Pada tahun 2000, mahkamah tinggi Bangladesh membuat keputusan, pelacuran ‘is not illegal’ (legal) sedangkan 85% daripada 156 juta penduduk negara itu, Islam. Malah ibu negara Bangladesh, Dhaka, dikenali sebagai ‘City of Mosques’ menggambarkan betapa banyaknya masjid didirikan di kota itu.
Dilaporkan 14 ‘brothels’, rumah pelacuran, beroperasi di negara sama. Terbesar, Daulatdia, terletak di pertemuan Sungai Jamuna dan Padma menempatkan lebih 1,600 pekerja seks bertugas melayan nafsu lebih 3,000 pelanggan setiap hari dengan harga semurah RM2.50 bagi satu sesi.
Anak kecil dari kawasan pedalaman berusia purata 14 tahun dilapor diculik, diseludup dan dijual kepada sindiket, dipaksa melacur. Mereka digelar pekerja seks ‘bonded’. Cukup tempoh dan wang, mereka dibenarkan menebus kebebasan. Pada masa sama terdapat juga pekerja seks ‘independent’, gadis dan wanita dewasa menawarkan seks untuk menyara kehidupan secara sukarela.
Brothel, rumah didiri menggunakan zing dan papan. Jika dilihat melalui Youtube, kelihatan sempit, kotor dan uzur. Setakat ini wartawan wanita British Broadcating Channel, Claudia Hammond pernah membongkar kisah suka duka pekerja seks wanita dan kanak-kanak mengikut perspektif beliau.
Keluhan majoriti pekerja seks di Bangladesh, 'give me death or give me freedom'. Mereka hidup terseksa, itu luahan sebenarnya. Bayangkan, jika ibu 'melayan' pelanggan, anak disuruh tidur di bawah katil atau bermain di dapur.
Saya berusaha menghubung beberapa pertubuhan bukan kerajaan, NGO, di negara itu untuk mendapatkan kerjasama, setakat ini tiada respon positif diterima. Apapun, jika tiada aral melintang, saya dan krew akan ke Dhaka di antara 26 dan 30 November akan datang untuk membuat liputan berhubung pekerja seks terbabit dan laporan akan disiarkan pada 6 Januari 2010 mengikut perspektif 360.
Saya akur, tugasan kali ini lebih berat namun sedaya mungkin saya akan berusaha menghasilkan laporan terbaik, InsyaAllah.

Really pity of them ...
BalasPadamRm2.50 ??? itu ke harga maruah wanita ???
Mengapakah sehingga perlu korbankan tubuh ....
Apa nak jadi dengan dunia sekarang .....
Thx Mr mazidul for share with us this issues ..hope u have a safe journey.
Mazidul....kisah pelacuran di Bangladesh ada betulnya tetapi telah diperbesarkan oleh satu pihak untuk menggambarkan satu penghinaan terhadap negara orang Islam. Pihak musuh Islam membuat kesimpulan bahawa, walaupun orang Islam di sana ramai tetapi maksiat tetap berjalan.
BalasPadamKalau kita tengok negara kita sendiri, pelacuran tetap ada tetapi tidak diperbesarkan sangat. Saya boleh bawa Mazidul untuk tunjuk sendiri tempat pelacuran di negeri Johor ini, kalau Mazidul nak saya bawa bukti. Ada banyak hotel 'ayam' di tengah bandar. Ada orang luar nak sewa hotel, tersilap masuk ke hotel ayam ini.
Kalau di Malaysia pun, pelacuran tidak dapat dihapuskan terus, inikan pula Bangladesh yang rakyatnya lebih banyak masalah ekonomi untuk meneruskan hidup mereka.
www.kadikluang.blogspot.com
Realitinya pekerjaan tertua di dunia masih mengekalkan 'ranking 'nya di negara tersebut.
BalasPadamTahniah untuk Bro kerna sehingga hari ini..nilai blog anda :
This Website Value
$1,491
sumber http://www.yourwebsitevalue.com/details/m/a/z/mazidulakmal_blogspot_com.html
Salam,
BalasPadamMaaf, saya nak melencong sikit dari topik. Nak mohon bantuan en mazidul sebenarnya. Mcm mana saya nak kontek dgn en kamal effendi??? sy nak jemput dia ke program sy kat penang. Sy dah tinggalkan pesan pada blog dia tp xde respon. Boleh tolong sy x?? Minta tolong bagi no kontek dia atau apa2 yang boleh sy hubungi dia. Ni emel sy pok_ya02@yahoo.com Hp sy 0124005546 @ 013 4245845 @ 0194702425. Tq.
semoga bro Maz selamat pergi dan pulang....amin (^_^)
BalasPadamabg mazidul,
BalasPadamsetinggi-tinggi penghargaan buat abg yg sedaya upaya mengupas pelbagai isu yg telah dapat membuka mata dan fikiran serta memberi pengetahuan baru kepada masyarakat kita. semoga hidup abg diberkati Allah...InsyaAllah=)
Banyak berlaku di depan mata kita, luarannya nampak islam, tetapi di dalamnya bercampur gaul.
BalasPadamPenilaian Allah terhadap sesuatu kaum itu ialah, apa yang ada 'didalam', bukan diluaran.
Bangladesh mungkin terlalu jauh. Kita boleh lihat negara jiran kita Indonesia, yang merupakan negara Islam terbesar di dunia. Apa jenis maksiat yang tak ada di Indonesia? Pergi pula ke Banda Aceh yang mendapat jolokan Serambi Mekah, semua ada... 'just name it'
Sebab itu, 'trade mark' islam, tidak semestinya mereka benar-benar mengikut ajaran islam dan tidak semestinya mereka akan masuk syurga.
Apapun AM rasa, pendedahan tidak akan menjadikan mereka lebih baik jika tidak disusuli dengan 'bantuan' yang sewajarnya. Cuma yang pasti, ianya boleh kita jadikan pedoman.
www.anak2merdeka.blogspot.com
tahniah...satu lagi kupasan yang menarik untuk 360.
BalasPadamsaya merupakan pelajar ipta mula mengikuti blog ini setelah diperkenalkan oleh pensyarah saya. semenjak dari iut, setiap entry yang dipaparkan tidak akan terlepas dari bacaan saya. malah rancangan 360 juga akan saya ikuti saban minggu. selamat berjaya abang mazidul.teruskan usaha anda dalam memberikan yang terbaik untuk tatapan umum.
Negara terus akan susah dan tiada barakah....firman Allah yg bermaksud;
BalasPadam“… dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa bertawakal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.” (At-Thalaq : 3-4)
catatnhamba.blogspot.com
salam...
BalasPadamkesian... nampaknya dunia dah kembali ke zaman jahiliyyah - martabat wanita kembali diletakkan di tapak kaki
Saya pernah ke Dhaka sekitar tahun 1999. Kebetulan pesawat saya yang dalam perjalanan ke Dubai transit sebentar ke Dhaka. 1st impression tiba di lapangan terbang Dhaka, amat terkejut!!! Lapangan terbangnya lebih sadis dari terminal bas Puduraya pada waktu itu. Malahan, dalam kawasan lapangan terbang terdapat ramai petani bercucuk tanam siap dengan kerbau dan lembu. Langsung tiada ciri2 keselamatan. Apa taknya, kepal terbang lalu sebelah je dari petani dan kerbau. Sampai hari ni saya rasa itulah lapangan terbang paling lucu yang pernah saya lihat. Tapi Dhaka dan pelacuran, pertama kali saya dengar. Tak sabar nak tau perkembangan siasatan Bro Mazidul.
BalasPadamWintergurl, kehidupan di Bangladesh jauh berbeza berbanding di Malaysia.
BalasPadamSemasa membuat liputan di Pelabuhan Klang, saya dimaklumkan, gaji pekerja hotel biasa, 1000 Thaka sebulan, maksudnya hanya RM50.
Jadi tidak hairan jika servis pelacur hanya RM2.50 sahaja.
Khalil, saya percaya skala industri pelacuran di Bangladesh terlalu jauh bezanya berbanding di Johor.
Ajahare, terima kasih menyediakan perincian nilai blog ini.
Ainul, saya telah hantarkan no Kamal Affandi ke emel awak.
AM, 360 akan melihat antara usaha NGO tempatan. Menariknya kadar jangkitan AIDS di sana dilaporkan terlalu rendah, 1% berbanding bilangan pekerja seks terbabit.
Rul, terima kasih kerana terus sudi melayari blog ini. Jika ada bahan baik, gunakan, jika sebaliknya tingalkan.
VIC, nanti saya rakamkan keadaaan terkini lapaangan terbang Zia.
Sdr Mazidul
BalasPadamKetika jalan-jalan di Bangladesh nanti jangan seorang-seorang kut! banyak ceriteranya!.
Telah lama dulu saya ke Johor Bharu ramai sangat Mak Nyah di sana, aktivitinya di semak-semak pun okey!. Sekarang mungkin berubah.
Menjejak maksiat terutama perlacuran ini sungguh mendebarkan. Ada yang sampai ke tua gila sekodeng hakikatnya tak nampak mana pun.
Jika ada kalangan pencegah maksiat rajin menulis blog pasti menarik. Apatah lagi yang dijejak itu orang kita kenali. Pasti penuh drama.
Agar Sdr Mazidul mendapat pengalaman yang menarik di Bangladesh nanti.
Tidak sesuai jika sesuatu tempat itu dipenuhi penganut agama islam, tetapi kegiatan pelacuran di halalkan sedangkan dalam agama islam itu sendiri telah di beritahu bahawa seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah adalah haram.
BalasPadamsemoga kupasan krew 360 berhubung kisah ini akan membuka mata pihak yang berwajib untuk menghuraikan permasalahan ini.
BalasPadamBro, bila I can send my passport? I can speak urdu. Ehh diaorang cakap bahasa apa yek? lols. .
BalasPadamBro, menarik juga jika betul kadar jangkitan HIV di Bangladesh hanya 1%.
BalasPadamAM teringat kisah yang bro tulis dalam blog ini sedikit masa dulu, yang ada menyebut "tak sampai 1 minit". AM lupa tajuknya, tetapi kalau tak salah kisah pelacuran.
Kalau begitulah kenyataannya, patutlah mereka tak kena jangkitan HIV. Tak sempat 'cecah'... hehehe
www.anak2merdeka.blogspot.com
Sdr Bazrul Nazlan katakan memang benar, jika kita mula menegah kemungkaran ini siapa lagi.
BalasPadamApatah di negara Islam pun para pelacurnya juga ramai yang beragama Islam.
Islam yang bagaimana ini?.