Hebat! Hebat! Hebat!
Itu komen saya setelah membaca blog Budak Gigi Rabbit. Mana tidaknya, SATU entri sahaja mengundang lebih 1700 komen, majoriti dicatatkan oleh remaja.
Saya difahamkan, individu tidak bertanggungjawab telah menciptakan, created, blog itu menggunakan gambar dan nama gadis berusia 14 tahun, berasal dari Johor, Amira Afiqah.
Entri terbabit mengutuk penyanyi k-pop (Korean pop), Yo Seob. Terus terang, saya tidak berminat menonton filem terbitan Korea jauh sekali mengenali penyanyi kelahiran Korea menjadi kegilaan sebilangan remaja Malaysia.
Mengikut logik akal, JIKA Amira pemilik sebenar blog terbabit, pasti sudah lama dia memadamkan entri pertama dan kedua di dalam blog. Hamburan kutukan, kecaman dan ugutan pembaca bukan kepalang, penuh kebencian.
Kini saya tahu, selain isu mutu perkhidmatan di sebilangan hospital kerajaan, gay dan lesbian, peminat k-pop juga tidak boleh disentuh.
Barangkali menyedari komen dilontarkan keterlaluan, sebilangan komen dipadamkan tetapi blogger, juga wartawan, Hazrey LEBIH awal telah membuat salinan berhubung komen dicatatkan sebilangan pembaca.
Great job bro!
Laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, Johor Bahru, Johor, baca entri ditulis oleh Hazrey di sini.
Setelah meneliti blog terbabit, beberapa fakta mampu disingkap.
Blog diciptakan pada Isnin, 5 Disember dan entri pertama dipaparkan pada jam 5.01 petang.
Komen pertama diterbitkan pada jam 5.11 petang. Hebat! Hanya dalam tempoh kira-kira 10 minit selepas entri PERTAMA blog dipaparkan, sudah ada pembaca menghantarkan respon kepada pemilik blog mengutuk k-pop itu.
Komen pertama itu dilontarkan oleh blogger aiman fanboy k-pop.
Blogger berusia 18 tahun berasal dari Terengganu itu didapati banyak menulis dan memuatkan bahan berhubung k-pop di blognya.
'Jin siber' saya memaklumkan sebahagian butiran diri dia, sebahagian lagi tidak saya dedahkan.
Saya sama sekali tidak mendakwa dia sebagai pemilik blog Budak gigi rabbit, cuma saya berasa agak hairan, bagaimanakah dia mampu memperolehi alamat blog baru diciptakan dalam tempoh 10 minit sekaligus mencatatkan komen dan kemudian diterbitkan? Amat saya hargai jika dia sudi menghubungi saya dan berkongsi maklumat itu.
Kepada pelayar blog terbabit, peringatan saya mudah. Kita boleh diheret ke mahkamah jika didapati melontarkan komen bersabit 'ugutan jenayah' mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Ugutan jenayah, kenyataan berbentuk ancaman terhadap tubuh badan atau harta benda.
'Aku toreh muka engkau dengan pisau', satu contoh jelas ancaman terhadap tubuh badan.
Terbaru, blogger menggunakan nickname Pocoyolala didapati cuba memohon maaf di atas komen dilontarkannya sebelum ini dan memanggil Hazrey sebagai 'Pak cik'.
Sesungguhnya sahabat saya itu sudah tua di mata mereka, tidak seperti Yo Seob.
Terbaru, blogger menggunakan nickname Pocoyolala didapati cuba memohon maaf di atas komen dilontarkannya sebelum ini dan memanggil Hazrey sebagai 'Pak cik'.
Sesungguhnya sahabat saya itu sudah tua di mata mereka, tidak seperti Yo Seob.
Barangkali sebilangan pembaca akan berkata "maafkan sahaja pemilik dan pelontar komen blog itu".
Jika mereka dibiarkan begitu sahaja, di manakah keadilan untuk Amira? Sia-sia tangisan, kesedihan dan tekanan ditempuhi dan ditanggung oleh pelajar tingkatan 2 itu?
Setakat ini saya difahamkan oleh PAK CIK Hazrey, polis akan meneruskan siasatan dan laporan dikemukakan semalam tidak akan ditarik balik.
InsyaAllah, dengan kesungguhan pihak berkuasa pasti mampu mencari identiti sebenar pemilik dan penulis blog berjaya menghura-harakan keadaaan dan mencetuskan tekanan terhadap Amira.
Apa pun saya masih gemarkan lagu dondang sayang!
Alah emak! Kahwin kan aku ... ala dondang sayang
saya dh usulkan pada inchek hazrey utk wujudkan plak H-Pop (singkatan utk hazrey pop) selepas blog dia kini penuh dgn budak2 yg "hebat2" belaka nih minta maaf pd dia dan anak sedaranya
BalasPadamKalau tiada yg beri pengajaran pd yang ingus belum kering ni, sampai bila pun x der nak belajar...muda mudi anak remaja kita dah teruk terpesongggg...
BalasPadamDierang ni berfikir guna mulut. Owh, dlm kes ni, berfikir guna jari. Ingat lagi, dulu peminat-peminat Dato CT pun akan melenting kalau ada org cuit sikit je penyanyi kesayangan mereka. Fanatik gila.
BalasPadambila baca blog tuh kelmarin, saya rasa kesal bila baca komen2 yg ada. itukah sikap budak2 remaja masa kini???huhuu
BalasPadamSebenarnya nak ugut sapa? Amira kah? Pakcik Hazrey kah?
BalasPadamatau KPop tu?
banyak yang tersirat nih
SMTI.
BalasPadamSaya nak ulas pasal Kpop tu. Hmmm,kenapa sampai begitu sekali fanatiknya? Bagi saya amat menyedihkan jika terlalu taksub terhadap sesuatu perkara sehingga terlupa apa yang salah dan apa yang betul. *kesal
Assalamualaikum.
BalasPadamSekadar ingin berkongsi maklumat tentang bagaimana Aiman K-Pop Fan Boy mendapat url blog palsu terbabit.
Penulis blog palsu memulakan dahulu serangan dengan menghantar pesanan di blog-blog kepunyaan fanatik K-Pop di ShoutMix atau chat box yang biasa didapati pada blog-blog mereka, dan penulis blog palsu terbabit juga telah meninggalkan url untuk fanatik-fanatik terbabit menjejaki dan menyerang beliau kembali. Jelas sekali penulis blog palsu terbabit ingin menggunakan nama dan gambar mangsa dengan tujuan jahat kerana dengan sengaja menghentam fanatik terbabit dan meninggalkan url beliau.
Sekian dari saya. :)
teruskan je laporan polis tu biar mereka belajar dari kesilapan... klu maafkan begitu sahaja... nnt lain kali akan ada lagi fanatik mcm tu...
BalasPadamitu pengajaran utk semua... bila menulis tulis la dgn berhemah... fikir dulu sebelum menaip...
Biasalah budak2 sekarang ni, kalau marah suka hati saja nak cakap apa, icluding perkataan2 yg boleh menyebabkan org rasa terancang. "bunuh, toreh,hempuk" bagi mereka tu perkara biasa. Xtau mana didikan agama.
BalasPadamSpoiled brats.
Elok tindakan sewajarnya diambil supaya manusia masih lagi memayungi dan mendaulatkan undang2. Lebih bertanggungjawab dengan setiap tingkahlaku dan kata, inikan pula penulisan yang terang2 tercatit secara hitam putih. Saya meyokong tindakan sewajarnya diambil supaya manusia terus menjadi manusia dan kembali kepada fitrahnya..
BalasPadamsbenarnya ia adalah troll
BalasPadamtapi ramai yg antara mereka jenis sensitip dan xleh terima
lagipun internet telah membuat mereka lebih berani utk lontarkan komen2 yg begitu..
*sigh* budak-budak zaman sekarang ni mmg biadab *bukan semua..kesian amira..
BalasPadamTerlajak perahu boleh diundur,
BalasPadamterlajak kata buruk padahnya.
pening kadang2 baca kehidupan blogger ini. mcm2.
BalasPadamSMTI
BalasPadamserabut akal baca komen-komen tu. tengok muka pengkomen comel-comel je remaja lagi. tapi lancar sungguh bahasanya menseranah orang. ahhh kita yang dah dewasa ni lah salah bagi contoh...
BalasPadamerrrmmm...pasal K-pop jek dah huru hara...bila org kutuk agama Islam..Nabi Muhammad baper kerat yg jek yg berani bangun bersuara...apa kes?
BalasPadamIni bukan pasal kpop semata-mata. Ini kes buli yang serius. Jadi kita kena selesaikan secara serius juga.
BalasPadamPada yang nak defense, since this is a serious case, silalah defense diri anda dekat police. Remember,
this is not only about kpop. We're talking about cyberbully here.
Ade jugak yang sampai sanggup nak cederakan orang sebab mengutuk kpop ye...hmm...remaja sekarang ni..taksub sangatlah.
BalasPadamI really think this is too dramatic to think. Yea, gadis tuh trauma tapi instead of blaming these kids, kenapa kita tak tumpu kan sahaja kepada pjenayah siber yg burukkan nama gadis tersebut. Dalam case neh, org selalu tumpukan kepada benda yg tak berapa penting sgt dripada niat asalnya. Kenapa? Hanya kerana musim kpop, people will instantly jump for that part. I really hope pjenayah secepat mungkin. Alahai, di manakah white hacker diperlu ketika waktu begini :(
BalasPadamtak semua maaf boleh diterima.. if dah trauma macam tue.. senang2 je nak mintak maaf.. at least.. amik tindakan dulu.. baru boleh maafkan
BalasPadamtak faham dan pelik...sepatotnya org yg buat blog tu kena jd suspek utama..kenapa org yg komen???ish3...sje je nk brukkan kpop..kalau psl kurang ajar..xde adab..ugut mengugut..bersepah2 kt blog,page fb,twiter..mcm2..jgn kata bdk2..bapak budak..atuk budak..mak budak pon ada..nak2 dlm isu2 politik..bdk2 blaja dr org tua..jd faham sendiri..kesilapan kita ialah 100% nak salahkan bdk2/remaja...dr zaman dulu lg..dr zaman pop yeh2..masuk john travolta..masuk rockapak..underground...hiphop..dan sekarang kpop..bendanya sama jek..pusing2 salahkan remaja..benda ni berkait rapat mcm2...kalau bce komen2 blog ni..same mcm komen2 setiap kes yg di utarakan kt malaysia ni nk2 berkaitan masalah remaja..ckap..ckap..dan ckap shj pndai..dn salahkan org lain...letih lah mcm ni..ape2 pon sme2 lah balajr membetulkan dri dan berubah menjadi baik..bkn mslah psl budk ni,,,psl salah tanggpan pd org yg minat kpop..fanatik kita tak seteruk org barat yg fanatik dgn org korea. Pernah tgk tak Shawol France mcm mane? bende kecik pon nak dibesar2 kan! eleh stakat ugutan para remaja, mcm lah benda tu btol2 jadi!
BalasPadamSangat mengecewakan.Blog pada saya adalah medium bagi kita berkongsi pandangan,pendapat,perspektif dan berkongsi ilmu.Disebabkan terlampau ramai blogger baru bagai cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan dunia blog kini semakin teruk berbanding dunia blog satu masa dahulu.Harap tindakan segera dapat diambil.
BalasPadamharus diberi pengajaran tuh korang
BalasPadamInfo Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
Peminat fanatik k-pop tak tahan emosi lah ni ye..sabar lah! jgn kerana jari menaip badan binasa!
BalasPadamHahaha tulah fanatic sangat, comment tak guna otak. Alahai, takkan senang-senang macam tu je dia nak minta maaf? Ayat mintak maaf pun macam tak ikhlas - -'
BalasPadamSMTI
BalasPadamayam x bertelur, salahkan kpop
BalasPadamharga gula naik, salahkan kpop,
hasil tangkapan laut menurun, salahkan kpop,
industri pelancongan merundum, salahkan kpop,
matawang malaysia jatuh, salahkan kpop.
aku x heran satu hari nanti semua yang aku sebut nie terjadi. sayang walaupun dah DEWASA, masih lagi TAK MATANG. ugutan siber???? adakah menjadi????? jauh sekali. dah namapun bebudak. duit belanja pun mak bapak yang hulur. hebatnye la sampai leh g kelar muka orang. dari memfokuskan mencari dalang disebalik blog palsu, dia target pulak org yang komen. aku xkan sesekali menolak ini semua mungkin konspirasi memburukkan kpop. sebab dah terlalu jelas niat busuk yang sebenar2 nya.
Nasihat saya pada ibubapa, abang-abang dan kakak-kakak, perhatikan dan pantau sedikit kegiatan anak-anak, adik adik dan sesiapa yang berkaitan dengan anda, malah anda sendiri. Jangan suka-suka menulis bahasa kasar dan menjijikkan, Jangan menyesal kalau PIHAK BERKUASA datang menjemput anda dirumah dengan waran dan akta multimedia.
BalasPadamjangan ingat lokasi anda tidak boleh dikesan ye.
Ingat jangan habiskan masa muda anda dalam penjara.
hahaha xhabis2 lg psl blog tu yee..mcm2 komen...boring dh...ape2 pon benda semua dh terlajak..harap2 semua selesai cara baik
BalasPadamtp xley pk ke...bdk yg ugut2 tu pon trauma sekarang sb uncle amira tu pon kategori ugut jugak secara tersirat..dorg xpk ke bagaimana bdk tuu nt trauma,xlalu mkn...pk ank dy je...kan dh ckp..suspectnye org yg buat blog...bkn yg komen...yg komen kalau tw blog tuu palsu..kompem xamik tw..
Ntah laa mls dh nk komen sbnrnya..tp nyampah plak bce komen kt blog yg g bakar2 lg..
benda nya simple sgt...ank sdara dy kena khianat...bdk yg ugut tuu pon salah fhm terlepas ckp..so benda dh jd...amik laa pemuafakatan
cri dalang yg buat blog
org lain yg xde kena mngena jgn lah nak tmbah bara lg
kes namewee pon senyap mcm tuu je
ape tah lg kes2 sampah mcm ni
uncle hazrey tuu mempunyai niat yg bgus
nk protect anak saudara dy
tp cara dy tuu membuka byk pekung...pertama secara tersirat dy pon mengugut bdk2 yg komen
ke2 memanipulasi "kabel" yg cenderung or adk bradik rasuah
ke3 terlampau negatif
ke4 gila glamour
kalau sy jd dy...dh dpt pembuat blog sebenar..bru war2 kan
dan psl ugutan2 tuu nom 2
*terkampau pikir negatif
ini tidak pegi buat report siap jumpa supt dh nk war2 kan..menampakkan yg polis pilih kasih
apa istimewa mereka
dh mcm cte indon
benda yg mudah di putar belit smpai berbelit2 dan tercirit2 hahaha..
begitulah nampaknya. tapi seyes si hazrey tu aku rasa dia bukan sebenar2 nak protect anak sedara dia sebagai niat sebenar. tapi lebih kepada dia nak jadi glamer. ala cam maizadul akmal sidek tu. wartawan terkenal katakan..
sb tu rasa...blog tuu berkemungkinan mmg ank sdara dy yg buat...tp nk cover
sb kalau betul dy kena fitnah/khianat
dh dpt dh n dh war2kan pengkhianat tuu..
nk ikotkan mls nk amik port kes nih..tah pape..tp sb ianya menagatifkan kpop..tu yg terasa bahang jugak
beribu penerangan pon kita bg dorg ttp pk negatif
ape yg patah sgt...kpop nih sama je mcm org minat benda lain
cuma ni zaman dy tgh meletup...esok lusa bila dh sejuk...sape pon tak amik tw...
hahahaha nk lepas geram..maaf yee...
aku paling tk suka part komen org lain. Serious org msia punya cara fikiran semua sama.
Cter kpop tapi kenapa agama kau tak pertahankan? Kalo betol la agama Islam kau ptahankan, kenapa tak perangi aje org MURTAD. tgk mcm mane golongan sialan tuh perangi kita. Kes di Kampung Paya Datok dan Taman Kebaya di Melaka berlaku pecah masuk banyak kali under bdk dadah dan org indon kuat main pukau masuk rmh org. Menternak penagih dadah ke? Dah report pun, polis tak buat pape pun? Dorang buat ape?
Tapi yg dye sibuk dgn kpop :3
Nama pun budak2. apa yg depa boleh buat?
salam. sebenarnya saya juga merupakan antara blogger terawal yg mendapat url blog fake tersebut. ini kerana ade seorang pengguna iternet meletakkan link itu di shoutbox saya dengan niat yang tidak elok. saya juga minat k-pop ni. saya layan semua jenis lagu. tak salah kan kalau kita nak minat sesuatu tu kalau tak terlalu taksub? tapi jika ada sesetengah orang ingin meluahkan perasaannya, eloklah jika ianya ditulis dengan cara yang elok. maksud saya, penggunaan bahasa itu penting. saya ada terjumpa satu entry yang merujuk kepada kes adik amirah ini dengan menggunakan tajuk entry "Peminat KPop Yang Bodoh". Wajarkah kutukan dibalas dengan kutukan? Saya sekadar meluahkan rasa hati. Btw, saya ada buat satu entry mengenai perkara ini. sorry sebab komen panjang sangat. peace (Y)
BalasPadamhttp://zoeykiddo.blogspot.com/2011/12/k-pop-addicted-sometimes-makes-people.html
hahaha..dh mmg betul...benda simple g blit2 bgai nak rak buat ape huhu
BalasPadamtp kan..nk ngumpat skit ni..kalau tgk gambar ank sdara dy tuu..dr pgalaman laa..bdk mcm tuu mmg mulot ley thn kuang hajo+kalo dy dr kluarga berada..sombong...sb tuu org yg buat blog tuu pekana dy sbgai balas dendam..sy maseh dgn instinct..mmg blog tuu dy buat
haishhh...
kan...dh lebey 48jam..tp still xmention lg sape pembuat blog tuu...kate terer..tp duk canang bdk2 kpop yg komen tuu jek..pembuat blog tarakkk...
tp btol kan..org2 luar yg komen..mst ckap remja skrg trok bla3...aku nek rimas dh...30taun dialog sama jek haha...
tuu laa..penat dh follw page yg membongkar kes nih..tp kt brita/paper xde pon kluar psl tindakan2...
cuma tak faham pasal org tua skrg neh
sbagai yg tua, sepatutnya ajar org muda dgn baik
bukan buat mcm neh...
ntah laa...dorg nak sama tarafkan kpop dgn kes2 rempit..black metal murtad dan sebagainya...semuanya bertjuan utk menyalahkan remaja...
trus terang sy ckap...mse zaman rock kapak n underground...1000 kali lg teruk dr bdk2 minat kpop skrg...minda terjajah habis
bdk UG nyanyi omputeh...bkn diorg phm pon
maen bedal jek
zaman afro n disko 70an pon teruk...disko dulu sama je taraf clubbing skrg
arak zina mainan harian je
banding dgn bdk kpop skrg yg fanatik buat ugut2 tp hr2 duk dlm blik
agak2 3 era ni mane plg truk??
lifeinside86,
BalasPadamsebab budaklah kita kena bagi dia pengajaran. Baru budak lagi dah pandai keluarkan kata-kata kesat. Aishhh, tak faham betul dengan budak2 zaman sekarang
salam.
BalasPadambenda ni tak sepatutnya 100% dipersalahkan kpd peminat kpop. ye lah. nama lagi benda tengah naik. semua nk babitkan kpop. lgpun, drp nak ugut budak2 yg komen tu, lagi baik pencarian individu yg tak bertanggungjawab memfitnah adik Amira diperkuatkan. semua orang tau, budak-budak yang komen tu semua, ye la, BUDAK. pasal ugut-ugut tuh, dah nama pun budak, mestila dorang tak buat kan? tapi nak buat macam mana, haruslah kpop dipersalahkan stiap kali ade kes remaja, kan? ye lahh, budak-budak yg minat kpop ni, semua kurang ajar. yg tak minat kpop semuanya "baik". yg buang bayi punn budak kpop jugak ker? hmm, taktau lah benda tu kan. lagipun, benda macam ni yang membabitkan kutukan kpd penyanyi korea & maklum balas dr peminat fanatik thdap blog yg berkenaan dah lama berlaku tetapi tidaklah kecoh sangat macam ni. pelik betul kan orang Malaysia sekarang? fanatik kpop pun salah. yg fanatik black metal smpai betul-betul mmbunuh tu takde plak nk sebut. haii. si faker tu pulak, nak kutuk pandai, tp takut nak guna profile sendiri smpai orang lain jd mangsa, and orang yg ttipu pun kena jugak. tp ade yang kata, yang komen tu semua kuncu-kuncu penipu terbabit. saya taktau laa. orang cakap.
terima kasih.
tah paper.... tua muda, duk sebar2 pasal benda ni kenapa? haish. =_= takder faedah nyer, mengaibkan yg si pengkomen,tak sedar ker nnti si pengkomen yg anda screen capture tuh mengalami tekanan perasaan jgk? caring sgt pasal ank sedara..ank org len,ape cerrr? nk bgi pengajaran tak perlu mengaibkan. nnti esok2 kat akhirat Allah bkk aib kiiter sendiri..amacam,mau?tulis apa yg si pengkomen tu tulis sudah lah. nih sebarkan id blogger tersebot dn screen capture comment tuh kenapa aja? hishhh. nih namanya tak kena cara! =.='
BalasPadamsatu kutukan kecil hingga ke ugutan bunuh....fuh ini lagi dahsyat...
BalasPadamAhmad Akmal dari Melaka a.k.a lifeinside86.
BalasPadamCuba bawa bertenang sikit.
Sarah, awak menulis di entri http://whatevertakkesah.blogspot.com/2011/11/bengang2.html...
BalasPadam'tau,aku bengang tadi. hehe #kenamarahnganmak. benda kecik jerpon sebenarnyer. aku yg suka melebeyh. #tautakper. suka sangad kan melawan.padan muka'
Jangan melawan emak, berdosa.
ramai lagi rupa nya org yang dalam ketegori BANGANG kat malaysia ni..banyak lagi benda lain yang nak di perbincangkan dan dipertahankan...apa ke hal pulak nak berperang pasal K-pop..ko ingat org korea tu heran sangat dgn komen ko rang???tak der makne nya untuk mereka...yang patut di perhatikan pasal korea ni ialah bagaimana cepatnya pemulihan ekonomi mereka yang hampir musnah sekitar tahun 1998 dulu...k-pop tu boleh belahh la
BalasPadammalu ngan attitude kpoppers camni. saya minat kpop da 6 tahun tp saya n kawan2 sama minat x ada la macam ni. kitorang minat lagu and group tertentu tp x ada la sampai nak bergaduh camni.
BalasPadammslh skrg ni most of these over-fanatic kpoppers r still not matured.
sorry 2 say most of them r still under ages. sometimes i feel so embarrassed 2 admit i'm a kpopper bcoz of those kpoppers attitude...
salam abang Mazidul...
BalasPadamsaya hairan..psl Kpop ni,sampai polis wat siasatan,maybe sbb maruah amira tu involve.ok,takpela..
tp bile psl kes penipuan jual beli internet sampai rugi 12 ribu,polis wat senyap je even after buat report.penjahat tu still lagi aktifkan nombor telefon die..
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...
salam
BalasPadamnak komen sikit boleh??
huhu
sebenarnye nape nak sabitkan and aibkan sekali budak2 yang komen dalam blog tu
dorangkan salah faham
biasa lar tu
mak cik pak cik kat luar sane kutuk mengutuk face to face lagi,, x kecoh2 pon sampai nak wat police report
tapi,,yang sampai ugut2 tu no comment lar
bila ade orang yang merendah2kan ape yang someone tu minat,,mesti ada yang x puas hati sebab tu lar ade yang marah2 kutuk2...
kalau marahkan budak2 yang komen2 tu je x fair jugak,,cari dulu orang yang bertanggungjawab wat blog palsu tu
sebab dia lar SETAN yang porak peranda kan budak2 ni
pasal pak cik amira tu sengaja nak takut2kan budak budak yang terlepas komen tu apasal?
macam yang saya cakap cari dulu sapa dalang di sebalik semua ni...
dia dok pikir pasal anak sedara dia je yang tak tenang perasaan so, budak2 yang dia ugut nak kenakan tindakan tu,,x takut lar
kata sama2 budak2 mestilah ade rase takut
entah2 bukan anak sedare dia sorang je yang tak lalu makan sebab kena ugut
budak2 yang dia ugut and sampai printscreen tu x takut laa
macam lar budak2 tu tengah dok happy2 terpekak terlolong sebab turut sama kena ugut..
well,,tu je pendapat saya
sorry lar kalau ade yang terase hati
masing masing hati lain lain kan
salam,,peace n war
p/s : sorry comment saya panjang
Serabut tengok budak2 duk meroyan kat blog anda sambil cuba nak menyekolahkan orang tua baya kita ni...
BalasPadamhehehe... eh? Silap, Abang Mazidul ... muda lagi ni... Pakcik Hazrey nu yg tua... oops !
Ok, Serius : Terlanjur semakin ramai remaja yang singgah dan mula mengenali Blog ini (dan pastinya Tuan Tanahnya juga) apa kata kalau Saudara Mazidul buat 1 blog, khusus untuk remaja-remaja macam mereka ini berinteraksi. Mungkin boleh diketengahkan isu yang berkaitan dengan umur dan persekitaran mereka. Sambil tu Saudara bagi le guidance jikalau ada yang tak kena di mana-mana. Mudahan mereka tidak cuma berada di dalam ruang lingkup yang sama sahaja.
Saya percaya ada ramai lagi remaja sebaya mereka yang berfikiran waras dan matang dengan perspektif yang berbeza akan bersama melakarkan kata buat menyedarkan mereka bahawa ada kepelbagaian dalam rentak hidup di dunia ini.
Buka minda mereka bahawa ada 196 negara dalam dunia ini dengan nada yang berbeza. Ada 48 negara di Asia membawa gubahan yang beraneka.
P/s ; Dunia kita saaangat luas... bukan cuma Korea Selatan, nak oi... and by the way, anak-anak dah melawat semua negeri dalam Malaysia ?
lifeinside86,
BalasPadamsabar, sabar ;)
sarah,
masalahnye x kn nk biar je bnde ni? generasi akn dtg nk biarkan perangai macam ni?
-----
yang komen maki hamun tu pun salah. yang buat post tu pun salah. yang komen maki-2 tu, tak boleh ke guna cara elok-2? insyaAllah kalau komen yang baik-2, bnde ni takkan jadi. and mungkin org yg buat blog tu pun akn delete post dia.
kan bagus kalau xde orang komen lgsung post tu. kan bagus kalau yg komen tu semua buat tak kisah. konfem yg buat blog tu pun lme-2 bosan bile xde respon and konfem die nnti delete post tu.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamNabila,
BalasPadamBudak tu bukan adik Hezrey, tapi anak saudara dia, awak tu pun lebih kurang sebaya Amira tu jaga kan?
p/a Terbukti sudah 2000 anak remaja memang kurang ajar dan cuma berani bersuara di sebalik komen maya.
Nabila, tidak perlu mempertikaikan hak orang lain apabila bersabit undang-undang.
BalasPadamUsia Hazrey dan kamu terlalu jauh berbeza dan dia telah menjadi wartawan membuat liputan kes jenayah dalam tempoh sama usia dengan kamu.
He knows what he is doing.
Cara kamu merujuk nama orang lebih berusia juga tidak melambangkan perasaan hormat.
Kita bukan warga Amerika.
Abang Zul, kekadang remaja melontarkan komen dan berasa kononnya pandangan itu tercetus dari minda dewasa.
BalasPadamYup! Dewasa pada usia mereka dan mengikut takrifan sendiri.
errr cik mazidul...blog nih blog palsu ke??saya tak de niat apa2 pon terhadap pmilik blog budak rabbit nih...cuma saya tak bole tahan kalo org kutuk kpop...kalo betullh palsu,ok...fine....saya sekdr nasihat je..saya mengaku nasihat saya tuh berbaur sedikit benci dan marah.....tapi,hormat mint org lain tak boleh??thank q cik mazidul..saya tak marah cik mazidul jaja link blog saya....tapi,kalo betuyllah palsu tak apalah....saya masih waras lagi lah ....saya masih pelajar lagi....nak bunuh2 org tuh nak cederakan orrg segala bagai or ada dendam tuh mmg tak de.......sumpah mmg tak de...saya mintak maaflah kalau komen2 saya n pengomen2 lain tuh keterlaluan....saya dah baca komen2 di ats tuh......bila difikirkan balik ada kebenaran gak...tapi,tah lah cik mazidul......
BalasPadamAiman, mencetak kembali link sediakala dijaja bukan menjaja.
BalasPadamKalau minat k-pop tidak salah, jangan sampai taksub.
Maaf saya katakan kepada abang mazidul jikalau saya terlampau lantang bersuara..saya bukannya mahu marah atau bersikap tidal sopan..namun dengan tindakan pakcik hazrey itu ia juga boleh mengaibkan para pegomen..saya berasa agak kasihan terhadap mereka yg Sudah memohon maaf..maaf juga jikalau statement saya berbunyi seperti mempertikaikan apa yg dlakukan...disebabkan setitik nila rosak susu sebelanga..Kpop terus - terusan dipersalahkan..sedangkan emosi yg menguasai..sekali lagi saya memohon maaf terhadap abang mazidul, and the red rambutan..
BalasPadamokay cik mazidul...saya budak baik..tapi,tak bole ke yg mint kpop tuh senyap je......page blog saya tuk kpop shja......tapi,saya tak salahkan cik mazidul...semua org ada pendapat masing....tak semua apa yg kita suka org suka...tapi,cik mazidul thank q lah alert sal nih...tapi,yg perlu dicari polis bukan pelontar komen tapi,si pembuat fake url tuh yg menggunakan informatuion sal adik amira.....tapi,yg saya hairan macam mana amira bole tau blog yg guna information pasal diri dia??saya rasa kes taknk mengaku nih.....haahaa...apa pon cik mazidul,perkara nih takkn berlku..lagipon komwen saya tuh tak de ugut2.......
BalasPadamSekali lagi saya ingin mengatakan minta maaf di atas keterlanjuran saya dalam berbahasa ... Saya amat berharap agar abang mazidul dapat memaafkan saya ...saya masih lagi belajar dalam berbahasa.. juga terhadap the red rambutan..saya amatlah minta maaf..saya akan lebih berusaha dalam memperbaiki bahasa.saya mohon komen ini dibalas :')
BalasPadamnasib baik saya cuma menasihati si BLOGER tu dlete entry yg d post kan.*masih pndai kawal emosi.
BalasPadamaiman fanboy k-pop;
BalasPadamTerlajak perahu leh undur,terlajak kata?..
beragak dlm meminati sesuatu..baik fokus pada agama agar tidak lari dari jalan yg benar...
lagi satu, bahasa melayu anda ini ada masalah ke?ada masalah ejaan?...
Kepada kanak2 yang memberi komen meminta hal ini tidak dipanjangkan, ternyata anda semua mempunyai pemikiran yang mentah. Sebelum komen anda tak fikir ke akibatnya? Jadi bila ada orang dewasa mahu mengajar, jangan pertikaikan. Dah buat salah baru tahu nak menggelabah. Typical kids behaviour. Now, bear the consequences. Berani buat berani tanggung, kata hebat sangat. Lain kali belajar dahulu pasal cyber ethics.
BalasPadameh.. apa benda K-Pop ni?? kepop ne boleh turunkan harga barang n yuran sekolah anak2 ke???
BalasPadamAssalamualaikum, tuan Mazidul Akmal.
BalasPadamSaya tumpang simpati atas kejadian yang menimpa adik Amira Afiqah, dan saya bersetuju dengan tindakan tuan Hazrey untuk mengambil langkah undang-undang bagi kejadian ini, sama ada kepada impersonator yang mencuri identiti adik Amira Afiqah, malah juga terhadap individu-individu yang melontar kata-kata yang boleh dikategorikan sebagai jenayah dalam undang-undang negara.
Apabila kita membuat sesuatu kenyataan di tempat awam, termasuklah di internet, maka secara langsung kita akan terikat dengan kenyataan tersebut. Sekurang-kurangnya, dari segi agama Islam. Kerana itulah Rasulullah s.a.w ada bersabda, mafhumnya, terdapat orang yang dilempar sejauh timur dan barat kerana perkataan yang diucapkan tanpa berfikir terlebih dahulu.
Ramai yang saya lihat sudah membuang (delete) komen mereka di blog palsu tersebut, mungkin kerana khuatir tindakan undang-undang diambil kepada mereka. Namun sepertimana kata pepatah, terlajak kata buruk padahnya.
Ada juga yang memberi alasan kata-kata ugutan jenayah tersebut dikeluarkan kerana marah, tidak berfikir panjang dsb. Alasan ini tentu sekali tertolak di sudut undang-undang, masakan mungkin seseorang melakukan jenayah lalu berlepas diri dengan alasan "tidak sengaja". Melainkan anda meyakinkan hakim bahawa anda ada masalah mental atau hilang ingatan di saat anda menaip kata-kata ugutan tersebut.
Setiap kata-kata adalah tanggungjawab, dan tanggungjawab perlu ditegakkan. Kerana meskipun terlepas di dunia ini, di akhirat kelak ianya tetap akan ditegakkan di hadapan mahkamah Tuhan.
Didalam agama, jenayah boleh terbahagi kepada dua iaitu jenayah terhadap tuhan dan jenayah sesama manusia. Disebut oleh Rasulullah bahawa mafhumnya jenayah sesama manusia itu perlu diselesaikan di dunia, jika tidak, maka di akhirat kelak akan dipindahkan kebaikan si penjenayah ke atas si mangsa dan dipindahkan dosa si mangsa ke atas si penjenayah.
Saya jarang melontarkan komen di blog orang lain, namun melihatkan komen-komen di artikel ini, saya agak terkejut dan terkilan kerana masih ada rupanya yang cuba beralasan bagi menyedapkan diri. Under no condition, melontarkan kata-kata kesat itu dibenarkan, sama ada berunsur jenayah disisi undang-undang apatah lagi disisi Islam sendiri.
Hatta apabila Nabi Musa & Nabi Harun alaihimassalam mengadap Firaun, baginda disuruh Allah untuk mengucapkan kata-kata yang lembut. Boleh rujuk terjemahan Surah Taha, ayat 43-44. Itu sikap yang Allah ajar, arakian nak jumpa dengan orang yang mengaku diri Tuhan pun disuruh berlemah lembut. Apakah yang ada di fikiran mereka yang tergamak mengherdik dan mencaci maki adik Amirah, hanyalah atas kesalahan kononnya adik ini menghina artis kesukaan mereka? Dan hanya dengan meminta maaf, kalian tenang menganggap "tidak apa"?
Setidak-tidak yang boleh dilakukan adalah dengan menyesali perbuatan yang dilakukan, sungguh, jika yang melontarkan kata2 kesat itu menghayati hadis yang saya bawakan di awal komen ini, nescaya kalian akan menghabiskan sisa hayat kalian memohon taubat dari Tuhan.
Wassalam,
Mohd Syamirulah bin Rahim,
Pelajar Perubatan Tahun Akhir.
kembalilah kepada fitrah..
BalasPadamp/s : jagalah solat sbb ia adalah amalan yang pertama dihisab. kalau ok, insyaallah yang lain pun ok =)
jangan over bila menkritik..berpada2 la...
BalasPadamkarut! sudah tiba kita menilai semula mentaliti peminat2 KPOP malaysia ni yg terlalu bodo sampai lagu2 bodo dari korea tu pun xleh dikomen? mmg sampahla kpop ni.. lagu goyang2 badan, loncat2 mcm monyet..
BalasPadamBila saya baca blog Adik Amira, and was told that the blog was fake. What shocked me was not the fact that the fake blogger purposely wanted to hurt the poor girl...
BalasPadamwhat shocked me was the comments from the kids!!
Isn't everyone entitled to their own opinion?
Apa yang saya tahu, setiap manusia diberi kebebasan untuk bersuara. Dan jika blog adik Amira itu dibuat oleh dirinya sendiri atau di buat oleh "a fake blogger" is not entirely the issue. Sebab adik amira tidak langsung mencaci K-POP. dia hanya menyatakan pendapatnya yang tidak menyukai K-pop.
Di mana datangnye provokasi yang melampau dari penulisan adik amira sehingga patut dicaci oleh 2000 little brats?
Little children should not be given attention like this. I agree if kita punya policy makers add subject "digital/internet ethics" dalam kurikulum. starting from darjah satu.
Budak2 mesti faham. If they choose to 'toreh' "rogol' 'bunuh' and 'bakar' orang lain, therefore they chose to be and adult. And i believe if they choose to be treated like adults, then biar diorang bertanggungjawab.
AND 've never heard anyone blaming K-POP untuk harga gula naik?? conclusion dari mana tu? :))
delusional..and humiliating..
Immaturity at its best! bravo to them..
lebih teruk..bravo to their parents..
well , skang sye dh belajar dri kesilapan . sye pun minat k-pop , tgk nme pun dh tau . tpi sye minat x terlalu taksub sngt .. sye minat pun mcm 2pm , 2am , suju , snsd , WG . dll .. lgi pun kami semua dulu mahu tahu yg blog tuh hacker .. bnde dh jdi .. so biar je lha ..
BalasPadamremaja hari ini suka buat benda2 ikut terlintas di kepala otak mrk sj. yg peliknya, tak ada dah nak ingat pesan ibubapa, guru2 lebih2 lagi pesan Baginda Rsulullah supaya menjaga lidah...
BalasPadamAllah SWT berikan segala nikmat utk makhluknya termasuklah nikmat berhibur. sayangnya ramai yg tidak ingat kpd Allah bila dah berhibur hingga nak sebut Astaghfirullah & Na'uzubillah pun susah bila naik marah...
ingatlah,
bukan hanya orang tua2 yg cepat mati, remaja pun ramai yg mati cepat tanpa sempat bertaubat. lepas menderhaka kpd ibu, bapa, guru, orng2 tua yg menasihati & melarang mrk supaya jgn buat onar, mrk meluru pergi atas moto, tiba2 kecepooor bram boom...tergolek dog!! Innalillah. moga Allah SWT mengampuni segala dosa mrk ni...
k pop ni apabenda sampai beriya anak-anak muda pertahankan kelangsungannya??
BalasPadam