Jumaat, November 13, 2009

Panggil Saya 'Master'

Saya menerima emel bertajuk 'Tok guru’. Jangkaan awal saya, pasti kandungannya berhubung kisah pemimpin di Kelantan. Namun, ternyata telahan itu meleset.

Menurut penghantar emel, dia sering menerima risalah seperti saya muatkan di entry ini. Kononnya, Tok guru Siam, Sondhi Limthongkul (gambar), jika dihubungi mampu memberikan ramalan nombor ekor. Jika mengikut catatan, nombor ekor terbabit didakwa bakal memenangi hadiah utama, first prize.

Perhatikan juga kaedah digunakan sindiket ini, risalah dihantar kepada orang ramai lengkap dengan testimonial. Lelaki tanpa nama dan bangsa, mendakwa berkerja dengan gaji bulanan RM2,000 sebagai ‘teknikal’ (teknikal?) pada waktu siang manakala malam dia menjual buah-buahan. Dakwanya, wang diperolehi masih tidak mencukupi untuk menyara 2 anak dan kedua ibu bapa. Justeru, dia menghubungi Tok Guru untuk mendapatkan nombor ramalan dan kononnya dia kini menjadi kaya kerana ‘bantuan’ Sondhi. Berikutan itu, kini dia tidak perlu lagi melakukan 2 kerja dan mampu hidup selesa. Seperti tercatat di risalah ini, 20% daripada wang dimenangi dihadiahkan kepada Tok guru, tanda terima kasih.

Dalang di belakang sindiket ini bijak, mereka tahu sebilangan orang Melayu memang tahi judi. Lihat sahaja kedai 4 digit di negara kita, samada terang atau nyata, Melayu antara pelanggan mengunjungi premis sama setiap hari cabutan. Semuanya berharap untuk kaya dengan cara mudah dan cepat.

Jika gagal menang selepas puas mencari ilham untuk membeli nombor, pasti ada terjebak (semua bangsa) menghubungi nombor telefon tertera.

Baiklah.

Saya pantas sedikit, sebelum ada di kalangan kita tertipu, jam 1.40 tengah hari tadi saya menghubungi nombor tercatat. Berikut rakaman perbualan bersama lelaki menjawab panggilan telefon mahukan dirinya dirujuk sebagai ‘Master’.

Mazidul: Hello, ini Sondhi ke?

Master: Hello, you nama siapa?

Mazidul: Zam.

Master: Ok, master Sondhi tengah sembahyang sekarang, saya master juga.

Mazidul: Oh! You boleh tolong?

Master: Dengar sini. Jangan panggil saya ‘you’. Panggil saya ‘Master’! atau ‘Sami’ sebab saya duduk tokong punya.

Mazidul: Sorry, master orang mana? Dengar suara muda?

Master: Master orang Cina Ipoh, Perak, kecil kecil sudah keluar jadi sami. Umur master 45, sekarang tinggal di White Temple, sini Tumpat, Kelantan.

Mazidul: Ok.

Master: Kamu ada berapa anak? Kerja apa?

Mazidul: Lima, 4 lelaki, 1 perempuan. Saya kerja bank.

Master: Kamu ada hutang?

Mazidul: Banyak, hutang rumah, hutang kereta, hutang credit card, hutang mahu kahwin satu lagi ..

Master: Kamu jangan main main sama master! Orang lain tak berani main main sama master kalau mahu master tolong.

Mazidul: Sorry master. Saya banyak kali beli nombor tapi semua tak pernah menang.

Master: Sebelum ini kamu pernah pergi minta tolong tokong ke?

Mazidul: Tak ada.

Master: Begini, kamu SMS kepada master nama penuh kamu, tarikh lahir dan alamat rumah. Nanti master tengok, kamu ada nasib ke tidak.

Mazidul: Upah master macam mana?

Master: Itu kemudian, bila you sudah ada nasib, nanti master cerita.

Mazidul: Ok, terima kasih.

Biarpun dia tidak berbicara berhubung upah saya percaya ada udang di sebalik batu di sebalik penyebaran risalah terbabit. Maklumlah, mencetak ribuan risalah bukan percuma.

Pasti saya bakal menerima komen mempersoalkan mengapa kerajaan membenarkan premis perjudian beroperasi di Malaysia? Itu soalan klise. Jawaban, tanya kerajaan, jangan tanya saya kerana saya bukan kerajaan. Apa saya tahu, Islam melarang keras penganutnya berjudi, jadi mengapa harus terbabit dengan satu daripada kegiatan berdosa besar itu? Noktah.

26 ulasan:

  1. Hehehe... Saya rasa kan bro,
    Mesti satu masa dulu master cina ipoh ni pernah mintak no. ekor kat master Sondhi. Sekali master Sondhi cakap dia takde nasib menang nombor ekor. Tapi nasib dia akan jadi sami jugak. Kebetulan Master Sondhi nak pakai assistant. Takkan nak buat iklan jawatan kosong plak. Si Master Cina Ipoh ni terus la jadi tok sami, tolong master Sondhi ni kelentong orang2 Melayu. Tok Sami pun kene kelentong, inikan plak si kaki judi. ekekekekkeek

    BalasPadam
  2. VIC, paling best siap marah saya tu, suruh panggil di master.

    Tadi selepas bercakap dengan dia saya SMS kan nama, Zamhuri Hassan, tarikh lahir 1.10.67 dan alamat.
    Tengoklah, mana tahu nasib baik :)

    BalasPadam
  3. Ok bro. Jangan lupa bagitau apa jawapan dari master Sondhi. Teringin gak nak tau apa nasib Zamhuri ni. heheheheh

    BalasPadam
  4. Pernah jumpa,
    ditampal tepi tiang deretan kedai, basstand Kota Bharu, bila baca alamat Kangar, nampak jauh sangat.

    BalasPadam
  5. Saya banyak menerima aduan perhubung kegilaan orang Melayu berjdudi di Kedah (bukan semua Melayu.

    BalasPadam
  6. Saya pernah dpt risalah ni. Diorg taruk kat wiper kereta. Tp yg saya dpt lg best..testimoni dia sah2 muka melayu..nama melayu. Tak tahu lah gambar pakcik mana yg jd mangsa tu.

    BalasPadam
  7. Di Kelantan masih ada (sekelompok)yang amalkan berjudi nombor, dalam sebuah kampung ada sebuah warung kopi, tempat melepak dan mengumpul sms untuk dibeli/hantar ke Jerteh.

    BalasPadam
  8. Zeq, sekarang ini nombor ekor boleh dibeli di pasaran gelap. Itu saya kata, di antara nampak atau tidak sahaja.

    Lagi ditegah, lagi keinginan melonjak.

    Semua ingin kaya beb!

    BalasPadam
  9. Cuba engkorang pakat pakat call nombor sama, dengar pula apa respon si Master.

    Lepas itu catatkan di sini. Kan menarik kalau dikongsi. Ada berani??

    BalasPadam
  10. best artikel kali ni. isu yg bagus utk dikupas. bro mazidul saya ada panjangkan isu yg sama di blog saya.

    jemput singgah http://www.firdauz.net

    BalasPadam
  11. pernah dapat risalah macam ni...tapi geleng kepala sahaja la...macam-macam la sekarang ni...huh

    BalasPadam
  12. Bro..aku dari kedah,pernah aku ikut kawan2 yang bermain judi ke port hutan pisang di tengah sawah,dalam belukar di tepi sungai.
    Tapi dia orang nih bermusim juga bila sabung ayam dia orang tukar lak.jangan terkejut polis pun ada terlibat.Lokap gn denda tuh dah banyak kali tapi tak makan saman. Aku follow sebab nak lepak dengan diaorang bosan kat rumah, tapi aku tak bermain sebab aku tak berminat dengan judi.


    Biasanya aktiviti rancak bila musim menuai. Kuda tuh boleh kata saban hari.Sama ada berlesen atau tak. Pernah ada kejadian seorang yang memenangi hadiah first prize tokey nombor ramalan haram nih lari.

    Aku pernah ikut pemujaan nombor ramalan nih, guna ayat al quran bila selesai upacara tuh masing masing pun telek lar nak tengok nombor yang kononya muncul.masing-masing dapat nampak bila diaorang suruh aku tengok, aku tak nampak pun, puas aku tenung last sekali pura pura lar aku nampak.teringat nujum pak belalang.

    Aku follow pun sebab nak pegalaman, sebab aku tak berminat pasal judi.Tapi kedah sekarang popular dengan air ketum.

    Siap ada yang buat ladang lagi.Harga daun ketum semakin meningkat last sekali bila aku balik kampung harga dia sekilo RM30, aku pun minum air ketum untuk ilangkan lenguh2 badan tapi asli lar buat sendiri.Itu pun bukan hari2. Air dia juga bagus untuk ubat cacing jimatkan?

    Tapi ada juga orang salah guna.Kawan aku nih dia campur ubat nyamuk,racun tikus,tahi lembu dan racun rumpai.Ada cara dia nak campur supaya tak mampos.Realiti orang melayu yang genius tapi bodoh.Ada yang pelawa aku minum.tapi aku tak nak sebab aku geli geleman.Ha3... save for another day.

    BalasPadam
  13. Pengalaman saya bekerja satu ofis dgn sorang kakak (lewat 50-an masa saja join tu), masih single dan memang membeli no ekor dgn selamber saja di depan kami yang jauh lebih muda dari dia.

    Mula-mula saya rasa sangat takut nak kawan dengan dia, tapi dia selamba jer berkawan, kuar lunch sama-sama, tapi bila balik dari foodcourt, leh plak singgah kat kedai nombor... dan kami tinggalkan dia di situ..

    apa yang mampu kami buat ketika itu? geleng kepala sambil saling memandang dan keadaan itu berlarutan utk beberapa tahun sehingga kami sudah tidak heran lagi..

    Dia tiba-tiba berhenti bila dia secara tiba-tiba pergi buat umrah, beberapa ketika pastu resign..

    Wallahuallam keadaannya sekarang (dia belum kahwin, itu yang pasti)

    Main judi, no ramalan sudah jadi darah daging dan kemestian bila sudah terjebak..
    Yang pasti TIADA ORANG KAYA dgn BERJUDI.. duit panas..

    BalasPadam
  14. Baru minggu ini saya dapat surat dengan risalah yang sama. Jauh tu alamatnya. No.1688 Kampung Pepatu, Jalan Sri Maju, Pedang Besar 02100 Perlis.

    No Telefonnya ini 013 529 0197 dan 012 512 8791. Ada gambar Sami Wat Palini Sam.

    Bolehlah kut! kalau nak kaya cepat, kontak nombor di atas!.. moh! esok kita tikam empat nombor ekor itu!

    BalasPadam
  15. Di Langkawi ni lain skit. Ada sami yg kononnya pangkat ke-3 tertinggi dari Thailand datang melawat ke pulau ini. Ramai yg datang menyambut, melihat atau meraikan kedatangannya.

    Yang paling menarik adalah ada segelintir orang melayu beragama Islam (sbb yg melayu tak "Islam" pun ader) sanggup membaling IC masing-masing dengan harapan dipijak oleh sami tersebut konon dapat berkat.

    Kereta yg dinaiki sami tersebut pun tokey ekor haram tak jual nombor tu.

    Haru sungguh...

    BalasPadam
  16. cik Mazidul,

    risalah yang sama kerap saya terima setiap bulan .. yang menghairankan tu dorg ni pos siap taruk nama arwah abah saya pulak tu.. yang lebih menghairankan risalah2 ni sampai lebih kurang 3 tahun kebelakangan ni.. (selepas arwah abah meninggal)

    mana dorang dapat nama dan alamat agaknya? dah tu pos tiap2 bulan.. dah sah2 takder respon tetap dihantarnye.. (ker Master ni dapat diskaun beli setem & envelope??. :P)

    BalasPadam
  17. salam, ptg td baca entri ni, tak tahu nak komen apa. so diam je la. Lps mghrib td sebelum keluar, saja buka mail box, rupa2nya kat rumah sy pun diaorang ltk. Mungkin kt rmh2 lain pn sama. So saya rasa perkara ni di dalangi pihak yg sama. Td tak sempat nk baca detail sebab tergesa2 nk keluar, cuma yang sempat saya baca, alamat di kedah dan testimoni, org india.

    hai, macam2 cara org guna nak menyesatkan org lain, nauzubillah

    BalasPadam
  18. Kepada yg beragama ISLAM :-
    Judi itu HARAM, maka HARAMkanlah langkahan kaki & anggotamu ke arah itu.

    Hasil judi itu HARAM, maka janganlah kamu memakan hasil yg HARAM lagi jijik itu.

    Manusia mudah lupa kpd TUHANnya apabila visinya berpaksikan MATLAMATnya yg MENGHALALkan caranya sedangkan ALLAH SWT secara terang-terangan mengatakan : "sesungguhnya yang HARAM itu jelas dan yang HALAL itu jelas dan diantara keduanya terdapat perkara syubahah yg meragukan"

    Saya mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana benar-benar maksudkan kata2 ini :-
    Anda--> saudara muslim & muslimat yang terlibat, anda memang memBODOHkan diri kerana kalau Sami tu benar2 hebat mengatasi Allah swt yg maha MENGETAHUI, dah lama dia KAYA!

    Saya mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana benar-benar maksudkan kata2 ini :-

    BalasPadam
  19. salam bro, ada juga risalah mcm ni sampai ke rumah...testimoninya seorang ibu tunggal melayu tak perlu kerja keras lagi utk menanggung anak2 berkat (berkat???) gunakan khidmat master...wow kena cari mak janda ni boleh gak menumpang kasih...

    sesuatu yg perlu kita renung...
    akhbar2 melayu sendiri menggalakkan judi ekor ni dengan menyiarkan keputusan2 4D...bersepah juga paparan iklan untuk dapatkan keputusan 4D melalui SMS...patutkah?

    memanglah tauke2 judi bayar sykt. akhbar utk siarkan iklan2 tu, tapi tak bolehkah akhbar2 ni yg majoritinya dibaca oleh melayu islam menjalankan tanggungjawab sosial utk menolak dari menyiarkan benda2 haram jadah ni... haramxsdxdsdxxwsq...

    maaf bro, emo sikit

    BalasPadam
  20. sy selalu dpt risalah melalui pos biasa, surat menyurat letak nama bebukan, dia tulis alamat kat kedah, perlis dan pulau pinang

    testimoni2 dlm tu rasanya smua tipu belaka utk memerangkap org yg terdesak

    BalasPadam
  21. PN Liza,

    antara judi dan Rasuah sesama HARAM,

    tetapi dari segi peradaban kesan sosial RASUAH lebih teruk., kerana berantaian.

    Judi,
    bila kalah, pokai, mencuri duit keluarga, cederakan atau membunuh seorang dua, samada anak atau isteri.Taubat kepada keluarga dan ILLAHI, mereka kenal keluargga mereka. Penjudi tak pernah senang duit tak halal tak banyak masuk Perut.

    Rasuah,

    songlap duit juta2 melibatkan WANG rakyat. Jika selewang checklist, service dan structuk bangunan boleh mengakibatkan berpuluh-puluh nyawa melayang (paling tidak 3 orang)
    Kepada siapa Perasuah ingin minta HALAL duit rakyat, siapa mewakili Menteri Kewangan???.

    Sebuah organisasi akan jatuh muflis.

    Wang rasuah seolah duit tersepak,dalam jumlah yang banyak, belanja kekasih gelap, sudah semestinya sesuku diberikan kepada keluarga, berapa banyak masuk Isi perut, mesti banyak berbanding menang TIKAM.

    Belanja kawan-kawan..(saham di sana lagi )
    turut belanja rakan sekerja macam air (dek duit senang dapat).

    Menggalakkan enjoy yang tak bertepi.

    Moralnya dua2 HARAM, cuma kesan Rasuah lebih besar dan terasa, berbanding judi.

    BalasPadam
  22. teman pun selalu sgt dapat risalah2 ni. yg peliknya dihantar ke kedai teman. teman cuma register nama teman beralamat kedai di suruhanjaya sykt malaysia dan majlis daerah tanjong maim je.

    ermmm...

    BalasPadam
  23. Salam kat semua
    Ipoh lagi..haiya..bikin malu saya orang ipoh saja..itu master talak kilija lain selain menipu olang ka?

    BalasPadam
  24. Saya pun baru dapat risalah ni dan saya ada call.tokcai kata selepas sembayang nasib saya ada awan hitam klu mau hilangkan awan hitam kena beli barang berharga semua harga 98 di suruh bank in.saya dah bank in 98 lepas tu pembantu tokcai ni kata dia sudah sembayang tpi yg sembayang tokcai dtg dari thailand siap bagi nombor ramalan dgn sekeping gambar tokcai dari thailand dia kata tokcai tersebut tokcai yg tinggi darjat di thailand.saya call balik dia kata nombor yg dia bagi masih berpusing2 klu mau dia statik kena bagi 680 untuk beli pasir sakti dari thailand tpi klu d pikirkan baik2 apa salahnya klu betul nombor tu keluar tempat pertama kita blh beri saguhati kat tokcai tu klu betul no tu kena.satu lagi kenapa tokcai tak beri ja no tu kena tanpa minta apa2 kat kita.tau la kita nak beri saguhati klu betul iklas tokcai tu nak tolong betul tak

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.