Sabtu, November 21, 2009

Lelaki Dicabul Perempuan

Kerap kali kita mendengar kes perempuan dicabul lelaki.

“Ada juga lelaki mendakwa dicabul perempuan. Siap datang ke balai buat report”

Itu kenyataan pegawai polis, sebelum ini bertugas di bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor, ketika saya temui di Hotel The Zon.

Menurut beliau, perempuan dicabul lelaki boleh disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan dia boleh didenda dan dipenjara.

“Ada kes pernah dilaporkan, perempuan mencabul rakan serumah boyfriend dia, masa itu boyfriend tak ada di rumah. Dia masuk, ternampak kawan boyfriend baharu keluar bilik mandi, pakai tuala. Mungkin geram sangat, dicabulnya lelaki tu,” jelasnya lagi.

Tetapi usah terkeliru, gambar saya muatkan di tempelan ini bukan perempuan dimaksudkan. Lynn antara mereka menyertai ‘gathering’ bloggers di Restoran Singgah Selalu, jam 8 malam tadi.

Kata orang tua, rezeki usah ditolak. Makanan, ‘Bihun Kari Ketam’ dibelanja dek taukeh restoran, Razali Awang, 51 tahun, kawan baik Hazrey (gambar teratas di tempelan bawah).

Terfikir, apa kata jika bloggers di Lembah Klang menganjurkan perhimpunan di kalangan kita?

Kawasan perkelahan air terjun di FRIM, Sungai Buloh, lokasi menarik. Sambil berborak, ahli keluarga boleh bermandi manda. Makanan, ‘pot luck’, setiap blogger dan keluarga boleh menunjukkan bakat memasak dan membawa makanan dan minuman, kemudian kita kongsi bersama.

Ada sesiapa ingin menawarkan diri menjadi penganjur?

23 ulasan:

  1. Salam BRO MAZ...

    dunia akhir zaman sudah terbalik.. dah terdesak agaknya, sanggup cabul lelaki... kuat sangatkah? lelaki tak mengelak? tak lari tak jerit? tewas dek wanita?

    cuma berani report ke balai polis saja?

    Apapun tahniah kerana terlaksana juga mini gathering di JB.. ada gak ler wakil wanita, syabas LYNN...

    gathering di Lembah Klang..? idea menarik... saya pernah beberapa kali sertai..
    Ada macam2 cara.. samada di taman bunga, santai, restoren makan-makan dll..
    tapi cadangan BRO MAZIDUL pun suatu idea baik, konsep kekeluargaan itu yang paling serasi dengan kebanyakan kita... sebab TELUS, leh bawa pasangan....so tiada ragu, kan?

    BalasPadam
  2. Bertuahnya sang lelaki yang kena cabul itu.

    Azie,
    telus??

    BalasPadam
  3. perempuan sebagai pencabul? Confirm terlebih dos gatal. Dan confirm jenis tak tahu malu

    Gathering bloggers lembah Kelang? Confirm happening. Insya Allah kalau kena dgn tarikhnya nak sgt join

    BalasPadam
  4. Kalu ada yg sanggup jadi penganjur, jangan lupa jemput saya.. Saya teringin nak jumpa Sdr ZEQZEQ yang konon citer, seorang yang sangat unik tapi funny... heheheh... ada berani BRO?

    BalasPadam
  5. Mungkin ada kes lelaki di cabul wanita. tapi kes terpencil. jarang juga kluar berita. hehe.

    BalasPadam
  6. nak join nanti kalau ada gathering bloggers area Lembah Klang...kalau boleh buat hujung minggu sama ada hari Sabtu atau Ahad...

    BalasPadam
  7. Semua, macam mana kalau saya cadangkan Azrul Hisham mejadi penganjur dibantu Zeq.

    Mereka bersemangat tinggi, lulusan universiti dan masih bujang. Boleh mencuba bakat mengkoordinasikan majlis.

    Sila catatkan respon anda semua, setuju atau tidak?

    BalasPadam
  8. Alasan kerja yang tak menentu, kena tolak, cadangan Sdr Mazidul. Maaf.Ampun. heee.

    BalasPadam
  9. cik Mazidul,

    saya stuju cadangan tu... buat laa time cuti skolah ni.. saya bleh join skali.. :)

    BalasPadam
  10. hope ade yg sudi menganjurkan... tarjet selepas habis musim hujan @ mengawan.. insya'lah ade mase free

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  11. Terfikir, apa kata jika bloggers di Lembah Klang menganjurkan perhimpunan di kalangan kita?

    setuju dengan cadangan tuan tanah....

    BalasPadam
  12. kalau perempuan mencabul lelaki.. kes mcm cerita senario la pulak kes perogol bersiri perempuan hehehe. mcm2 dunia skrg ni. mesti perempuan tu dah gian sgt.

    bagus jga di buatkan gathering sesama blogger boleh lah berkenalan.

    BalasPadam
  13. setuju en maz,

    adik azrul, jgn tolak ye, inilah masanya untuk membuktikan kemampuan awak. Publisiti besar2an nanti....

    BalasPadam
  14. td tak perasan ada nama ZZ, en maz, sy sokong,

    ZZ, jgn tolak, nanti tak tahu arnab ngn kancil sape mnang...kihkihkih...tak de kaitan

    BalasPadam
  15. setuju je dengan cadangan tu..mesti best kalo jadik...mmg nk sangat jumpa abang mazidul..nk amik gambar sesama..maklumlah rupa lebih kurang ngan saya je hehehe

    BalasPadam
  16. ZEQZEQ...kalu rasa nak telus, bawa lah pasangan, jika tidak, buat gathering di kelab persendirian jerr..

    Setuju jika AZRUL salah seorang penganjur..tapi ragu-ragu dengan BRO ZZ..takut dia tak tidor malam, pastu pagi hari program, dia ilang tak timbul-timbul...hahahhaha...

    terjun tasik cari kura-kura ROSENANI...hehehe

    BalasPadam
  17. Ha, azrul... kak vic pun setuju kamu je yang jadi penganjur. Jangan lupa updatekan kami info pasal gaythering- eh silap gathering tu ye.

    Tentu seronok dapat jumpa bloggers dan fan mazidul yang lain2 live!!

    BalasPadam
  18. Senyuman adalah ibarat perhiasan batin yang membaguskan perhiasan lahir yang kurang cantik.Senyuman dapat menaklukkan hati yang bengis,sanggup menundukkan orang yang keras kepala.

    BalasPadam
  19. Mungkin ramai lelaki pernah menjadi 'mangsa' dicabul oleh perempuan.

    Tetapi kelihatan 'bodoh' kalau ada yang mengadu ke balai polis. Sebab itu jarang kita dengar kisah lelaki kena cabul.

    Hakikatnya, mungkin ada lelaki yang pernah berdoa agar dicabul oleh wanita hehehe

    Gathering, wow..idea bagus. Apa kata kita buat di homestay Mazidul? Perbelanjaan makanan kita kongsi bersama. AM boleh sponser mineral water (yang murah-murah je)
    :):)


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  20. Kes cabul tu memalukan kaum wanita... X setuju dgn kerakusannya!

    Gathering tu merapatkan ukhuwah sesama kita ... SETUJU!

    AM : Air mineral tu kalau nak murah lagi halalan toyyiba carilah Kak Liza ok, InsyaAllah...

    BalasPadam
  21. Rasanya lelaki yang tercemar terunanya lantaran dicabul perempuan ramai yang berdiam diri & malas nak war-warkan.

    Alasannya tak luak apa-apa pun!.

    BalasPadam
  22. ehh...baru perasan bro Maz cadangkan saya jadi penganjur...patut la kak Diana tanya tadi kat blog saya..hehe

    Kena tanya bro Maz jugak bila bro free...bab penganjur tu saya takde masalah...saya cadangkan hari ahad kalau boleh...

    bab tempat tu, cadangan bro Maz kat FRIM Sg.Buloh tu ok gak...

    sekarang ni nak cari tarikh yang sesuai je... :D

    BalasPadam
  23. fuyyo...lelaki tu mesti best kan, tapi nape pulak dengan pompuan tu ek? Ntah2 x de laki suke kat die kot tu yang dessaprate sangat

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.