Sabtu, Disember 24, 2011

PENUNTUT IPT DIBERKAS (Eksklusif)

Sedang memandu di Lebuh Raya Damansara-Puchong, Petaling Jaya, Selangor, saya merakamkan gambar di bawah.


Jarang benar kita melihat kereta peronda polis terbabit dalam kemalangan. 

Kereta ditarik, kenderaan peronda polis Petaling Jaya. Sebilangan anggota unit terbabit saya kenali. Secara spontan terlintas di benak fikiran, mungkinkah ada kenalan saya tercedera?

Lalu saya mengekori trak penunda itu ke Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Saya kemudian difahamkan, kereta peronda itu terbabit dalam kemalangan sewaktu cuba menghalang pemandu kereta jenis Proton Wira berhampiran Taman Tun Dr Ismail cuba memboloskan diri.

"Saya tarik ini kereta dari itu jalan keluar Kerinchi Link sana," ujar pemandu trak penunda berbangsa Cina.

Berkebetulan kereta Wira baru sahaja ditunda ke ruang parkir berhampiran.


Kereta tidak disentuh tetapi dari luar kelihatan jelas rotan diletakkan di bahagian kaki pemandu. 


Saya kemudian menghubungi Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed melalui panggilan telefon.

Beliau mengesahkan, empat lelaki India diberkas bersama pelajar institusi pengajian tinggi berbangsa Melayu.


Enggan mengganggu tugas polis, saya meminta anggota berdiri di sebelah saya bertanyakan butiran diri pelajar terbabit.

"Katanya dia dan 4 kawan lelaki datang dari Ipoh untuk berjalan-jalan, umur dia 19 tahun, pelajar semseter empat jurusan kejuruteraan," ujar anggota itu.


Ujian saringan air kencing menunjukkan mereka berusia di antara 16 dan 25 tahun, positif dadah dipercayai jenis syabu.

"Kereta itu kelihatan dipandu secara mencurigakan di Flora Damansara. Apabila polis cuba memberhentikan, kereta terus dipecut laju. Satu daripada kereta peronda kemudian bertembung dengan kereta sama, ketika itu dipandu melawan arus trafik. Beberpaa kali kereta peronda cuba dihimpit dan berlaku adengan  kejar-mengejar dalam tempoh lebih kurang sepuluh minit sebelum kereta suspek berjaya diberhentikan dan tangkapan dilakukan," ujar anggota unit peronda saya temui.

Untuk rekod, awal pagi tadi saya membuat tinjauan di kawasan perumahan Flora Damansara. Sebelum ini, penempatan terbabit terlalu sinonim dengan kebanjiran warga Afrika.


"Sekarang ini, nampak berkurangan sedikit bilangan dia orang (warga Afrika). Polis pun selalu masuk ke sini, pagi dan petang," jelas pengawal keselamatan berasal dari Kelantan. 

Menurut pengawal berusia 57 tahun, bertugas di lokasi itu sejak 3 bulan lalu itu, tiada sebarang aduan diterimanya berhubung perlakuan warga Afrika.


Ketika dalam perjalanan keluar, saya terlihat beberapa kenderaan polis dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya memasuki kawasan perumahan sama. Lalu saya berpatah balik untuk melihat tugasan mereka laksanakan.


Menariknya, sebaik terlihat kelibat pihak berkuasa, beberapa lelaki Afrika kelihatan melarikan diri bak lipas kudung.


Hemat saya, pastinya mereka mempunyai sebab tertentu kerana tergesa-gesa memboloskan diri.

"Blok B ini memang ramai warga Afrika bang," ujar Muhamin Mazalan.


Muhaimin, 25 tahun, pekerja syarikat swasta berasal dari Losong, Kuala Terengganu, Terengganu.


Dia berada di lokasi itu bersama adik dan saudaranya untuk pulang ke kampung halaman.

"Sebilangan warga Afrika memang no manners bang. Sejak dari universiti lagi, saya perhatikan perangai dia orang sama sahaja, suka mengacau perempuan. Abang boleh pergi ke Universiti Islam Antarabangsa dan bertanya kepada pengawal keselamatan di sana," terang graduan lulusan bidang sains politik itu.

"Saya tengok banyak motosikal barai di sana," celah saya.


"Saya pun tidak tahu bagaimana semua motosikal itu boleh dicampakkan di situ," kata Muhaimin.

Barangkali majoriti penduduk di penempatan itu hidup mewah, kenderaan sebegitu dilupuskan begitu sahaja. Apa pun saranan saya, ada baiknya jika pihak polis melakukan siasatan berhubung lambakan motosikal buruk terbabit.


"Di tempak parkir sana, kereta kena barai pun ada. Saya tengok nombor chasis sudah dikikis. Saya ada mengambil gambar tadi," dakwa Muhammad Shahrol Tajol Ariff.


Shahrol memasarkan alat untuk menghalang kenderaan dicuri secara mudah bersama rakannya, Muhammad Izun Shafie Maula, 20 tahun.


Kurang 10 minit Izul berjaya membuka pintu kereta sekaligus menghidupkan enjin kenderaan terbabit tanpa menggunakan kunci.

"Tidakkah orang ramai berkata, awak berdua boleh melakukan jenayah mencuri kenderaan?," soal saya.

"Memang kita ada kepakaran itu untuk membuktikan betapa mudah penjenayah mencuri kenderaan pelbagai jenis. Di penempatan seperti ini, lazimnya orang ramai tidak begitu kisah apa terjadi kepada kenderaan penduduk lain. Kami hanya melakukan demonstrasi membuka pintu dan menghidupak enjin kereta dengan kehadiran pemilik kenderaan," hujah Shahrol.

Ketika itu saya merakamkan gambar berikut di blok berhampiran.



"Itu kedai judi berkomputer. Memang pintu kedai selalu ditutup dan hanya pelanggan mempunyai kod tertentu sahaja dibenarkan masuk," celah Muhaimin.

Pandangan saya, selagi pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka secara komited, pelbagai kes jenayah dapat ditangani.

Pada masa sama, maklumat tepat berhubung sebarang kejadian jenayah juga harus disalurkan oleh orang ramai.

6 ulasan:

  1. dunia kini telah dibanjiri jenayah... seolah2 jenayah telah lali dengan kehidupan... dimana kita sekarang?...

    pulang dan kembali ke jalan Allah... pulang kepada asas Al-Quran dan Hadis...

    InsyaAllah Allah akan sentiasa berada dikalangan orang beriman!!

    BalasPadam
  2. En Akmal, sila selidik bagaimana warga afrika boleh membuka kedai runcit, salun dsbnya di bawah Giant Tmn Connought Cheras. antaranya ialah kedai Naira Kobo yg asalnya dari satu pintu dan kini telah bertambah ke tiga pintu. dari mana mereka mendapat kelulusan berniaga, sedangkan mereka hanya mendaftar sbg pelajar di sedaya University College yg berdekatan. Di situ juga tempat mereka melepak dan membuat bising serta perlakuan kurang ajar. Tkasih..

    BalasPadam
  3. kehadiran warga Afrika ni memang menakutkan sebab mereka sangat kurang ajar....

    BalasPadam
  4. suka ganggu perempuan,ganggu ketenteraman awam,dadah,rompak,black money dll itulah yg dh selalu di siar,di adu tapi mcm takdak tindakan/penyelesaian..barua2 afrika tu takdak faedahnya ddk di m'sia ni sbb bknnya pelancong yg membelanjakan duit,mengambil,menipu duit org m'sia lagi ada..patut ada tindakan tegas dr k'jaan dgn mengusir mrk dan tindakan dr rakyat m'sia sendiri..

    BalasPadam
  5. blok B flora damansara tempat tinggal saya sekarang sejak 4 tahun yg lalu, sebelum ni puak negro jarang ada di blok b kecuali satu pasukan lumba lari yg di taja, sejak berlaku kes rogol di blok f membabitkan warga afrika dengan budak melayu, maka berduyun2 la mereka pindah ke blok b. semua tingkat saya tahu sampai ada yg membuat GEREJA di tingkat 19, diaorang duduk berpecah tingkat 5, 9, 12, 13, 19, 20 n 23.....
    motor yg berterabur di situ (bangkai) adalah kerja sebuah bengkel moto yg bengkrap sebab tuan dia (kenny) bermain judi online di salah sebuah kedai.. ada 3 buah kedai online, 2 dibawah sebelah kedai motor, dan satu di hujung kedai saloon, bayangkan bila bebudak melayu perempuan keluar dengan kaum negro... wallawei....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.