Jumaat, Disember 02, 2011

MAKAN SABUN

Jam 2.27 petang semalam, saya dan kru 666, Boy, bergerak ke Kuala Lumpur.


Biarpun semalam hari ulang tahun kelahiran isterinya namun dia tetap datang untuk menyempurnakan misi hampir selesai.

Turut bersama, Razali dan Jet.


"Sebilangan pemandu memang tidak kisah berhenti di garisan kuning sekaligus menyusahkan pejalan kaki," ujar saya.

Lihat.


Kami kemudian bertemu Atoi dan rakan sekampungnya, Mohd Noorsyadi Salim atau lebih selesa digelar Eddy', 30 tahun, di hadapan Pertama Complex.


"Kita hendak ke mana?," soal saya.

"Campbell Complex," balas Atoi.

Lalu kami bergerak bersama ke antara pusat membeli-belah tertua di bandaraya Kuala Lumpur itu.


Bersama kami melangkah.


... dan kemudian memasuki kedai menjual barangan aktiviti outdoor, Evergreen di tingkat dua.


Sebaik memasuki premis terbabit, Eddy dan Atoi kelihatan tidak ubah duduk bak taukeh kedai.


Tanpa berlengah, Razali dan Jet meneliti barangan untuk dibeli.


"Harga biasa sleeping bag itu, RM34 tetapi untuk bulan ini sahaja, ada diskaun," ujar Hashafiza Mohd Shah.

Hashafiza, ibu kepada 2 anak, seorang daripada pekerja di kedai itu.


Pelbagai cabaran kami depani untuk menyempurnakan Projek Bantal tetapi Allah mempermudahkan misi kami.

"Kami hendak seratus sleeping bags," ujar saya.


Terlintas di fikiran, bagaimakah kami harus membawa balik kesemua sleeping bags terbabit? Mana mungkin barangan itu dimuatkan di dalam dua kenderaan sedan milik Boy dan Jet.

Namun sebaik bil dijelaskan, Hashafiza bersuara.

"Tinggalkan alamat, kami akan muatkan semua barang dalam sepuluh kotak dan hantarkan ke rumah," katanya.

Alhamdulillah, semua kru berasa teramat lega.

"Saya hendak membeli torch light," celah Jet.

Lampu suluh terakhir dibelinya rosak ketika melakukan tinjauan di sini, 2 November lalu. Selain aktif menyertai tinjauan bersama kru 666, pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara Shah Alam itu amat bersemangat membantu sejak Projek Bantal dicetuskan pada penghujung Oktober lalu.


Kedai sama juga memasarkan pelbagai barangan keperluan untuk kegiatan rekreasi.

"Ini pisau berjenama Mora untuk outdoor activities, diperbuat daripada carbon steel dan memang tidak akan tumpul. Saya sudah ada satu," celah Eddy.


"Sejak bila awak mula aktif dalam kegiatan outdoor?," soal saya kepada lelaki bujang berusia 30 tahun itu.

"1997," balasnya.

Jika berminat menyertai kegiatan rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak atau menjelajah gua, sila hubungi Eddy di talian 017 889 0248.


Berpuas hati, pada jam 4 petang kami semua beredar dari Campbell Complex dan memandu ke Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


"Isteri ajak tengok wayang, cerita Ombak Rindu, pukul 9 malam, dia sudah membeli tiket," kata Boy.

Hemat saya, kehendak ibu mengandung itu wajar ditunaikan. Dahulu sebilangan mereka dilaporkan berkeinginan aneh, mengidam memakan cebisan sabun ketika menunggu kelahiran bayi.

Sabun dikunyah selamba.

Sekadar 'mengidam' menonton filem di pawagam bersama suami dicintai, bukan satu permintaan luar biasa. Mungkin dia sekadar ingin menyedihkan dirinya sebelum bergembira menyambut cahaya mata dijangka pada awal Januari 2012 kelak.


"Tidak mengapa Boy, baliklah dahulu, hal lain kami selesaikan," balas saya kepada bakal ayah itu.

Jalan tidak begitu sesak dan kami selamat tiba di Giant Kota Damansara pada jam 5.50 petang.

Lima belas minit kemudian, Razali mula memilih bantal sesuai untuk dibeli dan kemudian bakal diagihkan kepada gelandangan pada jam 11 malam esok berhampiran bangunan Cahaya Suria, Kuala Lumpur.


InsyaAllah, kru 666 akan disertai perawat Kasturi Syifa', kakitangan Syarikat Percetakan Nasional Berhad, 4 pelajar dari Segi College dan beberapa sukarelawan lain.

"Bang, apakah barangan boleh kami sumbangkan?," tanya Ustaz Aznil Zulkifli melalui telefon.

Baca kisah Aznil dan perawat Kasturi Syifa' lain di sini

Hubungi Puan Lin di talian 012 6277 300 untuk mendapatkan bekalan Kasturi Syifa', minyak wangi diaurakan dengan bacaan ayat Al-Quran.

Kru 666 sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada Kasturi Syifa' di atas sokongan tidak berbelah bahagi dihulurkan kepada kami selama ini.

"Pengetip kuku dan beg plastik berzip jenis boleh dilipat," saya melontarkan pandangan.

"Ok bang! Terima kasih, InsyaAllah,"  balas beliau ringkas.

Selain 100 sleeping bags, 100 bantal, 100 pengetip kuku dan 100 beg plastik berzip, 100 tuala mandi dan 100 baju Penyingkap Fakta juga akan diagihkan kepada semua gelandangan.

Di Giant, Razali kelihatan tidak ubah bak pekerja cemerlang hypermarket terkenal itu. Ayah kepada 2 anak terbabit berusaha mengasingkan sendiri pelbagai jenis kusyen boleh dijadikan bantal.

"Bro tengok, harga bantal berbeza manakala tanda harga kelihatan lebih kurang sama dan kita terpaksa menyelongkar satu demi satu bantal ini," ujar Razali.

Saksikan antara aksi akrobatik dipamerkannya.


"Rasanya biarlah pekerja Giant uruskan. Lagipun kita memerlukan banyak bantal bukan satu dua," cadang saya.


Untuk rekod, sejak Projek Bantal dimulakan kira-kira sebulan lalu, ramai pembaca blog ini menghantar sendiri pelbagai jenis bantal kepada kami.

Terima kasih diucapkan.

Kami terpaksa menunggu agak lama sebelum diberikan bantuan oleh 2 pekerja Giant, wanita tempatan dan lelaki warga Nepal.


Untuk mengumpul bantal hendak dibeli, masa lebih 1 jam diperlukan. Kekeliruan berhubung harga bantal dan ketiadaan plastik bungkusan besar antara masalah dihadapi pekerja terbabit.

Namun kecelaruan berlaku kurang rumit berbanding kes terjadi pada September lalu di premis sama, baca di sini untuk mengetahui kisah sebenar sekaligus mengelakkan diri menjadi mangsa.

Jam 7.18 malam bayaran dijelaskan. Bantal terbabit akan diambil dari Giant pada petang Sabtu ini sebelum pengagihan dilakukan.


Apapun terima kasih kepada semua pekerja sudi membantu kami biarpun tanpa senyuman dan layanan mesra.

Kami tetap gembira untuk melaksanakan amanah penyumbang.

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah selesai satu perkara.

    Abang zali rupanya kat celah bantal tu. Kalau bro tak zoom and crop gambar, saya langsung tak perasan dia disitu. Ku ingatkan bantal! Haha.

    BalasPadam
  2. Tahniah atas usaha. kalau saya di KL, pasti saya follow time pengagihan bantal tu...

    Kedai Evergreen...memang banyak kenangan di situ dulu, time gila mendaki hehehe tempat tu di tuju untuk cari barang camping ;)

    BalasPadam
  3. tahniah dan terima kasih tak terhingga kepada semua yang menghulurkan sumbangan dan bantuan.... team 666 memang terbaik!!

    BalasPadam
  4. Smti...hehe..cumel abg zali di celah2 bantal... ;-)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.