Rabu, Disember 07, 2011

BAU MAYAT MELEKAT DI BAJU

"Ada orang mati," bisik penjaga parkir di Cova Square, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Permit kerja dia juga telah lama mati tetapi warga asing berasal dari India terbabit masih lagi bekerja secara bebas biarpun kes terbabit telah dilaporkan kepada hotline Jabatan Imigresen Malaysia.

Gambar di bawah dirakamkan kira-kira 1 jam selepas mayat ditemui. Tiada wartawan mahupun jurugambar berada di lokasi pada ketika itu.


Beberapa pegawai dan anggota polis kelihatan keluar masuk dari ruang pejabat di tingkat 2.

"Ikat tali hujung sekali," arah pegawai berdiri di muka pintu.

Tujuannya untuk tidak membenarkan saya merakamkan lokasi kejadian mayat ditemui pada jarak lebih dekat.


Saya dan kru 666, baru selesai menghadiri majlis Kempen Bantal dan Selimut anjuran pelajar Segi University College terletak berhampiran Cova Square kemudian bergerak ke lokasi lebih sesuai untuk merakamkan gambar.


Menariknya, di bilik bersebelahan ( bilik ke dua dari kiri ) lokasi mayat ditemui kelihatan beberapa gadis duduk berehat.

"Tengok, dia orang siap mengintai lagi," celah Boy.


Saya yakin, mereka tidak mengetahui berhubung kes kematian itu. Mayat dianggarkan terbaring menelentang kurang 10 meter dari bilik mereka huni.

Pada masa sama, majoriti pelanggan restoran mamak terletak berhampiran juga dipercayai tidak mengetahui kes terbabit.


Hampir jam 6 petang, beberapa pegawai dan anggota Unit Forensik kelihatan sedang menjalankan siasatan di ruang mayat dijumpai.

Tirai panjang menutupi mayat namun bau busuk menusuk hidung tidak mampu dielakkan.

"Kalau lama di dalam bilik itu, bau mesti melekat ke baju," celah anggota polis melintasi kami.


Tiba-tiba tirai terbabit disingkap ke tepi dan saya mengambil peluang itu merakamkan gambar di bawah untuk dikongsi bersama pembaca.


Mayat kemudian diangkat ke bahagian kanan. Perhatikan gambar di bawah, sedang anggota polis dan kru media menutup hidung menggunakan topeng muka atau sapu tangan, dia selamba berdiri di sebelah mayat busuk.

Bak kata pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa.


Kru program 999 juga berada di lokasi.

Untuk rekod, sewaktu saya menggendalikan program terbabit, saya dan jurukamera, Abdul Mutalib Abdul Aziz telah menghidu bau puluhan mayat.


Barangkali kerana itu dia masih mampu tersenyum ketika gambarnya saya rakamkan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Amdan, si mati dianggarkan berusia dalam lingkungan 30 an.


"Polis menerima panggilan pada kira-kira jam 3.15 petang, kita telah mendapat maklumat daripada pihak menyelenggara apartment ini dan terhidu bau busuk. Lokasi ini adalah unit pejabat 2 bilik dan di dalam bilik pertama kita menjumpai satu mayat dalam keadaan terlentang, berpakaian lengkap tetapi mula decompose, berbair dan berbau. Jadi kita sukar sikit untuk melihat jika ada kecederaan pada tubuh badan disebabkan oleh proses terbabit justeru kita memerlukan pemeriksaan pakar pathologist untuk menentukan sekiranya ada kesan kecederaan pada mayat," kata pegawai polis terbabit. 


Tambah beliau, melalui pengamatannya dipercayai si mati, warga asing. Kes disiasat sebagai mati mengejut sebelum bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

"Kita memang ada jumpa passport tetapi setakat ini tidak dapat memastikan samada dokumen itu milik si mati atau tidak," ujar Superintendan Meor.

Sebelum sidang media ringkas itu saya terserempak dengan lelaki berbangsa Melayu, tinggi dan berpakaian pejabat.

"Kes apa?," soalnya.

"Mati," balas saya ringkas.

"Itu unit pejabat disewakan oleh company tempat saya bekerja kepada lelaki Iran. Dia membuat perniagaan industri kecil dan sederhana. Sebelum ini dia kelihatan sihat sahaja," ujarnya.

Alamak! Apa fasal baju saya pakai masih berbau mayat?

Aduuuuuuuuuuuuh!

Pernah mendapat berita, 1 entri ditulis mendapat lebih 1700 komen berbaur kebencian? Klik di sini.

17 ulasan:

  1. salam...bau mayat melekat pada baju,kira ok lagi...mandi..bersihkan diri...alhamdulillah..hilanglah nanti,tapi yang parahnya bila terkena badi mayat...
    memang menakutkan..ada kes sampai boleh bawa maut..tapi mintak2 dijauhkan...nauzubillahiminzalik..

    BalasPadam
  2. aduh...!
    saya jugak kena tahan napas masa baca & tengok gambaq mayat dlm entry nih! gerun hoih!

    BalasPadam
  3. kalau dah tugas kan bang Mazidul, bahaya atau tidak mesti kena harung je. i really do admire semangat journalists for what they are going through and have gone through.

    BalasPadam
  4. kenapa tangan dia macam kena pisau?

    adakah kalau mereput akan membuat kulit manusia akan menjadi tegang sehingga macam ada kesan torehan?

    -aneh

    BalasPadam
  5. Saya membaca tampalan ini... terima kasih, Saudara.

    BalasPadam
  6. macam tgk rancangan 999 ....tak kelip mata...bagus susunan bro mazidul nih.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.