"Bang, saya hendak empat botol lagi minyak Kasturi Syifa'," kata Shida.
"Hendak dibuat mandian ke apa?," gurau saya.
Dia tertawa.
"Tidak bang. Sebelum ini anak shida umur 10 tahun, selalu tidak lena tidur. Setiap kali kami pergi menziarahi orang meninggal dunia, pergi ke kubur, bila balik tidur dia mesti terganggu. Sejak Shida gunakan minyak Kasturi Syifa', Alhamdulillah dia tidur elok. Lepas itu kawan-kawan Shida pun hendak cuba," tambahnya lagi.
Dua hari lalu saya menghantar 4 botol minyak wangi Kasturi Syifa' kepada Shida.
Kasturi Syifa', minyak wangi diaurakan dengan bacaan ayat Al-Quran dan ibu minyak terbabit dikhatamkan lebih 30 kali.
Saya kongsikan antara saat minyak terbabit digunakan sewaktu 666 melakukan tinjauan di bekas Penjara Pudu, Kuala Lumpur.
Kepada pembaca baru mendengar nama produk ini, izinkan saya untuk berkongsi sedikit maklumat berhubung minyak wangi terbabit.
Saya dan kru 666 mula bertemu Pengarah Urusan Cinta Aroma Enterprise, syarikat pengeluar minyak wangi Kasturi Syifa' pada awal Ogos lalu.
Sila klik di sini untuk membaca saat pertemuan pertama kru 666 dan perawat Kasturi Syifa'.
Perkenalan tanpa diduga itu menjalinkan tali persahabatan. Selaku al-hafiz mereka tidak keberatan berkongsi ilmu setiap kali bertemu.
Malah memberikan sokongan mantap terhadap minat kru 666. Al-hafiz, graduan Universiti Al-Azhar, Mesir, Ustaz Zaharuddin Zainal, biar pun sibuk dengan tugas sebagai guru dan imam Masjid Sungai Besi, berkesempatan menyertai tinjauan kami di 3 lokasi, klik di sini, di sini dan di sini.
Jam 3.15 petang tadi, saya menghubungi Ustaz Aznil Zulkifli.
"Sejak dua hari lalu, produk kami boleh dibeli melalui kedai online, klik di sini," ujar beliau.
Selain memasarkan produk seperti minyak wangi Kasturi Syifa', Air Hydrosyifa dan Madu Syifa', sahabat-sahabat saya juga turut membantu merawat pesakit mengalami masalah gangguan jin dari seluruh negara.
"Waktu rawatan, hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, di antara jam 9 dan 12 malam tetapi musim sekolah ini kalau ada pesakit telefon, InsyaAllah kita akan membantu," kata Ustaz Aznil.
Hubungi perawat melalui talian 03 6185 3559, Ustaz Musleh 012 2987 900 atau Ustaz Aznil 019 216 9174. Pejabat juga pusat rawatan mereka terletak di Mutiara Gombak, Gombak, Selangor.
Pembaca juga boleh mendapatkan bekalan minyak wangi Kasturi Syifa' dari Puan Lin di talian 012 6277 300.
teringat di sekolah baru, ada sesetengah rakan yang apabila terbau kasturi hitam. Akan merengus kuat
BalasPadam