Kelakar memang kelakar.
Dahulu dia bilal masjid, kini bomoh nombor ekor palsu. Lelaki dikenali dengan nama jolokan ‘Wak’, 66 tahun terbabit ditahan 40 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS dan polis di rumahya di Batu 5, Kampung Johan Setia, Klang, Selangor.
Wak dikatakan mampu mengadun minyak pengasih, mencari penawar pelbagai penyakit dan memuja barangan lama bertujuan menghasilkan nombor ekor. Bomoh beristeri 2 dan beranak 10 itu ditahan bersama 14 pelanggannya, 9 lelaki dan 5 wanita (firasat saya, majoriti mesti Melayu).
Disoal siasat pegawai JAIS, Wak mengaku pernah membeli nombor ekor tetapi tidak pernah menang perjudian. Logik akal, jika Wak terbukti berkemampuan meramal tepat nombor ekor memenangi hadiah utama, first prize, mengapa dia harus terus menjadi bomoh? Ramal dan beli, sudah pasti Wak kini jutawan.
Pada tahun 1995, dia dilaporkan pernah dihukum mengikut Seksyen 4, Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana memesongkan akidah.
Jam 9 pagi tadi saya menghubungi Penolong Pengarah Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohamad Hidayat Abdul Rani. Menurut beliau, Wak dibebaskan dengan bon jaminan dan akan dipanggil semula pada 17 November untuk proses melengkapkan keterangan dan siasatan. Tindakan seterusnya akan diputuskan kemudian.
Manakala pelanggan Wak boleh didakwa mengikut Seksyen 46 kerana bersubahat atau Seksyen 52 Enakmen sama kerana percubaan melakukan perjudian. Sabit kesalahan mereka boleh dipenjara 2 tahun atau didenda RM3,000.

“Pernah juga ada ahli politik bergelar Datuk datang minta tolong saya buat agar pengundi suka dia dan dia boleh menang pilihan raya,” dakwa Wak dipetik Harian Metro.
Hu! Hu! Hu! Siapalah dia agaknya, kan? Kalau ahli politik boleh diperbodohkan dek bomoh tua, susahlah rakyat.
Hu! Hu! Hu! Siapalah dia agaknya, kan? Kalau ahli politik boleh diperbodohkan dek bomoh tua, susahlah rakyat.
Photo Harian Metro
mcm2 orang buat nak dpt duit cara mudah. Secara logiknya, macm en mazidul tulis tu la, kalau betul dia boleh dapat nombor, ngape dia tak buat untuk dia sendiri, kan lagi banyak dapat. Tiap2 minggu 1st prize, kan kaya tu...
BalasPadamSkrg semua org nak duit. tak kira cara apa sekalipun. Walaupun dengan menggunakan cara haram dan menipu. Mari sama-sama kita renungkan.
BalasPadamHAHA, mungkin bilal ini bernah terhantuk dek amplifier masa setting mic utk azan maghrib, lantas mengalami dimentia, lalu berubah personalitinya dan mampu menerima visi seperi Professor Xavier
BalasPadamHeh....macam-macam la sekarang ni...orang kita memang mudah percaya ngan bomoh-bomoh ni...nak lagi yang bomoh yang jenis kelentong...bila duit atau body tergadai, mula la menyesal tak sudah...
BalasPadamyang terbabit suma tu ter'buta' hati sebentar.. mujur cepat ditahan.. kalu tak lagi ramai laa yang 'buta hati'..
BalasPadamteringat pepatah yang selalu mak saya cakap.. "limau purut tiga serangkai, buta perut tak dak akai.." :D
Bila umo dh hujung2 sepatutnya lbh dktkan diri pd Allah..
BalasPadamIni plk yg dibuatnya..
Haih~
Terima kasih JAIS,
BalasPadambaru tahu ada BON bon, ingat main saham jer ada BON,
di lembah Klang tak Banyak warga Islam yg main TIKAM, yang banyak warga sana,
oleh itu ada pihak yang kurang suka bila PATI berkurang.
lagipun yang pergi nak menurun itu yang kaya, elok biarkan..
Bro Mazidul,
BalasPadamJgn tak tahu, Kg Batu 8 Behrang Ulu kan ada sorang Tok Moh terkenal. Banyak kali orang kampung nampak artis Malaysia, YB2, Dato2 datang mintak khidmat dia. Memang terkenal betul Tok Moh tu. Kalau tanya keluarga Bro, silap2 diorang pun kenal Tok Moh tu.
Anak perempuan dia ramai. Tiap kali nak kahwinkan anak, dia akan beli no. ekor. Dapat 1st prize. Terus buat kenduri besar2an. Peliknya... mcm mana la dia boleh kena nombor. Lebih pelik lagi dia cuma kena 1st prize bila dia nak buat kenduri kahwin anak dia je. Lucu betul.
...moralnya dari topik diatas adalah orang melayu kita kalau bab tahyul yg boleh memesongkan akidah dan kepercayaan cepat aje percayanya tak pernah berubah dan insaf...dosa ditolak tepi..
BalasPadam...orang dah maju kedepan tapi kita masih dengan hantu dan jin lagi...
Tak patut tajuknya 'bekas bilal...'.
BalasPadamBiarpun memang dia pernah jadi bilal, tapi ia menjejaskan nama bilal keseluruhannya.
Tapi akhbar ada sebab komersil untuk lariskan jualan.
Tapi saya kecewa dengan Wak, sebab dia merosakkan imej bilal.
nak jumpa wak suruh dapat kerja dengan mazidul akmal sidik atau zakiah anas..wak boleh tolong tak...
BalasPadamhttp://pkrpasdap.blogspot.com
Inilah akibat ikut hati, ikut rasa, kalau x mati akan binasa.
BalasPadamApabila khurafat menguasai minda & matlamat menghalalkan cara - Menjadi buta dalam celik, bebal mengatasi cerdik.
MasyAllah ape la nak jd zaman skrg ni, tersesat je la, bila tanyer mcm mane leh jd mcm tu, alasan mudah je die bg, kurang hukum agama... eerrmmm sabar je la den....
BalasPadamyelah mazidul kalau bomoh tu memang betul pandai, dah kaya raya lah dia, bodoh betul orang yang percaya dia.
BalasPadamwak tu memang b***h tapi sebenarnya orang yang ikut/ minta tlg ngan dia tu lagi b***h.
BalasPadamVIC, agaknya tok bomoh tu boleh dapat 1st prize masa kenduri anak dia sebab dia minta sungguh2, time lain minta main2 jer...huhuhu...
AM pernah beritahu seorang kawan yang kaki ekor (kelau bukan kawan, sah sah akan lebam bijik mata),
BalasPadam"kalau nak main nombor tu main je la, tak perlu pergi jumpa bomoh. Dah la berjudi itu berdosa, kenapa ditambah lagi dengan dosa buat benda kurafat, dengan mempercayai bomoh"
Tak cukup dengan jumpa bomoh melayu yang mungkin memulakan pemujaan dengan kalimah bissmillah, ada juga kaki nombor yang berjumpa dengan bomoh siam.
Kalau nak tahu, AM boleh tunjuk tempatnya, di Kajang Selangor. Siap dengan tokong depan rumah.
Ada orang beritahu, antara syarat untuk jumpa bomoh siam (bukan bomoh di Kajang itu) ialah kena jumpa dia, pada hari Jumaat ketika imam sedang membaca khutbah. PUN ada juga orang yang sanggup lakukannya.
Dari maklumat yang AM tahu, terlalu ramai bomoh nombor di Malaysia ini.
Yang terkantoi semalam tu mungkin satu antara ratusan lagi bomoh (termasuk bomoh wanita) yang telah kaya raya makan duit kaki nombor.
Mungkin mereka lebih kaya dari orang yang beli nombor ekor.
www.anak2merdeka.blogspot.com
khurafat macam ni memang patut terus dibanteras, bak kata AM, wak tu mungkin yang terkantoi, yang velim kantoi. Mungkin ini lah peranan kita sebagai sesama Islam jika tahu ada yang mengamalkan ajaran yang salah bolehlah report pada pihak yang berkuasa, insya Allah kita sama2 amalkan amar makruf nahi mungkar
BalasPadamSalam BRO MAZ..
BalasPadamselalu itu ler jugak yg saya luahkan apabila nampak macam2 ramalam di merata ruang iklan..
Kalau yg pandai menilik nombor ramalan guna batu cincin dsb... naper dia sendiri tak beli jer nombor tuh? lojik kan?
hahahaha bengong kali kedua punya kes..
Depa tak buat minyak dagu ker?
BalasPadamRakan saya pernah jumpa Sami menurun minta nombor, Tempatnya pula jauh dalam estet; tetiba... dengan kilat angin, ribut, hujannya mengamok datang! Semua lari lintang pukang. Padan muka nombor ekor tak dapat esoknya demam!.
BalasPadamJangan main kerja menurun ini macam mendekut burung Ruak-Ruak juga!. Penuh Risiko.
Orang Islam wajib menjauhi perbuatan syirik seperti perbomohan ini. Kita bimbang, seseorang itu boleh gugur syahadah dan boleh terkeluar dari Islam, walaupun mereka tidak jangka.
BalasPadamOrang Islam yang lahirnya Islam bukan semestinya akan mati dalam Islam juga. Kalau tidak jaga akidah kita, kita boleh mati dalam keadaan kafir kalau akidah kita sudah rosak.
Akidah kita boleh rosak dalam 3 keadaan sama ada dalam kata-kata, perbuatan atau hati. Contohnya seseorang itu dalam perkataan mengingkari Quran dan Sunnah Nabi. Contohnya seseorang Islam yang memakai salib. Contohnya dalah hati mempertikaikan undang-undang syariat Islam.
Sila lawati blog saya :
www.kadikluang.blogspot.com
tiap kali bila saya temui mereka yang kaki ekor ni saya cadangkan kepada mereka
BalasPadam"engkau duduk depan kedai ekor tu kutip semua duit orang yang nak beli kemudian beli semua nombor atau beli terus kedai nombor ekor tu.... ha..kan dah tentu menang tak payah menurun atau bebomoh-bomoh, tentu menang hari tu atau hari-hari menang"
macamana cadangan tu....
Salam Mazidul,
BalasPadamIt seems extraordinary in modern times that that someone would believe in the power of bomohs to bring him wealth.
We should try the mathematician genius, Charlie Eppes, who work for the FBI in Numb3rs - AXN TV series to use equations to help us get 1st price.
Or roes anyone here knows any bomoh who can give celcom reload code. My handphone is out of prepaid.
Bila seorang manusia tidak dapat menguasai hawa nafsunya, akhirnya nafsu itu akan merendah kan dirinya walau pun pada mulanya dia seorang yang terhormat.
BalasPadam