Selasa, Disember 13, 2011

KISAH DI SEBALIK KAKI PALSU

Dia kelihatan tidak mempunyai sebarang masalah menaiki puluhan anak tangga rumah kedai.


Namun wanita itu mempunyai rahsia barangkali tidak pernah didedahkan kepada masyarakat awam.

  

Namun kerja hariannya terganggu berikutan kehadiran saya di pasar malam awal petang tadi.


Saya mengekorinya sejak terlihat kelibat wanita warga Kemboja itu.



Untuk melihat lebih jelas, sila scroll gambar dari bawah ke atas.

Kurang 2 minit selepas merakamkan urutan gambar di atas, saya terserempak pula dengan lelaki amat saya kenali.


Sebelum terus membaca, sila klik di sini terlebih dahulu.

Pengemis sama, cuma petang tadi dia tidak berkopiah, berada di lokasi berbeza dan wajahnya kelihatan sedikit cengkung. Modus operandi pengemis warga Kemboja itu memperdaya pengunjung pasar malam masih serupa.

Teliti gambar saya rakamkan di bawah.


Kali ini dia bertindak cuai kerana menyembunyikan kaki palsu di dalam beg sandang, bukan di bawah van rosak seperti sebelum ini.


Setokin dipakai oleh pengemis itu juga baru. Dengan pendapatan harian di antara RM50 dan RM80 dalam tempoh 4 jam, kasut berjenama Reebok juga mampu dibeli, jika dia mahu.


Wajah pengemis warga asing itu terasa terlalu kecil berbanding keluasan tapak tangan saya. Mujur kali ini tiada kesan merah di mukanya.

Cuma airmatanya sedikit bergenang ...

Di lokasi sama, saya terlihat pula kelibat pengemis lain baru tiba. Namun sebaik terlihat lensa kamera, dia melarikan diri.


... namun kepantasan pergerakan saya gagal ditandinginya.

Saya berada di belakang pengemis warga Kemboja itu ketika dia sedang menghubungi pemandu teksi untuk pulang.


Melihat saya, dia terkejut.


Mujur dia mampu berbahasa Melayu justeru saya meminta pengemis itu berkongsi butiran peribadinya.

"Nama saya Asau, umur 40 tahun, sekarang tinggal di Kubu Gajah, Sungai Buloh. Ada lima anak, dua perempuan dan tiga lelaki. Semua anak dan isteri di Kemboja," katanya.

"Datang ke Malaysia hanya untuk mengemis?,:" soal saya.

Dia menganggukkan kepala.

Mereka berhijrah ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial kononnya untuk melancong. Selepas 3 bulan, mereka terus menetap lebih masa di negara kita sekaligus melanggar Akta Imigresen 1959/63.


"Berapa lama sudah tinggal di Malaysia?," tanya saya lagi.

"Sudah satu tahun. Selalu saya mengemis di Sri Damansara, Saujana Impian dan Taman Tun (Dr Ismail). Datang ke sini naik teksi, bayar RM15 pergi, RM15 balik. Pengemis lain ramai duduk di Damansara Damai, memang ada teksi sendiri (regular) untuk mengambil dari rumah dan menghantar dia orang balik," terangnya.

Untuk rekod, purata pendapatan Asau, RM80 sehari.

"Mengapa kena tanggalkan kaki palsu semasa mengemis?," soal saya.

"Supaya orang bagi duit dengan kita. Kalau mereka nampak ada kaki, orang tidak mahu bagi," jelasnya.

Kaedah menanggalkan kaki palsu sebelum duduk meraih simpati, pastinya dikongsikan oleh ramai pengemis. Jika sebelum ini mereka mengambil inisiatif menyembunyikan kaki palsu antaranya di bawah rumpun buluh dan di dalam longkang, kini tidak perlu lagi. Mereka tahu, masyarakat kita pemurah, biar pun kaki palsu diletakkan bersebebelah lokasi mereka mengemis, pengunjung pasar malam masih terus menyumbang.


"Sebab apa tadi tidak tanggalkan kaki?," soalan saya ajukan.

"Tidak sempat sebab ternampak encik ambil gambar," balasnya dengan wajah berkedut, kerisauan.

Saya percaya berikutan pendedahan sebelum ini, kini ramai pengunjung pasar malam lebih berhati-hati sewaktu menghulurkan sumbangan wang tunai kepada pengemis warga asing. Hakikatnya, majoriti mereka mampu bergerak dan sihat tubuh badan biarpun kudung kaki didakwa akibat terkena letupan jerangkap samar. 

Jam 5.45 petang saya terserempak dengan pengemis wanita juga berasal dari Kemboja dan dipercayai tinggal di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.


Seperti dijangkakan dari awal, wanita itu kemudian cuba melarikan diri sejurus menyedari kehadirannya dirakamkan.


Sekaligus dia juga selamba  meninggalkan anak lelakinya sendirian mengakibatkan anak kecil itu kelihatan terpinga-pinga.


Menyedari saya tidak berganjak dari lokasi itu sambil merakamkan gambar, pengemis sama kemudian muncul kembali sekaligus menarik tangan anaknya dan cuba melarikan diri.


Melalui pengamatan saya, sama seperti kaki kudung, pengemis warga asing didapati tidak teragak-agak menggunakan kanak-kanak untuk menagih simpati orang ramai. Biarkan sahaja anak duduk di atas jalan kotor dan berhabuk, asalkan wang masuk ke dalam mangkuk ditadah oleh mereka.

Itu fakta tidak mampu disangkal.

Adakah anak dikendong zuriat mereka? Di manakah suami wanita itu sehingga sanggup membiarkan isteri dan anak mengemis? Saya tidak pasti.

Berikutan pergerakan bak lipas kudung, tiba-tiba pengemis wanita Kemboja dan 2 anaknya lenyap dari pandangan saya.


Mungkinkah seperti pengemis wanita sebelumnya, dia juga bersembunyi di ruang tangga rumah kedai terletak berhampiran pasar malam di Kota Damansara itu? Soalan itu secara spontan tercetus di benak fikiran saya.

Gerak hati kecil saya itu ternyata tidak meleset.

Ketika didekati, dia kedengaran meninggikan suara, barangkali marah tetapi bahasa dituturkannya tidak langsung saya fahami justeru saya tidak berasa dimarahi.



Simpati melihat keadaan 2 anak kecil itu, saya membiarkan ibu kelihatan sihat tubuh badan terbabit beredar bersama anaknya.

Pada masa sama saya terfikir, barangkali setiap pengemis warga Kemboja menagih simpati di pasar malam itu mempraktikkan modus operandi sama untuk memboloskan diri.

Bersembuyi di ruang tangga deretan kedai sewaktu operasi dijalankan oleh pihak berkuasa.

Ops! Pernahkah pihak berkuasa di Petaling Jaya melaksanakan operasi membanteras kehadiran pengemis warga asing?

Di manakah penguatkuasa Jabatan Imigresen dan Jabatan Kebajikam Masyarakat?

Sila sebarkan kandungan entri ini supaya maklumat tepat diperolehi sebelum rakyat Malaysia menderma kepada warga asing sediakala membanjiri negara kita.

Menderma itu satu perbuatan mulia, cuma carilah golongan sasaran lebih tepat.

Terima kasih.

37 ulasan:

  1. mmg tak patut la mereke ni menipu kan.. sihat tubuh badan patut crk la keje.. tapi bile dipikirkan, ade nye mereke ni,dpt la rakyat malaysia tambah pahala bersedekah.. mereke menipu itu urusan mereke dgn Allah, yang penting kite ikhlas ;)

    BalasPadam
  2. Bro..Tahniah & teruskan usaha pembongkaran sindikit peminta sedekah haram ni, lepas ni tolong bongkar pulak sindikit peminta sedekah utk amal jariah bg pembinaan sekolah tahfiz la, masjid la & mcm2 lagi atas nama agama Islam...iye ke tu..? Tq

    BalasPadam
  3. salam semua. kali pertama saya mengutarakan komen disini. saya tidak menyalahkan mereka yang meminta sedekah ini atau mereka yang sudi memberi. tapi rasa agak terkilan dengan pihak berkuasa yang tidak peka dengan keadaan ini sehingga ada golongan yang bertindak mengambil kesempata. bagaimanakah begitu mudah golongan ini mendapat visa pelancong ke negara ini? sepatutnya pihak berkuasa perlu memastikan setiap pelancong mempunyai 1.tiket pergi dan balik, 2. setiap pelancong haruslah mampu membuktikan yang mereka mempunyai wang atau travel check dalam jumlah yang berkadaran untuk melancong ke negara ini, 3. negara kita mempunyai terlalu banyak pintu masuk melalui udara, laut dan darat. 4. sesungguhnya rakyat malaysia lebih suka membantu rakyat asing dari bangsa Malaysia sendiri

    BalasPadam
  4. Masih ade lagi pegemis penipu ni...betul2 mencacat pemandangan...

    BalasPadam
  5. bagaimana pengemis yang sama masih boleh mengemis ditempat yang berlainan? tak patut mereka tipu dengan mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang.. dan kita jangan dengan mudah percaya mereka.. bukan nak berkira dengan duit tapi bila ada yang menghulur tak mustahil semakin bertambah orang seperti mereka ini..

    kita janganlah jadi 'kera dihutan disusukan, anak dirumah kelaparan'

    BalasPadam
  6. SMTI.
    kadang² terpikir juga MO mereka semua sama, sindikit ke yg hantar mereka ni mengemis. entahlah.

    harap pihak PBT ambil tindakan. bukan apa, lebih kita bantu warga kita yg lebih susah hidup merempat di negara sendiri.

    akan saya kongsikan entri ini. insyaAllah.

    BalasPadam
  7. Kalau boleh share kt Facebook kan sng... Blh tag kwn2..

    BalasPadam
  8. usaha tangga kejayaan.. mereka berusaha dan tekad .. hanya kita yg didatangi sebagai penentu apakah usaha mereka berjaya.. fikirkan rasionalnya apa yg lebih baik, dlm keluarga sendiri ada yg daif itu lebih baik utk diambil perhatian..

    BalasPadam
  9. betul kata anakcomel,
    lebih afdal rasa nya bersedekah dengan orang yang benar2 memerlukan.
    rakyat kita masih ada yg makan siput babi untuk mengalas perut!

    BalasPadam
  10. yang sihat tubuh badan mmg tak patut nya menipu. mungkin ada sebab lain yg memaksa dia mengemis. rasa kesian pulak. bagi saya, selagi dorg tak kacau kita rakyat malaysia, xpe la kot. sedekah kan pahala. terpulang lah kalau mereka tu kaya hasil sedekah atau pun tak, tapi yang penting, ikhlas bersedekah cukup lah. bagi saya, tak rugi kalau rm1.00 yg saya sedekah, buatkan dia jadi jutawan. hanya secebis pendapat. =)

    BalasPadam
  11. Ana Best, saya tidak berniat menghalang orang ramai untuk terus menderma cuma sekadar menyatakan fakta berhubung kegiatan pengemis itu di sini.

    BalasPadam
  12. 1. Bersifat pemurah itu sangat mulia tetapi kadang2 sikap kita menggalakkan mereka untuk terus mengemis. Bukankah dlm Islam sendiri menyuruh kita berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki halal, mengemis itu jalan terakhir.

    2. PBT kena lebih tegas dan berterusan dlm menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara. (saya setuju dgn pdgan anak comel)

    3. Sebagai rakyat Malaysia juga kita bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian, keamanan dan keselamatan negara kita.

    4. Tuan rumah yang memeberikan sewaan rumah kepada pendatang asing ni tak siasat dulu ke siapa penyewanya? Jgnlah hanya mendambakan duit sewaan hingga menggadaikan hak milik kita...

    Sekian, minta maaf sgt2 klu ada yg tak setuju dengan pendapat saya...

    BalasPadam
  13. saya langsung tak berasa apa2 melihat pengemis lelaki yg kudung kakinya, tapi agak tersentuh hati bile melihat anak kecil diheret sang ibu kesana kemari utk mengemis.. :(

    BalasPadam
  14. SMTI

    bagi saya, baik sedekah pada org yg kita tahu betul2 kurang mampu untuk meneruskan hidup, atau sedekah kat masjid yg kita tumpang untuk solat, atau kalau kita balik kg, cari org yg hidup susah, itu lebih bermakna..drp kita sedekah, akhirnya kita tahu bahawa kita ditipu, kita sakit hati atas RM yang telah kita sedekah kan itu...

    (duit kita, pilihan kita)

    -sekadar pandangan peribadi-

    ..namun tahniah utk saudara Mazidul atas pembongkaran ini..

    BalasPadam
  15. kasihan si comel tu yg x tau ape yg berlaku dibawa ibunya mengemis sana sini

    BalasPadam
  16. salam, dah banyak sgt, tu belum lagi yg dtg dari meja ke meja jual tisu, perlu dibendung gejala ini, dari terus parah

    BalasPadam
  17. saya tak sanggup tengok anak2 kecil itu dipergunakan.teringat anak2 kat rumah

    BalasPadam
  18. salam abg mazidul..saya rasa di mana2 ada pengemis yang menggunakan taktik sama..saya sendiri pernah tertipu..saya selalu melihat seorang makcik tua yang mengemis di pasar malam berhampiran rumah saya..yang datang menjemput makcik itu membawa kereta bmw 3 series..kemungkinan anak beliau..sejak dari hari itu saya tidak pernah memberi derma kepada mana2 pengemis kecuali jika dia menjual tisu baru saya memberikan wang seikhlas hati saya..rakyat Malaysia terlalu pemurah..tapi kenapa kerajaan tidak wujudkan tabung khas untuk pengemis supaya mereka tidak perlu mengemis..sekiranya ada tabung sebegini seharusnya diwar2kan kepada umum..Menderma la dengan bijak..

    BalasPadam
  19. kesian kt budak kecil...mereka tak tahu apa yg ibu mereka buat...saya tinggal di Damsara Damai....bila ada pasar malam, mmg ramai pengemis yg mengemis...sampaikan ada yg membawa bayi yg entah baru berapa bulan untuk mengemis....mmg berasa simpati kt baby tu...:(

    BalasPadam
  20. ERM.kalau nak mgemis 2 xd msalah.tpi bila dah terbiasa 2 yg parah.smpaikn undang2 sgup dlangar .2 yg ngre kita mjdi smkin bhaya (VV)

    BalasPadam
  21. inilah realiti di sebalik dunia pengemis harini,tapi sejujurnya,bila terlihat mereka2 ni saya tetap tersentuh hati lebih2 lagi wanita yang mengemis mengendong anak kecil.Takpelah,hulur lah sikit2 dengan niat baik..tapi kalau pihak berkuasa dpt banteras gejala ni dan ambil langkah sewajarnya mmg amat bagus.

    BalasPadam
  22. SMTI...sy mtk nak letak dlm blog sy juga

    BalasPadam
  23. biarkan la mereka. Saya pasti mereka pun tak mahu jadi mcm 2. Ada sesuatu yang kita x tahu tentang mereka. bagi saya diaorg x mencacatkan pemandangan pun. Ramai-ramai la kita bantu mereka biarpun mereka warga asing. Allah tak tanya kamu warganegara mana bila mati kelak.

    BalasPadam
  24. Zharif, barangkali awak tidak faham isunya.

    Lebih afdal menyumbang kepada golongan benar benar memerlukan, bukan mereka sihat tubuh badan dan mampu berdikari.

    Dari aspek undang-undang dunia tindakan mereka bercanggah. Jika sistem perundangan tidak dapat dilaksanakan justeru mengapa harus digubal?

    BalasPadam
  25. bro len kali bawk saye kite tanye soalan,sy xde la fasih,tp orang kemboja islam nie..kebanyakan ble cakap champa..sy xde la fasih ble paham dan cakap lagi..nant le kite interview dorang..

    BalasPadam
  26. Saudara Mazidul....baru baru ni saya ada terserempak dengan salah seorang dari pengemis yang pernah saudara paparkan di blog saudara sebelum ini kini berada di pasar malam seberang jaya Pulau Pinang pula. Saya ada mengambil gambar orang itu yang tanpa segan silu mengemis. Nampak gayanya pasar malam di malaysia dah dibanjiri dengan pengemis import pula.......mewah sungguh Malaysia.

    BalasPadam
  27. Negara kita mudah sangat orang masuk...kalau dari negara miskin ketatkan visa masuk.ini tak,konon nak galakkan pelancong..dah miskin melancong apa?yg african ramai penipu dan dadah.kerajaan tak sedar lagi ke?jangan sampai kita kena pijak warga asing..

    BalasPadam
  28. tgk bebudak...hati mmg x tahan..cian depa...

    BalasPadam
  29. went bangkok be4, pengemis dorg lg hard core. siap bwk baby, even si mak tgh dlm pantang lg kot mintak sedekah. kesiannnnnnn sgt dgn baby tu coz mlm dgn sejuk tidur atas lapik kotak je. sy bagi duit whatever i have coz too many of them. tp kekdg kena keraskan hati, coz penah nampak pengemis kat jambatan amp point guna hp, tp mintak sedekah. pastu ada yg naik bas metro nak balik umah kot, kira duit hasil berkepuk2 duit singgit. kaya tuhhhhh.haish

    BalasPadam
  30. SMTI
    Sedih tgk si ibu berusaha mencari duit demi anak2..wpun caranya agak salah..hadoii susah nk ckp..nk marah, hati tersentuh tgk kepayahan dia & anak2..nk dilayankan/dibelai kang, dia amek kesempatan plak..

    BalasPadam
  31. mengemis BETTER daripada artis maksiat... no wonder botak tiada bini halal lain. tuhan haramkan gaknya

    BalasPadam
  32. sudah letih sangat dengan warga pendatang ini, kenapa kerajaan tidak bertindak bersungguh-sungguh menangani masalah ini, malah di alu-alukan pula kehadiran mereka ke negara ini, dengan bangganya mengumumkan jumlah kehadiran pelancong sekian ramainya setiap tahun, apakah itu satu kebanggaan kerana membantu menyumbang pendapatan negara, namun dalam masa yang sama menyumpang kepada masalah moral yang teruk, jika ini tidak di bendung dengan serius pasti keadaan akan lebih parah...

    BalasPadam
  33. Salam dari Indonesia
    Kaki palsu modern
    http://www.jpoc-indonesia.com

    BalasPadam
  34. kalau orang iklas, tak kisah pun derma pada sape2, kalau pengemis tu tipu, tu dosa dia dengan tuhan. tak payah la jadikan isu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.