak di kafe siber konon menimba ilmu di dunia tanpa sempadan. Walhal pantang berpeluang mereka pantas melayari laman web lucah. Tersengeh, tersenyum, terbeliak biji mata, menonton perlakuan pelik, manusia dewasa tunggang terbalik, sesekali kedengaran jeritan manja, “Yes! Yes! Yes!”.

Orang tua tidak menjengah, ibu ayah sibuk berkerja, pihak berkuasa entah di mana.

Dahulu, anak kecil lelaki dan perempuan sekampung, bergaul sama. Main guli, ‘police century’, galah panjang dan kondak kondi. Bersentuhan, tidak berasa apa, barangkali kerana itu, biarpun di darjah 5 masih lagi berbogel, mandi sungai bersama. Mereka terjun, menyelam dan terapung gembira.

“Jangan hanyut sudah,” cuma itu pesan ringkas orang tua.

Lalu melangkah mereka ke kebun, berhati ceria.

Sekarang, anak kecil duduk berkumpul di tangga flat. Mata liar memerhati, menunggu mangsa.

“Kenapa menangis?,” tanya ibu.

“Man raba masa lalu ikut tangga,” jawab anaknya, Riyana.

Man, 12 tahun, Riyana 11.

Bergegas si ibu ke balai polis membuat laporan, anak kecil dicabul dek anak kecil lain, itu kesnya.

Dahulu, anak kecil duduk sopan bersila, memerhati opah menggulung rokok daun. Opah menghisap rokok berisi tembakau Cina, cucu hisap rokok daun ‘kosong’ dihulur dek opah tua. Cucu terbatuk, opah tesenyum.

“Tak payah hisap rokok lagi kalau batuk,” kata opah sambil menggosok belakang cucunya.

Sekarang, anak kecil jarang kenal rokok daun, mereka menghisap rokok Dunhill, dibeli 60 sen sebatang dari kedai runcit Aceh atau mamak berhampiran. Tersilap langkah, mereka menghidu gam kasut Cap Senapang dijual dek Ah Seng. Khayal, berjalan terhoyong-hayang bagai lalang. Tiada siapa peduli.

Hanya ayat klise terpancul dari mulut orang tua memerhati.

“Apa nak jadi dengan budak tu?”

Jauh sungguh perbezaan di antara dulu dan sekarang.

25 ulasan:

  1. Dulu masyarakat sama-sama mendidik anak-anak, termasuk guru, bilal, konduktor bas, atuk, nenek, pak sedara, gembala lembu, apek jual ikan, ane potong rumput... semua...

    sekarang satu je.. bibik... mana boleh lawan!!!

    BalasPadam
  2. dulu kanak2 lincah bermain dipadang, skrg kanak2 lincah bermain video games dibeli ibubapa

    dulu kanak2 sihat, kurang berpenyakit

    skrg kanak2 lemah longlai selalu dpt demam bagai...

    BalasPadam
  3. Salam BRO MAZ..

    akhirnyaaa..
    terkeluar juga isu ini. Isu yang 200% menepati apa yang saya lihat dan saya lalui sekarang. Sejak 2,3 bulan kebelakangan ini..

    bila anak-anak remaja usia 13-15 tahun, berkumpul, berlonggok di tangga flat main daun terup, termasuk anak lelaki saya juga. Walaupun setakat hari ini belum ada unsur judi (yg bertaruh duit atau benda) tetapi suatu hari nanti? sapa tahu?

    Saya cukup bimbang, wpun mereka bermain nampak gembira (cara main pun hanya sekadar teka nombor) dan hanya itu kawan2 yg biasanya, saya tidak upaya melarang melainkan sekadar nasihat, jangan terlalu bising mengganggu orang keliling.

    Benar, anak2 sekarang begitu lain cara pergaulan, tetapi main daun terup di tangga flat memang boleh dilihat di mana saja sekarang ni.

    Apa patut kita buat? Takkan nak kurung anak lelaki dalam rumah, sedangkan kawan2 nya yang lain main kat luar?
    Bagi saya, selagi anak saya ada depan mata, dan saya leh nampak apa dia buat (wpun mungkin buat semua), saya berusaha dan berdoa semoga dia tidak terpengaruh..

    *Moralnya:bukan semua budak jahat, dan anak saya pun bukan lah terlalu baik...

    BalasPadam
  4. Masa berjalan pantas dan suasana pun berubah,tapi manusia tetap sama cuma pemikiran dan tindakan manusia tu yang berubah mengikut bagaimana suasana tu sendiri yang menpengaruhi pemikiran manusia..
    Sebab tu sejarah amat penting untuk manusia itu belajar atau insaf dengan perubahan..
    Manusia yang tidak memperhatikan masa yang silam, dia akan disengsarakan oleh masa yang akan datang.

    BalasPadam
  5. salam, banyak sangat perbezaan dulu ngan skang..wpon sy baru jer 24..tp dulu takde CC, takde lepak tak tentu pasal..kalo lepak pon, lepak kat tepi parit dok atas tembok sambil layan brader2 main gitar tong..dan takde pon kes brader2 tu raba or rogol..sekarang ni dunia dah terlalu canggih, mak bapak pulak tak kesah ape pon..kang kalo dibantai oelh jiran, buat report polis,..dirotan nyer cekgu, masuk berita..korfang kat berita pon takyah lar layan mak bapak yang macam nih..alih2 rakyat akan salahkan media..sakng nih media dah macam ape..asik siarkan bende tak senonoh..ngan artisnye perlakuan macam barat..kalo ada function mula lah tayang "buah" masing2 nak tunjuk sape lagik besar..

    jgn salahkan lelaki kalo ada kes amcam nih..tgk jer lah si mangsa, kalo tak berskirt pendek, berbaju sendat..mane tak terliur..

    mak bapak skang pon tak kesah anak pakai ape..konon anak dorang lah cantik..heran,. mak punyer lah bertudung litup..anak kemain seksi, dgn rambut berkaler..pastu tunjuk..nilah kebahagiaan kami sekeluarga..hebat macamane pon si mak dan ayah, kalo anak sendiri tak bleh didik dengan ajaran yang sepatutnya..tak guna jugak!!

    tak pahamlah org zaman skang..manusia akhir zaman...

    BalasPadam
  6. Dulu jika anak2 rajin boleh tolong ibubapa, tolong ceduk air dari perigi.Banyak pekerjaan ayahibu di rumah atau berdekatan rumah.

    Kini Pekerjaan ibubapa, kebanyakannya tidak sesuai untuk dikongsi bersama-sama anak-anak. Menulis novel agaknya sesuai dikongsi.

    BalasPadam
  7. Antara dulu dan sekarang..

    berbeza.. memang segalanya berbeza..

    BalasPadam
  8. Sudah menjadi lumrah terhadap negara membangun Malaysia yang mengalami proses urbanisasi. Mahu tidak mahu, kehidupan moden di bandar kini adalah lebih mencabar dan lama kelamaan ia akan menjadi lebih kompleks dengan pelbagai lagi garam kehidupan akan datang.

    Dalam negatif ada juga positif, dahulu... kanak-kanak hanya bercita-cita nak jadi polis, bomba, askar bagi polis atau bagi kanak-kanak perempuan hanya sekadar guru. Itu hanya mungkin dunia mereka hanya disitu.
    Tapi kini, kanak-kanak bercita-cita menjadi angkasawan, pemandu F1, ataupun wartawan seperti MAS?

    BalasPadam
  9. Dulu, bila melihat anak-anak main tepi jalan, maka cepat-cepat jiran sebelah jumpa ibubapa kanak-kanak itu dan buat laporan. "tadi Man main kat tepi jalan"

    Maka satu 'das' rotan hinggap ke punggung anak dan si bapa dengan senyum berkata "terima kasihlah kerana bertahu, budak-budak ni pantang mak bapak tak ada, kat tepi jalan dia main"

    Sekarang, bila nampak remaja merempit atas jalanraya, dan jiran yang lain berjumpa ayah/ibu remaja berkenaan, ibu/bapa remaja itu akan kata "ala kita jaga anak-anak kita masihg-masing je la Cik Nab, tak perlu jaga anak orang lain"

    Kesimpulannya, sikap 'busybody' akan pupus terus dari jiwa kejiranan kita punca segala-galanya.

    BalasPadam
  10. Kenapa tak letak gambar ultraman tengah fire?

    Dahulu, saya terpegun kalau tengok Ultraman bergasak. Dan adik adik saya sering saya imaginasikan sebagai raksasa. Dan selalu kena fire dan power saya abis apabila kena fire dengan mak. lols lols.

    Sekarang, ultraman diperlukan di Kuala Lumpur sebab sering ada perhimpunan raksasa, untuk fire mereka yang terlibat sebab kasi susah sama orang. Aiyah...

    "Pakcik, pakcik nak sibuk apa hal? Mak bapak saya pun tak marah."

    BalasPadam
  11. bese la tu.. zaman dulu x byk hiburan, x byk teknologi, bdk2 zaman skunk terlebih advanced.. HP sume canggih2.. kalo bukak je video porn mesti dorng simpan.. kuar pegang2 tu xpe.. janji jangan mengandung.. susah jadi budak2 zaman skunk ni.. DUNIA>>

    BalasPadam
  12. Rasa 'kekitaan' dalam kalangan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu begitu menebal. Sebutlah apa sahaja yang membabitkan masyarakat, tentulah jawapan yang pasti kita bersama-sama menyelesaikannya, kita sama-sama bertanggungjawab. Konsep -anak engkau anak aku- menjadi pegangan.
    Muktahir, rasa 'kekitaan' itu terhakis sedikit demi sedikit, mungkin faktor peredaran zaman, ledakan teknologi atau sudah termaktup dalam lipatan azali bahawa manusia sekarang menuju kehancuran, ketirisan tamadun. Sama-samalah kita tunggu...

    fasa1-pemikir agung
    http://ajahare.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. Dahulu sering mamak bawa basikal tua datang untuk membeli botol, kanak-kanak rajin kumpul botol jual buat wang saku.

    Dahulu lepas sekolah anak-anak rajin tolong ibu ayah bersih laman rumah, tolong jual nenas, ikut ayah menjala ikan. Duit ibu ayah jarang dipinta.

    Sekarang tahu-tahu asyik ikut rombongan cikgu sekolah, minta duit belanja nak pergi makan McD dengan kekawan atau nak tenguk wayang duit ibu ayah mengalir macam air.

    Dahulu nak berjumpa mata air tunggulah kut! ada wayang pacak atau sesekali pentas kugiran.

    Sekarang tak jadi masalah ada duit boleh ke Genting, malam minggu sewa hotel 5 bintang yang selamat. Masing-masing bergraduan duit berkepuk ibu ayah di kampung belum tentu diingatkan.

    Dahulu sungai mengalir jernih (Org Perak sebut nin)
    Sekarang sungai mengalir lesu hanyir lagi.

    BalasPadam
  14. segala puji hanyalah milik ALlah..yg telah memberikan amanah anak kepada hamba-hamba pilihan-NYA..tidak semua mempunyai anak namun tidak semua yang tidak mempunyai amanah anak itu kecewa....
    dunia hari ini memamg lebih mencabar dan tercabar...
    Nabi bersabda:" anak2 itu bagaikan kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan samaada ia menjadi muslim, yahudi atau nasrani".

    bacalah satu artikel ttg anak2 kita hari ini di blog saya
    http://catatanhamba.blogspot.com/2009/09/anak-anak-kita.html

    mudah-mudahan ibu bapa yg mempunyai cita-cita yang tdk mendatangkan manfaat utk akhirat..tidak akan meneruskan cita-cita tersebut.

    BalasPadam
  15. DULU & SEKARANG memam banyak beza...tapi permainan2 kampum yam abam mazidul tu cakap sume ai penah main dan kenal bagaimana corak pemainannye...ai lahir tahun 1985...('',)

    BalasPadam
  16. Semakin maju dunia, semakin "advance" pemikiran penghuninya.
    Semakin "advance" pemikiran penghuninya, semakin tipis akhlak & iman.
    Semakin tipis akhlak & iman semakin layulah jiwa - kontang jiwa hilanglah perasaan MALU :-

    MALU nak tegur anak kita & anak orang lain : "Nak, jgn main daun terup - kelak terbiasa, dah besar TERmain judi nakk.. - HARAM

    MALU nak "report" pada pihak berkuasa anak kita atau anak orang lain menghambakan diri kpd Dadah - HARAM

    MALU nak ambil tindakan apabila anak kita atau anak jiran mengusung perut hasil zina - HARAM

    Semuanya kerana kita malu pada manusia bukan kpd Allah swt.

    "Ya Allah, siramilah nur kasih Mu buat mensucikan hati kami agar punyai sifat MALU kepada kemungkaran, Jangan kau ambil nyawa kami Ya Allah, sebelum kami benar2 punyai sifat MALU kepada Mu"

    BalasPadam
  17. salam
    ketakutan kita kepada kejadian2 rogol dan bunuh mengekang anak2 kita dari bermain secara bebas di luar. Ketakutan itu juga menyebabkan kita membenarkan anak2 bermain games dan internet - tak mengapa asalkan anak2 depan mata. Sudah save masa untuk mengajar anak2 tentang kejahatan orang yang tidak dikenali. Lama kelamaan, anak2 dah terbiasa tidak bergaul, jadilah anak2 yang tidak mesra masyarakat. MAsyarakat pula tidak mengenali anak2 kita, jadilah sikap tidak mengambil tahu... lama2 dan lama2 semuanya kekal bagitu, jadilah masyarakat yang tidak akan mengambil tahu

    BalasPadam
  18. Rindu zaman kanak-kanak dulu... :)

    Tengok bebudak zaman sekarang...isk2..geleng kepala je..

    BalasPadam
  19. selalu sgt mkn kt mamak tu yg prangai pn cm mamak..dulu pn mgkin ade tp xbnyk media tuk bgtau hal2 tu kt org ramai n tahap pendidikan @ pemikiran yg simple buatkn org dulu 'rilek' je..skg ni xbleh da, sume org bajet bagus je..termasukla yg menyampaikn ni haa..

    BalasPadam
  20. betul terlalu banyak sgt perbezaan, kalau saya yg berumur awal 20 an ni pun terasa perubahan antara dunia sy dan dunia dulu, inikan pulu org yg lebih lama hidup dr sy, dulu kene rotan dgn cikgu pun balik umah bgtau mak dan ayah mereka marah kita balik, kata kita yg salah dan x dgr kata cikgu. cikgu tu dah mcm mak dan ayah kalau kat sekolah takut sgt dgn mereka. tp skrg cikgu tu dah mcm musuh pada budak2 skrg. mcm ne la cikgu nak membantu. melihat sepupu sy yg masih kecil membuat sy terpk, umur 10 thn dah ada hp, wah sy dulu masuk u baru boleh pegang hp tu pun sbb berjauhan dgn family. zaman sy dulu nak tgk cc pun susah. skrg cc merata2 tmpt. nak surf internet pun org tua dok sebelah, takut2 sy terbabas. tp skrg internet guna wireless, dok dlm bili pun leh surg jgak.
    betapa berbeza nya zaman sy dan zaman budak2 skrg.

    BalasPadam
  21. Aku bertuah di lahirkan pada zaman dahulu.. hehe..

    BalasPadam
  22. Zaman dahulu, anak gadis kahwin muda dalam lingkungan umur belasan tahun. Zaman sekarang pun sama, meraka 'kahwin' dalam umur belasan tahun juga. cuma kaedah dan hukumnya sahaja yang berbeza..

    BalasPadam
  23. ...bak kata pepatah tak ada dahulu tak ada sekarang...dulu lain sekarang lain...tapi lainnya itu membuat kita rasa takut dan bimbang untuk menghadapinya....yang jadi depan mata dan didengar bolehlah dibuat panduan iktibar...tapi yg tidak diketahui kejadiannya ini yg bahaya...oleh itu mungkin kita lebih perlu extra ordinary...action dalam melalui rencah2 kehidupan dihari ini dan juga dimasa hadapan.

    BalasPadam
  24. Saya suka hasil penulisan ini !! Thumbs up !!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.